Professional Documents
Culture Documents
பள்ளியின் வரலாறு cik.Amuta
பள்ளியின் வரலாறு cik.Amuta
Sejarah penubuhan Sekolah Tamil di Kota Tinggi bermula pada tahun 1957
apabila sebuah bangunan yang mengandungi dua bilik darjah telah dibina di atas
sebidang tanah persendirian di Jalan Sg.Siput, Kota Tinggi dengan kos
pembinaannya dibiayai oleh masyarakat India tempatan. Pada awalnya, hanya
terdapat 20 orang murid dan seorang tenaga pengajar yang bertugas di sekolah ini
dan ianya telah meningkat kepada seramai 45 orang murid dalam tahun 1960.Pada
ketika itu, En.Kannan merupakan guru besar di sekolah tersebut. Selama 3 tahun
berkhidmat di situ, beliau ditukarkan ke sekolah lain. Selepas beliau, En Samuel
mengambil alih tugas En.Kannan selama 3 tahun berikutnya. Pada tahun 1964,
En.A.Kuppusamy menjalankan tugas sebagai guru besar di situ.
Dengan bantuan mantan PST En.Arunasalam pada masa itu, bersama Guru
Besar En.A.Kuppusamy, En Jeganathan, En.Saktivel dan En.J.P.Ramu bekerjasama
dengan pegawai daerah pada ketika itu telah selenggara bangunan sekolah.Pada
tahun 1970, sekolah ini telah dipindahkan ke sebuah bangunan baru dua tingkat
yang mengandungi 6 bilik darjah di Jalan Tajul, Kota Tinggi. Ia dinamakan Sekolah
Rendah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Tajul.
Bangunan ini merupakan bangunan yang canggih pada masa itu di Negeri
Johor. Bangunan sekolah ini dapat menampung 146 murid pada masa itu.
Penambahan ini adalah disebabkan perpindahan murid dari sekolah Tamil Ladang
Pelepah, Ladang REM dan juga Ladang Tai Tak yang telah berhijrah ke Bandar.
Selain daripada 6 buah bilik darjah, kemudahan yang telah disediakan ialah pejabat,
kantin, bilik stor, tandas guru, dan tandas murid.
guru besar selepas beliau berpindah. Pada tahun 1981, seramai 320 orang murid
telah belajar disini. Berikutan dengan penambahan murid pada masa itu, seramai 18
orang guru bertugas di situ. Antaranya ialah,Cikgu. Saras, Cikgu.Kamachi, Cikgu.
Tamayanthi, Cikgu Mageswari, Cikgu.Suguna, Cikgu. Arumugam,
Cikgu.Shanmugam, Cikgu.Sanyasi, Cikgu.Marimuthu dan Cikgu.Ramu.
Pada tahun 2008, Puan Thilakavathi a/p Rasiah, bekas guru besar SJK
(Tamil) Tajul dengan bantuan Encik Thurayraju a/l Francis,Yang Dipertua Persatuan
Ibu Bapa dan Guru pada masa itu telah membuat permohonan untuk membina
bangunan baru Tajul. Permohonan tersebut telah pun diluluskan oleh pihak kerajaan
dan tapak pembinaan bangunan baru telah diberi di Taman Daiman, Kota Tinggi.
Sebelum itu, En.Saktivel mantap Ketua MIC pada ketika itu telah memohon tapak
bagi pembinaan sekolah kepada kumpulan Daiman.
Pada tahun 2018, kerja-kerja pembinaan bangunan baru telah bermula. Kini,
bangunan baru SJK (Tamil) Jalan Tajul telah pun siap pembinaannya dan akan mula
beroperasi tidak lama lagi.