Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

1.

0 PENGENALAN

Bahagian ini menjelaskan latar belakang kajian berkaitan dengan perkataan yang
bersifat homonim dan polisemi, dan definisi konsep penting yang digunakan
dalam kajian ini.

1.1 Latar Belakang

Dalam bidang linguistik, semantik merupakan bidang yang mengkaji dan

menganalisis makna, kata dan ayat. Secara umumnya, semantik ialah ilmu

tentang erti atau perubahan sesuatu perkataan. Secara khususnya, semantik ialah

kajian tentang lambang-lambang atau tanda yang menyatakan makna, hubungan

antara makna dengan makna lain serta pengaruh makna terhadap masyarakat.

Dalam bidang ini, terdapat beberapa aspek kajian leksikal seperti sinonim,

antonim, hiponim, homonim, homofon, homograf, polisemi dan meronim.

Namun begitu, kajian ini hanya menumpukan aspek homonim dan polisemi.

Homonim terbahagi kepada dua iaitu homofon dan homograf. Mengikut

Kamsani bin Suhaimi, (2012: perkataan homonim berasal daripada bahasa

Yunani Kuno “anoma” yang bererti “nama” dan “homo” yang bererti “sama”).

Polisemi pula aspek yang memiliki ciri-ciri yang hampir sama dengan homonim

iaitu mempunyai banyak makna tetapi ada.

Terdapat perbahasan yang dilakukan Jamal Azmi Salim (2013: “Homonymy

in Jordanian Colloquial Arabic, A Semantic Investigation”) yang berkaitan

dengan penggunaan perkataan yang menggunakan sifat dasar homonim dan

polisemi. Rumusan yang terdapat dalam dalam perbincangan tersebut adalah

mengenai masalah iaitu cara untuk mengenal polisemi mengikut gambaran umum

sehingga dapat digunakan dalam penulisan am.

1
Jurnal lain yang juga erat kaitannya dengan polisemi ialah yang ditulis oleh

Wagino Hamid Hamdani dan Maman Abdurrahman (2014: “Makna Polisemik

Bahasa Arab dalam Al-Quran dan Impikasinya Pembelajarannya”) yang

mempunyai rumusan berkaitan dengan masalah dalam mempelajari polisemi

bahasa Arab dan makna leksikal. Selain itu, jurnal ini diadakan untuk

memudahkan pemahaman tentang konsep asas polisemi. Artikel-artikel ini

bertujuan untuk menjelaskan tentang cara penggunaan polisemi dengan tepat.

1.2 Definisi Konsep

Bahagian ini akan menjelaskan definisi dua konsep penting yang digunakan

dalam kajian ini, iaitu homonim dan polisemi

1.2.1 Konsep Homonim

Homonim merupakan suatu aspek yang terkandung dalam sistem makna.

Menurut Sharifah Nor S.A. Rahman et.al (2014:63) homonim dapat

dimaknakan sebagai perkataan yang sama bunyi atau ejaannya dengan

perkataan lain tetapi berbeza maknanya. Abdullah Hassan (1980:246,

dlm. Darwis Harahap, 1994:34) menyatakan bahawa homonim ialah

perkataan yang sama bunyinya dan ejaannya tetapi mengandungi makna

yang berbeza. Manakala Hartmann dan Stork (1972, dlm. S.Nathesan,

2008: 108) homonim ialah dua perkataan atau lebih yang sama bunyinya

tetapi berbeza pada maknanya. Seperti yang ditakrifkan di atas,

homonim merupakan dua kata atau lebih yang mempunyai bentuk yang

sama, ejaan yang sama tetapi makna yang berbeza (S. Nathesan,

2008:109).

2
Dalam kamus, seperti Kamus Dewan Edisi Keempat, homonim

boleh dikenal pasti melalui penggunaan Makna perkataan homonim

terdapat beberapa makna yang berbeza yang diperturunkan secara

berasingan mengikut angka Roman I, II, III dan IV. Menurut Abdullah

Hassan dan Ainon Mohd. (1994: pula mentakrifkan homonim sebagai

perkataan yang sama bunyi dan ejaannya tetapi mengandungi makna

yang berbeza). Homonim diertikan sebagai ungkapan dalam perkataan,

frasa, atau ayat yang bentuknya sama dengan ungkapan lain tetapi

maknanya tidak sama.

1.2.2 Konsep Polisemi

Menurut Hartmann dan Stork (1972: polisemi ialah sesuatu perkataan

atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih). Abdullah Hassan dan

Ainon Mohd. (1994: pula mentakrifkan polisemi sebagai perkataan yang

mempunyai banyak makna. Siti Hajar (2009: 266) pula menjelaskan, jika

terdapat perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan,

sama ada secara konseptual atau sejarah, disebut sebagai polisemi. Beliau

turut menambah, dengan kata lain, polisemi ialah hubungan kata atau

frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi

yang sama.

Selain itu, mengikut Kuiper & Allan (2004: 55), polisemi

bermaksud perkataan sama yang mempunyai beberapa makna yang

berkaitan secara konseptual. Abdullah Hassan (2006: 231) memberikan

maksud polisemi sebagai perkataan yang semula jadi mempunyai banyak

makna.

3
2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah seperti yang berikut:

(a) Mengenal pasti dan menyenaraikan perkataan yang bersifat homonim dan

polisemi.

(b) Menjelaskan makna perkataan yang bersifat homonim dan polisemi.

(c) Menghuraikan ciri-ciri yang terdapat pada perkataan homonim dan polisemi.

3.0 KEPENTINGAN KAJIAN

Hasil kajian ini adalah untuk kepentingan yang berikut:

(a) Menambahkan dokumentasi tentang perkaitan makna untuk kegunaan sekolah

dan universiti.

(b) Menjadi sumber rujukan masyarakat dalam bidang linguistik.

(c) Menjadi panduan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di

intitusi pendidikan di seluruh negara.

4.0 SKOP KAJIAN

Fokus kajian ini adalah mengenai perkataan yang menggunakan aspek homonim

dan polisemi. Kajian ini juga menjelaskan makna dan menghuraikan ciri

homonim dan polisemi. Maklumat dan data berkaitan dengan homonim dan

polisemi diperoleh daripada Kamus Dewan Edisi Keempat.

4
5.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini membataskan penggunaan data yang diperoleh daripada Kamus Dewan

Edisi Keempat (2015). Kamus ini mempunyai 1817 halaman. Pengkaji hanya

menggunakan 1784 halaman muka surat sahaja.

6.0 KAEDAH KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan cara penyelidik memperoleh dan menganalisis data.

6.1 Pemerolehan Data

Data untuk kajian ini diperoleh melalui proses kajian teks. Data yang dicari

ialah perkataan yang mempunyai makna homonim dan polisemi. Perkataan

ini dikenal pasti daripada Kamus Dewan Edisi Keempat (2015). Selain itu,

maklumat lain yang diperolehi melalui bacaan yang terdapat daripada buku

dan laman sesawang.

6.2 Penganalisisan Data

Analisi data dilakukan dengan menganalisis perkataan yang besifat homonim

dan polisemi berserta dengan maknanya sekali. Disamping itu penganalisisan

ciri-ciri yang terdapat pada perkataan tersebut juga dibuat dengan melayari

lawan sesawang.

5
7.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menghuraikan dapatan kajian yan terdiri daripada tiga bahagian
iaitu dengan menyenarai perkataan yang bersifat hominim dan polisemi serta
menjelaskan maksud. Di samping itu, bahagian ini juga akan menghuraikan ciri-
ciri yang terdapat pada perkataan yang bersifat homonim dan polisemi

7.1 Senarai Perkataan yang Bersifat Homonim dan Polisemi

Penyelidik menemui sebanyak 50 perkataan yang bersifat homonim dan 49


perkataan polisemi yang diperoleh melalui Kamus Dewan Edisi Keempat.

6
BIL HOMONIM POLISEMI
3. Buku Baik
4. Campak Cara
5. Cucur Contoh
6. Daki Dapat
8. Gamat Detik
9. Haus Gaya
10. Hawa Gelap
11. Hos Gugur
12. Jamu Hidup
13. Jangka Hilang
16. Kaya Kaki
17. Ketam Kecil
18. Koma Kotor
20. Kutu Lebih
21. Larut Lemah
22. Madu Licin
23. Mangga Maju
25. Nanti Naik
26. Pasang Niat
28. Perak Pekat
29. Raga Punca
31. Sabit Ringan
32. Sedang Rosak
34. Seri Sama
35. Sila Sampai
36. Tangguh Suci
37. Tawar Sulit Terdapat 50
38. Tikam Tahu
perkataan yang bersifat
39 Ulas Tetap
homonim dan 49
40. Usul Pusat
perkataan 41. Bang - Bank Ringan yang bersifat

polisemi. 42. Duét - Duit Rosak Bagi

perkataan 43. Jin - Jean Rupa yang bersifat


44. Kari - Qari Sama
45. Masa - Massa 7 Suci
46. Bela - Béla Sulit
47. Perang - Pérang Tahu
homonim, bermula nombor 41 hingga 45 merupakan perkataan yang bersifat

homofon manakala nombor 45 hingga 50 merupakan perkataan yang bersifat

homograf. Homofon ialah kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza ejaan

dan makna manakala homograf pula merupakan kata-kata yang mempunyai ejaan

yang sama tetapi berbeza sebutan dan maknanya.

7.2 Penjelasan Makna Perkataan yang Bersifat Homonim dan Polisemi

Bahagian ini akan menjelaskan maksud perkataan atau makna perkataan yang

telah disenaraikan dalam objektif pertama. Daripada 50 perkataan yang bersifat

homonim dan 49 yang bersifat polisemi, hanya 20 perkataaan yang digunakan

dalam bahagian ini.

8
( HOMONIM )
BI KATA MAKSUD
L
1. Buku - tempat pertemuan dua ruas (buluh, tebu), sendi (jari, tangan, kaki)
- helaian kertas berjilid yang berisi tulisan untuk dibaca atau yang
mengandungi ruangan kosong untuk ditulis
2. Campak - buang, lempar
- sejenis penyakit berjangkit yang menyebabkan penghidapnya demam dan
bintil-bintil merah pada kulit
3. Cucur - aliran (pancaran) ke bawah (air)
- kuih daripada tepung dan bahan-bahan lain yang digoreng
4. Daki - kotoran yang melekat pada bahagian badan (pakaian)
- memanjat (gunung, bukit)
5. Gamat - bising, riuh-rendah
- sejenis binatang laut (biasanya hidup di celah-celah atau di bawah batu dan
digunakan untuk mengubati penyakit luka dalam akibat jatuh)
6. Haus - berasa kering tekak (ingin minum), dahaga
- berkurang besarnya atau tebalnya kerana tergosok (banyak dipakai)
7. Hawa - gas yang memenuhi bumi (terdiri daripada beberapa jenis gas), udara
- ~nafsu keinginan (kehendak, dorongan hati) yang kuat untuk mendapatkan
sesuatu
- Siti~ isteri Nabi Adam, gelaran bagi kaum perempuan
8. Hos - tiub yang terbuat daripada getah untuk menyalurkan cecair atau gas
- orang (seperti tuan rumah) yang meraikan tetamu (dalam sesuatu majlis,
upacara)
9. Jamu - memberi makan dan minum kepada orang-orang lain (tetamu)
- sejenis ubat yang terbuat daripada berbagai-bagai akar dan daun kayu
10. Jangka -~lukis alat berkaki dua yang boleh dilebarkan atau disempitkan kakinya
untuk membuat bulatan (mengukur jarak pada peta)
- masa/waktu masa yang telah ditetapkan atau diracang untuk pelaksanaan
- harapan, niat,tujuan
11. Kaya - banyak harta (wang), berduit
- sejenis makanan (daripada telur, gula, santan dan tepung) yang biasanya
dimakan dengan roti, seri kaya
12. Ketam - binatang/ bekulit luarnya keras
- alat untuk melicinkan kayu
13. Koma - tanda baca (,) untuk menandakan tempat berhenti sebentar ketika membaca
- keadaan tidak sedarkan diri 9untuk beberapa lama (biasanya akibat
kemalangan atau sesuatu penyakit)
. Kutu - sejenis binatang halus (yang terdapat pada rambut manusia, bulu binatang)
( POLISEMI )
BIL KATA MAKSUD
1. Baik 1.memberi faedah apabila menggunakannya (melihat, membaca), elok
(lawan buruk)
2.memuaskan hati dari segi rupa (mutu, kegunaan)
3.elok tidak jahat kelakuan
4.pulih, sembuh
5.sangat sesuai dan rapat (berkenaan perhubungan, persahabatan)
2. Bangkit 1.berdiri daripada duduk atau tidur
2.naik (ke udara)
3.terbit, datang (keadaan, perasaan)
4.kembang, muai (adunan)
5.sedar dan bergerak untuk mencapai kemajuan, sedar dan maju
3. Buah 1.bahagian tumbuhan yang terjadi pada bunga atau putik (biasanya berbiji)
2.bahagian (badan manusia) yang menyerupai buah
3.bermacam-macam benda bulat
4.penjodoh bilangan untuk benda (bentuk atau jenisnya tidak tentu)
5.pergerakan atau teknik dalam seni silat untuk mematahkan serangan lawan
4. Cara 1.aturan (sistem, jalan) membuat sesuatu
2.gaya (seperti bentuk, fesyen, rupa)
3.laku, macam, ragam, seperti
4.adat resam, keadaan (aturan) yang lazim dilakukan, kebisaan
5. Contoh 1.benda (sebahagian benda-benda) yang sifat-sifatnya (rupa, macam,
keadaan) sama dengan semua benda daripada jenisnya
2.benda yang lain, untuk ditiru, model
3.acuan, cetakan
4.perbuatan (kelakuan, hal) yang menjad teladan
6. Dapat 1.boleh (melakukan sesuatu), berupaya, mampu
2.beroleh, menerima (wang, hadiah, keuntungan) menanggung, ditimpa
(sesuatu yang tidak elok seperti malu)
3.bertemu, bersua, menemui
4.berjaya, berhasil, tercapai (sesuatu yang dikehendaki)
5.faham (sesuatu yang diajarkan, dipelajari)
7. Deras 1.cepat (laju) sekali (aliran air, sesuatu gerakan)
2.lekas (perbuatan), cepat
3.lebat (hujan)
10
8. Detik 1.bunyi seperti jam;~jantung, bunyi denyutan jantung
2.saat(1/60 minit), waktu atau masa (yang singkat sekali)
Berikut adalah maksud 20 perkataan bagi hominim dan polisemi yang diambil
daripada objektif pertama. Melalui maksud yang dikemukan dalam bahagian ini,
menunjukkan bahawa kajian ini

7.3 Menghuraikan ciri-ciri yang terdapat pada perkataan yang bersifat


homonim dan polisemi.

Terdapat beberapa ciri yang dapat dilihat apabila perkataan yang bersifat

homonim dan polisemi ini digunakan.

a) Mempunyai banyak makna

Ciri ini dapat dilihat dalam kedua-duanya. Maksud homonim sendiri ialah

perkataan yang sama bunyinya dan ejaannya tetapi mengandungi makna

yang berbeza. Contoh perkataan yang bersifat homonim dikatakan

mempunyai banyak makna ialah perkataan “badan”. Perkataan badan ini

membawa beberapa maksud iaitu tubuh atau jasad. Maksud lain pula

pertubuhan atau persatuan.

Polisemi pula merupakan perkataan dimana sebutan dan betuknya sama

tetapi mempunyai beberapa makna berkaitan. Perkataan polisemi yang

terdapat di dalam sesebuah iklan ialah “bintang”. Bintang secara umunya

adalah objek yang ada dilangit namun mempunyai perkaitan makna yang

lain. Perkataan tersebut juga boleh digunakan untuk menunjukkan

pengiktirafan atau tanda kecemerlangan. Sebagai contoh, seperti yang ada di

dalam iklan, “Pengiktirafan 4 bintang untuk penumpang kanak-kanak”.

b) Terdapat beberapa pecahan kecil

Pecahan kecil dalam homonim ialah homofon dan homograf. Homofon

dan homograf merupakan bahagian kecil homonim. Homofon ialah kata-kata

11
yang sama sebutannya tetapi berbeza ejaan dan makna. Contohnya, “massa”

merujuk kepada perkataan dalam “media massa” manakala “masa” merujuk

kepada waktu. Homogaf pula merupakan kata-kata yang mempunyai ejaan

yang sama tetapi berbeza sebutan dan maknanya. Contohnya “bela”

membawa maksud menjaga atau memelihara dan bela membawa maksud

menuntut atau membalas balik.

Polisemi juga terbahagi kepada dua iaitu polisemi tulen dan polisemi

konteks. Polisemi tulen ialah kata polisemi yang engandungu satu senarai

makana yang berlainan semuanya dan dihuraikan di bawah satu kata

masukkan sahaja. Misalnya perkataan hangat yang boleh bererti (1) tinggi

suhunya kerana dibakar, (2) masih baharu berlaku dan menarik perhatian

orang, (3) penuh bersemangat dan berapi-api, (4) meriah dan (5) tegang atau

genting. Polisemi konteks pula bermaksud perkataan yang mempunyai

makna yang berlainan bergantung pada konteks. Misalnya kata bantu

“tentang” boleh membawa maksud lawan seperti dalam ayat “kita tentang

habis-habisan”. Berdasarkan contoh tersebut mendedahkan bahawa

“tentang” bersifat variasi maknanya, tetapi kewujudan polisemi ditinjau

berasakan konsep.

8.0 RUMUSAN KAJIAN

Sebagai rumusan, dapat dibuktikan bahawa menerusi kajian teks iaitu

penggunaan Kamus Dewan Edisi Keempat sebagai rujukan utama yang boleh

dijadikan sebagai rujukan untuk mengumpulkan maklumat atau memperolehi

perkataan yang bersifat homonIm dan polisemi. Sifat homonim dan polisemi boleh

dikatakan mempunyai sifat yang sama iaitu mempunyai banyak makna. Melalui

penggunaan Kamus Dewan Bahasa Keempat, pelbagai perkataan yang telah dijumpai

12
lalu dikumpul mengikut susunan abjad. Dalam kajian ini juga pengkaji menyatakan

makna sesetengah perkataan yang bersifat homonim dan polisemi dalam menjelaskan

makna perkataan yang telah disenaraikan. Pelbagai contoh diberikan untuk

menunjukkan penggunaan homonim dan polisemi itu sendiri. Oleh sebab itu,

penjelasan makna wajar dilakukan bagi memastikan kajian yang dilakukan lebih tepat

dan kemas. Di samping itu kajian ini, menghuraikan ciri-ciri homonim dan polisemi

untuk memberi kefahaman dengan lebih mendalam agar generasi muda khususnya

para pelajar untuk tidak menganggap homonim dan polisemi ini aalah sesuatu perkara

yang sama. Ciri asas yang telah ditekankan oeh pengkaji berkaitan dengan homonim

dan polisemi ialah mempunyai banyak makna disamping mempunyai banyak pecahan

kecil. Ciri-ciri ini telah menunjukkan perbezaan antara homonim dan polisemi agar

masyarakat memahami dengan lebih jelas konsep sebenar homonim dan polisemi.

8.0 PENUTUP

Kesimpulannya, dapat dikatakan bahawa kajian ini telah memaparkan contoh

perkataan yang bersifat homonim dan polisemi dengan menjadikan Kamus Dewan

Bahasa Edisi Keempat. Sifat utama bagi homonim dan polisemi ialah mempunyai

banyak makna. Ciri-cirinya yang tersendiri telah membezakan homonim dan

polisemi. Semoga kajian ini dapat dijadikan titik tolak kepada pengkaji dan penutur

bahasa Melayu untuk melakukan kajian yang lebih terhadap ciri-ciri dan sifat

homonm dan polisemi itu sendiri.

13
(2786 patah perkataan)

14

You might also like