Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Magdelina binti Mudi

6 gemilang semester 2

Esei pengajian am

Bahagian c

1. Peningkatan suhu bumi terjadi akibat aktiviti manusia dan faktor semula jadi.
Fenomena ini telah mengundang impak kepada manusia dan alam sekitar.
Bincangkan.

Fenomena peningkatan suhu bumi yang melebihi paras normal akan menyebabkan pemanasan
global.Terdapat faktor fenomena ini terjadi dan impak kepada manusia dan alam sekitar.

Punca peningkatan suhu bumi akibat aktiviti manusia ialah pembakaran secara terbuka.Hal ini
dikatakan sedemikian kerana pembakaran sisa pertanian dan sampah sarap akan menyebabkan
pelepasan gas karbon dioksida ke udara.Apabila asap berlebihan bebas di udara,ia akan menjadi
fenomena jerebu dan gas yang tercemar akan berlegar di ruang atmosfera.Cahaya matahari juga
tidak dapat dipantulkan ke angkasa kerana gas karbon dioksida terperangkap di atmosfera bumi dan
akan menyebabkan suhu bumi menjadi panas.

Selain itu,punca semula jadi yang menyebabkan peningkatan suhu bumi ialah bencana
alam.Kemarau merupakan salah satu bencana alam yang menyebabkan suhu bumi semakin
meningkat.Hal ini dikatakan demikian kerana udara yang kering dengan kadar penurunan hujan yang
kurang berserta persekitaran yang panas berterusan.Apabila taburan hujan yang tidak
menentu,tanah juga menjadi tandus dan tidak subur akan meningkatkan suhu bumi.

Punca yang seterusnya akibat aktiviti manusia ialah aktiviti perindustrian.Operasi perindustrian
akan menggunakan bahan api petrol dan gas yang mengandungi bahan pencemar.Aktiviti ini
membebaskan gas-gas pencemar seperti nitrogen,oksida,sulfur,karbon monoksida,plumbum dan
hidrokarbon.Gas-gas pencemar ini akan terbebas di atmosfera dan memerangkap haba
menyebabkan peningkatan suhu bumi.

Di samping itu,impak fenomena ini kepada manusia ialah fenomea ini menjejaskan kesihatan.Hal
ini dikatakan demikian kerana kemarau panjang menyebabkan suhu meningkat dan mengakibatkan
manusia kekurangan air dalam badan terutama orang tua dan kanak-kanak.Kemarau juga
mengakibatkan asap-asap beracun masuk ke dalam paru-paru.Manusia akan terdedah dengan
penyakit radang paru-paru,asma dan penyakit kulit.

Fenomena peningkatan suhu bumi juga mengundang impak kepada alam sekitar iaitu kepupusan
hidupan akuatik.Proses pergolakan air lautan pasifik meningkatkan suhu air permukaan dan air dasar
lautan yang lebih sejuk tidak dapat naik ke permukaan.Kesannya populasi plankton akan
berkurangan dan menjejaskan pembiakan hidupan laut kerana mengalami kekurangan sumber
makanan.

Kesimpulannya,pihak berkuasa haruslah bersama-sama berusaha mengelakkan fenomena ini


berlaku supaya tidak mendatangkan kesan buruk kepada manusia dan alam sekitar serta kesihatan
dan keharmonian kehidupan terjamin.

(314 patah perkataan)

You might also like