Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

PROSES-PROSES GEOMORFOLOGI

1) PROSES EKSOGENIK
 Suatu proses yang bertindak di atas permukaan bumi dan di
lapisan atmosfera yang digerakkan oleh tenaga yang berpunca
daripada matahari .Tenaga yang berpunca daripada matahari ini
mempengaruhi unsur-unsur iklim dan cuaca yang seterusnya
mempengaruhi proses geomorfologi yang berlaku di bumi seperti :

o Luluhawa yang merupakan proses pemecahan batuan


secara fizikal dan pereputan (penguraian) batuan secara
kimia disebabkan factor cuaca dan factor biotik.Proses
luluhawa terbahagi kepada luluhawa kimia, fizikal dan
biologi.Tenaga matahari menyebabkan berlakunya
luluhawa ke atas batuan di permukaan bumi.Peningkatan
bahang matahari akan menyebabkan berlakunya
peningkatan kadar luluhawa ke atas batuan di sesuatu
kawasan.

 LULUHAWA FIZIKAL (MEKANIKAL)


Luluhawa fizikal ialah proses penguraian/pereputan dan
pemecahan batuan menjadi lebih kecil/halus secara fizikal
tanpa menyebabkan perubahan kandungan kimia batuan
.Berlaku disebabkan proses pengembangan dan pengecutan
batuan di kawasan gurun panas dipengaruhi oleh tenaga suria
batuan.Contohnya,pada waktu siang haba matahari tinggi
memanaskan batuan menyebabkan batuan mengembang
manakala pada waktu malam pula,ketiadaan haba matahari
menyebabkan suhu jatuh mendadak menjadikan batuan sejuk
dan mengucup.Proses kembang-kecut yang silih berganti
setiap hari akan menjadikan batuan semakin retak dan
akhirnya pecah.Antara proses luluhawa fizikal ialah
pengelupasan,penyepaian bebutir,penyepaian
bongkah,pelepasan tekanan dan tindakan fros.
 LULUHAWA KIMIA
Luluhawa kimia merupakan proses pereputan dan penguraian
batuan di permukaan bumi atau hampir permukaan bumi
secara insitu oleh agen -agen luluhawa kimia seperti
iklim(suhu dan hujan) serta biotik dengan mengubah
kandungan kimia buatan.Antara proses luluhawa kimia ialah
hidrolisis,penghidratan,pengoksidaan,larutan dan
pengkarbonan.Tindakan hululawa kimia ini akan mengubah
bentuk muka bumi seperti pandang darat kapur (karst),
pembentukan tanah laterit,pembentukan tanah liat putih
(kaolin),pembentukan tors dan bornhard, dan terdapatnya
bahan regolit yang tebal. Bahang matahari amat
mempengaruhi kegiatan luluhawa kimia khususnya di kawasan
tropika lembap.Bahang matahari yang diterima sepanjang
tahun ialah purata  27˚ C  menyebabkan kegiatan luluhawa
kimia aktif sepanjang tahun.
 LULUHAWA BIOLOGI
Luluhawa kimia iaitu proses pereputan ,penguraian dan
pemecahan batuan di permukaan bumi atau hampir
permukaan bumi secara insitu oleh agen-agen luluhawa biotik
seperti tindakan akar tumbuhan ,lumut,kulapair dan hidupan
dalam tanah seperti cacing,tikus dan mikroorganisam.
Luluhawa biologi memberikan banyak manfaat terutamanya
dalam kegiatan pertanian,perindustrian dan
pelancongan.Antara proses luluhawa biologi ialah :
i. Tindakan akar tumbuh-tumbuhan kursusnya akar
tunjang boleh meretak dan memecahkan sesuatu
batuan.Akar  tumbuhanapabila memasuki sesuatu
rekahan batuan dan kemudiannya membesar
secara   perlahan-lahan akan berupaya  untuk batuan
yang terdapat di kawasan tersebut.  Proses  ini juga
dikenali sebagai bajian akar.
ii. Tindakan haiwan dalam tanah iaitu hidupan dalam
tanah seperti cacing, tikus dan arnab secara tidak
langsung dapat membantu kegiatan luluhawa. Selain
itu hidupan dalam tanah melonggarkan sruktur tanah
dengan mengorek lubang dan memindahkan tanah  ke
permukaan.  Malah,lubang-lubang yang diwujudkan
oleh haiwan ini membolehkan air hujan dan gas-
gas  tertentu jauh ke dalam tanah kesannya luluhawa
akan berlaku jauh ke dalam tanah.
iii. Mikroorganisma iaitu tumbuhan daripada jenis kulat,
yang hidup di atas batuan akan mengeluarkan asid
organik yang boleh melarutkan bahan mineral dalam
batuan dan sekaligus membantu mempercepatkan
tindakan luluhawa ke atas batuan tersebut .
o Hakisan ialah suatu proses penghausan
/pengukiran/penggondolan permukaan bumi oleh agen
hakisan seperti air,ombak,angin,dan glasier.Berlakunya
proses lelasan ,hidraul,lagan dan larutan.Hal ini akan
membentuk bentuk muka bumi hakisan di atas
permukaan,dalam alur sungai dan pinggir pantai.Bahangan
suria turut mempengaruhi proses hakisan glasier iaitu pada
musim bunga dan musim salji akan cair dan mengalir dia
atas permukaan bumi menyebabkan hakisan permukaan
bumi.

o Pergerakan jisim ialah proses pergerakan pepejal dan cecair


dari atas cerun ke bawah cerun akibat tarikan graviti .
Pergerakan ini berlaku secara cepat dan perlahan .Proses ini
mengubah landskap cerun bukit dan menjadi ancaman
kepada kehidupan manusia.Jenis pergerakan jirim terbahagi
kepada aliran cepat yang merupakan jisim seperti aliran
lumpur,tanah,batu runtuh yang berlaku secara tiba-tiba dan
cepat tanpa dijangka.Antaranya ialah aliran lumpur dan
gelungsoran atau tanah runtuh.Manakala aliran perlahan
merupakan pergerakan jisim yang berlaku dalam tempoh
masa yang lama disebabkan kecerunan yang kurang.
Bahangan suria turut mempengaruhi proses gerakan jirim
(runtuhan cerun) iaitu haba matahari akan menyejat air
tanah di cerun yang gondola mennyebabkan tanah menjadi
kering dan poros seterusnya akan menyerap air hujan yang
banyak menjadikan tanah cerun lembut dan mudah runtuh.

o Pengangkutan merupakan proses pergerakan atau


pemindahan bahan-bahan hakisan di atas permukaan bumi
dari satu tempat ke tempat lain oleh agen seperti air
terjun,ombak ,arus,angin dan glasier.Ia membawa atau
memindahkan pelbagai jenis bahan hakisan seperti
kelodak,pasir,kelikir,batu tongkolyang berbentuk
halus,kasar,dan berbongkah.Cara pindahan adalah secara
ampaian ,apungan ,golekan,seretan,tolakan dan larutan.

o Pemendapan ialah proses yang berlaku apabila bahan


muatan menjadi pegun,terlonggok/tertimbun dan tidak
diangkut lagi oleh aliran air,angin,glasier,ombak,dan
sungai.Ia akan membentuk pelbagai bentuk muka bumi
mendapan sungai,ombak,dan angin serta membentuk
batuan enapan.

2) PROSES ENDOGENIK
 Proses endogenic ialah proses dalaman yang berpunca dari perut
bumi yang digerakkan oleh arus perolaka magma yang
menyebabkan lapisan kerak bumi mengalami mampatan dan
tegangan.Tenaga endogenic yang menggerakkan lapisan kerak
bumi ini menyebabkan berlaku proses gerakan tektonik seperti
proses lipatan,gelinciran,gempa bumi,dan aktiviti gunung berapi
o OROGENESIS/PEMBENTUKAN GUNUNG & BANJARAN iaitu
melalui proses lipatan kerak bumi yang merujuk kepada
proses kedutan/lenturan/bentuk yang muka bumi akibat
proses mampatan/himpitan pada kerak bumi (yang terhasil
daripada arus perolakan di lapisan mantel)dari dua arah
yang bertembung ke atas kerak bumi.Proses mampatan
yang mana magma di lapisan mantel membentuk arus
perolakan kuat menyebabkan plat bumi bergerak secara
perlahan atau kuat.Pergerakan plat akan menghentam plat
telendut/melentur dan sebahagian plat yang satu lagi
menjunam.Perlanggaran plat itu membentuk lipatan yang
akan membentuk gunung lipat (muda dan tua) dan
banjaran lipat (antiklin),lurah (sinklin),lipatan
rebah,lampau,simetri dan tidak simetri.

o GELINCIRAN merujuk kepada retakan dan rekahan pada


kerak bumi atau plat tektonik akibat daya mampatan atau
ketegangan pada kerak bumi yang terhasil akibat pergerakn
arus perolakan dalam lapisan mantel.Daya mampatan dan
ketegangan ini menyebabkan berlakunya anjakan pada
lapisan kerak bumi atau plat tektonik sama ada secara
mendatar ,menegak,dan menggelongsor.Antara bentuk
bumi gelinciran ialah lurah gelinciran (graben),gelinciran
biasa,gelinciran songsang dan gelinciran rabak.

o GUNUNG BERAPI meliputi aktiviti magma di dalam kerak


bumi dan proses keluarnya lawa,gas dan bahan piroklas lain
melalui rekahan atau lohong kerak bumi.Suhu yang panas
di bawah lapisan kerak bumi menyebabkan batuan menjadi
cair dan dikenali magma.Tekanan yang tinggi dan
ketumpatan yang rendah memaksa magma naik keatas dan
meletus keluar sebagai lava.Magma yang panas dan
meraup akan menjalar keluar ke permukaan bumi melalui
lapisan kerak bumi yang retak akibat lipatan dan gelinciran
dalam bentuk letusan gunung berapi/lelehan
lava.Membentuk pelbagai bentuk kon gunung
berapi,kawah,kaldera,dataran lava,dan pancutan air panas.
o HANYUTAN BENUA merupakan suatu teori yang
menyatakan bahawa benua-benua di dunia sekarang bersal
dari benua daratan,telah ddan masih berpisah di antara
satu sama lain .Teori plat tektonik menyatakan kerak bumi
terbahagi kepada beberapa plat/kepingan besar.Plat ini
seolah terapung di atas astonesfera(mantel) dan bergerak
secara bertembung ,bercapah dan berselisih.Terdapat dua
jenis plat iaitu plat benua dan plat lautan.Pergerakan plat-
plat dalam pelbagai arah ini mewujudkan :

 Pertembungan plat yang melibatkan plat benua dengan plat


benua yang menghasilkan siri gunung lipat.Selain itu,plat
lautan dengan plat lautan iaitu pertembungan yang
menyebabkan plat yang tumpat terjunam ke bawah dan
membentuk juram lautan.Manakala plat lautan dengan plat
benua di mana pertembungan yang lebih tumpat yang akan
terbenam ke bawah dan membentuk jurang lautan sementara
di benua terbentuk gunung lipat yang selari denga jurang
lautan.

 Pencapahan plat iaitu plat tektonik secara pencapahan


membentuk permatang tengah laut.

 Perselisihan plat yang menyebabkan pergerakan plat secara


mendatar dan menghasilkan gelinciran rabak.
o METAMORPHOSYS merupakan proses kejadian batuan
igneus dan batuan enapan mengalami tekanan dan suhu
yang tinggi menyebabkan batuan berkenaan berubah
bentuk,warna,dan komposisi mineralnya menjadi batuan
bru.Proses ini dikenali sebagai proses metamorfisa dan
biasanya berlaku Ketika proses tektonik secara besar-
besaran seperti lipatan dan gunung berapi.Terbahagi
kepada dua jenis iaitu :

 Metamorfisma serantau yang terbentuk akibat tekanan dan


himpitan terhadap batuan asal dalam rekahan batuan.Kuasa
himpitan disebabkan oleh pergerakn ke atas kerak bumi

 Metamorfisma sentuhan yang terbentuk apabila batuan asal


dalam kerak bumi bersentuh dengan magma atau lava yang
panas.Tindak balas kimia dan perubahan kandunagn mineral
menjadikan bataun tersebut berubah menjadi metamorfisma.

 -Batuan endapan : Petroleum, gas asli dan arang batu diguna


sebagai bahan api dan juga mengalakkan aktiviti perlombongan
bahan api ini. Batu kapur - dilombong untuk membuat simen.
Menggalakkan aktiviti kuari batu kapur dan juga perindustrian -
kilang membuat simen dan bata simen. Batu kapur yang dibuat
simen juga menggalakkan pelbagai aktiviti pembinaan seperti
bangunan, jambatan dan terowong. Batu kapur - digunakan untuk
menuetralkan keasidan tanah - menggalakkan pertanian Gua batu
kapur mempunyai pemandangan karst seperti stalagtit dan
stalagmit yang unik dan menarik menggalakkan aktiviti
pelancongan. Tanah liat - yang bersifat boleh menakung air - sesuai
untuk penanaman padi sawah. Tanah liat - yang mudah dibentuk
diguna dalam industri seramik membuat pasu dan bata merah. Batu
pasir - yang mempunyai kandungan kuarzit diguna dalam industri
membuat barangan kaca. Kaolin - simen putih yang lembut dan
mudah dibentuk diguna dalam industri tembikar dan plaster siling.
Fosfat - diguna dalam indusri membuat baja urea Natrium klorida
( garam batu ) - diguna untuk mengawet makanan.

 -Batuan metamorfik : Batu marmar yang bersifat keras,


berkilat dan mempunyai corak berjalur sesuai diguna sebagai
jubin lantai dan menggalakkan sektor pembinaan. Batu
marmar berkilat dan mempunyai corak berjalur juga sesuai
diguna untuk membuat kraftangan menggalakkan IKS dan
aktiviti pelancongan Berlian yang bersifat amat keras diguna
sebagai mata gerudi dalam perlombongan petroleum dan
pembinaan terowong. Berlian, delima dan zamrud yang
mempunyai nilai yang tinggi dijadikan barang kemas. Grafit -
diguna dalam indusri membuat bateri, pad brake, dakwat dan
mata pensil. Slat - diguna untuk membuat atap genting, batu
nisan, komponen papan suis dan papan tulis. Antrasit - bahan
bakar di kilang dan rumah. Kuarzit - indusri membuat
barangan kaca dan kristal.

You might also like