Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

BACHELOR OF OCCUPATIONAL HEALTH AND SAFETY MANAGEMENT WITH HONOURS


(BOSHM)

JANUARI 2021

MPU3122

TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

NO. MATRIKULASI : SYAMEERA APREENA BINTI ZAIMAN


NO. KAD PENGENALAN : 950621125658
NO. TELEFON : 01165612106
E-MEL : syameeraapreena@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : JOHOR LEARNING CENTRE


MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

PENGENALAN

Tamadun India adalah sebuah tamadun unggul yang tertua di dunia dan mempunyai
keunikannya yang tersendiri. Keunikan tersebut dapat dilihat dalam kesinambungan tradisi
kebudayaan yang kekal dan berterusan tanpa banyak berlaku perubahan sejak ribuan tahun yang lalu.
Tamadun India juga merupakan panduan kepada pelbagai bentuk budaya hingga melahirkan variasi
didalam perkembangan tamadun ini. Selain itu, pengaruh agama pula menjadi faktor penting dalam
pembentukan tamadun ini terutamanya agama Hindu, Buddha dan Islam. Ini telah menjadikan seluruh
pengkajian tentang tamadun India ini sangat berbeza dan menarik jika dibandingkan dengan tamadun-
tamadun yang lain di dunia.
Tamadun India ini wujud antara tahun 2500-1800 S.M. Selepas tempoh itu, Tamadun Indus
telah mengalami keruntuhan. Perkara ini telah dikaitkan dengan kemunculan orang Aryan yang telah
membawa satu budaya kepada masyarakat Lembah Indus iaitu dikenali sebagai Zaman Vedik. Zaman
Vedik pula, permulaan kehidupan beragama bagi masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah
lahirnya agama Hindu. Setelah beberapa tahun bertapak di Lembah Indus, perhatian masyarakat
tersebut beralih ke Lembah Ganges apabila tibanya abad ke tujuh sebelum masihi. Pada zaman itu,
terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan raja. Ketika itu, terdapat 2 bentuk
kerajaan iaitu Janapada atau kerajaan kecil dan Mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah
pemerintahan Chandragupta Maurya, kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M.
telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya apabila
seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak kegemilangan pada ketika
pemerintahan Asoka.
Pada tahun 321 S.M. telah lahir empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa
pemerintahan Dinasti Maurya apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai
kemuncak kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka. Kemunculan tamadun ini boleh
dikategorikan dengan 3 kategori iaitu zaman awal, zaman pertengahan, zaman moden.
Pada zaman awal, tamadun India mempunyai dua bentuk kerajaan iaitu kerajaan kecil dan
kerajaan besar. Kerajaan kecil masih bersifat kepuakan dan tidak mempunyai raja. Manakala kerajaan
besar diketuai oleh raja seperti kerajaan Kashi, Kosala, dan Magadha. Dalam tamadun ini,
sememangnya raja mengamalkan kuasa mutlak. Kedudukan seseorang ini kemudian diperkukuh
dengan pelbagai bentuk upacara ritual yang berasaskan kepercayaan bahawa seseorang raja itu adalah
suci dan harus dihormati. Golongan Brahmin yang bertindak sebagai penasihat memainkan peranan
penting dan ini diikuti dengan golongan Kryatria yang menjadi pemerintah tertinggi serta merupakan

1
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
golongan dominan. Oleh itu, Chandragupta Maurya telah membentuk empayar Maurya dengan
menyatukan kerajaan-kerajaan kecil di India. Hal ini mengubah status raja kepada maharaja. Empayar
Mauryameliputi kawasan Teluk Benggala hingga ke Pergunungan Hindu Kush. Ibu negerinya terletak
di Paliputra. Zaman kegemilangan Dinasti Maurya adalah pada masa pemerintahan Maharaja
Asoka.Asoka telah menamatkan perang saudara dan menakluk Kalinga selepas Perang Kalinga.Asoka
lebih menekan kepada kedamaian dan kemajuan sosial serta menjalankan penaklukan melalui
penyebaran agama Buddha dan tidak lagi menerusi ketenteraan. 
Zaman Pertengahan berlakunya zaman kegemilangan umat islam, iaitu dalam tempoh ini, Islam
memerintah india selama hampir 800 tahun iaitu dari (1000-1756). Namun kerajaan islam tidak
mampu bertahan lebih lama apabila berlaku pemberontakan Hindu-sikh ke atas kerajaan Mughal dan
disusuli oleh serangan pihak inggeris pada 1857 M. 
Zaman moden terkenal sebagai zaman penjajahan apabila datangnya penjajah british pada
tahun 1857 membawa berlakunya pembahagian bumi india kepada tiga buah negara iaitu
India,Pakistan dan Bangladesh.Sebahagian besar umat islam kemudian berpindah ke Pakistan dan
Bangladesh.
Tamadun India mempunyai pelbagai jenis agama yang diamalkan sebagai pegangan dan
kepercayaan sesuatu kaum. Antaranya ialah;
  Agama Hindu iaitu pada sejarah awal kemunculan agama hindu sukar untuk ditentukan kerana
agama ini dianggap bersifat agama semulajadi. Hinduisme tidak mempunyai pengasas dan tidak
memiliki institusi agama yang bersifat pusat untuk mengetuai segala pengikut agama ini di seluruh
dunia.Kepercayaan dan ajaran Hindhu diwarisi secara turun-temurun. Nama asal agama hindu ialah
Sanata Dharma bererti prinsip dan peraturan kerohanian yang kekal abadi seperti juga sifat tuhan yang
kekal abadi. 
Agama Buddha diasaskan oleh Siddharta Gautama,putera Raja Sudhhodana Gautama daripada
suku Shakya di India. Buddha berasal daripada perkataan budh yang bermaksud yang mendapat
kesedaran.  Di dalam agama budhha ini,ia tidak mengajar mengenai hal-hal ketuhan, metafizikal atau
sesuatu falsafah sebaliknya mengenai ajaran-ajaran psikologi dan etika yang berhubung kait dengan
kehidupan.ajaran Buddha yang mengutamakan Dhamma atau Dharma merangkumi 4 kebenaran
Mulia.
Agama Jaina diasaskan oleh Naputta Vardhamana yang digelar mahavira. Beliau merupakan
anak lelaki seorang bangsawan yang sudah bosan dengan kemewahan dan hiburan serta hidup yang
berfoya-foya.Agama Jaina banyak persamaan dengan ajaran-ajaran Upanishad dan Budhhaisme. 
Agama ini mementingkan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran
semula roh-roh individu. Ajaran jaina ini mengandungi 9 prinsi-prinsip asas iaitu:
2
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
i.         Jiva- roh yang terdapat dalam semua benda bergerak
         ii.        Ajiva- benda yang tidak bernyawa
       iii.       Asrava- daya penarik
           iv.       Papa karma – dosa
           v.        Punya karma – pahala
         vi.       Bandha – ikatan roh dengan keinginan dan kejahilan
                     vii.        Samvara – menahan pengaliran karma
       viii. Nirjara – penghapusan karma
                  ix.       Siddhi – pelepasan dari kelahiran semula

Agama Sikh ini diasaskan oleh Guru Nanak yang merupakan Keshatriya hindu yang dilahirkan
di Punjab. Kepercayaan yang utama ialah mengenai kewujudan tuhan yang satu, iaitu bersifat nirankar,
abadi, amat berkuasa. Ajaran agama sikh menolak penggunaan patung sebagai gambaran tuhan yang
transcendental dan tuhan adalah kuasa terkuat. Selain itu, persaudaraan khalsa diperkenalkan dengan
tujuan memperkasakan identiti sikh dengan memakai lima simbol utama iaitu;
i. Kesh – rambut panjang
ii. Kangha – sikat
iii. Kara – gelang besi
iv. Kirpan – pedang kecil
v. Kachera – seluar jerut

SISTEM KEKELUARGAAN DALAM TAMADUN INDIA


Pada amnya, masyarakat India boleh dibahagikan kepada dua golongan besar berdasarkan
kepada keluarga bahasa, iaitu pertama, orang Indo Arya dan kedua, orang Dravidia. Dari segi
demografi, orang Indo Arya menetap di kawasan utara India manakala orang Dravidia menetap di
kawasan selatan India. Orang Indo Arya dan orang Dravidia memiliki tradisi kebudayaan masing-
masing. Pertembungan antara kedua-dua golongan budaya yang berbeza sejak beberapa kurun sebelum
masihi lagi telah melahirkan suatu budaya yang dikongsi bersama, dan budaya serta tamadun itulah
dianggap sebagai tamadun India.
Antara sistem kekeluargaan dalam tamadun india ini yang masih relevan terdapat didalam
tayangan klip video yang diberikan ialah:
i. Kedudukan wanita
Dua masyarakat yang mementingkan kedudukan wanita didalam tamadun india
iaitu masyarakat Indo-Arya dan masyarakat Dravida. Masyarakat Indo-Arya di zaman
3
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
Veda Awal (1500 S.M – 1000 S.M), kaum wanita dihormati dan diberikan kebebasan
serta kesaksamaan seperti kaum lelaki, namun begitu, pada Zaman Veda Kemudian
(1000SM-500SM) dan selepasnya didapati kedudukan kaum wanita merosot dan
banyak sekatan dikenakan ke atas mereka. Peranan dan tanggungjawab mereka
dihadkan dalam lingkungan urusan rumah tangga semata-mata. Malah mereka tidak lagi
dibenarkan untuk membaca kitab-kitab suci ataupun menjalankan upacara- upacara
keagamaan. Dari segi pendidikan, dirasakan pendidikan asas memadai untuk kaum
wanita dan ini kemudiannya seolah-olah menjadi undang-undang tidak bertulis. Selepas
kehadiran dan pengukuhan kuasa British di India, pergerakan- pergerakan reformasi
Hinduisme telah membawa mengenai masalah kedudukan wanita kepada pihak British
supaya ianya dapat dihalang atau diketepikan dengan meluluskan undang-undang.
Dengan kerjasama pergerakan-pergerakan. Reformasi seperti Brahmo Samaj, Prarthana
Samaj dan sebagainya, kedudukan kaum wanita dapat dipulihkan pada kurun ke-19 dan
kurun ke-20.
Masyarakat Dravida pada zaman Sangam (kurun ke-3SM- kurun ke-3 TM),
kaum wanita telah diberikan kedudukan yang tinggi dalam masyarakat India Selatan.
Sifat keibuan yang ada pada mereka dihormati, disanjung dan dianggap sebagai suatu
nilai yang mulia. Anak perempuan yang kecil dipanggil sebagai 'amma' bererti emak
kerana anak perempuan itu bakal menjadi ibu apabila berkahwin. Dalam konteks ini,
peranan kaum ibu amat penting dan mereka mempunyai segala kebebasan termasuk
untuk mendapatkan pendidikan yang setinggi mungkin. Antara pujangga-pujangga
Tamil yang terkemuka pada zaman Sangam termasuklah beberapa pujangga wanita.
Pujangga-pujangga wanita ini didapati berupaya membuktikan kebolehan mereka
dengan mencipta puisi-puisi yang dianggap setanding malah adakalanya lebih baik
berbanding dengan kaum lelaki. Di samping itu, terdapat juga kaum wanita yang pernah
menjadi pertapa-pertapa yang disegani lagi dihormati dalam masyarakat tersebut. Di
dalam klip video pertama yang diberikan menunjukkan kasih saying seorang ibu
walaupun sentiasa dimarahi oleh anaknya.
ii. Nilai-nilai murni.
Nilai-nilai murni yang terkandung dalam Tamadun India iaitu menitikberatkan
sistem kekeluargaan. Masyarakat India kebanyakannnya beragama hindu, mereka juga
mengamalkan sistem keluargaan bersama (joint family). Apa yang
penting dalam masyarkat India ialah konsep tersebut yang membentuk keperibadian dan
jati diri masyrakat India agar bertindak mengikut lunas-lunas yang dibenarkan oleh
4
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
ajaran agama mereka. Keluarga bersama dibentuk oleh keanggotaan semua anggota
lelaki yang seketurunan, isteri serta anak-anak yang belum berkahwin. Sekiranya anak
perempuan berkahwin mereka akan menjadi anggota keluarga suaminya. Tujuan
berkeluarga adalah untuk mendapatkan zuriat sebagai penyambung keturunan. ( Azhar
Hj. Md Aros danAzharuddin Mohd Dali2000:164). Di dalam klip video kedua yang
diberik menunjukkan betapa pentingnya hidup berkeluarga dalam tamadun india
sehingga kini.
ii. Perpaduan.
Negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama, dan
adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan keharmonian
masyarakat. Sebagai contoh, Kerajaan-kerajaan Muslim di India, pada zaman
pemerintahan Turko-Afghan yang mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada
pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan
dan bukan berdasarkan agama mereka. Pelantikan seperti ini membantu pentadbir
mewujudkan hubungan erat dengan masyarakat Hindu. Di dalam klip video kedua yang
diberikan, masyarakat india menjemput masyarakat lain untuk bersama-sama
menyambut perayaan yang diraikan oleh mereka.

NILAI-NILAI MURNI DALAM SISTEM KEKELUARGAAN TAMADUN INDIA

Tamadun India amat menitikberatkan nilai-nilai murni dalam masyarakatnya. Di zaman ini,
nilai-nilai murni ini masih lagi relevan dan digunapakai oleh masyarakat india mahupun masyarakat
lain. Masyarakat India juga salah satu bangsa yang menetap di negara Malaysia. Dengan adanya
masyarakat ini, ianya secara tidak lansung dapat memupuk semangat pepaduan antara kaum dan
bangsa. Antara nilai murni yang terkandung dalam sistem kekeluargaan tamadun India ini yang masih
digunapakai dan relevan dari sudut sebagai pelajar atau pekerja adalah:
i. Kepercayaan kepada Tuhan
Agama pada lazimnya bermakna kepercayaan kepada Tuhan, atau sesuatu kuasa
yang ghaib dan sakti seperti Dewa, dan juga amalan dan institusi yang berkait dengan
kepercayaan tersebut. Agama dan kepercayaan merupakan dua pekara yang sangat
berkaitan. Tetapi Agama mempunyai makna yang lebih luas, yakni merujuk kepada satu
sistem kepercayaan yang kohensif, dan kepercayaan ini adalah mengenai aspek
ketuhanan. Kepercayaan yang hanya melibatkan seorang individu lazimnya tidak
dianggap sebagai sebuah agama. Sebaliknya, agama haruslah melibatkan sebuah
5
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
komuniti manusia. Daripada itu, Agama adalah fenomena masyarakat boleh dikesan
melalui fenomena seperti yang berikut:
- Perlakuanseperti sembahyang, membuat sajian, perayaan dan upacara. Sikap
seperti sikap hormat, kasih ataupun takut kepada kuasa luar biasa dan
anggapan suci dan bersih terhadap agama.
- Pernyataan seperti jambi,mantera dan kalimat suci.
- Benda-benda material yang zahir seperti bangunan. Contohnya masjid,
gereja, azimat dan tangkal.
Di Malaysia kepercayaan kepada Tuhan termasuk dalam Rukun Negara.
Kepercayaan kepada Tuhan yang ditekankan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan
dan Rukun Negara merupakan salah satu matlamat kokurikulum dalam pendidikan yang
boleh disemai melalui aktiviti kokurikulum di sekolah. Perbuatan mulia akan diiringi
dengan tingkah laku yang berasaskan niliai-nilai murni yang diamalkan oleh pelajar.
Oleh itu, kesedaran kepada agama dan kepercayaan kepada Tuhan akan mendorong
individu kepada akhlak mulia.
ii. “Karma”
“Karma” merupakan kepercayaan bahawa kebaikan dibalas dengan kebaikan
dan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Konsep ini boleh juga difahami sebagai “law of
cause and effect” di mana setiap tindakan membawa tindak balas setimpal. Orang ramai
perlu tahu bahawa pandang dunia (world view) tamadun India yang berusia ribuan
tahun adalah amat berbeza dengan tamadun-tamadun lain yang muncul kemudian. Perlu
juga dijelaskan bahawa konsep “karma” bukan berkaitan dengan agama Hindu semata-
mata. Malah, “karma” juga dipraktikkan oleh penganut agama Buddha dan Jain; serta
mula mendapat perhatian masyarakat dunia tanpa mengira agama.
Sebenarnya, konsep “Karma” lebih merupakan kepercayaan dan kebudayaan
masyarakat India; bukan ajaran agama Hindu semata-mata. Dalam sektor pekerjaan,
konsep “Karma” juga ada dalam setiap individu pekerja iaitu pekerja seharusnya
bersikap jujur dan bertanggungjawab dalam melakukan setiap apa yang diarahkan oleh
majikannya sekaligus dari apa yang dilakukan pekerja itu akan mendapat gaji dan
ganjaran yang setimpal daripada majikannya.
iii. Perpaduan
Di negara India mengandungi masyarakat daripada pelbagai kaum dan agama,
dan adalah penting kepada kerajaan untuk menggalakkan hubungan erat dan
keharmonian masyarakat. Sejarah India menggambarkan pemerintah-pemerintah
6
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
mengeratkan hubungan antara Hindu dan Muslim dan pemerintah-pemerintah yang
melakukan sebaliknya.
Kerajaan Muslim di India, pada zaman pemerintahan Turko- Afghan yang
mendirikan kesultanan Delhi mahupun pada pemerintahan Mughal, pegawai-pegawai
yang dilantik adalah berdasarkan kebolehan dan bukan berdasarkan agama saereka.
Pelantikan seperti ini membantu pentadbir mewujudkan hdbungan erat dengan
masyarakat Hindu. Alauddin Hussain Shah (1493-1513) menjadi terkenal di kawasan
Bengal bukan sahaja kerana melantik orang Hindu dalam kerajaan tetapi juga kerana
naungannya terhadap bahasa dan kesusasteraan Hindu. Atas arahan baginda, kitab
Bhagavadgita dan Mahabharata diterjemahkan dari bahasa Sanskrit ke bahasa Bengali.
Pemerintah Kashmir, Sultan Zainal Abidin dihormati kerana tidak mempunyai
prasangka agama dan tidak bersikap diskriminasi antara masyarakat Hindu dan Muslim.
Buku-buku Sanskrit diterjemahkan ke dalam bahasa Persia supava orang Muslim dapat
membaca, memahami agama Hindu dan budaya Hindu purba. Sultan merupakan
penaung kepada keseniaan dan kesusasteraan Hindu.
Negara Malaysia pula mempunyai keunikannya yang tersendiri. Ini kerana
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama dan bangsa. Rakyat
Malaysia hidup bersatu padu dan aman damai tanpa sebarang pertelingkahan dan
permusuhan. Aspek perpaduan adalah sebagai tulang belakang kepada kegemilangan
Malaysia. Oleh sebab itu setiap rakyat Malaysia perlulah sedar akan kepentingan
perpaduan kaum kerana aspek perpaduan ini memberikan kesan yang sangat besar
kepada seluruh rakyat Malaysia.
Dalam hal ini, perpaduan kaum amat penting untuk mengekalkan kestabilan
politik. Kestabilan politik dalam setiap jabatan amat perlu bagi menjamin keutuhan
struktur pentadbiran Malaysia. Fungsi pentadbiran negara perlu dilaksanakan secara
sistematik kerana negara luar kebanyakannya akan berurusan dengan pemimpin
Malaysia. Kesan positif berhubung dengan perkara ini, negara Malaysia dapat
melebarkan ruang lingkup jalinan persahabatan dan hubungan kerjasama serta
perdagangan. Sebagai contoh kestabilan negara Malaysia telah memberikan keyakinan
kepada pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia. Oleh itu, perpaduan kaum
yang telah menyumbang ke arah kestabilan politik memberikan kebaikan kepada negara
Malaysia.

7
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
TIGA DIALOG DI DALAM VIDEO YANG DIBERIKAN

1. Video 2 ( minit 01:39 hingga 01:52)


Babak yang berdurasi dari minit 01:39 hingga minit 01:52 menunjukkan bahawa anak
memarahi ibunya kerana membelikan baju yang bewarna kesukakan anaknya. Namun dimarahi oleh
anaknya. Namun ibunya tetap bersabar dengan apa yang dimarahi oleh anaknya.
Hukum karma yang boleh dikaitkan dalam video ini adalah bersikap sabar dengan
mengharapkan kebaikan di masa akan datang.

2. Video 2 ( minit 01:59 hingga 02:51)


Babak yang berdurasi dari minit 01:39 hingga minit 01:52 menunjukkan bahawa kerinduan
seorang ibu sewaktu anaknya masih kecil. Memberi kasih sayang sepenuhnya terhadap anaknya
dengan mengharapkan akan melakukan perkara yang sama setelah dewasa.
Hukum karma yang boleh dikaitkan dalam video ini adalah mempercayai setiap tindakan-
tindakan dalam kehidupan dahulu akan menentukan kehidupan yang akan datang.

3. Video 2 ( minit 03:59 hingga 04:17)


Babak yang berdurasi dari minit 03:59 hingga minit 04:17 menunjukkan bahawa sikap kasih
sayang seorang anak kepada ibunya dan bertanggungjawab memabantu dan menjaga ibunya.
Hukum karma yang boleh dikaitkan dalam video ini adalah menekankan rasa
bertanggungjawab dan melaksanakan nilai-nilai baik.

KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, Tamadun India merupakan salah satu tamadun yang berkembang
dengan pesat merangkumi hampir kesemua aspek kehidupan masyarakat. Sama ada dari segi sosial,
ekonomi, mahupun politik. Mereka yang berkemahiran dalam pelbagai asas seni membolehkan karya
mereka hidup sehingga ke hari ini. Bermulanya perpindahan penduduk dari Lembah Indus, kita dapat
melihat bahawasanya populasi mereka semakin bertambah dan mereka berjaya menjalankan hubungi
sosio melalui percampuran masyarakat, samaada dari segi perkahwinan campur atau melalui
pertembungan budaya. Zaman terakhir dimulai dengan zaman penjajahan. India telah dijajah oleh
beberapa kuasa besar sebelum berjaya mendapatkan kemerdekaan. Ketika dijajah, munculnya pejuang
kemerdekaan masyarakat India iaitu Mahatma Gandhi. Beliau yang memulakan gerakannya dengan
menyasarkan golongan bawahan atau golongan miskin, sedikit sebanyak berjaya menyuntik semangat
kemerdekaan dalam diri masyarakat India.
8
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA
REFLEKSI
Salam sejahtera saya ucapkan bagi pembuka kata refleksi tugasan OUMH1603 yang saya buat.
Saya Syameera Apreena binti Zaiman sangat bersyukur kerana tugasan yang diberikan telah berjaya
saya sempurnakan. Semua ini tidak akan berlaku jika kawan-kawan, pensyarah dan ibu bapa saya tidak
memberi galakan dan dorongan kepada saya untuk menyiapkan tugasan ini. Refleksi selepas
menyelesaikan sangat menarik kerana saya tidak menyangka bahawa saya berjaya menyiapkan tugasan
yang telah diberikan dan dihantar pada masanya. Semester ini saya telah mendapat tugasan berkaitan
Tamadun India serta sistem kekeluargaan di dalam tamadun ini.
Pada awalnya, perasaan saya agak kurang faham dengan kehendak soalan yang. Setelah saya
membaca sepintas lalu berkaitan dengan tamadun ini, baru saya memahami bahawa adanya Tamadun
India didalam subjek Tamadun Islam dan Tamadun Asia. Bagi saya ianya suatu cabaran untuk saya
mendalami Tamadun India dan apa-apa yang terkandung di dalam sejarahnya.
Namun terdapat juga beberapa masalah yang saya hadapi semasa melakukan tugasan ini lebih-
lebih lagi saya berbangsa melayu dan beragama Islam. Antara masalah yang paling sukar saya hadapi
ialah mencari sumber maklumat berkaitan dengan tugasan ini. Saya hanya berpandukan 100% kepada
laman web dan forum maklumat yang ada di dalam myInspire@oum kerana kekangan disebabkan
penularan virus Covid-19. Antara lain, saya juga menghadapi masalah untuk mencari pelbagai sumber
rujukan untuk diisi kerana saya sebelum ini tidak ada asas dalam matapelajaran ini.
Kesimpulannya, perpaduan antara masyarakat sebenarnya telah ada pada zaman dulu lagi untuk
menjadikan sebuah kehidupan yang aman damai. Proses terakhir saya ialah menyemak semua hasil
yang disiapkan dengan teliti sebelum menghantar tugasan saya ini secara online. Ini merupakan
pengalaman yang sangat berharga bagi saya sekaligus mengetahui tentang Tamadun India terutamanya
yang beragama Hindu. Saya begitu berpuas hati dengan hasil ini kerana berjaya menyiapkannya
dengan lengkap dan tepat pada masanya. Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua
yang terlibat secara langsung mahupun tidak lansung dalam proses menyiapkan tugasan ini. Semoga
dengan bantuan semua yang terlibat dirahmati oleh yang maha Esa.

9
MPU3122 TAMADUN ISLAM DAN TAMADUN ASIA

RUJUKAN

Hamid.I.(2014, Oktober 6). TAMADUN INDIA: KELAHIRAN, PERKEMBANGAN DAN


SUMBANGANNYA
Diakses pada 10 Mac 2021, Daripada
https://www.slideshare.net/apeline/tamadun-india-kelahiran-perkembangan-dan-sumbangannya

-Titas.E.(2012, April 20). TAMADUN INDIA


Diakses pada 10 Mac 2021, Daripada
http://amnimarsya.blogspot.com/2012/04/tamadun-india.html

Summary of JMS 413 - Sejarah India Moden


Diakses pada 10 Mac 2021, Daripada
http://amnimarsya.blogspot.com/2012/04/tamadun-india.html

S.(2016, September 9). Bab 4 tamadun india (bhg 2)


Diakses pada 10 Mac 2021, Daripada
https://www.slideshare.net/sujak/bab-4-tamadun-india-bhg-2

10

You might also like