PKP 04 2010 - Pembekalan Alat Proprietary Elektronik Dan Alat Ganti Yang Berkaitan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

S/K.KEW/PK/TM/1100/242900/110/223 SJ 3.

1 (21)

KEMENTERIAN KEWANGAN MALAYSIA

PEKELILING KONTRAK PERBENDAHARAAN BIL 4 TAHUN 2010

Semua Ketua Setiausaha Kementerian


Semua Ketua Jabatan Persekutuan
Semua Setiausaha Kerajaan Negeri
Semua Pihak Berkuasa Tempatan

PEMBEKALAN ALAT PROPRIETARY ELEKTRONIK DAN ALAT GANTI YANG


BERKAITAN

TUJUAN

1. Pekeliling Kontrak Perbendaharaan (PKP) ini bertujuan untuk memaklumkan


semua Agensi Kerajaan mengenai kontrak pusat bagi Pembekalan Alat Proprietary
Elektronik dan Alat Ganti Yang Berkaitan kepada semua Kementerian, Jabatan Kerajaan
termasuk Jabatan Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan di seluruh Semenanjung
Malaysia untuk tempoh tiga (3) tahun, berkuat kuasa mulai 1 Mei 2010 hingga 30 April
2013.

LATAR BELAKANG

2. Tempoh kontrak PKP Bil. 8 Tahun 2009 bagi kontrak Pembekalan Alat
Proprietary Elektronik Dan Alat Ganti Yang Berkaitan kepada semua Agensi Kerajaan di
seluruh Semenanjung Malaysia telah berakhir pada 31 Disember 2009.

NOMBOR KONTRAK DAN BUTIR-BUTIR SYARIKAT

Bil Perkara Butiran


1. Nombor Kontrak PERB/PK/7/2010
2. Nama dan Alamat Syarikat Central Management Catalogue Agency Sdn. Bhd.
No.9 & 11 Block C1, Jalan PJU
1/41, Dataran Prima
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan
3. No. Telefon 03-78041822/ 78042118
4. No. Faks 03-78809439/ 78062514
5. Nama dan Alamat Bank 1. Public Bank Berhad (6463-H)
(Bills Department)
Jalan Sultan Sulaiman Branch
6,Jalan Sultan Sulaiman
50000 KUALA LUMPUR

1
2. Bank Muamalat (Malaysia) Berhad (6175-W)
Project Account
No. 45, Jalan SS 2/64
47300 Petaling Jaya
SELANGOR DARUL EHSAN

6. No. Akaun Bank 1. 3-0774084-32 (Public Bank)


2. 1205-0002392-71-5 (Bank Muamalat)

TEMPOH KONTRAK

3. Tempoh kontrak ialah selama tiga (3) tahun bermula 1 Mei 2010
hingga 30 April 2013.

HARGA

4. Harga alat proprietory elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang diimport
(Seksyen 10 Senarai Harga Perjanjian) adalah berdasarkan Senarai Harga
Pembuat/Pengedar (Manufacturer’s/Distributor Price List) dengan Conversion Factor seperti
Jadual berikut :

Alat Proprietary Elektronik dan Alat Conversion Factor


Bil Duti
Ganti Yang Berkaitan Dengan Item-Item Ex-Stock Bulk
Import
Mengikut Kadar Duti Import Indent
1. Microchip/Automatic Data Processing
Parts Tiada 1.82 1.75
Transistor, Integrated Circuit, Diode,
Capacitor, Resistor
2. Control Parts
Measuring Tape, Tube/Valves Thermonic, Tiada 1.82 1.75
Transformer’s Components, Rectifier, Primary
Battery, Electric traffic Control Equipment,
3. Recharge Cell
Lithium Battery Tiada 1.82 1.75
4. Electrical, Electronic And Optronic Item
And Related Parts And Accessories Tiada 1.82 1.75
Fuses, Other Apparatus, Part for Electric
Filament Lamp, Radio Panel, Test Equipments,
Binoculars, Monocular, LRF, Heat Sensing
Devices, Camera, Projectors, Indicator
5. Protection/Connection Circuit Parts
Printed Circuit, Relay, Lighting Arresters, Tiada 1.82 1.75
Surge Supressors Plug, Lamp Holder,
6. Communication Item And Related Parts
And Accessories Tiada 1.82 1.75
Radio Telephonic Set, Automatic Microphone,
Radar Remote Control, Walkie-Talkie
7. Cable & Wire
Cable, Switchers For Electric Fans Tiada 1.82 1.75

2
8. Antenna (Radio), Magnetor, Compass, 5% 1.91 1.84
Heating Resistors and Control Panels
9. Switch 15% 2.09 2.01
10. Nicel-Cadmium Battery, Electric 20% 2.18 2.10
Accumulators, Plastic Bars
11. LCD Panel, Transmission and Reception Radio 25% 2.27 2.19
12. Wire and Coaxial Cable 30% 2.36 2.27

5. Bagi alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan buatan tempatan,
harga adalah dalam Ringgit Malaysia yang mana ianya termasuk semua jenis cukai yang
dikenakan oleh Kerajaan Malaysia.

6. Kontrak ini hanya meliputi alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan
yang disenaraikan di dalam Senarai Harga Perjanjian yang telah disahkan oleh Bahagian
Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan.

7. Senarai Harga Perjanjian di bawah kontrak ini adalah berdasarkan Senarai Harga
Pembuat/Pengedar yang telah disahkan oleh Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian
Kewangan. Harga tersebut adalah bersih termasuk semua jenis cukai, kos pembungkusan
dan pengiriman/penghantaran.

8. Bagi penghantaran ke Sabah dan Sarawak, tambahan 5% akan dikenakan sebagai


kos pengangkutan dan insurans.

9. Agensi dibenarkan membuat pembelian di luar kontrak sekiranya harga yang


ditawarkan di pasaran adalah lebih murah berbanding harga kontrak mengikut spesifikasi,
kualiti, kuantiti dan tempoh waranti yang sama. Perolehan ini hendaklah dilaksanakan
mengikut tatacara perolehan semasa yang berkuat kuasa.

10. Agensi dibolehkan membuat rundingan harga dengan pihak Syarikat tertakluk
kepada peraturan rundingan harga Kementerian Kewangan yang berkuatkuasa.

11. Bayaran kepada Syarikat akan dibuat berdasarkan kepada kadar pertukaran mata
wang asing yang ditetapkan oleh Bank Negara Malaysia pada tarikh setiap pesanan dibuat.

12. Bagi alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang dibekalkan oleh
Syarikat melalui Perjanjian ini yang memerlukan kerja-kerja pemasangan dan pentauliahan,
hak keutamaan bagi kerja pemasangan dan pentauliahan akan diberikan kepada Syarikat.
Syarikat akan menyediakan latihan asas bagi penggunaan alat proprietary elektronik dan
alat ganti yang berkaitan yang asas secara percuma.

13. Kos pemasangan, pentauliahan dan latihan lanjutan/khas adalah berasingan


daripada harga alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang tersenarai di
dalam Senarai Harga Perjanjian. Kos pemasangan, pentauliahan dan latihan lanjutan/khas
adalah mengikut ‘Conversion Factor’ yang diperuntukkan seperti berikut :

Bil Item Conversion Factor Catatan


1 Installation, Commissioning and Basic Equipment Installation
1.11
Acceptance with local resources
2 Installation, Commissioning, System Installation with local
Acceptance and Advanced 1.25 resources
Training

3
3 Installation, Commissioning, Complex System Integration
Integration, Acceptance and 1.45 with expert from overseas
Advanced Training

TEMPOH WARANTI

14. Tempoh waranti bagi alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan
adalah dua belas (12) bulan dari tarikh penyerahan dan disahkan terima oleh Jabatan
Pengguna. Waranti ini adalah juga tertakluk kepada tiada kelalaian yang dilakukan oleh
pihak Kerajaan atau Jabatan dalam penggunaan alat proprietary elektronik dan alat ganti
yang berkaitan sepertimana yang disyorkan oleh pengilang dan/atau pengedar.

PESANAN DAN TEMPOH PENYERAHAN

15. Semua pesanan alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan di atas
boleh dibuat mengikut kategori berikut:

(i) Pesanan Secara Ex-Stock

Tempoh penyerahan hendaklah tidak melebihi empat belas (14) hari


dari tarikh pesanan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pengguna. Sekiranya Syarikat
gagal membuat bekalan dalam tempoh tersebut, Jabatan Pengguna boleh
menuntut daripada Syarikat sebanyak 0.5% daripada nilai alat proprietary
elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang lewat dibekalkan bagi setiap hari
lewat bagi tempoh maksimum empat belas (14) hari. Syarikat dibenarkan
membekal pesanan dalam tempoh dua (2) bulan dari tarikh pesanan dibuat.

Sekiranya Syarikat tidak dapat membekalkan pesanan dalam tempoh dua


(2) bulan, Jabatan Pengguna boleh membatalkan pesanan alat proprietary
elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang dibuat kepada Syarikat dan membeli
alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan daripada punca-punca lain.
Kelewatan penghantaran hendaklah dilaporkan kepada Kementerian Kewangan
dalam bentuk format seperti di Lampiran A. Pembatalan pesanan dan pembelian
daripada punca lain hendaklah dimaklumkan kepada Kementerian Kewangan.

(ii) Pesanan Secara Bulk Indent

Jabatan Pengguna adalah digalakkan membuat pesanan di bawah kategori


Bulk Indent. Tempoh penyerahan hendaklah tidak melebihi empat (4) bulan
daripada tarikh pesanan rasmi dikeluarkan oleh Jabatan Pengguna. Jika Syarikat
mendapati pihaknya tidak mampu membuat bekalan dalam tempoh tersebut,
Syarikat hendaklah memohon pelanjutan tempoh penyerahan kepada Jabatan
Pengguna secara bertulis dalam tempoh tiga (3) minggu sebelum tarikh tamat
tempoh penyerahan dengan menyatakan sebab-sebab bagi kelewatan bekalan alat-
alat tersebut. Permohonan ini hendaklah disalinkan kepada Kementerian
Kewangan. Tempoh penyerahan boleh dilanjutkan oleh Jabatan Pengguna tidak
melebihi satu (1) bulan lagi jika alasan yang diberikan adalah munasabah.

4
Jika Syarikat masih lagi gagal membuat bekalan dalam tempoh tambahan
yang diberikan, Jabatan Pengguna boleh menuntut daripada Syarikat sebanyak 5%
bagi setiap bulan daripada nilai alat proprietary elektronik dan alat ganti yang
berkaitan dan tempoh maksimum enam (6) bulan.

Sekiranya Syarikat tidak dapat membekalkan pesanan dalam tempoh


sebelas (11) bulan dari tarikh pesanan dibuat, Jabatan Pengguna boleh
membatalkan pesanan alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang
dibuat kepada Syarikat dan membeli alat proprietary elektronik dan alat ganti yang
berkaitan daripada punca-punca lain melalui tatacara perolehan semasa yang
berkuat kuasa. Kelewatan penghantaran hendaklah dilaporkan kepada Kementerian
Kewangan dalam bentuk format seperti di Lampiran A. Pembatalan pesanan dan
pembelian daripada punca lain hendaklah dimaklumkan kepada Kementerian
Kewangan.

16. Jabatan Kerajaan adalah dibenarkan untuk membuat pindaan kepada tempoh
penyerahan ini kepada suatu tempoh yang lain tertakluk kepada syarat-syarat berikut:

(i) Pegawai Pengawal atau wakilnya dan Syarikat bersetuju dengan pindaan
tempoh penyerahan ini dan dibuat secara bertulis; dan

(ii) Jabatan berkenaan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pesanan yang


dibuat di bawah peruntukan ini.

17. Tertakluk kepada perenggan 25, 26 dan 27, barang-barang yang diserahkan oleh
Syarikat pada masa dan tarikh yang ditetapkan di dalam Borang Pesanan tidak boleh
ditolak melainkan secara bertulis daripada Pegawai yang membuat pesanan. Jika penolakan
dibuat secara ad hoc tanpa memberitahu terlebih dahulu kepada Syarikat, tindakan boleh
diambil terhadap pegawai berkenaan termasuk menanggung segala tuntutan ganti rugi oleh
Syarikat berhubung dengan perkara ini. Sebarang penangguhan atau pindaan kepada
tarikh penyerahan hendaklah dibuat secara bertulis dan dimaklumkan kepada unit yang
membuat bayaran di jabatan-jabatan berkenaan.

18. Jabatan Pengguna adalah dikehendaki memberi alamat yang lengkap serta nama
pegawai dan nombor telefon masing-masing kepada pihak Syarikat supaya bekalan dapat
dibuat dengan lancar dan tepat ke tempat yang ditetapkan.

19. Semua pesanan rasmi hendaklah dibuat terus kepada Syarikat dengan mencatatkan
nombor kontrak, item, nombor pengenalan alat ganti dan kuantiti alat proprietary
elektronik dan alat ganti berkaitan yang diperlukan. Nombor pengenalan alat ganti yang
dimaksudkan adalah nombor yang telah dikodifikasikan oleh Syarikat. Pesanan terakhir
oleh Jabatan Pengguna mestilah dibuat tidak lewat daripada dua (2) minggu sebelum
tarikh tamat kontrak.

20. Sekiranya Jabatan Pengguna telah mematuhi perenggan 18, 19 dan 21 dan
Syarikat gagal membuat bekalan dalam tempoh penyerahan yang ditetapkan dan ianya
adalah keperluan segera selain daripada perenggan 15, Jabatan-jabatan Kerajaan
dibenarkan membeli daripada punca-punca lain. Pembelian tersebut hendaklah dilaporkan
dengan serta merta ke Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dengan
menyertakan sesalinan pesanan tempatan dan invois/bil terlibat.

5
ANGGARAN KEPERLUAN

21. Semua Jabatan Pengguna dikehendaki menghantar jadual anggaran serta jangka
masa keperluan bagi setiap bulan kepada Syarikat dengan segera untuk memudahkan dan
membolehkan Syarikat membuat perancangan pembekalan.

22. Sekiranya Jabatan Pengguna tidak mematuhi arahan pada perenggan 19


dan 21, Syarikat berkenaan tidak boleh dipersalahkan jika berlaku kelewatan bekalan
kelak.

PEMBUNGKUSAN

23. Semua alat proprietary elektronik dan alat ganti hendaklah dibungkus oleh Syarikat
dengan sempurna mengikut kaedah/spesifikasi alat-alat yang dipesan bagi memastikan alat-
alat tersebut selamat dan tidak mengalami sebarang kerosakan.

24. Semua pembungkusan yang besar hendaklah mempunyai label atau stensil pada
sekurang-kurangnya kedua-dua belah bahagian luar bungkusan tersebut dan mempunyai
catatan alamat pemesan, keterangan kuantiti dan berat alat proprietary elektronik dan alat
ganti berkaitan. Bagi bekalan yang mengandungi lebih dari satu bungkusan/kotak, bilangan
bungkusan/kotak hendaklah dinyatakan.

PEMERIKSAAN

25. Semua alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang dibekalkan
mestilah tulen (genuine) dan baru.

26. Jabatan Pengguna hendaklah memeriksa bekalan yang diterima untuk memastikan
bahawa jenis dan jumlah alat proprietary dan alat ganti yang dibekalkan tersebut adalah
sama sepertimana yang dipesan. Sekiranya didapati jumlah alat-alat tersebut kurang,
Syarikat hendaklah diminta membekalkan jumlah yang kurang dengan segera tanpa
sebarang kos tambahan.

27. Semua alat proprietary elektronik dan alat ganti yang berkaitan yang dibekalkan
mestilah berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Sekiranya alat-alat tersebut didapati
rosak atau cacat semasa penyerahannya, alat-alat tersebut hendaklah ditolak dengan serta
merta secara bertulis kepada Syarikat. Pihak Syarikat hendaklah diminta menggantikannya
dengan bekalan yang baru tanpa sebarang kos tambahan.

KAWALAN KUALITI

28. Sekiranya terdapat sebarang keraguan mengenai kualiti alat proprietary elektronik
dan alat ganti yang dibekalkan, Jabatan Pengguna hendaklah meminta Syarikat
menggantikan alat proprietary elektronik dan alat-alat ganti yang berkaitan yang diragui
kualitinya tersebut dengan bekalan baru tanpa sebarang kos tambahan. Penolakan
hendaklah dibuat secara bertulis kepada Syarikat. Syarikat hendaklah menggantikan alat-
alat ganti tersebut dalam tempoh dua (2) minggu bagi barangan tempatan dari tarikh
pemberitahuan dikeluarkan dan empat (4) minggu untuk barangan import.

6
TEMPOH AKHIR PENGADUAN

29. Jabatan Pengguna hendaklah mengemukakan apa-apa aduan mengenai kontrak ini
kepada Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan dengan serta-merta dan
tidak lewat daripada tiga (3) minggu selepas tarikh tamat tempoh pelanjutan kontrak.
Kementerian Kewangan Malaysia tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang masalah
yang berbangkit akibat daripada kegagalan Jabatan Pengguna mematuhi arahan ini.

BIL PEMBAYARAN

30. Pembayaran terhadap bil-bil yang dikemukakan oleh Syarikat hendaklah dibuat
mengikut tatacara yang berkuat kuasa yang ditetapkan oleh Jabatan Akauntan Negara
Malaysia.

31. Bagi pesanan yang telah disempurnakan oleh Syarikat dengan memuaskan, bayaran
hendaklah dijelaskan dalam tempoh empat belas (14) hari dari tarikh bil berserta
dokumen yang lengkap diterima.

32. Pengesahan penerimaan barang-barang mestilah dibuat dengan segera pada hari
bekalan disempurnakan untuk membolehkan Syarikat mengemukakan bil pembayaran
dengan seberapa segera.

PENGGUNAAN KONTRAK

33. Semua Kementerian, Jabatan Kerajaan termasuk Jabatan Kerajaan Negeri dan
pihak Berkuasa Tempatan dan Agensi-Agensi yang berkenaan di bawah kelolaan masing-
masing hendaklah menggunakan kontrak ini sahaja dan tidak dibenarkan membeli daripada
punca lain tanpa kelulusan Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan Malaysia
atau Pegawai Kewangan Negeri mengikut mana yang berkenaan kecuali berlaku keadaan
seperti di perenggan 9, 15 dan 20 di atas.

34. Semua Badan Berkanun dan Institusi Latihan adalah dikecualikan daripada
pemakaian kontrak ini dan hendaklah melaksanakan perolehan mengikut tatacara
perolehan semasa yang berkuat kuasa.

PEMBELIAN MELALUI SISTEM ePEROLEHAN

35. Bagi semua Jabatan Pengguna yang telah ePerolehan enabled, pembelian melalui
kontrak pusat ini hendaklah dibuat melalui sistem ePerolehan. Manakala bagi Jabatan
Pengguna yang belum ePerolehan enabled/tidak menggunakan sistem ePerolehan maka
pembelian boleh dibuat di luar sistem ePerolehan. Fi perkhidmatan bagi perolehan secara
elektronik adalah sebanyak 0.8% bagi setiap nilai pesanan Kerajaan tertakluk kepada had
maksimum RM9,600 bagi pesanan Kerajaan yang melebihi 1.2 juta.

7
HAL-HAL LAIN

36. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan mengenai kontrak ini, labatan Pengguna
boleh menghubungi Bahagian Perolehan Kerajaan, Kementerian Kewangan seperti di
alamat di bawah:

Ketua Setiausaha Perbendaharaan


Kementerian Kewangan
Bahagian Perolehan Kerajaan
(Seksyen Teknologi Maklumat dan Elektronik)
Aras 4, Blok Utara
Kompleks Kementerian Kewangan, Presint 2
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62592 PUTRAJAYA

KUAT KUASA

37. PKP ini berkuat kuasa mulai 1 Mei 2010. Dengan berkuat kuasanya PKP ini, PKP
Bil. 8 Tahun 2 0 0 9 adalah terbatal.

Sekian, terima kasih.

"BERKHIDMAT UNTUK NEGARA"

Saya yang menurur perintah,

Bahagian Perolehan Kerajaan


b.p. Ketua Setiausaha Perbendaharaan
Kementerian Kewangan Malaysia

April 20 1 0

Ketua Audit Negara Malaysia


Akauntan Negara Malaysia
Semua Pegawai Kewangan Negeri
Lampiran A

LAPORAN KELEWATAN PENGHANTARAN

KEMENTERIAN / JABATAN:

NO. KATEGORI ITEM KUANTITI NILAI NILAI TARIKH TARIKH JUMLAH NILAI LAD
PESANAN PESANAN ITEM (RM) KESELURUHAN SEPATUTNYA BEKALAN KELEWATAN YANG
DAN (EX-STOCK / (RM) DIBEKALKAN SEBENAR HARI DIKENAKAN
TARIKH BULK (RM)
INDENT)

JUMLAH

* LAD = Liquidated And Ascertained Damages (Tuntutan Denda Lewat)

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

Nama: Nama:
Jawatan: Jawatan:
Kementerian / Jabatan: Kementerian / Jabatan:
Tarikh: Tarikh:

You might also like