Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Laporan pengawasan influenza yang dijalankan oleh Institut Penyelidikan Perubatan dan Makmal

Kesihatan Awam Kebangsaan menunjukkan peningkatan pola aktiviti virus influenza dalam
persekitaran. Tiada sebarang kelainan, perubahan, atau mutasi pada penularan influenza ketika
ini. Penularan influenza di Malaysia adalah sama seperti kes yang dilaporkan oleh Pertubuhan
Kesihatan Sedunia atau (WHO) di pelbagai negara tropika ini.

SOALAN
Berdasarkan petikan di atas, kes penularan influenza dan virus berjangkit yang lain menyebabkan
kita terpaksa menjalani kehidupan dengan mengamalkan norma baharu. Anda ingin menghantar
e-mel kepada rakan anda yang bermastautin di luar negara tentang cara-cara menghadapi wabak
penyakit.

Daripada: thrrisha12@gmail.com
Kepada: hardinscott06@gmail.com
Subjek: Cara-Cara Menghadapi Wabak Penyakit

Hardin Scott,
Apa khabar saudara di Cambridge, Massachusetts? Doa dan harapan saya agar saudara sihat walafiat
dan gembira bersama-sama keluarga. Bagi diri saya dan keluarga di sini sihat-sihat sahaja.
Saudara,
Dalam e-mel yang saudara hantar kepada saya, saudara menanyakan cara-cara menghadapi
wabak penyakit. Saya akan memberikan penjelasan berhubung dengan persoalan tersebut dalam e-
mel ini. Penyakit berjangkit yang menghiasi kaca televisyen dan dada akhbar kini ada yang telah
meragut nyawa manusia. Sudah pasti, kes ini melahirkan rasa bimbang dalam kalangan masyarakat
kerana menjejaskan keselamatan kesihatan dan keselamatan sosial khususnya sehingga
mengganggu pembangunan sumber manusia. Terdapat pelbagai jenis penyakit berjangkit yang
menular seperti Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS), Sindrom Pernafasan Coronavirus (Covid-19),
Penyakit Tangan, Kaki dan Mulut (HFMD), dan Demam Virus Influenza A (H1N1). Justeru itu, pelbagai
langkah telah diambil oleh pihak-pihak berkuasa untuk menangani wabak-wabak ini dengan
merangka program pengawalan dan pencegahan penyakit berjangkit. Bak kata pepatah, ‘mencegah
lebih baik daripada mengubati’.
‘Diri sendiri’ merupakan entiti yang harus berusaha memastikan penyakit ini tidak ‘terpikat’
untuk hinggap dalam kelompok masyarakat. Bayangkan, apakah yang akan berlaku terhadap
masyarakat yang tidak menjaga kebersihan diri dan persekitaran? Sudah pasti, masyarakat akan
mudah dijangkiti penyakit berjangkit. Semua ini berpunca daripada kotoran dan pembuangan sisa
domestik yang tidak sistematik yang menjadi tempat pembiakkan wabak. Setiap ahli masyarakat
dalam kalangan kanak-kanak hingga dewasa perlu mengutamakan kebersihan diri dengan
membuang sampah di tempat yang betul, sentiasa mencuci tangan selepas menggunakan tandas
dan memilik restoran yang yang tahap kebersihannya dalm keadaan terbaik. Aktiviti bergotong-
royong dalam membersihkan kawasan perumahan dan tempat-tempat awam perlu sentiasa
dianjurkan agar kebersihan dijaga di samping hubungan kemasyarakatan dapat dieratkan. Oleh
hal demikian, langkah yang proaktif perlulah diambil oleh masyarakat untuk mengatasi masalah
penyakit berjangkit ini daripada dijangkiti.
Selain itu, cara lain dalam mencegah penularan wabak adalah dengan mengamalkan gaya
hidup sihat. Masyarakat yang inteligensia adalah masyarakat yang mempraktikkan gaya hidup sihat
kerana manfaatnya bukan sahaja pada diri malahan berfaedah untuk negara. Gaya hidup sihat
merangkumi pemakanan seimbang dan melakukan aktiviti riadah atau bersukan. Aktiviti yang
dilakukan pada waktu lapang ini, akan memanfaatkan diri individu tersebut. Mereka akan terhindar
dari wabak dan tahap imunisasi badan mereka lebih kuat berbanding individu yang tidak
mengamalkan gaya hidup sihat. Justeru, pendidikan dan kempen kesedaran perlu digiatkan dalam
melibatkan semua lapisan masyarakat untuk mengamalkan gaya hidup sihat sebagai langkah
menangani masalah yang kian meningkat masa kini agar penyakit tersebut tidak merebak kepada
orang lain iaitu sebelum nasi menjadi bubur.

Memang tidak dapat dinafikan bahawa penyakit-penyakit ini juga berpotensi dibawa oleh
pelancong atau buruh asing. Pihak berkuasa bertanggungjawab untuk memperketatkan kawalan
kemasukan pelancong dan buruh asing ke dalam negara. Pelancong asing mempunyai risiko rendah
berbanding buruh asing yang akan menetap lebih lama dan berisiko bergaul dengan masyarakat
tempatan. Oleh itu, saringan kesihatan perlu diwajibkan dan penangkapan pendatang asing tanpa
izin (PATI) perlu diperkasakan. Amalan kebersihan mereka mungkin berbeza daripada kita jadi, pihak
yang bertanggungjawab membawa buruh asing ini perlu memastikan kebajikan pekerja mereka
dijaga dengan baik. Kesannya, kita dapat menjamin kesihatan kita di samping menyemarakkan
ekonomi dengan kawalan yang baik ke atas kemasukan pelancong dan buruh asing.

Tambahan pula, anggota masyarakat hendaklah mengelakkan diri daripada melancong ke


negara-negara yang terlibat. Rakyat negara kita atau negara lain perlu membatalkan rancangan buat
sementara waktu untuk pergi melancong ke negara-negara yang sedang dilanda wabak itu. Langkah
yang dikatakan sebagai menyediakan payung sebelum hujan, sudah pasti dapat mengelakkan
seseorang itu daripada dijangkiti oleh penyakit yang berbahaya itu. Pihak berkuasa setiap negara juga
perlu membuat pemeriksaan yang ketat dan menyediakan alat pengimbas di pintu-pintu masuk utama
negara masing-masing. Sebagai contohnya, alat pengimbas tersebut perlu diletakkan di lapangan-
lapangan terbang antarabangsa seperti di KLIA, Kuching, dan Bayan Lepas. Alat pengimbas tersebut
berupaya untuk mengesan pelancong yang masuk sekiranya mereka dijangkiti oleh penyakit tersebut.
Sekiranya mereka telah dijangkiti oleh penyakit tersebut, maka mereka perlu dibawa ke hospital untuk
diberikan rawatan dan juga dikuarantin.

Akhir sekali, antara cara menangani wabak daripada menular adalah dengan memeriksa
setiap bahan import yang masuk ke dalam negara. Hal ini kerana kita tidak mahu pisang berbuah dua
kali seperti peristiwa yang telah berlaku dahulu di negara China dimana berlaku serangan selesema
burung yang serius. Pihak berkuasa perlu memastikan haiwan-haiwan yang dibawa masuk ke negara
ini bebas daripada jangkitan sebarang penyakit berbahaya. Sumber makanan seperti sayur-sayuran
dan buah-buahan juga perlu disaring dan dipastikan kebersihannya daripada sebarang keracunan
dan wabak. Kerjasama antara agensi penguatkuasa dan kesihatan perlu dipereratkan agar tindakan
ini dapat dijalankan dengan baik dan sekaligus memusnahkan ancaman wabak daripada luar.

Intihanya, bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa terdapat pelbagai cara yang boleh
diusahakan untuk menangani masalah ini di mana-mana sahaja. Janganlah ‘sudah terhantuk baru nak
tengadah’. Kegagalan yang utama ialah kegagalan mengambil tindakan pertama. Oleh itu, semua
pihak harus bersendel bahu dan bekerjasama seperti aur dengan tebing untuk mengekang penyakit
berjangkit daripada terus menular. Tindakan melawan penyakit secara holistik oleh semua pihak akan
menyumbang kepada penurunan kes ini seterusnya melahirkan negara yang bebas dari masalah ini.
Saudara,
Demikianlah sedikit banyak penjelasan saya tentang cara-cara menghadapi wabak penyakit.
Semoga perkongsian maklumat yang ringkas ini memuaskan hati saudara. Akhir kata, sambutlah salam
mesra daripada saya untuk saudara sekeluarga. Semoga hubungan persahabatan kita terus kukuh
meskipun jarak memisahkan kita.

Yang benar,
Thrrisha a/p Kumaran

You might also like