Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LATIHAN PP – SOALAN KELANTAN

BAHAGIAN A

1. Konsep keberkesanan dan kecekapan dalam pengurusan sesebuah perniagaan ialah:


- Melakukan sesuatu kerja yang betul seperti menetapkan matlamat yang betul dan
memilih kaedah yang tepat dalam mencapai matlamat yang telah ditetapkan.
- Melakukan sesuatu kerja dengan betul iaitu menggunakan sumber yang minimum.

2. Jenis kemahiran pengurusan seperti yang berikut ialah:


i) Antara-perorangan
- Keupayan seorang pengurus untuk bekerja secara efektif dengan orang lain.
- Contoh: pengurus mempunyai kemahiran berunding secara baik dengan pembiaya untuk
mendapatkan pinjaman dan pengurus memberi motivasi kepada pekerja.

ii) Teknikal
- Keupayaan dan kecekapan pengurus untuk menggunakan kaedah, prosedur, teknik,
sistem, peralatan, dan pengetahuan dalam bidang yang khusus untuk melaksanakan
tugasnya.
- Contoh: penyeliaan penggunaan mesin dalam pengeluaran, mahir dalam Sistem
Maklumat Pengurusan (MIS) untuk meneliti pelbagai pelaporan.

3. 4 kepentingan bajet dalam perancangan sesebuah perniagaan ialah:


i) Mengenalpasti punca perbelanjaan dan punca perolehan.
ii) Merancang perbelanjaan organisasi.
iii) Membantu mengagihkan sumber yang terhad dengan berkesan.
iv) Membantu menyediakan perancangan aktiviti dengan lebah cekap.

4. 3 maklumat yang dapat ditunjukkan dalam carta organisasi perngurusan sebuah sekolah swasta
ialah:
i) Peringkat pengurusan organisasi
- Carta menggambarkan hierarki pengurusan.
- Contoh: pengetua, penolong kanan pentadbiran, guru penolong kanan hal ehwal murid,
guru penolong kanan kokurikulum.
ii) Autoriti lini
- Garis menegak dalam carta yang menyambung antara kotak-kotak menunjukkan
kedudukan autoriti seseorang ke atas pihak lain.
- Contoh:

5. 2 syarat tersirat dalam kontrak jualan ialah:


i) Masa pembayaran
- Seksyen 11 – “melainkan sesuatu niat lain didapati daripada terma kontrak, janji
mengenai masa bayaran adalah tidak dianggap menjadi asas kontrak jualan. Sama ada
apa-apa janji lain mengenai masa menjadi asas kontrak atau tidak bergantung kepada
terma kontrak”.
- Contoh: sekiranya pembeli gagal membayar dalam tempoh masa tertentu tidaklah
menyebabkan sesuatu kontrak itu batal kecuali dinyatakan dalam kontrak.
ii) Jualan melalui perihalan
- Seksyen 15 – “jika terdapat seuatu kontrak untuk menjual barang-barang melalui
perihalan terdapat suatu syarat tersirat bahawa barang-barang itu hendaklah
bersamaan dengan perihalan dan, jika jualan itu melalui contoh juga perihalan, ia tidak
mencukupi bahawa kuantiti barang-barang bersamaan dengan contoh jika barang-
barang juga tidak bersamaan dengan perihalan”.
- Contoh: A membeli sebuah kereta daripada seorang jurujual tersebut dan setelah
menerima kereta dan diperiksa, A mendapati kereta tersebut sama seperti yang
diperihalkan jurujual itu.

6. 2 waranti tersirat dalam kontrak jualan ialah:


i) Pemilikan aman
- Jaminan terhadap atribut, barangan atau jaminan atas sesuatu barangan.
ii) Barang bebas daripada sebarang bebanan
- Barang mestilah bebas daripada cagaran, caj, atau bebanan bagi mana-mana pihak
ketiga yang tidak diberitahu kepada pembeli sebelum atau semasa kontrak dibuat.

7. i. Maksud mesyuarat ialah:


- Komunikasi yang melibatkan pengaliran mesej dua hala antara ahli kumpulan dalam
suatu situasi yang formal.

ii. 3 faedah sesebuah organisasi mengadalan mesyuarat ialah:

- Dapat membentuk satu kumpulan dinamik yang terdiri daripada pelbagai latar belakang
pendidikan, ilmu pengetahuan, dan pengalaman.
- Mencetuskan idea yang bernas daripada ahli kumpulan demi menghasilkan satu
keputusan yang baik.
- Memastikan semua perkara yang dibincangkan difahami dan maklum balas diperlukan
untuk mengelakkan kekeliruan.

8. 3 kaedah mendengar secara berkesan yang perlu diamalkan seseorang penyelia semasa
menerima sesuatu laporan daripada pekerjanya ialah:
i) Mendengar secara empati dan objektif
- Proses mendengar dengan memahami, mengenali, menghayati dan merasai perasaan
orang yang menyampaikan mesej tersebut.
ii) Mendengar secara kritikal dan non-judgemental
- Mendengar secara kritikal – mendengar dengan minda yang kritis demi menganalisis apa
yang didengar, menilai mesej yang diterima dengan tepat berkaitan apa yang
disampaikan dan memberi perhatian serius apa yang didengar.
- Mendengar secara non-judgemental – mendengar secara pemikiran terbuka bertujuan
memahami tanpa melakukan sebarang penghakiman awal.

9. i. Maksud pembuatan keputusan ialah:


- Proses penyelesaian masalah dengan mengenalpasti alternatif-alternatif penyelesaian
dan memilih alternatif yang terbaik serta melaksanakan alternatif tersebut berdasarkan
nila-nilai dan keutamaan pembuatan keputusan.

ii. Pokok keputusan sebagai alat membuat keputusan secara kuantitatif:


- Satu gambarajah yang merujuk kepada pembentukan alternatif pilihan yang dapat
membantu pembuat keputusan untuk memiih keputusan yang terbaik.
- Melibatkan kebarangkalian hasil yang akan diperoleh dari alternatif keputusan yang
dibentuk.
- Dibentangkan dalam bentuk gambarajah agar mudah difahami pembuat keputusan.
- Terdapat titik keputusan, peristiwa kebarangkalian atau keadaan, dan hasil yang
mungkin didapati.
- Digunanakan apabila dua atau lebih urutan keputusan dan keputusan tersebut
bergantung pada peristiwa kebarangkalian.

10. 2 faktor yang mempengaruhi pembuatan keputusan ialah:


i) Faktor kepadatan maklumat
- Merangkumi cara atau kaedah, kualiti, kuantiti, jangka masa, kesesuaian, dan
ketersediaan mendapatkan maklumat yang berkaitan dengan pembuatan keputusan.
ii) Faktor kecekapan membuat keputusan
- Meliputi aspek pengalaman, kebijaksanaan, kreativiti, intuisi, kemahiran, pengetahuan,
dan ciri-ciri personaliti dalam membuat keputusan.

BAHAGIAN B

11a) 2 jenis kepimpinan yang diamalkan Datuk Dr. Hj. Ramly Mokni dalam menerajui Kumpulan
Ramly hingga ke persada antarabangsa ialah:

FAKTA HURAIAN KAITAN KES


Berwawasan Kebolehan pemimpin dalam - Kemampuannya merealisasikan
membentuk satu wawasan wawasan dan menentukan hala
yang realistik, munasabah dan tuju syarikat yang jelas telah
menarik bagi mencorakkan membawa perubahan besar
masa depan organisasi. dalam industri makanan sejuk
beku yang kini bertaraf
antarabangsa.

- Dalam usaha merealisasikan


wawasannya, Datuk Dr. Hj. Ramly
menyasarkan peningkatan
pendapatan sebanyak 20 %
dengan meningkatkan
penghasilan produk sebanyak
enam kali ganda.

- Beliau telah melaburkan RM500


juta bagi menubuhkan sebuah
kilang pemprosesan berprestasi
tinggi dan terbesar di rantau Asia
yang terletak di Selangor Halal
Hub, Pulau Indah.

- Beliau juga menyasarkan dalam


tempoh setahun dua lagi, 30 %
pengeluaran adalah untuk
pasaran tempatan, manakala 70
% adalah untuk dieksport.

- Syarikat sedang meninjau


pasaran eksport baru selain
rantau Asean seperti Jepun.
Korea, Timur Tengah dan Eropah.

- Selain itu kami juga mahu


mengukuhkan lagi rangkaian
Ramly Halal Mart dan Ramly
Halal Kiosk kepada lebih 450
buah termasuk melahirkan
100,000 usahawan gerai burger
Ramly.

Transformational Pemimpin jenis ini akan - Bermula dengan pengeluaran


membuat perubahan yang secara manual dan kecil-kecilan
drastik dalam sesebuah pada tahun 1984, kini Datuk Dr.
organisasi. Hj. Ramly Mokni telah berjaya
mentransformasikan
perniagaannya ke tahap
komersial sehingga terkenal di
peringkat antarabangsa.

- Pada awal dahulu, beliau dan


isterinya menghasilkan 300
keping daging burger sendiri di
rumah tanpa sebarang mesin
atau peralatan moden
sehinggalah kini beliau memiliki
kilang pemprosesan sendiri yang
mampu mengeluarkan 10,000
keping daging burger sehari dan
bakal meningkat kepada 6 juta
sehari.

- Kini, Kumpulan Ramly melangkah


ke era digital menuju ke aralı
Revolusi 4.0.

- Sebagai rakan kongsi strategik


Hong Leong Islamik Bank,
Kumpulan Ramly akan
menggunakan penyelesaian
pembayaran tanpa tunai melalui
terminal All-in-One Merchant
Point-of-sale (POS) di semua
bistro. kedai dan kiosk RAMLY di
seluruh negara.
- Terminal ini membolehkan
syarikat menerima semua jenis
enkan kad kredit dan kad debit
serta pengendali eWallet utama
seperti Roost, TNG ewallet,
WeChat Pay, AllPay dan Samsung
Pay.

- Syarikat akan mengguna pakai


penyelesaian perbankan digital
Hong Leong Islamik Bank yang
patuh Syariah termasuk
pengurusan tunai dan likuiditi
menerusi HL ConnectiFirst
platform perbankan dalam talian
dan mudah alih.

- Syarikat yakin dan percaya proses


digitalisasi ini berupaya
mengurangkan kos,
mengoptimumkan operasi
memenuhi keperluan pelanggan
yang semakin ramai memilih
pembayaran tanpa tunai.

11b) Kumpulan Ramly menggunakan internet bagi meluaskan peluang-peluang perniagaan


melalui:

FAKTA HURAIAN KAITAN KES


Kaedah Kumpulan Ramly - Kini, Kumpulan Ramly melangkah
pembayaran menggunakan penyelesaian ke era digital menuju ke arah
secara atas pembayaran tanpa tunai. Revolusi 4.0.
talian
- Sebagai rakan kongsi strategik
Hong Leong Islamik Bank,
Kumpulan Ramly akan
menggunakan penyelesaian
pembayaran tanpa tunai melalui
terminal All-in-One Merchant
Point-of-sale (POS) di semua
bistro. kedai dan kiosk RAMLY di
seluruh negara.

- Terminal ini membolehkan


syarikat menerima semua jenis
enkan kad kredit dan kad debit
serta pengendali eWallet utama
seperti Roost, TNG ewallet,
WeChat Pay, AllPay dan Samsung
Pay.

Kaedah Kumpulan Ramly - Syarikat akan mengguna pakai


pengurusan menggunakan laman web penyelesaian perbankan digital
secara atas bank yang dilengkapi dengan Hong Leong Islamik Bank yang
talian ciri-ciri keselamatan patuh Syariah termasuk
pengurusan tunai dan likuiditi
menerusi HL ConnectiFirst
platform perbankan dalam talian
dan mudah alih.

- Syarikat yakin dan percaya proses


digitalisasi ini berupaya
mengurangkan kos,
mengoptimumkan operasi
memenuhi keperluan pelanggan
yang semakin ramai memilih
pembayaran tanpa tunai.

12. Aktiviti yang terlibat dalam proses kawalan sesuatu aktiviti perniagaan ialah:

i) Menetapkan standard
- Merujuk kepada tahap prestasi yang diharapkan untuk sesuatu matlamat mengikut
piawaian yang ditetapkan.
- Standard boleh jadi dalam standard input atau standard output.
- Contoh: Syarikat ACE merancang untuk menjual 1 juta produk setahun dan dijual dengan
harga RM 10 seunit. Syarikat berharap untuk mendapat hasil sebanyak RM 10 juta.
ii) Mengukur pencapaian
- Mengukur pencapaian prestasi sebenar pelaksanaan perancangan menggunakan kaedah
kuantitatif.
- Melibatkan proses memantau dan mengukur hasil pencapaian semasa untuk
memastikan sama ada seluruh aktiviti berjalan mengikut standard yang tekah
ditetapkan.
- Contoh: hasil jualan Syarikat ACE mencapai RM 8 juta iaitu RM 2 juta dibawah sasaran
yang hendak dicapai.
iii) Membandingkan pencapaian dengan standard
- Langkah ini mengukur keberkesanan kawalan yang diambil iaitu dengan
membandingkan prestasi sebenar yang telah diukur dengan standard yang telah
dirancang.
- Menentukan sama ada terdapat sebarang penyimpangan antara hasil kerja sebenar
dengan standard yang ditetapkan
- Contohnya, syarikat ACE gagal mencapai sasaran jualan sebanyak RM 10 juta, berkurang
rm 2 juta, pihak pengurusan perlu mencari sebab untuk Tindakan pembetulan dengan
menyediakan alternatif penyelesaian masalah untuk operasi tahun hadapan.
iv) Membuat Langkah pembetulan
- Tindakan pembetulan perlu dilaksanakan sekiranya terdapat penyimpangan iaitu
- pencapaian menyamai standard.
- Pengurus juga perlu mengetahui bentuk penyimpangan yang berlaku dan punca
penyimpangan tersebut
- Ini bertujuan untuk memastikan Tindakan yang diambil tidak membazir dan berkesan
- Contohnya, syarikat ACE menyiasat sebab-sebab tidak mencapai sasaran jualan yang
ditetapkan sama ada persaingan yang sengit, promosi yang dijalankan kurang berkesan
atau produk syarikat kurang berkualiti.

13. 5 strategi dan taktik yang biasa dilakukan pembekal dalam membuat perundingan dengan pihak
pengurusan sesebuah organisasi perniagaan ialah:

i) good guy, bad guy

- good guy bersifat lemah-lembut iaitu semasa perundingan beliau berperangai mesra dan ingin
bertolak ansur

- bad guy bersifat agresif dan mendesak iaitu semasa perundingan beliau akan bersifat tegas dan
tidak mahu bertolak ansur

- seterusnya, good guy berperanan untuk memujuk pihak lawan supaya sanggup menerima tawaran
yang disarankan

ii) nibbling

- Selepas kedua-dua pihak mencapai persetujuan, satu pihak akan mengemukakan


permintaan baharu atau permintaan lain dan syarat tambahan yang bukan meruapakan
tujuan asal perundingan.
- Ianya bertujuan untuk mendapatkan sesuatu kemudahan atau keistimewaan tambahan
daripada keputusan yang telah diperoleh dalam perundingan yang telah dibuat
- Contoh: pengurus pembelian meminta pengurangan harga secara berdikit sehinggalah
persetujuan dicapai dengan pembekal.

iii) Trial balloon


- Suatu pihak mengemukakan satu cadangan terakhir sebagai jalan penyelesaian masalah
yang dirundingkan.
- Untuk mengetahui sama ada pihak lawan sanggup menerima cadangan itu atau tidak.
- Contoh: pengurus pembelian mencadangkan satu harga yang paling rendah untuk
menguji sama ada pembekal setuju atau tidak.

iv) Red herring


- Satu pihak mengemukakan satu isu sampingan dan cuba untuk mengalihkan perhatian
pihak lawannya daripada membincangkan isu utama.
- Sekiranya pihak lawan bercadang utnuk menyelesaikan isu sampingan dahulu, maka
pihak lawan boleh dikatakan telah terperangkap dengan taktik ini.
- Contoh: pengurus pembelian memberikan maklumat yang salah mengenai harga
barangan supaya pembekal akan akur tetapi perlu berhati-hati supaya pembekal tidak
mengetahui maklumat yang sebenar.

v) Outrages
- Sesuatu pihak memberi ancaman, peras ugut atau tindakan keterlaluan terhadap pihak
lawan bagi memaksa menerima sesuatu ketetapan.
- Satu strategi psikologi yang dapat menggangu emosi dan perasaan pihak lawan supaya
menerima tawaran yang dicadangkan.
- Contoh: pengurus pembelian memberikan ancaman atau ugutan sekiranya perundingan
gagal, maka pembekal tidak berpeluang untuk berunding dengan pihak pembeli yang
lain.

You might also like