BM T3 - M24 - 29 Julai 2021

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 6

[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.

0] [TINGKATAN 2]

Tarikh 29 Julai 2021 Hari KHAMIS


Platform Google Meet / Telegram
Masa 3.00 – 4.00
Tajuk PDPR Ringkasan
Bahan Bahan Petikan

AKTIVITI 1:
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN:
Murid membaca bahan petikan menggunakan Teknik bacaan KWLH.

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah
ringkasan tentang manfaat-manfaat sarapan. Panjangnya ringkasan anda hendaklah
tidak melebihi 100 patah perkataan. Anda digalakkan supaya menggunakan ayat
anda sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.
Pengambilan sarapan ialah amalan rutin bagi sesetengah orang. Amalan ini dilakukan
pada setiap pagi dan sebelum memulakan sesuatu urusan seperti belajar atau bekerja.
Ramai yang tidak mengetahui bahawa pengambilan sarapan merupakan pemula aktif
bagi metabolisme untuk membantu membakar kalori sepanjang hari. Tinjauan
Pemakanan DewasaMalaysia melaporkan golongan dewasa berusia antara 18 hingga
39 tahun tidak gemar mengambil sarapan berbanding makan tengah hari dan malam.
Pengambilan sarapan secara tidak langsung dapat membekalkan tenaga dan nutrien
yang diperlukan oleh badan untuk melakukan urusan seharian selain membantu
seseorang untuk fokus di tempat kerja atau sekolah. Masyarakat tidak menyedari
bahawa terdapat banyak impak negatif sekiranya mengabaikan sarapan. Orang yang
tidak bersarapan berasa lebih cepatlapar dan cenderung untuk makan dalam kuantiti
yang banyak pada waktu makan seterusnya.
Banyak kajian mendapati bahawa sarapan mampu meningkatkan ingatan dan tumpuan
seseorang malahan dapat menurunkan tahap kolesterol jahat iaitu lipoprotein
berketumpatan rendah di dalam darah. Kolesterol ini amat membahayakan kesihatan
diri kerana boleh menyebabkan pemendakan lemak dan menyempitkan salur darah.
Selain itu, pengambilan sarapan juga dapat mengurangkan risiko penyakit kronik.
Waktu paling optimum untuk mengambil sarapan adalah antara 30 minit hingga dua
jam selepas terjaga daripada tidur. Pengambilan sarapan mampu membantu individu
yang mahu menurunkan berat badan. Mereka yang mempunyai tahap kolesterol yang
tinggi dalam darah disarankan mengambil sarapan supaya metabolisme badan dan
komposisi kolesterol di dalam darah dapat dioptimumkan.
Dipetik dan diubah suai daripada,
‘Sarapan Cegah Penyakit’ oleh: Mohd. Faizal Mat Salleh,
Dewan Kosmik, Bil 9/2018.

Sumber bahan pembelajaran : Cikgu Meganathan (SMK Sg. Karangan)

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]


[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.0] [TINGKATAN 2]

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN:
- Murid menyenaraikan maklumat dalam jadual KWLH.
Jadual analisis KWLH:

K – Know W - Want L - Learn H - How


Apa yang BAGAIMANA
Apa yang INGIN Apa yang dipelajari /
SUDAH mengetahui
diketahui? DIPEROLEH?
diketahui? lebih lanjut?

- Beberapa orang murid menyatakan maklumat diperoleh berdasarkan senarai maklumat yang
dimiliki.
- Murid mengenal pasti idea utama dan idea sampingan berdasarkan maklumat yang disenaraikan
dalam jadual KWLH.

IDEA UTAMA IDEA SAMPINGAN

- Murid memilih 5 maklumat idea utama untuk menghasilkan rumusan lengkap.


PATAH
ISI PERNAYATAAN ISI PERKATAAN
1
2
3
4
5

……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………………………………

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]


[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.0] [TINGKATAN 2]

AKTIVITI 2:

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
- Murid meneliti gambar-gambar yang diberikan.

AMALAN
KEJIRANAN

menolong jiran yang berpindah melawat jiran yang sakit

bertegur sapa dengan jiran menziarahi jiran tetangga

Sumber bahan pembelajaran : Cikgu Meganathan (SMK Sg. Karangan)

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]


[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.0] [TINGKATAN 2]

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
- Murid menyenaraikan maklumat tersurat dan tersirat yang diperoleh daripada penelitian gambar.

Maklumat tersurat dan tersirat:


MAKLUMAT TERSURAT MAKLUMAT TERSIRAT

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

- Murid menggunakan maklumat untuk menulis ulasan lengkap yang panjangnya antara 80
hingga 100 patah perkataan.
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………
……………………………………………………………………………………

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]


[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.0] [TINGKATAN 2]

AKTIVITI 3:

LATIHAN 1:
LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
- Murid membaca bahan petikan dengan teliti.
- Murid menyenaraikan ayat majmuk yang ditemui dalam petikan.

Ketika jerebu, kita mestilah memakai topeng muka untuk mengelakkan


sebarang jangkitan penyakit. Kita hendaklah segera ke hospital untuk
mendapatkan rawatan daripada doktor jika mengalami masalah kesihatan.
Kitajuga perlu membasuh muka sekerapnya dan minum banyak air.
Ayat Majmuk :
1. …………………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………………

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

- Murid mencerakinkan ayat majmuk yang disenaraikan kepada 7 ayat tunggal.


Ayat Tunggal :
1. …………………………………………………………………………………………
2. …………………………………………………………………………………………
3. …………………………………………………………………………………………
4. …………………………………………………………………………………………
5. …………………………………………………………………………………………
6. …………………………………………………………………………………………
7. …………………………………………………………………………………………

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]


[MODUL PDPR 4.0] [PKP 3.0] [TINGKATAN 2]

LATIHAN 2:

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN
Murid membaca bahan petikan dengan teliti.

Setelah jalan raya dinaiktaraf menjadi lebuh raya, pengguna dapat merasai berbagai
kemudahan sepanjang perjalanan. Bermula daripada Bukit Kayu Hitam hingga Johor Bahru,
pengguna dapat mempergunakan kemudahan yang disediakan di kawasan rehat dan rawat.
Kawasan rehat dan rawat ini, pengguna dapat beristirehat demi menghilangkan rasa penat-
lelah di samping menjamu selera di gerai makan yang mampu memenuhkan cita rasa semua
kaum.

LANGKAH-LANGKAH PENGAJARAN

- Murid mengenal pasti 9 kesalahan bahasa.


- Murid menyenaraikan dan membetulkan kesalahan- kesalahan itu.
- Murid tidak boleh menyenaraikan lebih daripada jumlah kesalahan yang diarahkan.

Nota Panduan
3 kesalahan ejaan.
2 kesalahan imbuhan.
3 kesalahan tatabahasa.
1 kesalahan istilah atau kata.
Kesalahan bahasa:
BIL. KESALAHAN PEMBETULAN
1
2
3
4
5
6
7
8
9

[UNIT BAHASA MELAYU-WBWH] [MRSM KUANTAN] [2021]

You might also like