Kejayaan Dalam Melaksanakan Pin

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEJAYAAN DALAM MELAKSANAKAN PIN

Mengurangkan gejala rasuah penyelewengan dan salah guna kuasa dengan lebih berkesan:

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah ditubuhkan pada tahun 2009
bersempena dengan revolusi daripada Konvensyen Intergriti Nasional. Dengan adanya SPRM
ini, penyelewengan, rasuah dan penyalahgunaan kuasa dapat diatasi.

Meningkatkan kecekapan sistem pengurusan perkhidmatan awam dan mengatasi masalah


birokrasi:

Sistem penyampaian perkhidmatan awam telah bertambah baik dalam banyak aspek
berdasarkan maklumat yang dikumpulkan melalui forum dan dialog berterusan yang kerap
diadakan.Perincian I-PIN dalam fasa kedua menunjukkan peningkatan yang konsisten iaitu
sebanyak 0.1. Jabatan Audit Negara telah melakukan analisis indeks akauntan yang
mencatatkan peningkatan dalam permarkahan agensi-agensi kerajaan. Tahun 2012 telah
menyaksikan peningkatan sebanyak 131 agensi yang mendapat 4 bintang berbanding dengan
hanya 20 agensi pada tahun 2008.

Meningkatkan tanggungjawab sosial korporat:

Dalam meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan dan tanggungjawab sosial
korporat , penubuhan Ikrar Integriti Korporat (CIP) telah dilaksanakan dalam usaha untuk
mengalak tadbir urus yang baik dan memerangi gejala rasuah. Selepas 4 tahun
perlaksanaannya, CIP telah memperolehi sebanyak 3000 peserta korporat dan yang terbaharu
di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) telah bersatu untuk mematuhi dan
melaksanakan tadbir urus yang terbaik dalam menguruskan aktiviti perniagaan mereka seperti
mematuhi prosedur yang betul dalam penjualan dan urusan pembelian.

Mengukuhkan institusi keluarga dan masyarakat:

Membangunkan golongan belia tanpa mengabaikan golongan belia ialah salah satu dasar
yang telah dibentuk mendidik golongan ini dalam mempersiapkan diri mereka untuk menjadi
individu berkualiti. Salah satu langkah yang diambil adalah dengan memastikan pelajar yang
baru mendaftar di universiti awam diperkenalkan dengan modul integriti sebagai sebahagian
daripada proses pendidikan awal mereka. Pada peringkat yang akan datang, IIM akan
melanjutkan pengenalan kepada integriti di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

You might also like