Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (PDPR)

BAHAN PDPR

Nama Guru
JOHARI BIN ARIFFIN

Tahun TAHUN 2

Sekolah SEKOLAH KEBANGSAAN TOBOBON

MAKLUMAT PdP

Mata Pelajaran PENDIDIKAN JASMANI TAHUN 2

Bidang Pembelajaran SENAMROBIK

Tajuk MARI BERGERAK BERIRAMA

Tempoh pelaksanaan 1 JAM

KANDUNGAN KURIKULUM

Standard Kandungan Standard Pembelajaran

1.5.1 Melakukan rangkaian pergerakan lokomotor dan bukan


1.5 Melakukan pelbagai lokomotor mengikut tempo muzik yang didengar.
pergerakan berirama.
1.5.2 Mereka cipta rangkaian pergerakan lokomotor dan
bukan lokomotor dengan prop mengikut tempo.

Objektif Pembelajaran Murid dapat:-

1. Melakukan TIGA ATAU LEBIH pelbagai pergerakan


berirama mengikut tempo muzik.

NOTA
PEMANASAN BADAN (WARMING UP) DAN REGANGAN
(STRETCHING)

Sebelum menyertai aktiviti sukan atau sebarang aktiviti


fizikal,kita perlu memanaskan badan dan seterusnya membuat
regangan.

Warming Up atau memanaskan badan adalah satu aktiviti di


mana kita menyediakan diri sebelum melakukan aktiviti fizikal
atau senaman. Memanaskan badan akan menjadikan tubuh
badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nnt dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.

Warm up merangsang penambahan oksigen dalam tubuh dan


mengaktifkan pengeluaran hormon yang akan membantu
dalam proses penyaluran tenaga ke bahagian otot.
Peningkatan aktiviti secara berperingkat juga secara
umumnya akan meningkatkan suhu badan dan membuka
liang roma untuk proses perpeluhan di mana penyejukan
anggota badan diaktifkan.

Regangan (Stretching) sangat penting sebelum memulakan


sebarang aktiviti sukan bagi mengelakkan segala otot-otot
badan terkejut dan terasa sakit selepas melakukan sukan. Ia
juga dapat mengelakkan daripada mendapat sebarang
kecederaan pada otot.

DEFINISI PERGERAKAN BERIRAMA

Pergerakan yang melibatkan tempo atau selari dengan bunyi


atau muzik .

Pergerakan atau perubahan dicirikan oleh berulang biasa


atau pertukaran kuantiti. Aktiviti berirama adalah satu siri
pergerakan di mana individu boleh mengambil bahagian
dalam mana-mana rentak mantap dan menonjol.
SENAM ROBIK

Merupakan pergerakan melalui gerak tubuh mengikut irama.


Kanak-kanak mempunyai naluri terhadap rentak dan tarian
Irama.

MUZIK DALAM SUKAN

Menurut kajian , rentak muzik juga boleh memberi kesan


kepada pergerakan atlet. Oleh itu, jika atlet mendengar lagu
rentak yang cepat mereka mungkin lebih cenderung
untuk meningkatkan pergerakan dalam kadar
yang lebih cepat, dimana yang boleh meningkatkan prestasi
(iaitu aktiviti berjalan, berbasikal).
AKTIVITI

Aktiviti permulaan Aktiviti Pemanasan Badan Dan Regangan

Sebelum memulakan aktiviti,murid akan membuat pemanasan


badan dan seterusnya regangan. Contoh aktiviti pemanasan
ialah lari setempat. Manakala contoh aktiviti regangan pula
ialah memusing pergelangan tangan atau kaki.
Aktiviti semasa menjalankan Melakukan Gerak Berirama
tugasan yang diberi oleh 1. Murid boleh melakukan aktiviti ini secara solo atau
guru. bersama ahli keluarga.
2. Murid boleh memulakan aktiviti ini dengan
mengikut urutan pergerakan seperti di bawah
mengikut irama muzik.:
a. Mengangkat kaki kanan dan kiri secara
berselang seli.
Tempoh - 20 saat
b. Bergerak Sisi Dari Kanan Ke Kiri (Sambil
Mencekak Pinggang).
Tempoh – 20 saat
c. Melakukan gerakan seperti burung terbang
sambil menggerakkan kaki kanan dan kiri ke
depan secara berselang seli.
Tempoh – 20 saat
d. Melakukan gerakan berskip.
Tempoh – 20 saat
e. Lompat bintang.
Tempoh - 20 saat
f. Mencongklang (galloping).
Tempoh – 20 saat

Aktiviti setelah latihan selesai Penyejukan Badan


a. Buat gerakan berjalan DUA langkah ke depan
dan undur DUA langkah ke belakang.
Tempoh – 10 saat
b. Buat semula aktiviti regangan secara perlahan-
lahan.
Tempoh – 10 saat
c. Tarik nafas dan hembus secara perlahan-lahan
Tempoh – 5 saat

Pelaporan murid 1. Link Pelaporan Google Form.


2. Rakaman video pendek berdurasi TIDAK LEBIH 3
minit.
RUJUKAN

Bahan Sumber yang boleh Link Youtube


digunakan oleh murid
1. Chanel “Discover with Aravvind”
https://www.youtube.com/watch?v=e0gdLVdV-_A

(Kredit untuk Adik Aravvind)

2. Lagu latar “Dance Monkey” (Tones And I)


https://www.youtube.com/watch?v=1__CAdTJ5JU

3. Buku Teks Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan


Tahun 2 (SK), muka surat 8 dan 9.

SOALAN UNTUK PENTAKSIRAN

1.Nyatakan DUA aktiviti penting sebelum melakukan Pergerakan Berirama.

2. Berikan DUA sebab kepentingan melakukan aktiviti Pemanasan (Warming Up) dan Regangan
(Stretching).

3. Berikan definisi Pergerakan Berirama.

4. Adakah rentak muzik akan memberi kesan terhadap Pergerakan Berirama? (Ya atau Tidak).

5. Berikan SATU contoh aktiviti Pemanasan dan SATU contoh aktiviti Regangan.

6. Apakah nama aktiviti yang harus dilakukan selepas bersenam?


SKEMA JAWAPAN

1.Nyatakan DUA aktiviti penting sebelum melakukan Pergerakan Berirama.


i. Aktiviti Pemanasan.
ii. Aktiviti Regangan.

2. Berikan DUA sebab kepentingan melakukan aktiviti Pemanasan (Warming Up) dan Regangan
(Stretching).
i. Dapat menjadikan tubuh badan lebih bersedia agar aktiviti yang dilakukan nanti dapat
dijalankan dengan lebih berkesan.
ii. Dapat merangsang penambahan oksigen dalam tubuh

3. Berikan definisi Pergerakan Berirama.


Pergerakan yang melibatkan tempo atau selari dengan bunyi
atau muzik.

4. Adakah rentak muzik akan memberi kesan terhadap Pergerakan Berirama? (Ya atau Tidak).
Ya.

5. Berikan SATU contoh aktiviti Pemanasan dan SATU contoh aktiviti Regangan.
Pemanasan – Lari setempat
Regangan - memusing pergelangan tangan atau kaki.

6. Apakah nama aktiviti yang harus dilakukan selepas bersenam?


Penyejukan badan.

You might also like