Hebahan Infograhic Merdeka

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 20

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Telefon : 07-231 0000


Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
p Faks : 07-234 7132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/4/1 Jld. 4 (5)


Tarikh : Ogos 2021

Pengetua/Guru Besar
Sekolah-sekolah Negeri Johor

Melalui dan salinan


Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

Tuan,

PROGRAM MERDEKA INFOGRAPHIC POSTER COMPETITION JOHOR

Dengan segala hormatnya perkara di atas dan surat rujukan UTM.J.06.07/13.16/1/2


jld. 3(232) bertarikh 16 Ogos 2021 adalah dirujuk.

2. Dengan sukacitanya dimaklumkan JPN Johor mengalu-alukan


Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Datin Seri Endon (KDSE) Universiti Teknologi
MALAYSIA Johor Bahru bagi mengadakan Program Merdeka Infographic Poster
Competition Johor dengan tema “Malaysia Prihatin” sempena Bulan
Kemerdekaa KDSE.

3. Sehubungan dengan itu, semua murid Tahun 1 hingga Tingkatan 5 dari


sekolah tuan diundang untuk menyertai pertandingan ini yang akan dijalankan pada
ketetapan berikut :

Tarikh : 25 Ogos hingga 09 September 2021


Pendaftaran : https://bit.ly/MerdekaPosterKDSE

4. Bersama-sama ini dilampirkan surat dari Universiti Teknologi MALAYSIA


Johor Bahru, syarat-syarat pertandingan dan dokumen berkaitan serta maklumat
lanjut berkaitan pertandingan ini. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, sila
hubungi Encik Muhammaf Affendi Mohaini (Pengarah Program) ditalian 019-
9889768 atau Cik Nor Wahidah binti Md Kassim Penolong Pengarah
Pembangunan Bakat Murid, JPN Johor di talian 019-781 3628/ 07-2311484. Segala
perhatian dan kerjasama pihak tuan dalam perkara ini amat kami hargai.

…/2
JPNJ.PBM.600-3/3/19 Jld. 4 ( 2 )

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(HAJI OMAR BIN SALLEH)


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

sk 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

- 2 -

wahidah/hebahan/upbm/2021
Lampiran 2

PERTANDINGAN POSTER INFOGRAFIK MERDEKA


SEKOLAH RENDAH DAN SEKOLAH MENENGAH
PERINGKAT NEGERI JOHOR 2021

1. PENGENALAN
Program Merdeka Infographic Poster Competition merupakan satu program anjuran
Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Datin Seri Endon (JKM KDSE) UTM yang
dirangka bagi memupuk patriotisme di kalangan murid. Program ini juga dapat
meningkatkan pengetahuan dan minat murid yang lebih mendalam terhadap seni
kreatif berasaskan kemahiran multimedia dan dunia digital. Melalui program ini,
kerjasama antara universiti dan sekolah diharapkan dapat dipupuk demi
pembangunan murid disamping mencungkil bakat murid. Program ini juga bertujuan
memberikan peluang kepada murid sekolah untuk menyertai aktiviti kokurikulum
berunsurkan rekacipta kreatif dan ilmiah melalui atas talian walaupun ketika arahan
penangguhan sesi persekolahan secara bersemuka akibat Pandemik COVID-19.

2. TEMA PERTANDINGAN
Tema pertandingan ialah Malaysia Prihatin. Tema ini dipilih bersempena tema Hari
Kemerdekaan peringkat Malaysia. Pertandingan ini juga dilaksanakan seiring dengan
program Bulan Kemerdekaan KDSE yang bermula dari 15 Ogos sehingga 16
September iaitu Hari Malaysia.

3. TEMPOH PERTANDINGAN
i. 25 OGOS - 9 SEPTEMBER 2021
• Penghasilan dan penghantaran poster oleh murid

ii. 10 - 14 SEPTEMBER 2021


• Penilaian poster oleh panel hakim dan sesi pengundian poster dalam
KDSE Facebook Page

iii. 16 SEPTEMBER 2021


• Pengumuman keputusan pemenang dalam Majlis Penutupan Bulan
Kemerdekaan KDSE di KDSE Facebook Page
4. FORMAT PERTANDINGAN

i. Pertandingan ini terbuka kepada semua murid sekolah rendah dan sekolah
menengah di negeri Johor dan dibahagikan kepada dua kategori:

• Kategori Sekolah Rendah (Tahun 1 – 6)


• Katogori Sekolah Menengah (Tingkatan 1 – 5)

ii. Penyertaan pertandingan ini adalah PERCUMA.


iii. Penyertaan adalah secara INDIVIDU.
iv. Penyertaan adalah secara atas talian (online).
v. Setiap peserta perlu menghantar poster dengan mengisi borang secara atas
talian (online) di https://bit.ly/MerdekaPosterKDSE.
vi. Setiap peserta dikehendaki merekacipta satu poster berdasarkan tema
Malaysia Prihatin sempena bulan kemerdekaan Malaysia.
vii. Semua karya peserta akan dipamerkan di dalam KDSE Facebook Page bagi
sesi pengundian anugerah khas.

5. SYARAT PERTANDINGAN

i. Tema pertandingan poster infografik hendaklah berkaitan dengan Malaysia


Prihatin dan hari kemerdekaan Malaysia.
ii. Logo “Malaysia Prihatin” wajib diletakkan di dalam poster.
iii. Bagi Kategori Sekolah Rendah – Tajuk poster boleh merangkumi wira-wira
Malaysia atau Bangunan Warisan Malaysia atau Keistimewaan Makanan
Malaysia atau Tempat Bersejarah Malaysia atau sebarang tajuk yang
bersesuaian dengan tema.
iv. Bagi Kategori Sekolah Menengah – Tajuk poster boleh merangkumi fakta
Malaysia yang menarik seperti senarai Perdana Menteri Malaysia atau statistik
mengenai Malaysia atau sebarang tajuk yang bersesuaian dengan tema.
v. Peserta boleh menggunakan sama ada Bahasa Melayu ataupun Bahasa
Inggeris.
vi. Setiap peserta dibenarkan menghantar hanya 1 penyertaan sahaja.
vii. Lukisan tangan atau lukisan digital menggunakan sebarang alat digital
(PowerPoint, Canva, Photoshop, Illustrator) boleh diterima.
viii. Format poster yang ditetapkan adalah JPG atau JPEG atau PNG atau PDF
bersaiz sekurang-kurangnya 2MB. Dimensi poster ialah A4 saiz (lanskap atau
potret).
ix. Poster yang dihantar hendaklah dihasilkan oleh peserta sendiri. Sekiranya
didapati poster yang dihantar bukan karya asli, maka penyertaan peserta akan
dibatalkan serta-merta.
x. Setiap karya juga mestilah tidak pernah menyertai atau memenangi mana-
mana pertandingan poster infografik.
xi. Setiap karya tidak dibenarkan mengandungi unsur-unsur sensitif yang akan
menyentuh sentimen bangsa, agama, atau politik.
xii. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD.
6. PROSES PENILAIAN PERTANDINGAN

Sebarang makluman mengenai pertandingan akan dimaklumkan kepada peserta


melalui email atau sebarang media komunikasi yang dirasakan sesuai.

i. Panel hakim akan dilantik oleh jawatankuasa penganjur untuk menilai poster
dari sudut:
a. Kesesuaian Tema (15%)
b. Gubahan/ Komposisi/ Olahan (30%)
c. Ilustrasi (25%)
d. Pemilihan dan Kombinasi Warna (20%)
e. Kreativiti dan Kekemasan (10%)

ii. Penilaian proses bagi anugerah khas - People’s Choice akan dijalankan
melalui pengundian LIKE dalam KDSE Facebook Page. Poster yang
mempunyai LIKE terbanyak dalam kedua-dua kategori akan diisytiharkan
sebagai pemenang bagi anugerah khas- People’s Choice. Tempoh
pengundian adalah bermula dari 10 – 14 September seperti yang dinyatakan
di dalam Seksyen 3.0.

7. PENGISYTIHARAAN PEMENANG DAN HADIAH PERTANDINGAN

i. Jawatankuasa penganjur akan mengisytiharkan para pemenang secara atas


talian (online) iaitu pada 16 September 2021 melalui KDSE Facebook Page
semasa Majlis Penutupan Bulan Kemerdekaan KDSE.
ii. Hadiah pertandingan yang disediakan adalah seperti berikut:

Bil Anugerah Hadiah


Kategori Sekolah Rendah
1. Tempat Pertama Wang tunai RM100 dan sijil penghargaan
2. Tempat Kedua Wang tunai RM75 dan sijil penghargaan
3. Tempat Ketiga Wang tunai RM50 dan sijil penghargaan
4. Saguhati x 5 orang Wang tunai RM20 dan sijil penghargaan
5. People’s Choice Wang tunai RM50 dan sijil penghargaan
Kategori Sekolah Menegah
1. Tempat Pertama Wang tunai RM100 dan sijil penghargaan
2. Tempat Kedua Wang tunai RM75 dan sijil penghargaan
3. Tempat Ketiga Wang tunai RM50 dan sijil penghargaan
4. Saguhati x 5 orang Wang tunai RM20 dan sijil penghargaan
5. People’s Choice Wang tunai RM50 dan sijil penghargaan

iii. Setiap peserta yang memenuhi format dan syarat pertandingan layak untuk
menerima sijil penyertaan
PAPERWORK PROGRAM
MERDEKA INFOGRAPHIC
POSTER COMPETITION

LOCATION
ONLINE
VIA KOLEJ DATIN SERI ENDON FACEBOOK & INSTAGRAM

DATE
15TH AUGUST - 9TH SEPTEMBER 2021

&

ORGANIZER
STUDENT COMMITTEE
KOLEJ DATIN SERI ENDON,
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
Name of Program Merdeka Infographic Poster Competition
Organizer Kolej Datin Seri Endon, UTM Johor Bahru

Infographics have become important delivery mechanism used in media and


across the academics. They combine verbal and visual effectively to
summarize key insights for telling a story interestingly or drawing attention
to some particular information in more creative ways rather than words or
data alone. In conjunction with the Bulan Kemerdekaan bersama KDSE
program, KDSE would like to organize Merdeka Infographic Poster
Competition to primary and secondary students to promote creative thinking
among students while celebrating Malaysia’s National Month.

The theme of this competition is Malaysia’s Prihatin, in line with 2021


Malaysia’s Independence Theme. The competition is divided into 2
categories: (i) Merdeka Poster Competition for Primary students (aged 7-
12) and (ii) Merdeka Infographic Poster Competition for Secondary students
(aged 12-18) in Johor State. Therefore, all students from Johor primary and
secondary schools are eligible for participating. In collaboration with
Jabatan Pendidikan Johor and schools, participants shall submit their designs
with school name to KDSE via online registration form. The designs will be
evaluated by UTM staffs, Mr Masnawi bin Miskam and Mr Marzuqi bin
Muhammad who have professional insights and experience in graphic
design. All the submissions will be displayed in KDSE Facebook for voting
and the results will be announced during the closing ceremony of Bulan
Kemerdekaan bersama KDSE program.
Introduction
The rules and regulations of competition are as follow (Subject to change):

• Design a poster with “Malaysia Prihatin” theme and it is compulsory


to add “Malaysia Prihatin” logo in poster
• Submit Poster in A4 size (both portrait and landscape are
acceptable)
• File type: JPEG, PNG, PDF
• Hand-drawing or any digital drawing with tools (eg. PowerPoint,
Canva, Photoshop, Illustrator) are acceptable
• Each participant can submit 1 entry only
• Posters will be evaluated based on creativity of design, execution of
concept and content by professional judges
• Posters will also be displayed in KDSE Facebook for voting and
MOST LIKED poster will be awarded
• Primary Schools: Poster with “Malaysia Prihatin” theme to display
Malaysia Hero or Heroin, Malaysia Heritage Building or Food,
Malaysia National Flower or Flag
• Secondary Schools: Infographic Poster with “Malaysia Prihatin” theme
to describe some fun or statistical facts about Malaysia
• Posters should not contain any elements which leads to hurt sentiments of any
particular person, race, religion, or politics.
The objectives of this program are:
1. To promote patriotism among primary and secondary students
2. To foster and empower students’ creative thinking
Objective 3. To discover and develop talents in schools
4. To nurture collaboration between university and schools for students’
development

Program date and 15th August – 9th September 2021


venue Online via Kolej Datin Seri Endon Facebook & Instagram

Organizer Committee Appendix I

Tentative Appendix II

The budget allocated is a plan for two categories and will be evaluated
by two judges from UTM. Besides, an award for people’s choice where it
Budget Estimation will be evaluated by counting likes from Facebook. Moreover, mobile data
budget also allocated as most of the committee are currently in their
hometown. Please refer Appendix III.
Principal Review Appendix IV

Merdeka Infographic Poster Competition is a program that promote and


foster creative thinking among students while celebrating Malaysia’s 64th
Independence Day. With this community program, it is believed that the
collaboration between UTM and schools can be nurtured in order to groom
Closing
young generation together. This event can also increase UTM as well as
schools’ reputation by engaging with schools, showcasing students’ talents
and acknowledging their great effort. Perhaps the objectives of this
program can be fulfilled to benefit the students.

Prepared by
Muhammad Affendi bin Mohaini
(Program Director)
Checked by
Mr. Ikhwan Hakim bin Abd Samat
(Fellow)
Support by
Dr. Nabilah Kasim
(College Principal)
Appendix I

ORGANIZATION STRUCTURE

PATRON : Prof. Datuk Ts. Dr. Ahmad Fauzi bin Ismail


(Vice Chancellor)

HONORARY PATRON Prof. Dr. Shamsul bin Sahibuddin


(Deputy Vice Chancellor of Student Affairs)

ADVISOR : Dr. Nabilah Kasim


(Principal Kolej Datin Seri Endon)

KDSE FELLOW : Mr. Ikhwan Hakim bin Abd Samat

PROGRAM DIRECTOR : Muhammad Affendi Mohaini

VICE DIRECTOR : Liew Wen Ching

SECRETARY : Fatin 'Izzati Ishak

TREASURER : Asraful Syifaa’ Ahmad

SECRETARIAT : 1) Tan Li Ting


2) Amelia Karenina Yusuf
3) Mohammad Nurhamizan bin Zaidi
4) Sarah Alia Norazlan
5) Rathosivan Gopal
6) Muhammad Faizdzuan bin Mat Nawi
7) Muhamad Farhin Harun
8) Filzah Hazirah binti Jaffar
9) Teoh Hwee Lee
Appendix II

TENTATIVE

This program will be conducted in conjunction with Bulan Kemerdekaan bersama KDSE program.
Therefore, the timeline of the program is tentatively planned as described in the tables below:

Time Activity

15th August – 9th September 2021 Submission of poster via online

10th – 14th September 2021 Voting in social media & Evaluation of poster by judges

Results announcement in the closing ceremony of Bulan


16th September 2021
Kemerdekaan bersama KDSE
Appendix III

BUDGET ESTIMATION

INCOME EXPENDITURE
1. Allocation of HEP 1. Judge 1: Mr. Masnawi bin Miskam
RM 1000 RM 100

2. Allocation of KDSE Judge 2: Mr. Marzuqi bin Muhammad


RM 100 RM 100

2. Prize
• 1st Place Award
(RM 100 x 1 student x 2 categories) = RM 200

• 2nd Place Award


(RM 75 x 1 student x 2 categories) = RM 150

• 3rd Place Award


(RM 50 x 1 student x 2 categories) = RM 100

• Consolation Prize
(RM 20 x 5 students x 2 categories) = RM 200

• People’s Choice Award


(RM 50 x 1 student x 2 categories) = RM 100

3. Mobile Data
RM 15 x 10 students = RM 150

TOTAL RM 1100 TOTAL RM 1100


Appendix VI
ADVISOR / COLLEGE PRINCIPAL REVIEW

PROGRAME NAME MERDEKA INFOGRAPHIC POSTER COMPETITION

DATE 15th AUGUST – 9th SEPTEMBER 2021

VENUE ONLINE VIA KDSE FACEBOOK, INSTAGRAM & JOHOR SCHOOLS

ADVISOR REVIEW:

ADVISOR NAME DR. NABILAH KASIM

SIGNATURE DATE

OFFICIAL STAMP
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Telefon : 07-231 0000
Jabatan Pendidikan Negeri Johor Pengarah : 07-231 0198
Jalan Tun Abdul Razak Timbalan : 07-231 0191
p Faks : 07-234 7132
80604 Johor Bahru Laman Web : http://jpn.moe.gov.my/jpnjohor
Johor Darul Ta’zim e-mel : jpn.johor@moe.gov.my
Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid Telefon : 07-2311480/481 Faks : 07-2380742

Ruj. Tuan :UTM.J.06.07/13.16/1/2 jld.3 (232)


Ruj. Kami : JPNJ.PBM.600-3/3/19 Jld. 4 ( 2 )
Tarikh : Ogos 2021

Dr. Nabilah binti Kasim


Pengetua
Kolej Datin Seri Endon
b.p Jabatan Timbalan Naib Canselor(Hal Ehwal Pelajar)
Universiti Teknologi MALAYSIA
Johor Bahru

Ybhg. Dr,

MAKLUM BALAS KEBENARAN PENGLIBATAN MURID BAGI PROGRAM


“MERDEKA INFOGRAPHIC POSTER COMPETITION” JOHOR

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas dan surat daripada pihak
tuan bertarikh 16 Ogos 2021 adalah berkaitan.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ)


telah menerima dan meneliti permohonan pelaksanaan program di atas daripada
pihak Ybhg. Dr. Pihak JPNJ mengalu-alukan kerjasama dengan agensi kerajaan
dan agensi bukan kerajaan dalam membantu membangunkan aktiviti kokurikulum di
negeri Johor.

3. Walau bagaimanapun, berikutan kesan penularan jangkitan Novel


Coronavirus (COVID-19) yang melanda seluruh dunia, penjarakan fizikal merupakan
salah satu prosedur yang perlu dipatuhi dalam normal baharu. Ini menyebabkan
banyak program khususnya aktiviti kokurikulum tidak dapat dilaksanakan seperti
kebiasaan.

4. Sehubungan dengan itu, pihak JPNJ mengambil maklum akan permohonan


Ybhg. Dr. serta tiada halangan bagi Program “Merdeka Infographic Poster
Competition” Johor secara dalam talian yang akan diadakan pada 25 Ogos 2021
hingga 09 September 2021 sahaja. Surat maklum balas ini perlu dibaca bersama
Surat Pekeliling Ikhtisas KPM Bil.8/1995, Bil.7/1988, Bil.8/2009, Bil.5/2018 dan
Surat Siaran Pengurusan Kokurikulum Bil.2/2010 serta mematuhi Garis Panduan
Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum KPM dan Standard Operating
Prosedure yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Perkara yang perlu dipatuhi dalam
melaksanakan aktiviti adalah seperti berikut:

4.1 pihak penganjur hendaklah mendapatkan kebenaran secara bertulis


daripada pihak Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan sekolah yang
berkenaan ;

...2/-
JPNJ.PBM.600-3/3/19 Jld. 4 ( 2 )

4.2 semua murid yang terlibat hendaklah mendapat kebenaran dan


persetujuan daripada pengetua/guru besar sekolah yang terlibat bagi
menyertai program ini;

4.3 penyertaan murid hendaklah secara sukarela dan mendapat kebenaran


bertulis dari ibu bapa/ penjaga;

4.4 pihak penganjur adalah bertanggungjawab untuk mendapat kelulusan


penganjuran program daripada pihak-pihak berkaitan;

4.5 surat ini tidak boleh diguna pakai bagi maksud untuk mendapat
sumbangan serta tajaan daripada mana-mana pihak berkenaan;

4.6 penyertaan murid tidak mengganggu atau menjejaskan waktu


Pengajaran dan Pembelajaran (PdP)/ Pengajaran dan Pembelajaran di
Rumah (PdPR)/ program/ aktiviti sekolah;

4.7 pihak penganjur perlu mengemukakan deraf poster/ gegantung/ hebahan


digital/ sijil untuk semakan Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan
Pendidikan Negeri Johor;

4.8 pihak penganjur disarankan untuk melaksanakan aktiviti secara dalam


talian menggunakan kemajuan teknologi serta kemudahan platform seperti
WhatsApp, Instagram, Facebook, Telegram/ aplikasi lain seperti Google
Meet, Zoom atau Google Classroom yang membolehkan interaksi dua hala
berlaku dan bersemuka secara dalam talian/maya;

4.9 selaras dengan pelaksanaan Pendidikan Sivik yang sedang berkuatkuasa


di semua sekolah rendah dan menengah di bawah KPM, pihak penganjur
dimohon agar memastikan kesedaran sivik dan amalan nilai murni dapat
dijadikan sebagai salah satu perkara yang wajib dilaksanakan sebelum/
semasa/ selepas program berlangsung;

4.10 tiada implikasi kewangan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia,


Jabatan Pendidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah serta sekolah yang
terlibat;

4.11 penggunaan logo JPN Johor tanpa kelulusan adalah tidak dibenarkan.
Pihak penganjur perlu mengemukakan permohonan penggunaan logo JPN
Johor berserta dokumen lengkap kepada Sektor Pengurusan Sekolah,
Jabatan Pendidikan Negeri Johor selepas mendapatkan maklum
balas/ surat sokongan permohonan penganjuran program ini.

4.12 bagi tujuan pengiktirafan program, pihak penganjur perlu mengemukakan


satu salinan laporan program (Lampiran A) yang dijalankan kepada Unit
Pembangunan Bakat Murid, Sektor Pembangunan Murid, JPN Johor
tidak lebih 30 hari selepas tamat program; dan

...3/-

Wahidah/kebenaran/upbm/2021
JPNJ.PBM.600-3/3/19 Jld. 4 ( 2 )

4.13 JPNJ berhak menarik balik surat kelulusan/ kebenaran sekiranya pihak
penganjur gagal mematuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan atau
bercanggah dengan dasar sedia ada yang sedang berkuat kuasa.
Sebarang ketidakakuran akan memberi kesan kepada permohonan pada
masa akan datang.

5. Maklum balas penganjuran program ini hanya untuk Universiti Teknologi


MALAYSIA Johor Bahru yang akan menganjurkan Merdeka Infographic Poster
Competition” Johor secara dalam talian dan murid yang terlibat pada 25 Ogos
2021 hingga 09 September 2021 sahaja. Sebarang kebenaran program baharu
hendaklah dikemukakan kepada pihak Unit Pembangunan Bakat Murid, Sektor
Pembangunan Murid, JPN Johor.

6. Sebarang pertanyaan berkaitan perkara ini, pihak Ybhg. Dr. boleh berhubung
dengan Cik Nor Wahidah binti Md Kassim, Penolong Pengarah Pembangunan
Bakat Murid, JPN Johor di talian 019-7813628/ 07-2311484 atau menerusi e-mel
wahidah.kassim@moe.gov.my. Kerjasama tuan amat dihargai.

Sekian, terima kasih.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( HAJI OMAR BIN SALLEH )


Timbalan Pengarah
Sektor Pembangunan Murid
b.p. Pengarah
Jabatan Pendidikan Negeri Johor

s.k 1. Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Johor

2. Pegawai Pendidikan Daerah Negeri Johor


Pejabat Pendidikan Daerah Negeri Johor

…/4

Wahidah/kebenaran/upbm/2021
JPNJ.PBM.600-3/3/19 Jld. 4 ( 2 )
LAMPIRAN A

LAPORAN
___________________(NAMA AKTIVITI) ___________________

1.0 Nama Program/Aktiviti

2.0 Tarikh Pelaksanaan

3.0 Mod Pelaksanaan

4.0 Penyertaan (Jantina/Bangsa)

JANTINA BANGSA JUMLAH


BIL SEKOLAH PPD
L P MELAYU CINA INDIA LL MURID GURU
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
JUMLAH

5.0 Jadual Pengisian / Pelaksanaan Aktiviti

6.0 Peruntukan/Perbelanjaan Yang Diturunkan (*Jika Berkaitan)

7.0 Tetamu Kehormat (VIP) (*Jika Berkaitan)

8.0 Pemenang (*Jika Berkaitan)

9.0 Isu dan Cabaran

10.0 Cadangan Penambahbaikan

11.0 Gambar

Disediakan oleh:

Tarikh:

- 4 -

Wahidah/kebenaran/upbm/2021
-

Wahidah/kebenaran/upbm/2021

You might also like