Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Aktiviti 1:

e-NPQEL

Dapatan:
Aktiviti ini merupakan pendedahan awal dan persiapan kepada saya sebelum mengikuti
kuliah secara mod bersemuka di kampus IAB. Isi pelajaran yang disampaikan secara e-
pembelajaran membolehkan peserta saya mengakses e-NPQEL pada bila-bila masa dan di
mana-mana sahaja asalkan ianya mempuyai iputan dan capaian internet.
Sepanjang aktiviti ini berlangsung, saya dikehendaki mengakses e-NPQEl dan
membuat pembelajaran kendiri serta perlu melepasi beberapa ujian ringkas untuk
memastikan kefahaman saya terhadap isi pelajaran ditaksir. Pada akhir e-NPQEL, saya
perlu melepasi syarat-syarat yang ditetapkan iaitu berjaya mencapai markah tertentu dalam
pentaksiran berbentuk kuiz sebelum dianugerahkan empat lencana dan sijil yang
mengesahkan bahawa saya telah berjaya menamatkan kursuse-NPQEL. Lencana dan sijil
ini akan menjadi “lesen”kepada saya untuk meneruskan pembelajaran secara bersemuka di
kampus IAB.

Perkaitan Kompetensi:
Menyelesaikan masalah. Sepanjang melaksanakan e-NPQEL, terdapat beberapa masalah
yang timbul iaitu seperti ketiadaan liputan internet di tempat bertugas. Masalah ini diatasi
dengan menyiapkan e-NPQEL di pekan Telupid yang mempunyai liputan internet. Setiap
pemimpin yang mantap sememangnya mempunyai kemahiran menyelesaikan masalah
yang baik.
Berfikiran strategik. Kuiz dan soalan-soalan yang terdapat di dalam e-NPQEL memerlukan
saya berpikiran strategik untuk menyelesaikannya. Terdapat soalan-soalan yang
memerlukan rujukan tambahan di internet ataupun buku-buku rujukan yang berkaitan. Saya
perlu bijak mencari sumber rujukan yang berkaitan dan sesuai dengan kehendak
soalan/kuiz. Kemahiran berfikiran strategik ini sememangnya sangat diperlukan sekiranya
kita ingin menjadi seorang pemimpin yang berpandangan jauh.

Refleksi Kendiri:
Aktiviti ini banyak membantu saya dalam meningkatkan kemahiran ICT. Sebelum ini, saya
kurang berkeyakinan dalam penggunaan ICT kerana kurangnya pendedahan terhadap ICT
dalam tugas-tugas harian saya.
E-NPQEL juga memberikan gambaran secara ringkas tentang isi pelajaran yang
akan diikuti secara mod bersemuka kelak. Tajuk-tajuk yang dibincangkan dalam e-NPQEL
antara lain merupakan isi kepada pelajaran semasa mod bersemuka. Ini sekurang-
kurangnya dapat memberikan peluang kepada saya untuk membuat persiapan sepenuhnya
sebelum mengikuti kursus mod bersemuka.

Rumusan:
E-NPQEL merupakan satu aktiviti yang sangat baik dan perlu diteruskan pada masa akan
datang kerana ianya merupakan satu kaedah pembelajaran yang sangat sesuai , selari
dengan perkembangan dan teknologi semasa. Setiap peserta berpeluang membuat e-
pembelajaran sebelum sesi bersemuka bermula. Ini secara langsung dapat memberi
gambaran kepada peserta tentang isi pelajaran yang akan mereka pelajari nanti di kampus
IAB.

You might also like