Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

PPP60504

PENGURUSAN KEWANGAN UNTUK PENTADBIR SEKOLAH

RANGKA KERJA KEWANGAN SEKOLAH:-

ISU – ISU BERKAITAN AKAUNTABILITI, KESAMAAN (EQUITY),


KECUKUPAN (ADEQUACY), KECEKAPAN DAN MENINGKATKAN
SISTEM KEWANGAN SEKOLAH SERTA SETAKAT MANA
KEPERLUAN KEWANGAN DI SEKOLAH

PENSYARAH: PROFESOR MADYA DR. SYED ISMAIL BIN SYED MOHAMAD

DISEDIAKAN OLEH: CHANDRAMOGHAN A/L IRISHAN M20201000522

KOMADHI A/P RAVE CHANDRAN M20201000523


ISI KANDUNGAN
PENGENALAN

Kewangan merupakan nadi bagi setiap individu dan organisasi untuk meneruskan kelangsungan dan

fungsi kehidupannya. Begitulah halnya dengan peranan kewangan di institusi pendidikan di peringkat

sekolah. Oleh yang demikian, pengurusan kewangan perlu ditadbir dengan cekap dan berhemat, agar

kewangan boleh diperolehi secukupnya, dibelanja dan diurus mengikut tatacara yang betul serta dapat

memenuhi matlamat organisasi.

Berdasarkan sistem yang ada sekarang, pengetua selaku pentadbir sekolah adalah bertanggungjawab

penuh untuk merancang, mengurus, mengawal serta menentukan pengurusan kewangan di sekolahnya

dengan cekap dan berkesan. Peraturan Akaun dan Audit dalam Akta Pelajaran 1961, menetapkan supaya

pengetua menyimpan rekod-rekod kewangan sekolah secara teratur dan semua akaun sekolah bagi tahun

semasa mesti dihantar untuk diaudit sebelum tahun berikutnya.

Pengetua juga dikatakan bertanggungjawab dalam menentukan pentadbiran kewangan sekolah

dikendalikan mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam Perintah Kewangan. Pengetua

dikehendaki mengkaji dan mematuhi segala prosedur kewangan bagi menentukan kelicinan pengurusan

kewangan sekolah. Sejauhmana pengurusan kewangan di sekolah dapat dilaksanakan dengan sistematik

adalah bergantung kepada kemahiran, kepimpinan dan sikap pengetuanya.

PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Lembaga Pengelola Pendidikan mengharapkan pentadbir sekolah mempunyai pengetahuan yang cukup

tentang pengurusan kewangan. Guru-guru juga sepatutnya mempunyai minat untuk mengambil

perhatian bagaimana pengurusan kewangan sesebuah sekolah dikendalikan. Aspek pengurusan

kewangan merupakan sesuatu yang sangat penting dan perlu dikendalikan dengan sistematik dan

berkesan.
Wan Mohd.Zahid (1994), dalam buku garis panduan Perakaunan dan Kewangan Sekolah menyatakan

pengetua selaku pengurus pendidikan bukan sahaja dikehendaki mahir dalam bidang pendidikan tetapi

juga mahir dalam bidang pengurusan khususnya pengurusan kewangan sekolah perlu dipertingkatkan

supaya mencapai kemenangan.

ASAS PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Pengurusan kewangan merupakan satu konsep yang merangkumi prinsip-prinsip pengurusan biasa yang

melibatkan kegiatan merancang, mengatur, mengurus, mengarah, melaksana, mendorong, mengawal dan

melapor (Mahashim Bajuri : 1994).

Pengurusan kewangan sesungguhnya melibatkan pentadbiran kewangan ditadbir secara bijaksana, agar

mencapai matlamat organisasi. Dalam konteks pengurusan kewangan di peringkat sekolah ianya ditadbir

bagi mencapai objektif tertentu iaitu; pertama, untuk mengadakan kawalan yang ke atas pungutan dan

perbelanjaan yang dilakukan oleh sekolah dengan cara teratur supaya tidak berlaku kesilapan dan

kehilangan. Keduanya adalah untuk menyenangkan pelaksanaan tugas pengetua terhadap perakaunan

kewangan sekolah. Ketiganya pula adalah untuk membolehkan kedudukan sebenar perakaunan dan

kewangan sekolah diketahui pada masa-masa tertentu (Zaidatol Akmaliah, 2001).

Sehubungan dengan itu Mahashim Bajuri (1994), menegaskan bahawa fungsi utama pengurusan

kewangan meliputi

a). merancang penggunaan dan keperluan kewangan,

b). memperolehi sumber kewangan,

c). mendapatkan wang dengan syarat-syarat yang ditentukan dan

d). melaporkan prestasi kewangan.


AKAUNTABILITI

Tugas pengetua sangat kompleks, merangkumi beberapa aspek seperti pentadbiran, pengurusan dan juga

kepimpinan. Pengurusan kewangan merupakan satu proses di mana jentera pentadbiran kerajaan

menggunakan cara-cara tertentu bagi memperolehi danb memperuntukkan sumber-sumber kewangan

berdasarkan kepada keutamaan-keutamaan berkenaan dan mematuhi prosedur-prosedur serta kawalan-

kawalan tertentu bagi mencapai matlamat-matlamat awam secara cekap dan berkesan. Dalam

pengurusan kewangan tradisional, tiga komponen utama yang perlu diberi perhatian iaitu belanjawan,

pembiayaan dan kawalan termasuk perakaunan, laporan dan auditan.

Selain daripada itu, pengetua juga berdepan dengan dua prinsip utama dalam menjalankan tugasnya iaitu

legaliti dan akuntabiliti. Legaliti bermaksud pengurusan kewangan mestilah mematuhi semua undang-

undang dan peraturan yang digubal olehnya. Legaliti yang terpaksa dipikul oleh seseorang pengetua

termasuk terimaan wang awam, simpanan wang awam, pengeluaran wang awam, bayaran wang awam

dan perakaunan wang awam.

Akauntabiliti yang bermaksud memikul amanah untuk menjalankan aktiviti yang ditentukan secara

bertanggungjawab atas kejayaan atau kegagalannya. Aspek yang peerlu dipikul oleh pengetua ialah:

i. Akauntabiliti Fiskal – dari segi integriti kewangan, maklumat, pematuhan kepada undang-

undang dan peraturan pentadbiran awam.

ii. Akauntabiliti Pengurusan – dari segi penggunaan tenaga manusia dan sumber-sumber lain secara

cekap dan ekonomik.


iii. Akauntabiliti Program – dari segi impak program, iaitu sama ada sesuatu program mencapai

objektif yang dirancangkan dan opsyen yang terbaik telah dipilih untuk mencapai objektif

berkenaan dengan mengambilkira jumlah kos dan output (Farzeli Che Mat, 2000).

Seterusnya, Zaidatol Akmaliah (2001), menyentuh tentang peranan pengetua sebagai pengurus

kewangan. Antara lain beliau menyatakan seperti berikut:

i. Menyediakan anggaran belanjawan

ii. Mengurus tuntutan pembayaran per kapita dan peruntukan-peruntukan yang lain.

iii. Menentukan segala kutipan yuran dan sewa serta lain-lain sumber dibuat dengan sempurna.

iv. Mengurus segala perbelanjaan dan pembayaran.

v. Mengurus dan menyempurnakan urusan pembayaran gaji.

vi. Mengurus dan menyelenggarakan buku Tunai untuk akaun dana Kerajaan, akaun Suwa, dan

akaun Asrama (jika ada) serta panjar wang runcit.

vii. Menyempurnakan segala urusan yang berkaitan dengan biasiswa atau bantuan pelajar.

viii. Menentukan buku stok diselenggarakan dan dikemas kini.

ix. Menentukan tatacara hapuskira stok dibuat dengan sempurna.

x. Memperakukan segala tuntutan perjalanan, peperiksaan, elaun lebih masa, wang runcit dan lain-

lain.

xi. Menjadi Pengerusi Lembaga Tender atau sebutharga sekolah.

xii. Menjadi setiausaha Lembaga Kewangan dan Lembaga Pengurus Sekolah.

xiii. Berikhtiar mendapatkan punca-punca kewangan sekolah.

xiv. Pengurusan setiap jenis dana yang ada di sekolah termasuk tatacara dan proses pungutan wang,

pembelian dan pembayaran.

xv. Penyelenggaraan buku-buku akaun.


xvi. Menyelenggara dan menjaga tatacara menyimpan stok atau alatan untuk pusat sumber, pejabat,

makmal, bengkel dan lain-lain.

xvii. Pengurusan kewangan di kedai buku, kedai koperasi serta tender kantin.

xviii. Keperluan-keperluan yang ditetapkan oleh juruaudit akaun sekolah.

ISU AKAUNTABILITI

PENGURUSAN PEMBELIAN DAN PESANAN

Kebanyakan pengetua/guru besar tidak mengikut prosedur pembelian. Dalam tatacara pembelian, setiap

pembelian haruslah dibuat melalui penyenaraian item dan harus dibuat di dalam buku Pesanan Tempatan

bagi setiap pembelian melebihi RM50.00 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1999).

Terdapat pengetua/guru besar yang mengingkari arahan dengan membuat pembelian secara tunai tanpa

mengisi buku LO terlebih dahulu; malah kebanyakkan pengetua megisi buku LO setelah pembelian

dibuat. Sikap pengetua/guru besar yang tidak membuat semakan ke atas barang yang dipesan betul atau

tidak juga menjadi isu dalam pengurusan pembelian dan pesanan.

KESAMAAN (EQUITY)

Kesamaan bermaksud kesamarataan. Perkhidmatan yang sama dan konsisten perlu diberi kepada semua

orang tanpa mengambil kira status atau fahaman politik orang awam. Tidak ada keistimewaan diberikan

kepada pihak tertentu.


ISU KESAMAAN (EQUITY)

KUTIPAN WANG SUMBER WANG AWAM (SUWA) YANG TIDAK MENCUKUPI

Masalah wang yang tidak mencukupi juga dihadapi dalam akaun wang SUWA. Mengikut tinjauan di

beberapa sekolah didapati bahawa kebanyakan kutipan yuran seperti yuran kertas ujian, yuran

perpustakaan, yuran sukan/permainan adalah tidak mencukupi untuk menamoung perbelanjaan yang

berkenaan (Subathiran Ramaloo, 2000).

Dalam satu kes di sebuah sekolah menengah pengetuanya menerima derma sebanyak RM1500 setiap

tahun daripada PIBGnya untuk menganjurkan sukan tahunan sekolah sementara dalam sebuah sekolah

yang lain, pengetuanya terpaksa menggunakan peruntukan Kemahiran Hidup untuk membeli kertas

pendua untuk mencetak kertas ujian (Azizah Hassan,2004).

KECUKUPAN (ADEQUACY)

Kecukupan mempunyai kedua –dua input dan orientasi output. Tahap tertinggi input - program,

perkhidmatan, kurikulum, pengajaran, bilik darjah dan organisasi sekolah yang mencukupi untuk

mengajar pelajar untuk prestasi lebih tinggi. Output adalah keputusan yang dicapai.

ISU KECUKUPAN (ADEQUACY)

TIADA PERUNTUKAN PENYELENGGARAN BAGI SEKOLAH BUKAN PTJ

Terdapat sekolah menengah atau sekolah rendah yang bertaraf Pusat Tanggung jawab (PTJ) telah diberi

peruntukan sebanyak RM 10,000 setahun bagi penyelenggaraan kecil – kecilan (Azizah Hassan, 2004)
Walau bagaimanapun, sekolah – sekolah menengah atau sekolah rendah yang bukan bertaraf PTJ boleh

memohon peruntukan penyelenggaraan daripada Jabatan Pelajaran Negeri. Malangnya, proses untuk

mendapatkan peruntukan tersebut mengambil masa yang agak lama dan kadang kala apabila JPN sudah

kehabisan peruntukan maka pihak sekolah terpaksa menunggu peruntukan tahun depan (Zaidah Mustafa,

2004).

KECEKAPAN (EFFICIENCY)

Kecekapan merujuk kepada kemampuan pengurus dan para pekerja untuk melakukan segala aktiviti atau

kerja dalam organisasi dengan cara yang terbaik melebihi apa yang telah dirancang. Seseorang pengurus

perlu memastikan bahawa organisasi dapat mencapai sesuatu hasil yang maksimum dengan menggunakan

sumber yang paling minimum.

ISU KECEKAPAN (EFFICIENCY)

KEKURANGAN PEGAWAI KERANI KEWANGAN

Masalah ini biasanya berlaku di sekolah – sekolah rendah yang kecil di luar bandar (under enrolment)

kerana tidak ada seorang kerana kewangan. Sebaliknya, guru besar terpaksa melakukan kerja kerana

kewangan. Seorang pengurus perlu memastikan bahawa organisasi dapat mencapai sesuatu hasil yang

maksimum dengan menggunakan sumber yang paling minimum.

MODEL PENGURUSAN KEWANGAN SEKOLAH

Secara amnya terdapat tiga model pengurusan kewangan sekolah iaitu

a). Model Berpusat (central model),

b). Model Tidak Berpusat (disentralisasi) dan


c). Model Cantuman Kedua-dua Gabungan (hybrid) (Sutton, M, 1996)

a). Model Berpusat (Central Model)

Model ini memberi penekanan terhadap keputusan yang dibuat oleh satu badan sahaja misalnya pengetua

sebagai pemimpin autokrat atau melalui keputusan bersama yang dibuat oleh Jawatankuasa Sekolah

(PIBG, Pengawal Kewangan dan sebagainya).

Pembuat keputusan mestilah membuat pertimbangan yang teliti, menyerap dan menilai semua maklumat

yang berkaitan untuk membuat keputusan yang berkesan dengan menggunakan sumber untuk memenuhi

objektif.

Dalam konteks di Malaysia model ini merujuk kepada sekolah-sekolah yang belum mendapat taraf Pusat

Tanggungjawab (PTJ). Kewangan sekolah terdiri daripada tiga sumber iaitu Wang SUWA, Wang

KERAJAAN dan Wang ASRAMA (bagi yang ada asrama). Kesemua bentuk wang ini adalah dalam

bentuk geran. Wang suwa merupakan wang yang diterima oleh pihak sekolah melalui yuran khas daripada

pelajar-pelajar, derma daripada orang ramai, sewaan harta sekolah, jualan daripada kedai buku sekolah,

yuran peperiksaan dalaman dan daripada pelbagai penerimaan (KPM, 2000).

Wang Kerajaan merupakan semua penerimaan yang diperolehi daripada Pemberian Bantuan Kerajaan

kecuali yang berkaitan dengan asrama. Wang Kerajaan ini diterima daripada punca-punca berikut iaitu

pemberian bantuan pra sekolah, bantuan mata pelajaran dan bantuan bukan mata pelajaran (surat

pekeliling kewangan 3/95), bantuan rancangan makanan tambahan / rancangan amalan makanan dan

pemakanan, bantuan gotong royong, bantuan modal / pembelian alatan, geran pelancaran (launching

grant) untuk sekolah-sekolah yang baru dibuka sahaja, bantuan biasiswa kerajaan (Yayasan Negeri /

Petronas / MARA) dan badan-badan berkanun serta yuran-yuran peperiksaan kerajaan

(PTS/UPSR/PMR/SPM/STPM).
Kumpulan Wang Asrama pula merupakan semua penerimaan yang berkaitan dengan asrama, sama ada

dalam bentuk pemberian/bantuan daripada kerajaan ataupun kutipan yang dibuat daripada murid-murid.

Antara punca-punca kewangan di bawah kumpulan ini termasuklah bantuan perbelanjaan berulang tahun

yang lain-lain untuk asrama (LPBT Asrama), bantuan makanaan asrama, yuran makanaan asrama serta

yuran-yuran lain yang dibenarkan oleh pendaftar seperti pendaftaran, kebajikan murid, kelas fardhu ‘ain,

rekreasi dan pelbagai.

Pihak sekolah menerima peruntukan ini dan perlu membelanjakan sejumlah wang yang ada berdasarkan

pembahagian-pembahagian yang telah ditetapkan oleh Pusat Tanggunjawab. Oleh itu pengetua tidak boleh

membelanjakan peruntukan yang diberi mengikut sesuka hatinya. Misalnya wang peruntukan untuk sains

perlulah dibelanjakan hanya untuk perkara-perkara yang berkaitan dengan mata pelajaran tersebut sahaja

dan tidak boleh digunakan untuk kegunaan lain seperti perbelanjaan untuk mata pelajaran bahasa Inggeris.

Sekiranya perlu pihak sekolah hendaklah mendapatkan kebenaran daripada Pusat Tanggungjawab terlebih

dahulu.

Oleh yang demikian, pengetua hanya mempunyai kuasa di peringkat sekolah terhadap keputusan-

keputusan yang perlu dibuat berdasarkan peruntukan-peruntukan yang telah ditetapkan. Pengetua juga

harus berhati-hati dan berfikiran panjang dalam meluluskan sesuatu perbelanjaan kerana perlu

meninggalkan baki sekurang-kurangnya 10% daripada jumlah peruntukan bagi setiap bidang untuk

dibawa ke tahun berikutnya. Pengetua hanya bertindak sebagai pengurus kewangan sekolah berdasarkan

belanjawan pengurusan yang diterimanya daripada pihak kerajaan bagi satu-satu tahun persekolahan.

Kelebihan model ini ialah segala keutamaan sekolah akan lebih difahami dan dapat ditangani dengan baik.

Selain daripada itu, semua keputusan dapat dibuat dalam kerangka tujuan dan objektif sekolah secara
keseluruhan. Seterusnya model ini menggalakkan konsisten kepada sekolah dan tumpuan kepada

kepentingan sesetengah pihak dapat dielakkan.

b). Model Desentralisasi

Keputusan dalam model ini dibuat oleh individu yang bertindak sebagai pemegang budget iaitu pengetua

atau guru besar. Pengetua menggunakan satu formula untuk peruntukan kewangan sesetengah panitia.

Penggunaan formula dalam mengagihkan resos akan menjadi lebih mudah, cepat, lebih terbuka dan adil.

Formula itu berdasarkan jumlah pelajar dan jumlah masa mengajar dalam seminggu.

Dalam konteks di Malaysia, model ini boleh disamakan dengan sekolah-sekolah yang telah menerima

taraf PTJ. Sekolah yang menerima taraf PTJ ini adalah sekolah yang laporan audit tahunannya tanpa

teguran bersyarat selama tiga tahun berturut-turut. Bagi sekolah yang menerima taraf PTJ ini, sumber

kewangannya bukan lagi berdasarkan kepada Per Kapita dan Per Kepala tetapi berdasarkan peruntukan

khas yang sedia ada iaitu dalam bentuk sistem buku VOT (peruntukan waran) dan jumlah wang yang

diberikan adalah berdasarkan kepada kertas kerja yang dikemukakan oleh pihak sekolah. Semua

perbelanjaan mengurus mesti direkodkan dalam buku VOT (Buku Peruntukan Perbelanjaan : Kew, 88 –

Pin 4/19.

Pengetua atau GPK HEM mempunyai kuasa menandangani semua urusan baucer bayaran (Kew 304 – Pin

1/92). Dalam hal ini seseorang pengetua itu haruslah mempunyai akuntabiliti yang tinggi dan merupakan

satu kewajipan untuk menjawab kepada segala tanggungjawab yang diberi melalui perwakilan kuasa. Ia

juga merupakan satu mekanisma yang dibentuk melalui sistem, peraturan dan undang-undang tertentu.

Seandainya tanggungjawab ini diamalkan secara jujur dan ikhlas sudah tentu akan dapat membantu

pengurusan bagi menjamin bahawa segala aktiviti kewangan dilaksanakan dengan cekap dan berkesan.
Sebagai pengurus kewangan, pengetua diberi tanggungjawab dalam tiga aspek akauntabiliti iaitu dalam

akauntabiliti kewangan, pengurusan dan perancangan. Dalam konteks ini pengetua dapat menguruskan

kewangan sekolah melalui perancangannya sendiri iaitu berdasarkan waran. Misalnya pengetua membuat

‘budget’ untuk menaikkan taraf bilik guru dengan kos sebanyak RM30,000.00. Pengetua bolehlah

membuat kertas kerja dan dikemukakan ke bahagian kewangan. Setelah mendapat kelulusan daripada

bahagian kewangan maka pengetua bolehlah mengeluarkan tender kepada pemaju.

Sebagai sekolah yang menerima PTJ, birokrasi yang dihadapi agak kurang kerana skopnya yang lebih

kecil. Pengetua diberi kuasa untuk menguruskan kewangannya sendiri. Misalnya dalam membuat tuntutan

perjalanan guru, pengetua mengemukakan borang tuntutan para guru terus kepada Akauntan Negara (AG)

dan dalam masa dua minggu para guru akan mendapat bayaran berbanding dengan sekolah yang belum

menerima PTJ di mana pengetua terpaksa menghantar borang ke Pejabat Pendidikan Daerah,

kemudiannya dilanjutkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) dan seterusnya dihantar ke AG dan

dalam masa tiga bulan barulah para guru menerima bayaran masing-masing.

Selain daripada itu pengetua bersama guru-guru boleh merancang aktiviti atau program sekolah pada

tahun semasa. Segala program yang dikemukakan dengan kertas kerja yang lengkap akan diluluskan oleh

JPN berdasarkan peruntukan sedia ada di bawah PTJ. Situasi ini akan mendorong para guru dan pihak

sekolah untuk memajukan sekolah baik dari segi kurikulum, kokurikulum, keceriaan dan bina insan.

c). Model Hybrid

Sistem yang ekslusif dan banyak sekolah akan menggunakannya secara adunan (mix and match) untuk

memenuhi keperluan struktur organisasi, stail pengurusan, objektif pendidikan dan keperluan

perkembangan. Model ini mempunyai strategi yang tersendiri iaitu mengagihkan perbelanjaan pengurusan

berdasarkan formula dan mengekalkan resos untuk tujuan perkembangan pusat. Sesetengah keputusan
dibuat oleh pengetua atau pengurusan kanan sekolah. Ada juga yang dibuat oleh staf dan juga pengawal

kewangan sekolah. Dalam konteks pendidikan di Malaysia kami merasakan bahawa model ini masih

belum digunapakai.

PENINGKATAN SISTEM KEWANGAN SEKOLAH DAN KEPERLUANNYA

KEPENTINGAN AKAUNTABILITI PENGURUSAN KEWANGAN

a. Perancangan Cekap dan berkesan.

b. Elakkan kekurangan kutipan hasil.

c. Pembaziran sumber kewangan, tenaga dan masa.

d. Elakkan rasuah dan penyelewengan.

e. Elakkan tindakan mahkamah dan surcaj.

SEBAB BERLAKUNYA KELEMAHAN

a. Kurangnya penglibatan pihak pengurusan atasan dalam hal – hal pengurusan kewangan.

b. Tiada penyeliaan dan pengawasan terhadap pegawai dan kakitangan.

c. Pegawai awam kurang mahir/Latihan.

d. Kawalan dalaman lemah.

e. Peraturan/arahan tidak disimpan atau di kemaskini.

f. Sengaja melanggar arahan kerana kepentingan diri.

KESAN TIADA AKAUNTABILITI

a. Mengurangkan hasil kerajaan.

b. Tunggakan hasil terus meningkat.

c. Perbelanjaan melebihi pendapatan.


d. Harta awam sukar dikesan.

e. Penyelewengan.

f. Tidak adil untuk pembayar cukai.

CADANGAN

Ketua Jabatan perlu:-

a. Memahirkan diri dalam pengurusan kewangan.

b. Melakukan pemantauan dan penyeliaan.

c. Menanamkan nilai murni dan integriti kepada kakitangan.

d. Tindakan segera kepada laporan dan pemerhatian audit.

e. Amanah dan telus.

KESIMPULAN

Pengurusan kewangan sekolah merupakan satu tugas penting yang diamanahkan kepada pengetua.

Dengan bantuan yang diberikan oleh penolong kanan, penyelia petang, guru-guru kanan atau ketua-

ketua bidang serta kerani sekolah, tugas-tugas kewangan yang telah disenaraikan oleh Kementerian

Pendidikan telah dapat dilaksanakan. Namun begitu, terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian

dean diadakan tindakan pengawalan supaya sebarang bentuk kelemahan dapat di atasi. Sifat-sifat

manusia seperti kemahiran, kejujuran dan motivasi akan mempengaruhi pelaksanaan tugas-tugas

kewangan.

Oleh yang demikian diharapkan pihak Kementerian Pendidikan atau pihak yang bertanggungjawab

dalam bidang pendidikan perlu melantik pengetua yang telah mendapat kursus dalam bidang pengurusan

kewangan sekolah terlebih dahulu. Bagi pengetua yang sedang berkhidmat pula perlu diberi latihan atau

kursus berkaitan dengan bidang kewangan. Begitu juga dengan kerani-kerani am di sekolah perlu diberi
kursus untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam bidang yang berkaitan dengan kewangan sekolah.

Diharapkan dengan latihan dan kursus yang diberikan itu akan membolehkan sekolah melaksanakan

system perakaunan sekolah dengan lebih berkesan demi peningkatan prestasi pengajaran dan

pembelajaran di sekolah.

Oleh yang demikian, nyatalah bahawa pengurusan kewangan secara sistematik adalah terletak

sepenuhnya kepada pengetua. Sebagai orang yang menjadi pengurus di sekolah, pengetua memainkan

peranan yang penting dalam melaksanakan tugas-tugas kewangan. Perancangan kewangan yang

berkesan, kawalan yang rapi ke atas penerimaan dan perbelanjaan dana-dana yang ada perlu diberi

perhatian yang serius.


RUJUKAN

KPM (2012). Tatacara Pengurusan Kewangan Sekolah. Unit Akaun KPM

Kementerian Pendidikan Malaysia (2000), Tatacara Pengurusan Kewangan dan Perakaunan Sekolah,

Bahagian Kewangan Kementerian Pendidikan Malaysia.

Mahashim Bajuri (1994). Pengurusan Kewangan Satu Pengenalan. Petaling Jaya, Penerbit Fajar Bakti

Sdn. Bhd.

Omardin Ashaari (1996). Pengurusan Sekolah Satu Panduan Lengkap, Kuala Lumpur, Utusan

Publications Distributor Sdn. Bhd.

Sutton, M. (1996). In Management In Education, Vol. 10, No. 5. Nov/Dec. Page 6 – 9.

Zaidatol Akmaliah Lope Pihie (2001). Pentadbiran Pendidikan, Petaling Jaya, Penerbit Fajar bakti. Sdn.

Bhd.

You might also like