Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

ISU-ISU INTEGRASI NASIONAL

Agama Dan Kebudayaan

Setiap kumpulan etnik mempunyai agama dan kebudayaan yang berlainan. Setiap kaum pula
mempunyai adat resam, bahasa, kesenian, budaya dan system nilai yang berbeza. Namun,
masing-masing kurang mengenali dan memahami setiap perkara yang tersebut dan seringkali
menganggap mereka sahaja yang terbaik. Sikap ini menimbulkan perasaan buruk sangka
yang menghalang pergaulan yang baik antara pelbagai kaum.

Dasar Penjajah British

Penjajah British sengaja menentukan status dan peranan yang berlainan bagi kaum yang
tertentu. Oleh sebab itu, interaksu antara kaum menjadi terbatas dan mencetuskan sikap
prasangka negatif yang kukuh antara rakyat tempatan yang berbilang etnik.

Sistem Pendidikan

Dalam sistem pendidikan nasional di Tanah Melayu, setaip etnik lebih gemar menghantar
anak mereka ke sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Kurikulum yang
digunakan di sekolah-sekolah tersebut tidak sama. Ada pula system Pendidikan yang berpusat
kepada negara nenek moyang mereka. Keadaan ini akan melebarluaskan lagi jurang
pergaulan, menghasilkan pandangan yang berlainan dan menjejaskan persefahaman dan
perhubungan sesame rakyat.

Sistem Ekonomi

Setiap etnik menjalankan kegiatan ekonomi yang tertentu dan mendiami kawasan yang
berlainan. Namun, keadaan ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang tidak seimbang
dan menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kalangan etnik. Serta mangakibatkan perpaduan
negara terancam.
Sistem Politik

Kewujudan persatuan politik, sosial dan ekonomi berdasarkan bangsa, kaum dan etnik
tertentu memperkuatkan identity sesuatu kumpulan dan menimbulkan perasaan syak
wasangka. Ini kerana setiap kumpulan hanya memperjuangkan hak dan kepentingan
kumpulan tertentu sahaja. Parti-parti politik yang berasaskan kepada sukuk kaum juga
memainkan pelbagai isu sensetif seperti bahasa, budaya, ekonomi dan hak keistimewaan
sehingga memburukkan lagi masalah perpaduan.

Kedudukan Jepun

Kemasukan tentera Jepun ke Tanah Melayu menambah jurang permusuhan antara orang
Melayu dan orang Cina. Sebilangan besar tentera anti Jepun terdiri daripada orang-orang
Cina, sementara ramai pula orang Melayu yang diambil oleh tentera Jepun untuk menjadi
askar dan polis. Keadaan ini menjejaskan persefahaman dan menimbulkan perasaan kurang
senang antara masyarakat Melayu dan Cina.

You might also like