Laporan

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Laporan Program keceriaan bilik bimbingan dan kaunseling

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan suatu perkhidmatan wajib yang


disediakan oleh setiap sekolah. Perkhidmatan ini lazimnya dikendalikan oleh guru
kaunseling sekolah di dalam bilik kaunseling. Bilik kaunseling yang kondusif sangat
penting dan perlu dititikberatkan agar dapat membina suasana teraputik. Oleh itu,
bilik bimbingan dan kaunseling sekolah ini akan dinaiktarafkan bagi mencapai hasrat
menyediakan bilik bimbingan dan kaunseling yang kondusif dan teraputik.Objektif
program ini ialah untuk menyediakan suasana bilik bimbingan dan kaunseling yang
kondusif. Selain tiu, Menarik minat murid-murid SJK (C) Sg. Jan mengunjungi bilik
bimbingan dan kaunseling bagi mendapatkan perkhidmatan bimbingan dan
kauseling dan memberi suasana teraputik kepada murid-murid yang mendapatkan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling.

Saya dan rakan praktikum telah mengadakan perbincangan dengan guru


pembimbing untuk merancangkan perkara yang boleh dibuat untuk menceriakan lagi
suasana bilik bimbingan dan kaunseling. Guru Bimbingan dan Kaunseling SJK(C)
Sg. Jan telah meminta bantuan kami untuk menukar nama bilik bimbingan dan
kaunseling yang dibina dengan polistren berwarna tetapi sudah kotor dan lama.
Selain itu, saya dan rakan mencadangkan untuk menukarkan informasi 8 bidang
kepada informasi 4 fokus perkhidmatan bimbingan dan kaunseling yang terbaru.
Selain itu, brosur perkhidmatan akan ditampal serta diletak beberapa cotoh dalam
bilik bimbingan dan kaunseling. Disamping itu, saya dan rakan praktikum akan
menyediakan satu board motivasi dengan membeli bahan seperti maunting board
dan kertas warna.

Saya dan rakan telah meminjam alat memotong papan polstren dengan pihak
sekolah. Kami telah melukis alphabet yang perlu dan memotong dengan mesin
pemanas yang dipinjam. Papan motivasi disediakan dengan mounting board
dankertas warna. Perkataan-perkataan semangat serta memotivasikan telah dipilih
dan dihiaskan dengan benang serta gambar-gambar printing. Beberapa informasi
yang lama telah kami bersihkan dan bilik kaunseling digotong-royong bagi
memastikan keadaan bersih dan selesa.

You might also like