Minit Mesyuarat 2

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS BILANGAN 2/2021

Tarikh : 20 April 2021

Tempat : Pusat Sumber Pendidikan Khas

Masa : 2.00 petang – 4.00 petang

Senarai Kehadiran :

1. Cik Nurul A’shikin binti Mohamad Zambri : Penyelaras Program PPKI SK Sebauh
2. Puan Modiana binti Jaafar : PPM
3. Puan Alice Lukat : PPM

Agenda Mesyuarat :

1.0 Ucapan kata – kata aluan pengerusi


2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Pengurusan PPKI
5.0 Kurikulum PPKI
6.0 Hal Ehwal Murid PPKI
7.0 Kokurikulum PPKI
8.0 Hal – hal lain
9.0 Penutup

1.0 Ucapan kata – kata aluan pengerusi.

1.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kerana telah memberi komitmen
yang baik setakat ini. Pengerusi berharap komitmen dan kerjasama dapat
diteruskan pada masa akan datang.
1.2 Pengerusi memberi penghargaan kerana dapat menyediakan kelas yang
mematuhi SOP COVID -19. Pengerusi berharap semua guru dan PPM dapat
mematuhi peraturan SOP yang telah ditetapkan oleh KPM.
1.3 Menegaskan bahawa guru dan PPM perlu memberikan tugasan yang terbaik
kemungkinan PKP bakal dilaksanakan selepas Hari Raya Aidilfitri.
Tindakan : Semua guru dan PPM
2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat.

2.1 Pencatat membentangkan mesyuarat yang lalu


Pencadang : Nurul A’shikin binti Mohamad Zambri
Penyokong : Alice Lukat
Tindakan : Makluman

3.0 Perkara berbangkit

3.1 Rujuk Maklum Balas


Tindakan : Makluman

4.0 Pengurusan PPKI

4.1 Meminta guru menyediakan jadual PDPR sekiranya PKP bakal dilaksanakan.
4.2 Memastikan guru dapat berhubung dengan ibu bapa semasa PDPR dilaksanakan
supaya murid tidak tercicir semasa PDPR berlangsung.
4.3 PPM membantu guru dalam mengedarkan Modul dan menghubungi ibu bapa
jika guru menghadapi masalah untuk menghubungi ibu bapa.
4.4 Membuat perancangan dan menyenaraikan barang yang perlu dibeli jika
peruntukan PCG sudah dimasukkan ke dalam akauan sekolah.
Tindakan : Guru dan PPM
5.0 Kurikulum

5.1 Memaklumkan kepada guru perlu memastikan PBD perlu ada modurasi,
justifikasi dan bimbingan.
5.2 Guru perlu menggunakan elemen KBAT 21 dalam melaksankan PDPC di dalam
kelas.
5.3 Meletakkan Take Of Value (TOV) berdasarkan penilaian melalui pemerhatian,
lisan dan hasil kerja murid.
5.4 Guru menyatakan isu murid tidak dapat menguasai 3M dan guru perlu
berbincang untuk menyediakan intervensi yang sesuai dengan murid di dalam
RPI.
Tindakan : Guru
6.0 Hal Ehwal Murid

6.1 Kehadiran murid semakin menurun akibat peningkatan kes COVID-19 di kawasan
rumah panjang.
6.2 Ibu bapa merasa risau keadaan semasa kes COVID-19 dan memutuskan untuk
tidak menghantar anak ke sekolah buat sementara waktu.
6.3 Guru dan PPM berhubung dengan ibu bapa mengenai keadaan murid semasa
berada di rumah panjang.
Tindakan : Guru dan PPM

7.0 Kokurikulum

7.1 Aktiviti kokurikulum peringkat sekolah tidak dapat dilaksanakan berikutan kes
COVID 19 makin meningkat.
7.2 Guru perlu melaksanakan aktiviti Kokurikulum walaupun dalam atas talian jika
PKP dilaksanakan.
7.3 Memastikan mendapat sokongan dan kerjasama ibu bapa dalam melaksanakan
aktiviti kokurikulum di rumah masing – masing.
Tindakan : Guru

8.0 Hal – hal lain

8.1 Maklumkan kepada ibu bapa mengenai pembelian baju PJK untuk kelas PPKI.
Tindakan : Guru dan PPM

9.0 Penutup

9.1 Pengerusi mengucapkan jutaan terima kasih kerana dapat menghadiri mesyuarat
ini.
9.2 Mesyuarat ditangguh pada jam 4.00 petang.
Tindakan : Makluman

Disediakan oleh, Disemak dan disahkan oleh,

(Modiana binti Jaafar) (Nurul A’shikin binti Mohamad Zambri)


Pembantu Pengurusan Murid Penyelaras PPKI
PPKI SK Sebauh SK Sebauh

You might also like