Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Peluasan Kuasa British di Tanah

Melayu

Nama: Mohamad Adam Haris Bin Mohd Shariff


Kelas: 3 Amal
Nama Guru: Cikgu Siti Zahrah
Sekolah: Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor
Isi Kandungan
1. Jadual Kerja
2. Objektif Kajian
3. Kaedah Kajian
4. Perjanjian
5. Kronologi
6. Faktor-Faktor Perjanjian
7. Kepentingan Perjanjian
8. Rumusan
9. Rujukan
Jadual Kerja
Bil. Tarikh Perkara Catatan
1. 11 Mei 2021 Menerima taklimat daripada guru Sejarah
berkaitan penulisan tugasan
2. 20 Mei 2021 Membuat rujukan awal ke laman web yang
bekaitan dengan tajuk yang diberi sebagai
persediaan awal
3. 25 Mei 2021 Mengenalpasti cara penulisan tugasan
4. 1 Jun 2021 Menentukan tajuk penulisan
5. 6 Jun 2021 Membuat rujukan lanjut berkaitan dengan tajuk
tugasan menerusi Internet, buku, majalah,
akhbar, jurnal untuk mendapatkan bahan
penulisan
6. 14 Jun 2021 Menulis kerangka kasar penulisan
7. 18 Jun 2021 Menulis draf awal tugasan dengan bimbingan
guru dengan lebih teliti dan kemas
8. 29 Jun 2021 Menyusun dan mengumpulkan bahan kajian
yang terkumpul sebagai untuk penulisan
tugasan
9. 20 Julai 2021 Mula menulis definisi, pengenalan, cadangan,
rumusan dan sumber rujukan
10. 25 Julai 2021 Menyemak tugasan bagi memastikan ianya
lengkap
11. 25 Julai 2021 Menghantar tugasan yang telah disiapkan
Objektif Kajian
Objektif yang ingin dicapai dalam kajian ini adalah
membincangkan tentang strategi perjanjian yang digunakan
oleh British untuk meluaskan kuasanya di Tanah Melayu
sejak abad ke-18 sehinggalah ke abad ke-19, membina garis
masa tentang perluasan kuasa British di Negeri-Negeri
Melayu dan menjelaskan faktor-faktor berlakunya Perjanjian
London dan Perjanjian Pangkor. Objektif yang terakhir adalah
untuk menghuraikan kepentingan dalam kehidupan
seseorang.
Kaedah Kajian
Saya telah menggunakan 2 kaedah kajian untuk membuat
kajian ini. Saya telah membuat beberapa rujukan menerusi
pencarian di internet dan menggunakan bahan bacaan di
perpustakaan majalah dan juga dokumen bagi mendapatkan
fakta yang sahih dan tepat. Saya juga menerima bimbingan
dan tunjuk ajar yang berterusan daripada guru matapelajaran
telah meningkatkan kualiti hasil kajian kerja kursus sejarah
saya.
Perjanjian Kuasa British di Tanah Melayu
Persaingan kuasa-kuasa Barat di Alam Melayu membawa kepada
perancangan British dan Belanda untuk membuat pembahagian
kawasan pengaruh masing-masing. Perancangan ini terhasil melalui
Perjanjian London yang ditandatangani oleh British dan Belanda.
Kandungan perjanjian tersebut yang merangkumi butiran tentang
wilayah pengaruh, perdagangan dan kewangan memberikan kesan
penting terhadap Tanah Melayu. British mula menguasai Tanah
Melayu secara rasminya apabila Perjanjian Inggeris-Belanda pada
1824 yang menyebabkan British dapat menguasai Ekonomi di Tanah
Melayu.
Perjanjian yang kedua adalah Perjanjian Pangkor. Perjanjian yang
melibatkan wakil daripada British. Sultan, ketua kongsi gelap dan
pemimpin tempatan di Perak. Perjanjian ini memulakan
campurtangan British dalam urusan pentadbiran di negeri-negeri
Melayu. Sebelum ini, British mengamalkan sikap dasar tidak
campurtangan dalam urusan pentadbiran dan hanya memberi tumpuan
kepada ekonomi dan perdagangan yang dimonopoli oleh pedagang
dari British. Campurtangan dalam urusan pentadbiran ini merebak
dari Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. Termeterainya
perjanjian ini bermakna bermulanya amalan Sistem Residen di negeri-
negeri di Tanah Melayu.
Perjanjian seterusnya adalah Perjanjian Bangkok 1909. Perjanjian ini
terikat antara British dan kerajaan Siam. Perjanjian ini mengesahkan
persetujuan kerajaan Siam untuk menyerahkan wilayah jajahannya
kepada British. Kerana mahukan sumber kewangan yang mendesak,
Siam menyerahkan Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu kepada
British. Dengan perjanjian itu, British telah menggabungkan keempat-
empat negeri tersebut berserta negeri Johor menjadi Negeri Melayu
Tak Bersekutu. Sistem yang digunapakai di negeri ini berbeza dengan
apa yang diamalkan di negeri Melayu Bersekutu.
Kronologi Perluasan Kuasa British di Tanah
Melayu Melalui Perjanjian

Perjanjian Undang
Perjanjian antara
Rembau dan Para Penyatuan Negeri
Tengku Antah
Pembesar dengan Sembilan
dengan British
British

Perjanjian
Perjanjian Sulit
Pengisytiharan Perjanjian Bangkok
Inggeris-Siam
Inggeris-Siam
Faktor-Faktor Perjanjian London 1824
Sejak kedatangan pihak Belanda dan British di Timur terutamanya di Asia
Tenggara pada awal abad ke-17, kedua-dua ini sudah tidak mempunyai
perhubungan baik. VOC yang bertapak di Betawi (1619) telah menjalinkan
hubungan baik dengan raja-raja tempatan. Kemudian, Belanda berjaya
meluaskan empayarnya ke Melak (1641). Pada ketika itu, SHTI sedang mencari
pangkalan perdagangan dan pangkalan tentera di rantau Asia Tenggara.

Perselisihan sentiasa timbul atas dasar perdagangan yang diamalkan iaitu sikap
Belanda yang menjalankan dasat ingin memonopoli perdagangan di Asia
Tenggara; manakala orang Inggeris berpendapat semua bangsa mempunyai hak
dan kebebasan untuk berdagang di rantau ini.

Hubungan yang buruk ini semakin meruncing kerana terdapat pegawai-pegawai


Belanda yang bersifat anti-Inggeris. Contoh yang baik bagi pegawai Belanda
yang bersifat anti-Inggeris ialah Jan Peterzoon Coen dan Van der Capellan,
kedua-duanya ialah Gabenor Jeneral Betawi. Bagi pihak Inggeris pula yang
bersifat anti-Belanda ialah John Jourdain.

Oleh sebab sifatnya yang anti-Inggeris menyebabkan Jan Peterzoon Coen


menyerang orang Inggeris di Jakarta dengan tujuan menghalau mereka keluar
dari Pulau Jawa (1619). Kota Jakarta telah dibakar hangus, lalu didirikan kota
yang baru dan diberi nama “Betawi”. Keadaan menjadi semakin serius apabila
berlaku peristiwa “Pembunuhan Beramai-ramai di Pulau Ambon” pada tahun
1623. dalam kejadian ini, beberapa orang Inggeris dan Portugis telah dihukum
bunuh kerana ditubuh mengadakan komplot untuk menggulingkan pemerintah
Belanda di Ambon.

Akibat dari kejadian ini, hubungan di antara mereka menjadi tegang dan pihak
British hampir menutup hampir semua lojinya kecuali di Bangkahulu di selatan
pantai barat Sumatera dan berundur dari Kepulauan Hindia Timur. Kegiatan
perdagangan mereka kemudian bertumpu di India.
Kepentingan Perjanjian dalam Kehidupan
Seseorang
Kepentingan perjanjian dalam kehidupan adalah dapat
membina persefahaman dan membina kepercayaan antara satu
sama lain. Selain itu, perjanjian dapat menjadi sumber rujukan
pada masa hadapan. Akhir sekali, perjanjian dapat menjadi
antara kepentingan ekonomi dan sosial.

Rumusan
Saya bersyukur kerana dapat menyiapkan Kerja Kursus Sejarah
(Tingkatan 3) tepat pada masa yang ditetapkan. Berkat usaha saya
dan kerjasama daripada pihak-pihak tertentu, saya dapat
menyiapkankerja kursus ini dengan sempurna. Oleh itu, saya ingin
mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Siti Zahrah, guru
mata pelajaran Sejarah yang tidakputus-putus memberikan
dorongan dan panduan kepada saya sehingga berjaya menyiapkan
kerja kursus ini. Akhir sekali, kepada rakan-rakan saya yang telah
bersama-sama dengansaya berganding bahu untuk menyiapkan kerja
kursus ini.

Rujukan
- Internet
https://azamrahman.blogspot.com/2011/09/3-perjanjian-penting-yang-
melibatkan.html
http://cikgurazak.blogspot.com/2011/01/sej-t-6-perjanjian-inggeris-
belanda.html
https://prezi.com/p/oysgu9kdcg08/perjanjian-london-1824-dan-kesannya-
terhadap-alam-melayu/

- Bahan Bacaan
Buku Teks Sejarah Tingkatan 3
FOCUS PT3 Sejarah

You might also like