Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN KEMAJUAN/ AKTIVITI PUSAT JAGAAN RUMAH TRANSIT

NEGERI KEDAH (PJRTNK) BULAN JULAI SEHINGGA OGOS 2021

1. PENGENALAN

Pusat Jagaan Rumah Transit Negeri Kedah adalah tempat perlindungan


sementara. Ia telah ditubuhkan pada tahun 2016 di bawah seliaan Majlis
Kebajikan Negeri Kedah (MKNK) dan mula beroperasi di Alor Setar. Pusat
Jagaan Rumah Transit Negeri Kedah kini berpindah ke Taman Pulasan Jitra
Kedah dan mula beroperasi semula pada 22 November 2020.

Antara objektif penubuhan ialah:

a) Memberi perlindungan sementara kepada golongan gelandangan,


pengemis, kanak-kanak jalanan, mangsa keganasan rumah tangga.

b) Memudahkan bantuan dan perkhidmatan agensi kerajaan


dilaksanakan secara berpusat.

c) Membolehkan pemulihan dan pengintegrasian semula golongan


tersebut ke dalam masyarakat.
2. CARTA ORGANISASI PJRTNK
3. LAPORAN AKTIVITI PUSAT JAGAAN RUMAH TRANSIT NEGERI
KEDAH

3.1 Mesyuarat Jawatankuasa PJRTNK Bil 1/ 2021

Mesyuarat Jawatankuasa bagi kali 1/ 2021 di adakan pada 12 Julai 2021


bertempat di No. 343 Taman Pulasan Jalan Pulasan 6, Jitra Kedah.
Mesyuarat dipengerusikan oleh Yang Berhormat Pn. Hajah Halimatun
Saadiah bt. Saad selaku Yang Dipertua Majlis Kebajikan Negeri Kedah
(MKNK).

Tujuan mesyuarat diadakan adalah untuk membentangkan laporan kewangan,


perkembangan semasa dan membincangkan hal-hal yang berbangkit
berkaitan pengoperasian seperti barang-barang keperluan PJRTNK dan lain-
lain. Mesyuarat turut dihadiri oleh Prof. Dr. Hajah Hamsiah bt. Ismail selaku
Naib Yang Dipertua MKNK, Pn. Hajah Faridah bt. Ahmad Setiausaha
Kehormat MKNK, Tn.Haji Kamarudin b. Zainal Bendahari Kehormat MKNK,
En. Shoberi b. Hashim Timbalan Pengerusi PJRTNK, AJK tertinggi dan
petugas PJRTNK.

Setelah selesai sidang mesyuarat, YB. Pn. Hajah Halimaton Saadiah binti
Saad telah mengadakan lawatan ke salah sebuah rumah yang menjadi
penempatan bagi kemasukan penghuni diiringgi oleh Timbalan Pengerusi
PJRTNK, Setiausaha PJRTNK, Bendahari PJRTNK, Penyelia dan Penolong
Penyelia PJRTNK.

3.2 Perbincangan Ahli Jawatankuasa Tertinggi Bersama Penyelia Dan


Penolong Penyelia PJRTNK

Pada 18 Julai 2021, satu perbincangan telah diadakan oleh AJK dan petugas
PJRTNK bertempat di pejabat PJRTNK. Perbincangan ini adalah bertujuan
memperkukuhkan pengurusan pengoperasian di PJRTNK. Perbincangan ini
telah dipengerusi oleh En.Wan Azmi b. Wan Mat selaku Pengerusi PJRTNK.
Antara AJK yang hadir ialah En. Shoberi bin Hashim Timbalan Pengerusi, Pn.
Azniza bt. Zainul selaku setiausah, En.Zulkifli b. Ahmad Timbalan Setiausaha,
Pn. Habshah bt. Abu Bakar Bendahari.

Pelbagai perkara yang dibincangkan bagi tindakan selanjutnya. Antaranya


mengenai pengurusan pentadbiran, kehadiran petugas, perancangan aktiviti
bulan kemerdekaan dan hal-hal lain bagi melancarkan pengoperasian
PJRTNK.

3.3 Taklimat Bersama PKMD Kubang Pasu

Pada 26 Julai 2021 pihak PJRTNK berbesar hati menjemput En. Rusdi b.
Ishak selaku Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kubang Pasu
merangkap ex officio PJRTNK untuk memberikan taklimat mengenai
pengurusan dalam pengoperasian PJRTNK. Di dalam taklimat ini banyak
perkongsian dan perbincangan yang telah dibincangkan bersama AJK dan
petugas PJRTNK. Antara yang terlibat ialah AJK tertinggi dan petugas
PJRTNK.
3.4 Program Kibar Jalur Gemilang PJRTNK Sempena Bulan Kebangsaan
Yang Ke- 64

Pada 22 Ogos 2021 telah berlangsung Program Kibar Jalur Gemilang


PJRTNK sempena Hari Kebangsaan yang disambut pada pada 31 Ogos.
Oleh itu, AJK dan petugas telah sepakat untuk menggantung bendera
Malaysia di 6 buah rumah PJRTNK bagi memupuk semangat patriotik di
kalangan masyarakat. Antara yang terlibat dalam menjayakan program ini
ialah En. Wan Azmi bin Wan Mat selaku Pengerusi PJTRNK, En. Shoberi bin
Hashim Timbalan Pengerusi, En.Zulkifli b. Ahmad Timbalan Setiausaha, En.
Fadilah bin Abdullah AJK Keselamatan dan En. Mohamad Nazim bin Mhd
Najid Penyelia PJRTNK.

En. Fadilah dan En. Nazim En. Shoberi sedang Hasil selepas selesai
sedang memasang benner memasang bendera Program Kibar Jalur
sempena hari kemerdekaan Malaysia pada setiap buah Gemilang PJRTNK.
sambil diperhatikan oleh En. rumah PJRTNK.
Wan Azmi.

3.5 Aktiviti-aktiviti Penambahbaikan Pengoperasian PJRTNK

Seperti yang dibincagkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa pada 12 Julai


tentang peralatan-peralatan yang diperlukan di PJRTNK. Oleh itu, tindakan
telah pun di ambil pada 14 Julai 2021 pihak PJRTNK telah menerima sebuah
almari, rak simpan barang dan rak pinggan mangkuk daripada Prof. Dr. Hajah
Hamsiah bt. Ismail selaku Naib Yang Dipertua MKNK sebagai hadiah.
Selain itu, kerja-kerja pembaikan dan pembersihan kawasan PJRTNK juga
turut dilaksanakan oleh para AJK seperti meracun rumput dan mebersihkan
kawasan serta bercucuk tanam.
Gambar menunjukan pekerja dari En. Fadilah sedang membuang
Era Edar Marketing Sdn. Bhd daun kering dan membersihkan
sedang memasaang dan menyusun kawasan sekitar.
atur peralatan.

4. LAPORAN PENGHUNI

Pihak PJRTNK telah menerima 6 penghuni yang terdiri daripada kes orang
papa dan keganasan rumah tangga pada Jan 2020 sehingg bulan Mac 2021.
Sepanjang bulan Julai sehingga Ogos 2021 pihak PJRTNK tiada menerima
kemasukan penghuni disebabkan oleh pendamik Covid 19 yang melanda
negara.
Disediakan oleh:

….…………………………….…………
(ANIS AYUNI BINTI ABDUL LATIF)
Penolong Penyelia
Pusat Jagaan Rumah Transit
Negeri Kedah

Disemak oleh:

….…………………………….…………
(WAN AZMI BIN WAN MAT)
Pengerusi
Pusat Jagaan Rumah Transit
Negeri Kedah

You might also like