Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

PERTANDINGAN KEMAHIRAN SUKAN SOFBOL MSSM SECARA

DALAM TALIAN TAHUN 2021

1. PENDAHULUAN
1.1. Pandemik COVID-19 telah mengancam kesihatan dan
keselamatan semua negara di seluruh dunia termasuk
Malaysia. Ini secara langsung telah membentuk norma baharu
dalam gerak kerja di semua sektor termasuk sektor
pendidikan. Bagi memastikan pertandingan sukan terus
disemarakkan, pelaksanaan pertandingan secara dalam talian
dilihat sebagai alternatif yang bersesuaian dan boleh
dilaksanakan di pelbagai peringkat tanpa menjejaskan
keselamatan murid pada ketika ini.

1.2. Pelaksanaan pertandingan sukan ini secara tidak langsung


memberi peluang kepada murid sekolah rendah dan menengah
untuk mendapat manfaat melalui pencapaian markah dalam sistem
Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK).

2. KONSEP
2.1. Pertandingan yang dicadangkan untuk sofbol adalah berbentuk
kemahiran atau ‘skills challenge’ yang akan dilaksanakan secara
dalam talian.

1
2.2. Pelaksanaan pertandingan secara dalam talian adalah sejajar
dengan hasrat kerajaan untuk mengurangkan risiko jangkitan
COVID-19 khususnya dalam kalangan murid sekolah.

2.3. Pertandingan kemahiran ini akan turut mematuhi Prosedur Operasi


Standard (SOP) yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan
Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia
(KKM) dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

3. OBJEKTIF
3.1. Memberi peluang kepada murid menyertai pertandingan di
peringkat sekolah, daerah, negeri dan kebangsaan; dan

3.2. Mewujudkan pertandingan secara dalam


talian bagi memastikan murid terus bergiat aktif dalam
permainan sofbol.

4. PELAKSANAAN
4.1. Tarikh : 3 – 16 Oktober 2021 (Kebangsaan)
4.2. Tempat : Kediaman murid atau kawasan yang sesuai

5. KUMPULAN SASARAN
5.1. Murid lelaki bawah 12 tahun;
5.2. Murid perempuan bawah 12 tahun;
5.3 Murid lelaki bawah 15 tahun;
5.4 Murid perempuan bawah 15 tahun;
5.5 Murid lelaki bawah 18 tahun; dan
5.6 Murid perempuan bawah 18 tahun

2
6. STRUKTUR PERTANDINGAN
6.1. Kriteria Kemahiran Sukan
6.1.1. Melakukan Pergerakan Voluntari
6.1.1.1. Dihasilkan secara sedar atau dalam kawalan;
6.1.1.2. Individu melakukan sesuatu pergerakan yang
telah ditetapkan;
6.1.1.3. Perlakuan ini dibina melalui bakat,
pengalaman dan latihan; dan
6.1.1.4. Mutu perlakuan yang dihasilkan di pengaruhi
oleh faktor tahap kemahiran dan pengalaman.

6.2. Peraturan Pertandingan


6.2.1. Had umur dan penyertaan murid dalam pertandingan
adalah berdasarkan Perkara 3 (Kelayakan Peserta)
dan Perkara 4 (Had Umur Peserta) dalam Peraturan
Am MSSM.
6.2.2. Kemahiran yang dipertandingkan adalah seperti berikut:
6.2.2.1. Kemahiran Memukul (Batting)
6.2.2.2. Kemahiran Menampan (Bunting)
6.2.2.3. Kemahiran Baling dan Tangkap (Throwing and
Catching)
6.2.3. Setiap peserta yang bertanding perlu melaksanakan
kesemua tiga kemahiran yang dipertandingkan mengikut
syarat peringkat umur yang telah ditetapkan.
6.2.4. Setiap negeri perlu menghantar lima (5) video terbaik
mengikut kategori dan peringkat umur yang dipertandingkan
di peringkat kebangsaan.

3
6.2.5. Durasi video adalah tidak melebihi 8 minit termasuk
pengenalan diri di permulaan video bagi peringkat umur
B12 dan tidak melebihi 10 minit bagi peringkat umur
B15 / B18 berdasarkan pecahan masa berikut

B12 : Kemahiran 1 ; 2 minit


: Kemahiran 2 ; 3 minit
: Kemahiran 3 : 2 minit

B15/B18 : Kemahiran 1 : 2 minit


: Kemahiran 2 : 5 minit
: Kemahiran 3 : 2 minit

6.2.5. Setiap rakaman semasa melaksanakan kemahiran


mestilah secara berterusan (Tidak boleh disunting).
6.2.6. Keputusan hakim adalah muktamad dan sebarang
perbincangan atau surat menyurat tidak akan dilayan.
6.2.7. Semua video penyertaan yang diterima oleh urusetia
adalah menjadi hak milik MSSM dan pihak urusetia
boleh menggunakan video tersebut bagi apa-apa
tujuan.

6.3. Strategi Pelaksanaan Pertandingan


6.3.1. Pertandingan akan diadakan di peringkat daerah dan
negeri terlebih dahulu dan JOHAN,NAIB JOHAN, DAN
TEMPAT KETIGA SEHINGGA TEMPAT KELIMA
setiap kategori mengikut kumpulan umur di peringkat
negeri akan dipertandingkan di peringkat kebangsaan.

4
6.4. Sistem Pemarkahan

6.4.1. Skema pemarkahan


6.4.1.1. Rujuk Lampiran 1

7. JADUAL PELAKSANAAN PERTANDINGAN KEMAHIRAN

BIL PERINGKAT PENGELOLA TARIKH


1 Sekolah Sekolah 1 – 14 Ogos 2021

2 MSSD PPD 22 Ogos - 4 September 2021

3 MSSN JPN 12 – 25 September 2021

4 MSSM BSKK/MSSM 3 – 16 Oktober 2021

8. PEMILIHAN PANEL JAWATANKUASA TEKNIKAL


8.1. Pengerusi Teknik Pembangunan Sukan (PTPS) Negeri
8.1.1. Semua PTPS Negeri akan menjadi hakim dalam
pemarkahan video pendek
8.1.2. Keputusan yang diperolehi bagi elemen subjektif adalah
muktamad

8.2. Jurulatih yang berkelayakan dan diiktiraf oleh Persatuan Sofbol


Malaysia
8.2.1. Seramai 30 orang jurulatih tahap 2 akan dipanggil dan
akan dibahagikan kepada 6 kumpulan untuk menilai 3
kemahiran yang dipertandingkan di peringkat MSSM

5
8.2.2. Keputusan yang diperolehi bagi elemen teknikal adalah
muktamad

9. KAEDAH PELAKSANAAN
9.1. Format Pengenalan Diri Peserta (Perlu dibuat sebelum memulakan
rakaman kemahiran video)
9.1.1. Peringkat Penyertaan
9.1.2. Nama Negeri
9.1.3. Jenis Sukan
9.1.1. Kategori Umur
9.1.2. Jantina
9.1.3. Nama Peserta
9.1.4. Sekolah
9.1.5. Daerah
9.1.6. Kod Sekolah
9.17 Masa pengenalan adalah tidak melebihi 1 minit

9.2. Peralatan
9.2.1. Penggunaan modifikasi alatan;
9.2.1.1. Bat pemukul ;
Alatan ubahsuai yang dicadangkan:
kayu;batang penyapu;batang mop;paip PVC yang
berukuran tidak lebih daripada 34 inci panjang dan
15mm diameter (terpakai kepada semua kemahiran)
9.2.1.2. Bola sofbol
Bola gantian dicadangkan;
bola tenis;bola plastik;atau mana-mana jenis bola yang
sesuai dengan diameter 12 inci maksimum
9.2.1.3. Tee ball stand
6
Alatan ubahsuai yang dicadangkan
botol air ; batang kayu dan botol air
9.2.1.4. Softball glove ; tangan
9.2.1.5. Kotak air mineral yang berukuran 37’x25’x21’ atau
baldi air 5 gallon/6 gallon untuk kemahiran
menampan
9.2.16 Bunting marking di mana bunter melakukan
kemahiran menampan
9.2.17 Target zone marking di mana peserta melakukan
kemahiran baling dan tangkap.

9.3. Kemahiran 1: Kemahiran Memukul Statik (B12 L/P)


9.3.1 Peserta perlu menyediakan :
i. Tee Ball Stand yang diubahsuai dengan ketinggian mengikut Strike
Zone sendiri
ii. 8 biji bola yang sesuai (bola tenis/bola plastik) atau mana-mana
jenis bola yang sesuai dengan diameter maksimum 12 inci
iii. Batang penyapu/kayu mop yang panjangnya tidak melebihi 34 inci ;
atau paip PVC berdiameter 15 mm; panjang 34 inci

9.3.2 Peserta akan dinilai berdasarkan :


i. Bilangan pukulan kena yang dilakukan dalam masa 2 minit dengan
menggunakan 8 biji bola
ii. Fasa pukulan ; Fasa persediaan ; Fasa Hayunan ; Fasa Ikut Lajak
iii. Inovasi alatan

7
9.3. Kemahiran 1: Kemahiran Memukul Dinamik (B15 dan B18 L/P)
9.3.1 Peserta perlu menyediakan :

i. 8 biji bola yang sesuai (contoh bola tenis) yang berdiameter maksimum 12
inci.

ii. Batang penyapu/ kayu mop yang panjangnya tidak melebihi 34 inci ; atau
paip PVC yang berdiameter 15mm dengan panjang tidak melebihi 34 inci.

iii. Sasaran bertanda yang bersaiz 4 kaki x 4 kaki pada ketinggian strike
zone peserta. Contoh ; net/ dinding/kotak/papan/kadbod

9.3.2 Jarak kedudukan pemukul dengan sasaran adalah 10 kaki

8
9.3.3 Peserta akan dinilai berdasarkan :

i. Bilangan pukulan yang berjaya dilakukan dengan 8 biji bola dalam tempoh
2 minit

ii. Bilangan pukulan yang dibuat dan masuk ke dalam sasaran

iii. Fasa pukulan : Fasa persediaan ; Fasa Hayunan ; Fasa Ikut Lajak

iv; Inovasi alatan

9.4. Kemahiran 2 : Kemahiran Menampan B12


9.4.1 Peserta perlu menyediakan peralatan seperti :
i. 1 kotak air mineral/minuman bersaiz 500ml/600ml atau baldi 5
gallon / 6 gallon sebagai sasaran (bunting target) dan diletak pada
jarak 1.5 kaki daripada peserta.

ii. 10 biji bola yang sesuai (bola tenis / bola plastic/ atau mana-mana
jenis bola yang bersesuaian dengan diameter 12 inci maksimum.

9
iii. Batang penyapu / batang mop yang panjangnya tidak melebihi
34 inci atau juga batang paip PVC yang berdiameter 15mm dengan
ukuran panjang juga tidak melebihi 34 inci.

iv. Seorang pembantu untuk melontar bola yang berada pada jarak
5 kaki dari peserta.

9.4.2 Peserta perlu menampan bola ke ;


i. Sasaran yang diletak mengikut jarak yang telah ditetapkan
ii. Melakukan 10 kali tampanan dan bola masuk ke dalam sasaran
iii. Melakukan kemahiran tampanan dalam masa tidak melebihi 3
minit.

9.4.3 Penilaian adalah berdasarkan :


i. Bilangan tampanan kena yang berjaya dilakukan dalam masa 3
minit dengan menggunakan 10 biji bola
ii. Bilangan tampanan yang dibuat dan kena dan masuk ke dalam
sasaran
iii. Fasa lakuan ; Fasa persedian ; Fasa hayunan ; Fasa ikut lajak
iv. Inovasi alatan

10
9.4 Kemahiran 2 : Kemahiran Menampan B15 / B 18
9.4.1 Peserta perlu menyediakan peralatan seperti :
i. 1-3 buah kotak air mineral/minuman bersaiz 500ml/600ml atau 1-
3 buah baldi 5 gallon / 6 gallon sebagai sasaran (bunting target) dan
diletak pada jarak 1.5 kaki daripada peserta. Sasaran ini disusun
sederet atau selari. Jarak antara setiap sasaran pula adalah 1 kaki

ii. 10 biji bola yang sesuai (bola tenis / bola plastik/ atau mana-mana
jenis bola yang bersesuaian dengan diameter 12 inci maksimum.

iii. Batang penyapu / batang mop yang panjangnya tidak melebihi


34 inci atau juga batang paip PVC yang berdiameter 15mm dengan
ukuran panjang juga tidak melebihi 34 inci.

iv. Seorang pembantu untuk melontar bola yang berada pada jarak
5 kaki dari peserta.

9.4.2 Peserta perlu menampan bola ke ;


i. Sasaran yang diletak mengikut jarak yang telah ditetapkan

ii. Melakukan 10 kali tampanan ke sasaran hadapan, 10 kali


tampanan ke sasaran kiri dan 10 kali tampanan ke sasaran kanan
dan; bola masuk ke dalam setiap sasaran

iii. Melakukan kemahiran tampanan dalam masa tidak melebihi 5


minit.

11
9.4.3 Penilaian adalah berdasarkan :
i. Bilangan tampanan kena yang berjaya dilakukan dalam masa 5
minit dengan menggunakan 10 biji bola

ii. Bilangan tampanan yang dibuat dan kena dan masuk ke dalam
sasaran

iii. Fasa lakuan ; Fasa persedian ; Fasa hayunan ; Fasa ikut lajak
iv. Inovasi alatan

Contoh peralatan yang boleh dijadikan sasaran (bunting target)

12
Rajah ; Kemahiran Menampan Kategori B12

13
Rajah : Kemahiran Menampan Kategori B15 / B18

14
9.5 Kemahiran 3 : Kemahiran Baling dan Tangkap (B12, B15 dan B18 L/P)

15
10. PENYERTAAN NEGERI DI PERINGKAT KEBANGSAAN

11. PINGAT DAN SIJIL

11.1. Pingat

16
11.2 Sijil
11.2.1. Sijil Pencapaian

11.2.2. Sijil Penyertaan

17
LAMPIRAN 1

18
19

You might also like