Kerja Kursus Seni Visual STPM 2020

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1.

0 Pernyataan Permasalahan Kajian Berdasarkan Tema


Karya yang dihasilkan adalah bertemakan cakerawala. Melalui Kamus Pelajar
Edisi Kedua, maksud cakerawala ialah seluruh bintang dan planet di langit termasuk
bulan dan matahari. Selain itu, menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, definisi
cakerawala ialah peredaran bintang-bintang dan lain-lain di langit, kaki langit atau
tepi langit.
Cakerawala merupakan kumpulan sistem matahari yang terdiri daripada sembilan
planet yang berpusat kepada matahari. Dalam cakerawala terdapat bintang, planet,
komet-komet, nebula, gugusan bintang dan galaksi. Dalam cakerawala, matahari
adalah berada di tengah sistem suria. Utarid adalah planet pertama yang mengorbit
matahari, Zuhrah adalah planet kedua yang mengorbit matahari dan planet yang
seterunya ialah Bumi. Bumi berputar sendiri sekali memerlukan 24 jam dan 365 dan
seperempat hari untuk berputar mengelilingi matahari. Bulan berputar mengelilingi
bumi. Planet yang keempat dan kelima mengorbit matahari ialah Marikh dan
Musytari. Antara Marikh dan Musytari terdapat asteroid dan komet. Asteroid
merupakan sesuatu badan berbatu kecil yang mengorbit matahari. Sebilangan besar
ini, berukuran hampir 600 batu (1000 km) melintasi (Ceres) hingga zarah-zarah debu,
dijumpai (sebagai tali pinggang asteroid) terutama di antara orbit Marikh dan
Musytari, walaupun ada yang mempunyai orbit yang lebih eksentrik, dan ada yang
melewati bumi atau memasuki atmosfera sebagai meteor. Zuhal merupakan planet
yang keenam mengorbit matahari dan ia dikelilingi oleh satelit. Planet ketujuh dan
kelapan yang mengorbit matahari ialah Uranus dan Neptun.
2.0 Penentuan Konsep, Subjek dan Kandungan
Dengan menghasilkan sesuatu karya yang bertemakan cakerawala, idea karya saya
ialah menghasilkan sesuatu karya yang melibatkan Matahari, Bintang, Utarid, Zuhrah,
Bumi dan Bulan, Marikh, Asteroid dan komet-komet, Musytari dan Zuhal.
Seterusnya, planet-planet diputar mengikut orbit tertentu. Tambahan pula, planet akan
dihasilkan mengikut urutan yang betul dan putarannya yang sesuai.
Dengan penghasilan karya ini, saya ingin mengambarkan Matahari berada di
tengah di sistem suria, Utarid mengorbit matahari dengan orbit pertama, Zuhrah ialah
planet yang seterusnya mengorbit matahari dengan orbit kedua, Bumi dikelilingi
Bulan yang mengorbit matahari dengan orbit ketiga, Marikh dan Musytari ialah
keempat dan kelima yang mengorbit matahari dan antaranya terdapat asteroid dan
komet. Zuhal, planet yang keenam mengorbit matahari dengan orbitnya mengikut
urutan. Selain itu, terdapat juga bintang-bintang dalam penghasilan karya ini. Sebagai
latar belakang penghasilan karya ini akan menggunakan warna yang sejuk seperti
warna biru gelap, ungu atau hitam dan warna yang gelap akan dapat menunjukkan
bintang-bintang sangat terang dan menarik.
Dengan penghasilan karya ini, saya ingin menyampaikan bagaimana cakerawala
ini dan planet mengikut susunan yang betul. Selain itu, saya juga ingin menyampaikan
setiap planet yang mempunyai di cakerawala ini terdapat orbit sendiri dan mempunyai
putaran yang tertentu. Setiap planet mempunyai ciri-ciri yang berbeza dan kelebihan
yang dapat menarik perhatian orang ramai. Jika sesuatu planet tidak mengikut putaran
sendiri akan berlaku sesuatu masalah yang sangat serius. Dengan penghasilan karya
ini, saya ingin menerangkan kedudukan setiap planet tersebut supaya setiap orang
dapat mengetahui tentang kedudukannya yang betul. Selain itu, saya juga ingin
menghasilkan asteriod dan komet adalah berada di antara planet Marikh dan Musytari.
Seterusnya, untuk menghasilkan penghasilan karya yang dapat menarik minat orang
ramai, saya akan menghasilkan kedudukan planet yang sesuai dan menghasilkan
terang gelap setiap planet mengikut kedudukan planet. Selain itu, menggunakan
warna yang sesuai dan menarik supaya penghasilan karya ini tidak dianggap
membosankan dan dapat menunjukkan keminatan orang ramai terhadap cakerawala.
3.0 Penentuan Pendekatan Aspek Formal dan Gaya Penghasilan
Aspek formal yang akan digunakan untuk menghasilkan karya ini ialah unsur seni,
prinsip rekaan dan media atau teknik. Unsur seni yang akan digunakan untuk
menghasilkan karya ini ialah warna yang pelbagai seperti warna yang panas iaitu
warna merah dan jingga untuk menghasilkan Matahari adalah sesuatu yang sangat
panas. Selain warna panas, warna sejuk juga akan digunakan seperti warna biru pada
Bumi iaitu mewakili air. Seterusnya, garisan melengkung juga akan digunakan untuk
menghasilkan orbit setiap planet dan satelit yang mengelilingi Zuhal. Selain itu,
semakin jauh daripada Matahari akan semakin gelap untuk mewujudkan nilai pada
penghasilan karya kerana cahaya adalah daripada Matahari. Kemudian, penggunaan
ruang juga akan dihasilkan antara setiap planet. Tambahan pula, penggunaan jalinan
akan dihasilkan di permukaan Musytari dan Zuhal. Selain itu, rupa akan diulang-
ulang untuk menghasilkan setiap planet dan Matahari yang merupakan bulat. Prinsip
rekaan yang akan digunakan ialah keseimbangan. Keseimbangan akan digunakan
untuk mewujudkan Matahari adalah berada di tengah sistem suria dan dikelilingi oleh
lapan planet dengan seimbang. Prinsip rekaan yang kedua akan digunakan ialah
harmoni. Dalam penghasilan karya ini, warna yang digunakan akan berulang-ulang di
planet yang berbeza untuk menunjukkan karya ini adalah sesuatu karya yang lengkap.
Selain itu, penegasan juga akan dihasilkan dengan penggunaan warna panas pada
Matahari untuk menunjukkan Matahari adalah sesuatu yang sangat penting dalam
sistem suria dan ia adalah sesuatu yang memberikan cahaya kepada semua planet
terutama orang yang hidup di Bumi. Seterusnya, setiap planet akan berada di orbit
tertentu supaya dapat menghasilkan setiap planet itu bergerak mengikut orbitnya dan
dapat menghasilkan pergerakan pada karya ini. Tambahan pula, kepelbagaian juga
dihasilkan pada karya ini dengan menggunakan warna yang pelbagai seperti warna
panas dan warna sejuk. Media yang digunakan ialah catan dengan menggunakan
media campuran dan teknik penghasilan catan melalui teknik cat akrilik, teknik
percikan pada bintang-bintang, teknik titik pada asteroid dan komet-komet, teknik
glazing dan teknik scumbling untuk menghasilkan Matahari, Utarid, Zuhrah, Bumi
dan Bulan, Marikh, Musytari dan Zuhal.
Gaya penghasilan untuk menghasilkan karya ini adalah realistik. Realistik
bermaksud karya yang menggambarkan seperti mana objeek atau situasi asal
melibatkan imitasi, peniruan daripada bentuk asal. Di Malaysia, terdapat pelukis-
pelukis menghasilkan karya dengan penghasilan realistik seperti Amron Omar,
Hussein Enas, Mazli Mat Som dan pelukis tempatan lain. Penghasilan karya akan
menggunakan aliran realisme dengan memaparkan imej realistik.
Pelukis yang menjadi sebagai rujukan ialah Mazli Mat Som. Mazli Mat Som, yang
menggantikan Dato’ Hussein Eans menerajui Angkatan Pelukis SeMalaysia daripada
sebelumnya SeMenanjung, terkenal dengan dua karya ikoniknya dalam koleksi Galeri
Seni Nasional. Dua karya yang dikenalkan iaitu Menanti Nelayan pada tahun 1961
dan Yati pada tahun 1964. Sebagai anak didik Dato’ Hussein, beliau menegakkan dan
mempromosikan tradisi kiasan terbaik tetapi meninggal lima tahun sebelum
mentornya. Beliau merupakan seorang pelukis tempatan yang selalu menghasilkan
karya dengan gaya penghasilan realistik. Contoh karya yang telah dihasilkan oleh
Mazli Mat Som ialah Malay Boy, Gadis Melayu dan sebagainya.

Tajuk : Malay Boy Tajuk : Gadis Melayu


Media : Minyak atas kanvas Media : Pastel atas kertas
Tahun : 1970 Tahun : 1964
4.0 Pernyataan Kepentingan Projek dan Keaslian
Kepentingan penghasilan projek ini adalah untuk mendapat lebih pengalaman
tentang cakerawala. Cakerawala sangat penting kepada dunia atau semua sistem di
angkasa. Jika sesuatu planet tidak mengorbit matahari dengan mengikut orbitnya akan
berlaku sesuatu perkara yang sangat serius. Selain itu, melalui penghasilan projek ini
juga dapat memberi peluang kepada orang ramai mengetahui tentang apa-apa
kepentingan setiap planet yang ada dalam sistem suria. Seterusnya, juga dapat
mengetahui susunan yang betul setiap planet. Apabila semua planet dalam cakerawala
dapat mengorbit matahari dengan betul dan mengikut orbitnya, maka dunia akan
sentiasa aman. Setiap orang akan mengetahui kepentingan cakerawala dalam
kehidupan kita. Putaran setiap planet adalah ditentukan dan bukan mengikut
kegemaran sendiri. Cakerawala ialah sebagai petunjuk dan pedoman kepada manusia
yang berada di lautan atau padang pasir. Selain itu, cakerawala juga menjadikan
penentuan perubahan iklim sesuatu tempat yang mempengarahui perkembangan
fizikal, warna kulit dan cara hidup manusia.
Keaslian kajian ini dapat ditunjukkan melalui proses penghasilan kajian ini.
Proses penghasilan kajian yang pertama ialah mengetahui maksud tema kajian iaitu
cakerawala, mengetahui benda atau planet yang ada dalam cakerawala. Proses
penghasilan kajian yang kedua ialah menentukan konsep, subjek dan kandungan
kajian ini, menentukan idea dan membuat lakaran secara ringkas penghasilan kajian
ini. Dalam penghasilan kajian ini terdapat Matahari, Bintang, Utarid, Zuhrah, Bumi
dan Bulan, Marikh, Asteroid dan komet-komet, Musytari dan Zuhal. Proses
penghasilan kajian yang ketiga ialah menentukan pendekatan aspek formal dan gaya
penghasilan, menerangkan unsur seni dan prinsip rekaan yang terdapat dalam kajian
ini dan penghasilan kajian melalui penggunaan media dan teknik yang sesuai. Dalam
kajian ini terdapat warna, garisan, ruang, jalinan, keseimbangan, harmoni, penegasan,
kepelbagaian, media campuran, teknik cat akrilik, teknik percikan, teknik titik dan
komet-komet, teknik glazing dan teknik scumbling. Selain itu, juga merujuk tokoh
yang menggunakan aliran realisme untuk menghasilkan realistik supaya membantu
penghasilan kajian ini. Proses penghasilan kajian yang keempat ialah menyatakan
kepentingan projek dan keaslian kajian seperti yang dinyatakan di atas. Dengan
menghasilkan kajian akhir, telah membuat lakaran secara ringkas pada peringkat
awal, dan membuat pengubahsuaian selepas menerima cadangan daripada pelbagai
pihak supaya penghasilan kajian ini sesuai dan menarik.
5.0 Sumber dan Rujukan
Kamus Pelajar. (edisi ke 2), (2015), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (edisi ke 4), (2015), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Perdana. (edisi ke 4), (2019), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Siti Nur Akilah Hanis Binti Mohd Yusoff. (1988), Sistem Suria Kita. Retrieved
Februari 28, 2010, from http://sofinilfalah.blogspot.com/2010/02/sistem-
suria-
kita.html

Stanza4, Orbit Planet. Retrieved Mei 15, 2012, from https://stanza4.wordpress.


com/2012/05/15/orbit-planet/

Seri Athirah, World Through Art. Retrieved September 13, 2011, from
http://seriathirahart.blogspot.com/2011/04/semi-abstrak-semi-abstrak-atau-
separa.html

Mazli Mat Som. (1938-1990), Malay Boy. Retrieved 1970, from


https://www.auctionzip.com/auction-lot/Mazli-Mat-Som-b.-1938-d.-1990-
Malay-Boy,-1970_FE24EB8AD4/#moreAboutThisItem

Nadirah Samsuddin, Alam Cakerawala. Retrieved 2007, from http://alam-


cakerawala.blogspot.com/2008/11/pengertian-alam-cakerawala.html

Jihah, Gaya Penampilan Dalam Pengkaryaan. Retrieved March 8, 2011,


from http://mond0k.blogspot.com/2011/03/gaya-penampilan-dalam-
pengkaryaan.html

Pendidikan Seni Visual, Aliran Seni Catan Barat. Retrieved Oktober 28, 2009,
from http://senivisual1.blogspot.com/2009/10/catan-aliran-seni-catan-
barat.html

You might also like