Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

MINIT MESYUARAT

JAWATANKUASA KURIKULUM SEKOLAH


SEK.KEB.SUNGAI TONG, SETIU
BIL 3 / 2020

TARIKH : 14 OKTOBER 2020


HARI : RABU
MASA : 01.45 TENGAHARI
TEMPAT : BILIK MESYUARAT

Kehadiran :
1. Puan Hajah Fadilaton binti Md Top - Guru Besar
2. Puan Junidah binti Said - GPK Pentadbiran
3. Puan Zaleha binti Mohamad - GPK Ko Kurikulum
4. Puan Roslida binti Mat Tahir - S/U JKS
5. Encik Zafri bin Mamat
6. Encik Mohd Salim bin Musa
7.Puan Nurul Wahidati Ainun binti Muhammad
8.Puan Liza binti Shafei
9. Puan W.Norihan binti W.Mansor
10.Puan Hjh Zuraidah binti Ab.Rahman
11.Puan Wan Adilah binti Wan Ismail
12.Cik Nur Azhani binti Azezan
13.Puan Rohaya binti Mohd Noor
14.W M Nazarul Amin bin Ramli
. 15.YM Sy. Ahmad Syauqi bin Sy.Abdullah
16.Cik Ummi Nur Aqilah binti Yusof
17.Cik Wan Sabariah binti Wan Ismail
18. Puan Nor Hasimah binti Ismail

Tidak Hadir :
1. Encik Mohd Razifudin bin Che Muda - Kursus - GPK HEM
2. Encik Raimi Syazwan bin Abdul Rasyid - Kursus
3. Puan Nor Ashikin binti Haji Din - Cuti Bersalin

Laporan Mesyuarat:
1. Ucapan Pengerusi (Puan Hajah Fadilaton binti Md Top)
1.1 Pengerusi memulakan mesyuarat dengan bacaan ummul kitab al-Fatihah.
1.2 Beliau mengucapkan syabas dan tahniah di atas kerja buat semua guru dalam
memastikan perjalanan segala program berkaitan Kurikulum berjalan lancar.
1.3 Beliau mengingatkan semua guru agar melakukan kerja yang berterusan dalam
mendidik generasi masa depan dengan menghayati dan memahami falsafah
pendidikan negara. Ianya untuk hasil jangka masa panjang demi kelangsungan masa
depan murid-murid.
1.4 Beliau juga menyampaikan beberapa maklumat untuk dikongsikan.
1.4.1 PDPR – Garis panduan pembelajaran di rumah menggunakan 2 kaedah
(Modular dan Projek). Ianya akan dikongsikan di dalam telegram rasmi sekolah.
Semua guru dimohon ambil maklum.
1.4.2 TS25 – Pintas dan OPPM. Selesai di peringkat Pengurusan. Semua GPK akan
berhubung dengan Penyelaras/ Ketua/ Pengerusi bagi setiap program untuk
pelaksanaan projek. Peruntukan RM360 bagi penyediaan BBM murid.
1.4.3 SKPMg2 – buat semakan semula dan baiki mengikut kesesuaian yang telah
dinyatakan.
1.4.4 Laporan / Rumusan Pemantauan GB – MMI (masih tidak 100% kehadiran dan
catatan kesediaan guru laksana PDPC eRPH dan BBM. Kawalan Kelas masih longgar
(suara- kelantangan/kejelasan/intonasi/ketepatan arahan/bahasa). Pergerakan guru
juga turut mempengaruhi (contohnya guru duduk sewaktu mengajar menyebabkan
tiada bimbingan individu dan penggunaan handphone mesti dikawal).
1.4.5 PDPC Berkesan – ‘Saya dengar, saya lupa... Saya lihat, saya ingat... Saya Buat,
saya faham....’.
1.4.6 Pentaksiran Akhir Tahun – akan dilaksanakan dan semua guru diminta bersedia
dengan bahan yang sesuai mengikut tahap dan aras murid. PKP – pengumpulan bahan
dan ketetapan tarikh.

Makluman : Semua Guru Tindakan : Semua Guru

2. Pengesahan Penerimaan Minit Mesyuarat JKS Dan Maklum Balas Bil 2/2020
2.1 Rujuk Lampiran A
Maklum Balas Minit Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Sekolah Bil 2/2020.

3. Laporan Jawatankuasa Kurikulum 2020


3.1 Laporan Kewangan Panitia
3.1.1 Bahasa Melayu RM157.68
3.1.2 Bahasa Inggeris RM332.23
3.1.3 PAI & ARAB RM300.56 / RM196.00
3.1.4 Matematik RM295.63
3.1.5 Sains RM401.46
3.1.6 PJPK RM 8.12
3.1.7 PSV RM190.66
3.1.8 Muzik RM190.66
3.1.9 Sejarah RM327.50
3.1.10 RBT & TMK RM546.06
3.1.11 PSS RM2306.66

Makluman: Semua Guru Tindakan : Ketua Panitia

3.2 Laporan Panitia


3.2.1 Panitia Bahasa Melayu (Puan Liza binti Shafei)
3.2.1.1 Pertandingan Bicara Cilik – Panitia telah menghantar dua (2) orang
peserta (seorang Tahap 1, seorang Tahap 2) yang telah dianjurkan oleh
Institut Pendidikan Guru Dato’ Razali Ismail.
3.2.1.2 Bercerita Stem – 1 peserta
3.2.1.3 Rakaman Sajak kurang mendapat sambutan.
3.2.1.4 Perancangan Panitia
3.2.1.4.1 Menyediakan rakaman Ulasan Buku dengan usahasama Pusat
Sumber Sekolah (PSS)
3.2.1.4.2 Menyediakan Buku Tulisan Berangkai Tahap 1 dan 2.
3.2.1.4.3 Mewajibkan penggunaan Buku Garis 3 – bertujuan meningkatkan
tahap kekemasan tulisan.

Makluman : Semua Guru

3.2.2 Panitia Bahasa Inggeris (Puan Roslida binti Mat Tahir)


3.2.2.1 Pelaporan HIP – Sekolah berada pada Level 3 dengan mata skor 202.
3.2.2.2 Aktiviti Quizzes – Google Forms telah dilaksanakan dan dikendalikan oleh
Teacher Nur Azhani. Melibatkan semua murid Tahap 2 dan ianya
mendapat sambutan.
3.2.2.3 Aktiviti Reading Aloud With Family (semua murid – 23.03.2020 hingga
21.07.2020) dan Read Aloud (murid Tahap 1 – 01.05.2020 hingga
31.05.2020) telah dijalankan semasa tempoh PKP.
3.2.2.4 Perancangan Panitia
3.2.2.4.1 Mesyuarat Panitia Bahasa Inggeris Bil 3/2020 akan dilaksanakan
pada 19.10.2020 Isnin.
3.2.2.4.2 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.
3.2.2.4.3 Mewajibkan penggunaan dan pemilikan Kamus Bahasa Inggeris
–Bahasa Melayu di kalangan murid Tahun 3 hingga 6. Mesyuarat
memutuskan diwajibkan bermula sesi 2021.

Makluman : Semua Guru

3.2.3 Panitia Sains (Encik Mohd Salim bin Musa)


3.2.3.1 Ladap PDPC untuk semua guru Sains.
3.2.3.2 Tahun 5 – 3 tema belum dihabiskan
3.2.3.3 Makmal Sains – tiada peraturan dipamerkan.
3.2.3.4 Minggu STEM akan dilaksanakan bersama Panitia Matematik.
3.2.3.5Perancangan Panitia
3.2.3.5.1 Taman Sains – guna peruntukan yang ada dan mesyuarat
memutuskan untuk memohon sumbangan guru-guru bagi
mendapatkan pokok-pokok yang bersesuaian.
3.2.3.5.2 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.

Makluman : Semua Guru

3.2.4 Panitia Matematik (Puan Nurul Wahidati Ainun binti Muhammad)


3.2.4.1 Education Maths Contest Peringkat Kebangsaan telah disertai oleh 4
orang murid.
3.2.4.2 Penguasaan sifir murid masih lemah.
3.2.4.3 Perancangan Panitia
3.2.4.3.1 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.

Makluman : Semua Guru

3.2.5 Panitia Sejarah (Puan Liza binti Shafei)


3.2.5.1 Pelaksanaan projek Buku Skrap Sejarah Tahap 2.
3.2.5.2 Perancangan Panitia
3.2.5.2.1 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.
3.2.5.2.2 Penambahbaikan projek Buku Skrap sejarah tahap 2.

Makluman : Semua Guru


3.2.6 Panitia Pendidikan Islam / Bahasa Arab (Puan Wan Adilah binti Wan Ismail)
3.2.6.1 Kem Bestari Solat 22,26,27 Oktober 2020.
3.2.6.2 Kem Cemerlang Jawi akan diadakan pada minggu depan - Minggu
ke3 Oktober 2020.
3.2.6.3 Perancangan Panitia
3.2.6.3.1 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.
3.2.6.3.2 Persediaan dan penyediaan Bahan Kem Bestari Solat.
3.2.6.3.3 Persediaan Kem Cemerlang Jawi.

Makluman : Semua Guru

3.2.7 Panitia Bahasa Arab (YM Sy. Ahmad Syauqi bin Sy.Abdullah)
3.2.7.1 DSKP Bahasa Arab baru – Semakan Tahun 5 telah diterima dan
diteliti.
3.2.7.2 Buku Latihan/Aktiviti tidak perlu dibeli. Boleh guna latihan dalam
buku teks.
3.2.7.3 Tahap 2 – Guna latihan dalam Buku Teks.
Cadangan Guru Besar : Bina Modul Bahasa Arab Tahap 2.
3.2.7.4 Pengisian Portal ePelaporan JQAF pada 17-19 Oktober 2020.
3.2.7.5 Perancangan Panitia
3.2.7.5.1 Bina Bahan untuk PDPC seterusnya yang bersesuaian
mengikut aras murid.
3.2.7.5.2 Penyediaan bahan Pentaksiran Akhir Tahun.

Makluman : Semua Guru

3.2.8 Panitia Muzik (Puan Rohaya binti Mohd Noor)


3.2.8.1 Ujibakat Nasyid telah selesai dengan bantuan Cikgu Nurul Wahidati.
3.2.8.2 Panitia telah melaksanakan Projek Mencipta Alat Muzik.
Kekangan: Murid tidak membawa bahan seperti yang diarahkan.
3.2.8.3 Perancangan Panitia
3.2.8.3.1 Bina sendiri peralatan muzik yang mudah menggunakan
bahan yang sedia ada.
3.2.8.3.2 Tuan Guru Besar meminta agar guru-guru Muzik
menggunakan daya kreativiti masing-masing untuk
meningkatkan minat murid.
Makluman : Semua Guru
3.2.9 Panitia PSV (Encik Mohd Salim Bin Musa)
3.2.9.1 Semakan DSKP Seni Tahun 5 sedang diteliti oleh guru-guru PSV dan
diharapkan semuanya berjalan lancar.
3.2.9.2 Pembelian barang PSV telah dilakukan menggunakan peruntukan yang
ada.

Makluman : Semua Guru

3.2.10 Panitia PJPK (Encik Zafri bin Mamat)


3.2.10.1 Bilik Simpanan Peralatan Sukan masih dalam proses susun atur. Diharap
semuanya berjalan lancar dan memenuhi kriteria yang dikehendaki.

Makluman : Semua Guru

3.2.11 Laporan PSS – Pusat Sumber Sekolah (Pn Nurul Wahidati Ainun binti
Muhammad)
3.2.11.1 Pengisian NILAM – Berdasarkan data bagi Bulan Mac hingga Ogos (8
bulan), jumlah bahan yang direkodkan sebanyak 6702 buah buku dengan
nilai purata 32.1 buah buku.
3.2.11.2 Pertandingan NILAM
3.2.11.2.1 Anugerah NILAM Bahasa Inggeris – Tempat Kedua Peringkat
Daerah
3.2.11.2.2 Anugerah NILAM Bahasa Melayu – Saringan sahaja
3.2.11.3 Perancangan PSS
3.2.11.3.1 Rakaman Bicara Buku akan diadakan pada Selasa 20hb
Oktober 2020.

Makluman : Semua Guru

3.2.12 Laporan PBS – Pentaksiran Berasaskan Sekolah (Cik Nur Azhani binti Azezan)
3.2.12.1 Kutipan Data Penggal Pertama – Selesai
3.2.12.2 Kutipan Data Penggal Kedua – Pihak Pentadbir Sekolah akan tetapkan
tarikh.
3.2.12.3 Perancangan PBS
3.2.12.3.1 Bagi kutipan data Penggal Kedua, Ketua Panitia akan
melakukan kutipan data daripada guru-guru lain.
3.2.12.3.2 PJ dan PK bergabung – Guru-guru terlibat mesti berbincang.
3.2.12.3.3 Proses kutipan dan pengumpulan data mesti mengikut
Takwim atau perancangan yang telah ditetapkan sebelum ini.
3.2.12.4 Mesyuarat memutuskan Pentaksiran Akhir Tahun akan diadakan pada
Minggu Kedua bulan November 2020 dan Majlis Apresiasi akan
diadakan pada Minggu Kedua Disember 2020. Semua guru diminta
bersedia.

Makluman: Semua Guru Tindakan : Semua guru

3.2.13 Laporan Pra Sekolah (Cik Ummi Nur Aqilah binti Yusof)
3.2.13.1 Terdapat seramai 25 orang murid Prasekolah sepanjang sesi 2020.
3.2.13.2 Laporan Pentaksiran Prasekolah 6 Tahun - 22 orang murid.

Tahap Penguasaan Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Matematik


TP 1 (Lemah) 1 1 1
TP 2 (Sederhana) 4 8 -
TP 3 (Baik) 14 10 18
Cemerlang 3 3 3

Makluman : Semua Guru Tindakan : Guru Matapelajaran Tahun 1 sesi 2021

3.2.14 Laporan Pemulihan (Puan Hajah Zuraidah Abdul Rahman)


3.2.14.1 Bilangan murid Pemulihan
Tahun 2 - 11 orang
Tahun 3 – 3 orang
Jumlah murid = 14 orang.
(M. Firdaus dari Tahun 3AK telah berpindah menyebabkan pengurangan
seorang murid daripada data asal. Beliau merupakan murid yang disasarkan
keluar daripada Pemulihan pada akhir sesi 2020).
3.2.14.2 Terdapat 4 orang murid daripada Tahun 2AF berada pada Konstruk 4.
3.2.14.3 Pemulihan telah mengadakan Program Sinar Kasih yang melibatkan 4 orang
murid. Murid-murid ini telah belajar membaca bersama Pentadbir sekolah
dan telah dijalankan pada setiap minggu selama 1 jam.

Makluman : Semua Guru


4. Hal-hal Lain
4.1 SKPMG Standard 3.1.2 (Tuan Guru Besar - Puan Hajah Fadilaton binti Md Top)
4.1.1 Penulisan evidens perlu tepat dan senarai evidens perlu lebih khusus.
4.1.2 Penggunaan istilah dalam evidens mesti menepati.
4.1.3 Pengemaskinian NKRA SKPMg2 awal November.

4.2 Laporan Keberhasilan (Tuan Guru Besar - Puan Hajah Fadilaton binti Md Top)
4.2.1 Laporan Keberhasilan Kali Kedua mesti dihantar kepada PK masing-masing.

4.3 Jawatankuasa PDPR (Puan Junidah binti Said - PK1)


4.3.1 Pengajaran dan pembelajaran di rumah untuk murid yang terlibat sahaja.
4.3.2 Ianya perlu dirancang mengikut kesesuaian murid.
4.3.3 Semua guru perlu sentiasa bersedia.

4.4 Mesyuarat memutuskan Slogan Sekolah bagi Projek TS25 – “Gohek Bior Jadi”.
Sehubungan dengan itu, Tuan Guru Besar mewajibkan SATU PROGRAM SATU
PANITIA. Sekolah juga akan melancarkan projek tanaman pokok pisang di kawasan
sekolah.

4.5 Puan Junidah selaku PK Pentadbiran mengucapkan terima kasih kepada semua guru
yang telah berusaha keras sepanjang sekolah dibuka bagi menyempurnakan
pengajaran dan pembelajaran yang banyak tertangguh kerana PKP. Beliau juga
mengucapkan tahniah dan syabas kepada semua panitia yang telah menyempurnakan
Mesyuarat Panitia Kali Kedua dan Ke-3 bagi sessi 2020. Kepada panitia yang masih
belum menyempurnakan Mesyuarat kali Ke-3, mohon berbuat demikian.

Makluman : Semua Guru Tindakan : Semua Guru

9. Penutup
Mesyuarat ditangguhkan pada jam 04.45 petang dan diakhiri dengan bacaan surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................................................. ........................................................................
(PUAN ROSLIDA BT MAT TAHIR) (PUAN HJH FADILATON BT MD TOP)
Setiausaha Mesyuarat JKS, Guru Besar,
SK Sungai Tong SK Sungai Tong.

You might also like