Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Melentur buluh biarlah dari rebungnya, itulah pepatah yang amat bertepatan

untuk digunakan bagi menggambarkan bagaimana wujudnya sifat hormat-


menghormati sesama rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
pada hari ini. Bagi menanam sifat tersebut di usia muda, sekolah merupakan
pelantar yang terbaik. Ini kerana, murid-murid yang datangnya daripada pelbagai
jenis institusi kekeluargaan serta latar belakang yang berbeza dapat duduk bersama
dan belajar melalui satu sistem yang sama di mana secara tidak langsung akan
membolehkan mereka untuk berkongsi sesuatu pengalaman yang sama.

Antara usaha yang dilaksanakan oleh pihak sekolah bagi memberi


pengalaman kepelbagaian budaya dalam murid-murid adalah melalui sambutan hari
perayaan. Malaysia sudah semestinya terdiri daripada rakyat pelbagai kaum,
membolehkan pelbagai perayaan disambut. Sambutan hari perayaan di sekolah
seperti Hari Raya Aidilfitri, Deepavali dan Tahun Baru Cina membolehkan murid-
murid daripada pelbagai latar belakang, budaya dan agama untuk merasai
pengalaman serta mempelajari pelbagai jenis perayaan daripada rakan-rakan
mereka.

Seterusnya, aktiviti berkumpulan yang bersifat kebudayaan juga dilaksanakan


oleh pihak sekolah. Sebagai contoh, melalui subjek “Pendidikan Sivik”, murid-murid
boleh dibahagikan kepada beberapa kumpulan yang terdiri daripada ahli kumpulan
yang berbeza latar belakang agama dan jantina. Tugasan yang diberi pula boleh
mengenai sesuatu kaum atau agama kerana ini secara tidak langsung akan
memberi murid-murid peluang untuk membaca serta memahami budaya yang lain
daripada budaya mereka bagi menyiapkan tugasan yang diberi.

Sesuatu yang tampak mudah seperti penyusunan kedudukan meja dan kerusi
di dalam sesuatu bilik darjah juga memainkan peranan yang penting. Sebagai
contoh, pihak sekolah amat menggalakkan seorang murid itu diletakkan
bersebelahan murid yang berlainan latar belakang keluarga atau adat resam.
Langkah ini membolehkan murid-murid tersebut menjalinkan persahabatan dan
secara tidak langsung akan membolehkan mereka untuk bertukar pengalaman
ataupun cerita mengenai latar belakang masing-masing tidak kira dari segi keluarga,
agama, budaya mahupun bahasa.
Aktiviti kokurikulum seperti kewujudan rumah-rumah sukan turut mempastikan
pengalaman pelbagai budaya dapat dirasai. Apabila murid-murid diletakkan di
rumah-rumah sukan masing-masing, aktiviti seperti perbarisan bagi Hari Sukan
dapat membolehkan pertukaran budaya dapat dialami. Ini kerana, murid-murid
pelbagai latar belakang boleh bersama-sama guru-guru rumah sukan masing-
masing dalam merangka satu konsep yang ingin diketengahkan pada perbarisan
Hari Sukan tersebut. Konsep ini boleh menjadi gabungan daripada pelbagai latar
belakang murid-murid di dalam rumah sukan tersebut yang seterusnya akan lebih
membuka minda para murid dan secara tidak langsung, guru-guru.

Pengurusan merentas budaya sangat penting untuk memastikan gaya


pembelajaran yang berunsurkan kepelbagaian budaya boleh diwujudkan serta
budaya-budaya yang pelbagai itu dapat dirasai oleh semua pihak daripada pelbagai
peringkat di sekolah. Ini akan membolehkan isu-isu sekolah yang berbangkit
daripada kepelbagaian latar belakang jantina dan agama diatasi dengan lebih baik.
Oleh itu, pihak pengurusan sekolah mahupun guru-guru di bilik darjah perlu sedaya
upaya membenarkan pertukaran budaya secara langsung atau tidak langsung
dilakukan.

You might also like