Tugasan Karya Terpilih IAB Alicius Lucas Pengenalan Dan Pengalaman Lepas

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

INSTITUT AMINUDDIN BAKI

CAWANGAN SABAH
PROGRAM NPQEL AMBILAN 2/2019

TAJUK :
LAPORAN AKTIVITI NPQEL –
KE ARAH PEMIMPIN SEKOLAH BERPRESTASI TINGGI

NAMA :
ALICIUS LUCAS

NAMA PENYELIA :
SALLEH BIN ISMAIL KONG

AMBILAN :
2/2019
Pengenalan

Program NPQEL adalah kesinambungan daripada Program Sijil Kelayakan Profesional


Kepengetuaan Kebangsaan (NPQH). NPQEL merupakan satu inisiatif latihan perkhidmatan
bagi bidang kepimpinan dan pengurusan anjuran KPM. Kursus ini antara lain bertujuan
untuk membentuk satu kumpulan pemimpin pelapis yang bakal menerajui institusi
pendidikan, khususnya sekolah kepada tahap yang cemerlang dan terunggul dalam semua
bidang (IAB, 2009) Mulai 1 Julai 2014, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah
meluluskan bahawa sijil NPQEL sebagai syarat mandatori bagi pelantikan guru besar dan
pengetua sekolah di bawah KPM. Ini adalah rentetan dapatan daripada enam kajian yang
dibuat oleh KPM, yang mana program NPQEL adalah satu latihan pembentukan pemimpin
pelapis yang berkesan yang membawa perubahan kepada tahap pengetahuan, kefahaman
dan kemahiran peserta serta keupayaan peserta menjalankan tugas pengurusan dan
kepimpinan sekolah.

Berdasarkan kepada Anjakan 5 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM)


2013-2025, iaitu memastikan PGB berprestasi tinggi ditempatkan di setiap sekolah, NPQEL
versi 2018 atau NPQEL 2.0 merupakan satu kaedah latihan yang berteraskan kompetensi
(competency based). NPQEL versi 2.0 menumpukan kepada empat (4) domain dan 10
kompetensi berdasarkan kepada definisi Pemimpin Berprestasi Tinggi iaitu pemimpin
berwawasan, mampu membawa perubahan yang berimpak tinggi ke arah kecemerlangan
organisasi dan berketrampilan personal dan profesional.

Saya selaku peserta ambilan 2/2019 yang telah mengikuti sepenuhnya program NPQEL 2.0
di IAB Cawangan Sabah menganggap program ini sangat mencabar dan memerlukan
kesungguhan serta komitmen yang tinggi sepanjang mengikuti program ini. Impak daripada
program ini terhadap diri saya dapat diukur melalui pertambahan pengetahuan dan
percambahan ilmu dalam bidang kepimpinan pendidikan. Pengalaman yang saya lalui
sepanjang tiga bulan di IAB sedikit sebanyak akan menjadi bekalan kepada saya untuk
menjadi pemimpin berprestasi tinggi pada masa akan datang.
Pengalaman Lepas

Saya telah diarahkan bertugas di Sekolah Kebangsaan Tampasak Tongod pada tahun
2004. Ini adalah penempatan pertama saya setelah menamatkan Kursus Diploma
Perguruan Malaysia (KDPM). Pada ketika itu, Sekolah Kebangsaan Tampasak Tongod yang
terletak jauh di pedalaman merupakan sekolah kurang murid (SKM) yang mempunyai
enrolmen seramai 67 orang murid dengan tenaga pengajar seramai lima orang. Tiga orang
daripadanya adalah guru sandaran tidak terlatih (GSTT). Saya telah dilantik (lantikan
sekolah) sebagai Penolong Kanan Hal Ehwal Murid (PK HEM) pada tahun 2004 sehingga
2009. Pada tahun 2010, saya telah dilantik secara hakiki sebagai PK HEM di sekolah yang
sama. Sepanjang 14 tahun menjalankan tugas sebagai PK HEM, saya telah menimba
pelbagai ilmu dan pengalaman dalam bidang pengurusan dan pentadbiran yang melibatkan
hal ehwal murid.

Sepanjang tempoh saya menjalankan tugas sebagai PK HEM di Sekolah Kebangsaan


Tampasak Tongod, tugas-tugas saya banyak berkisar kepada pengurusan dan pentadbiran
hal ehwal murid. Secara umumnya, tugas utama saya adalah untuk membantu murid
supaya seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani, dan intelek (J.E.R.I) sebagaimana yang
terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara (FPN). Untuk mencapai matlamat ini, ianya
berkehendakkan satu perancangan yang lebih berstruktur dan strategik untuk memastikan
sesebuah sekolah itu memenuhi ciri-ciri instituti yang berjaya dalam bidang akademik dan
bukan akademik.

Selain daripada menjaga kebajikan dan kemenjadian murid-murid, saya juga menjadi
penghubung antara ibu bapa dan pihak sekolah kerana bidang tugas saya bukan sahaja
merangkumi murid-murid semata-mata tetap juga ibu bapa murid. Unit-unit di bawah
kawalan Penolong Kanan HEM seperti unit disiplin dan unit kaunseling kerap melibatkan ibu
bapa.Setiap masalah yang timbul berkaitan disiplin akan dirujuk kepada Penolong Kanan
HEM, dan seterusnya pemakluman kepada ibu bapa murid yang terlibat.

Secara keseluruhannya, bidang tugas saya sebagai Penolong Kanan HEM ialah bagi
membantu pihak pentadbir (guru besar) dan rakan-rakan penolong kanan yang lain dalam
memainkan peranan sebagai pemaju, pembina, pembantu, perancang, pemudahcara,
penyelaras, pengawal, penawar, dan kaunselor kepada ahli-ahli di bawah pengawasan saya
iaitu murid-murid.

You might also like