Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 10

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SARAWAK

JALAN BAKAM
98000 MIRI
SARAWAK
PROGRAM PERSEDIAAN IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN
AMBILAN JUN 2021
BAHASA MELAYU [SK]
KERJA KURSUS
GKKO 1062: KOKURIKULUM DAN KESEJAHTERAAN DIRI
TAJUK
TUGASAN 3: PENULISAN 1000 PATAH PERKATAAN

NAMA PELAJAR : ANGELINE JANE ANAK MARK


ANGKA GILIRAN : 2021022310003
KUMPULAN/ UNIT : PPRBMM1-1
KOD KURSUS : GKKO 1062
NAMA PENSYARAH : ENCIK ZAINUDIN BIN DENAN
TARIKH HANTAR : 13 NOVEMBER 2021
PENGAKUAN PELAJAR :
MENERIMA MAKLUM
BALAS PENSYARAH

1
KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
SOALAN TUGASAN 3
1.0 PENGENALAN 4
2.0 ISU KESIHATAN DIRI 4-5
3.0 KESAN PENGABAIAN 5-6
PENGAMALAN PEMAKANAN
SEIMBANG
4.0 LANGKAH PENGAWALAN 6-7
KESIHATAN DIRI
5.0 RUMUSAN 7-8
RUJUKAN 9

2
SOALAN TUGASAN
PENULISAN ARTIKEL (50%)

Bagi meningkatkan lagi kefahaman anda terhadap penjagaan kesihatan dan


kesejahteraan diri. Anda dikehendaki mencari dan membaca lima (5) jurnal
berkaitan kesihatan dan kesejahteraan diri. Berdasarkan pembacaan itu, anda
dikehendaki untuk menganalisis dan membuat perkaitan bahan yang dibaca
untuk menghasilkan satu artikel yang kritis dan analitik tentang isu, kesan dan
langkah pengawalan kesihatan diri. Perbincangan anda perlulah berkaitan
dengan pemakanan dan diet seimbang serta kesan terhadap pengabaian
pengambilan makanan seimbang. Panjang penulisan artikel adalah 1000
patah perkataan.

TARIKH HANTAR: 13 NOVEMBER 2021

3
1.0 PENGENALAN

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia WHO ( 2006, seperti di dalam Muhd


Ahia, 2015), kesihatan ialah satu tahap atau keadaan apabila seseorang
individu itu mempunyai kesejahteraan yang sempurna dari segi fizikal, mental
dan sosial dan bukan semata-mata bebas daripada penyakit atau tidak upaya.
Kesihatan penting kepada kita untuk menikmati kehidupan dengan lebih
tenang sekaligus memberikan kesejahteraan terhadap diri dan sekeliling kita.
Kesihatan diri termasuk kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial, rohani,
seksual dan pengamalan makanan seimbang. Kini, kesihatan diri sering
diabaikan oleh masyarakat dan masyarakat menganggap pengawalan
kesihatan diri sebagai suatu pilihan kerana masyarakat masih memandang
rendah dan kurang ilmu berkenan kesihatan. Oleh sebab sikap yang kurang
peka terhadap kesihatan diri, tidak hairan masyarakat kita mengalami pelbagai
jenis masalah kesihatan dan hanya mengamalkan pengambilan ubat-ubatan
apabila sakit tanpa memikirkan untuk mengubah cara pemakaian.

2.0 ISU KESIHATAN DIRI

Pada era globalisasi ini, pelbagai isu pengawalan kesihatan diri timbul
terutamanya di media sosial. Isu kesihatan diri yang sering diperdebatkan
masyarakat di media sosial ialah masalah obesiti. Obesiti merupakan suatu
penyakit kronik yang akan mendatangkan penyakit-penyakit berbahaya yang
lain akibat pengamalan gaya hidup yang tidak sihat menyebabkan seseorang
mempunyai lemak berlebihan. Pelbagai reaksi yang diterima berkenaan
dengan masalah obesiti dan kebanyakannya memandang negatif akan
masalah ini. Namun, masyarakat masih tidak sedar akan bahayanya masalah
ini dan masih terus mengamalkan tabiat atau gaya hidup lama.
Kementerian Kesihatan Malaysia (2020) menjelaskan bahawa
kegemukan atau obesiti adalah satu penyakit kronik yang sedang menular di
4
kalangan masyarakat dunia dan Malaysia khususnya. Ada segelintir
masyarakat mengetahui bahayanya masalah obesiti dan berusaha untuk
mencegah masalah ini daripada terus berlaku terhadap diri. Tetapi malangnya,
pemahaman masyarakat kurang kerana mereka hanya memikir masalah
obesiti berlaku kepada individu yang gemuk atau berbadan besar. Tidak
dinafikan, ramai masyarakat yang ingin mencegah masalah obesiti namun
dengan gaya pemakanan yang salah dan ada juga yang mengamalkan
beberapa produk untuk menurunkan berat badan yang berlebihan.
Dipersetujui ramai cara tersebut berjaya menurun berat badan namun ramai
yang terlepas pandang bahawa kesihatan masih dalam keadaan bahaya.
Pelbagai masalah yang berlaku terhadap kesihatan diri apabila
seseorang tergolong dalam kategori obesiti. Antaranya ialah diabetes,
kegagalan jantung, tekanan darah tinggi, gout, dan sebagainya. Dari sini, kita
dapat lihat bahawa obesiti merupakan suatu masalah yang luas dan
menyebabkan kualiti hidup seseorang menurun serta boleh menyebabkan
kematian secara cepat atau mengejut. Hal ini menjelaskan bahawa,
pengabaian pengambilan makanan seimbang menyebabkan pelbagai
implikasi yang akan berlaku terhadap kesihatan dan pentingnya amalan
pemakanan dalam menentukan kualiti kehidupan kita.

3.0 KESAN PENGABAIAN PENGAMBILAN PEMAKANAN SEIMBANG

Gaya pemakanan memainkan peranan yang penting dalam mengekalkan


kesihatan dan mempengaruhi masalah kesihatan yang dialami kita.
Sepanjang zaman, masalah kesihatan berkembang dan tiada titik akhir
walaupun zaman ini kita sedang mengalami kemajuan sains dan teknologi
yang maksimum. Hakikatnya, masalah kesihatan yang dihadapi harus
dipertanggungjawabkan oleh individu itu sendiri dan setiap individu harus
menyedari dengan lebih awal kepentingan pengamalan pemakanan seimbang.
Oleh itu, kita harus menyedari kebaikan pengamalan makanan seimbang
5
kerana pengabaian terhadap pemakanan seimbang dapat memberikan
beberapa implikasi.
Antara kesan pengabaian pemakanan seimbang ialah berat badan akan
meningkat atau menyebabkan obesiti. Obesiti berbahaya kerana dapat
menjerumuskan individu kepada penyakit kronik seperti kencing manis,
tekanan darah tinggi, gout, dan sebagainya. Malah obesiti menyebabkan
peningkatan proses penuaan luaran dan penuaan dalaman atau fungsi sistem
dalam badan semakin lemah. Apabila individu mengalami masalah obesiti,
banyak perkara atau aktiviti yang sukar dilakukan dan perkara ini dapat
mengganggu kecergasan mental dan fizikal mereka. Tambahan lagi, mereka
turut mengalami kesunyian, aktiviti sedentari dan pengasingan sosial (Hayden
et al., 2005, seperti yang dinyatakan dalam Norfadilawati Alias & Fuziah
Shaffie, 2015). Maka, individu yang mengalami obesiti sememangnya harus
menempuhi pelbagai cabaran dan harus bertindak dengan bijak agar dapat
keluar dari permasalahan tersebut.
Selain itu, pengabaian pemakanan seimbang akan menyebabkan daya
pemikiran dan kecerdasan minda menjadi lemah. Terutamanya bagi
pelajar-pelajar sekolah bahkan setiap individu kerana setiap hari kita harus
belajar dalam mengurus segala hal dalam kehidupan kita. Oleh itu minda yang
sihat dan cerdas menentukan kualiti hidup. Malah, pengabaian makanan
seimbang juga menyebabkan kita tidak fokus terhadap aktiviti yang sedang
kita kerjakan. Hasilnya, mutu dan idea yang kita keluarkan tidak bernas dan
kurang cemerlang. Hal ini kerana pemakanan yang seimbang dapat memberi
nutrisi yang secukupnya kepada tubuh badan kita, menyebabkan daya fikiran
berkembang.

4.0 LANGKAH PENGAWALAN KESIHATAN DIRI

Seperti yang kita sedia maklum, pengabaian amalan pemakanan seimbang


memberikan pelbagai implikasi yang berbahaya. Oleh itu, langkah-langkah
6
pengawalan kesihatan haruslah diutarakan agar setiap individu berpeluang
menjalani kehidupan normal yang lebih berkualiti, sihat dan bahagia. Antara
langkah pengawalan kesihatan ialah mengamalkan pemakanan berpandukan
piramid makanan iaitu terdiri daripada karbohidrat, mineral, protein dan lemak.
Semua jenis makanan ini amat penting untuk membekalkan zat makanan
yang secukupnya kepada tubuh badan kita. Namun setiap individu mempunyai
keperluan yang berbeza-beza. Oleh itu, kita harus peka akan defisit kalori
yang sesuai untuk tubuh badan kita agar kita tidak makan berlebihan atau
kekurangan kerana kurang keperluan makanan juga berbahaya dan dapat
menyebabkan kekurangan serat atau nutrisi.
Sehubungan dengan itu, aktiviti beriadah, bersukan atau bersenam
dapat meningkatkan tahap kesihatan kita sekaligus dapat mengaktifkan
pergerakan tubuh badan. Tambahan lagi, menurut Syed Lamsah bin Syed
Chear et al., (2018) responden bersetuju bahawa aktiviti fizikal adalah penting
bagi merangsang keupayaan kognitif iaitu proses pembelajaran serta
pembentukan personaliti. Aktiviti bersukan juga turut meningkat metabolisme
dan mengeluarkan banyak peluh agar toksik-toksik dalam badan dapat
dikeluarkan serta mengurangkan masalah kesihatan berlaku dalam diri kita.
Seterusnya, aktiviti bersukan juga membantu meningkat kemahiran bersosial
dalam diri kita seperti bergaul dengan pelbagai latar belakang masyarakat
serta meningkatkan kesihatan mental. Contohnya, bermain bola sepak, joging,
bermain badminton, berbasikal dan sebagainya. Aktiviti bersukan dapat
dilakukan sekurang-kurangnya 30 minit sehari di kawasan yang lapang atau di
rumah sahaja, malah lebih menyeronokkan apabila melakukan aktiviti
bersukan bersama keluarga dan kawan-kawan.

5.0 RUMUSAN

Kesimpulannya, kesihatan dan kesejahteraan diri penting bagi menjamin


kualiti kehidupan yang bahagia dan tidak terbeban. Seperti yang sering
7
dikatakan kesihatan adalah berkat dan rahmat kerana kesihatan tidak dapat
dibeli dengan wang ringgit. Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali (2011)
menjelaskan bahawa pengambilan diet yang seimbang merupakan keperluan
yang amat penting bagi melahirkan modal insan yang cemerlang. Oleh itu, kita
haruslah menjaga kesihatan dengan serius dan mengamalkan pemakanan
yang seimbang dan gaya hidup yang aktif dan sihat. Tidak dinafikan apabila
kita menghadapi masalah kesihatan pelbagai cabaran yang harus dihadapi,
bermula daripada merasakan sakit-sakit di pelbagai bahagian badan sehingga
kita menghabiskan sejumlah besar wang untuk merawat masalah kesihatan.
Tegasnya, jagalah kesihatan kita bermula daripada pengambilan pemakanan
seimbang sejak bayi supaya di usia tua kita tetap aktif dan sihat.

(1001 patah perkataan)

8
RUJUKAN

Kementerian Kesihatan Malaysia. (2020). Kegemukan (Obesiti).


http://www.myhealth.gov.my/kegemukan-obesiti/
Muhd Ahia. (2015, December 26). Konsep Asas Kesihatan.
https://cupdf.com/document/unit-3-konsep-asas-kesihatan.html
Norfadilawati Alias & Fauziah Shaffie. (2015, Jun 18). Tinjauan Literatur Kesan
Obesiti ke atas Psikososial Remaja. Jurnal Pembangunan Soial,
117-130.http://jps.uum.edu.my/images/jps/18/JPS1817.pdf
Syed Lamsah bin Syed Chear, Mohd Imran bin Mohd & Sreena Hanim
Hamzah (2018, 1 November). Kepentingan Aktiviti Fizikal Dalam
Membina Personaliti Dan Meningkatkan Prestasi Akademik. Jurnal Sains
Sukan dan Pendidikan Jasmani.
https://www.researchgate.net/publication/344563839_Kepentingan_aktiv
iti_fizikal_dalam_membina_personaliti_dan_meningkatkan_prestasi_aka
demik
Mohd Azlan Abdullah & Noraziah Ali (2011). Amalan Pemakanan dalam
Kalangan Pelajar Universiti dan Implikasinya Terhadap Pembelajaran.
Jurnal Personalia Pelajar.
http://journalarticle.ukm.my/4517/1/6-Mohd_Azlan_Abdullahet_al.pdf

9
10

You might also like