Muamalat 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TRANSAKSI DALAM SISTEM MUAMALAT DI MALAYSIA

Dalam transaksi jual beli perlulah mengikuti segala hukum yang telah ditetapkan bagi
memastikan keadilan bagi kedua pihak. Barang dan harga barang perlulah mempunyai unsur
yang baik dan terhindar daripada penipuan. Sekiranya berlaku penipuan pengguna berhak
untuk memulangkan barang yang telah diberi dan berhak mendapat bayaran semula
sepenuhnya. Transaksi jual beli yang berlaku secara rundingan memerlukan persetujuan dari
aspek sifat barang dan harga. Sebagai contoh, penjual mengiklankan barang dan menetapkan
bahawa harga barang yang dijual boleh dirunding. Oleh itu, rundingan antara pembeli dan
penjual boleh dilakukan dan mencapai persetejuan bagi memastikan keadilan yang berlaku
dalam jual beli. Pembeli boleh menolak sekiranya harga yang ditetapkan diubah oleh penjual
dan tidak mengikuti seperti apa yang dijanjikan. Sebagai contoh, terdapat cas tambahan
barang tersebut. Pembeli berhak untuk membatalkan urusan jual beli tersebut.

You might also like