Professional Documents
Culture Documents
H) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1
H) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1
H) Pembelajaran Berpusatkan Pelajar Di IPT-1
Oleh
Abstrak:
Proses pengajaran dan pembelajaran sentiasa mengalami perubahan selaras dengan
hasrat negara bagi melahirkan generasi yang bersedia menghadapi cabaran baru dalam
era globalisasi. Tugas seorang pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran
bukan sahaja menyampaikan ilmu tetapi juga melahirkan pelajar yang holistik, berdaya
saing dan memenuhi keperluan pasaran. Nilai tambah dalam matlamat pengajaran dan
pembelajaran ini mewajarkan usaha untuk menambahbaikkan proses pengajaran dan
pembelajarani, yang memerlukan pensyarah menggabungkan pelbagai pendekatan
pengajaran. Kertas kerja ini akan menghuraikan konsep pembelajaran berpusatkan
pelajar dan perbandingan di antara pembelajaran berpusatkan pelajar dengan pengajaran
berpusatkan guru. Selain itu, perbincangan akan menumpu kepada kaedah pengajaran
kontemporari yang sesuai untuk diterapkan konsep pembelajaran berpusatkan pelajar.
Antara kaedah pengajaran yang dimaksudkan ialah kaedah pembezaan pembelajaran,
kaedah pembelajaran berasaskan masalah, kaedah perbincangan, dan kaedah tutorial.
Abstract:
The process of teaching and learning is constantly undergoing changes in concurrent with
the development of the country’s vision in producing younger generations that are engaged
in facing new challenges in the era of globalisation. The duty of a lecturer in the teaching
and learning process is not only restricited to imparting knowledge, but extends towards
producing holistic, competitive and true to market-needs learners. The added value in
teaching and learning aims justifies the efforts to improve teaching and learning processes,
whereby lecturers need to combine multiple teaching approaches. This paper will
elaborate on the concept of student centered learning as well as the comparison between
students centered learning and the teacher-centered teaching. In addition, discussions will
be focused on the contemprory teaching methods that are suitable to adopt the student
centered approach. Among these teaching methods are differentiated learning, problem-
based learning, discussions, and tutorials.
PENDAHULUAN
Secara umum terdapat dua jenis strategi utama yang dipraktikkan di dalam bilik darjah
ataupun bilik kuliah. Dua strategi ini ialah strategi pengajaran dan pembelajaran (P&P)
berpusatkan guru dan strategi P&P berpusatkan pelajar. Strategi P&P berpusatkan guru
yang juga dikenali sebagai strategi/kaedah tradisional merupakan strategi yang telah lama
diamalkan dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah atau kuliah. Ciri
utama strategi berpusatkan guru ialah guru/pengajar memainkan peranan utama dalam
menentukan dan mengawal segala aktiviti pengajaran pembelajaran yang berlangsung
dalam bilik darjah (Shahabuddin Hashim, RohizaniYaakub, & Mohd Zohir Ahmad, 2003).
Pola interaksi lebih bersifat satu hala dan guru mendominasi keseluruhan aktiviti P&P.
Strategi ini lazimnya menggunakan kaedah ekspositori dan berasaskan kuliah. Pelajar tidak
kelihatan memainkan peranan yang aktif, dan lebih bertindak mendengar serta menuruti
pengajaran guru. Meskipun mendapat kritikan daripada aliran kognitif konstruktivism,
kaedah ini sesuai digunakan untuk pembelajaran peringkat asas sesuatu konsep atau
perkara serta didapati membantu pelajar lemah dan berpencapaian rendah yang perlukan
banyak bimbingan daripada guru.
Perkembangan dalam ilmu pendidikan khususnya dalam bidang pedagogi dan psikologi
telah menyebabkan berlakunya satu anjakan paradigma dalam strategi pengajaran dan
pembelajaran. Menurut Santrock (2008), apa yang penting dalam pengajaran di bilik
darjah/kuliah adalah memberi peluang kepada pelajar untuk menggunakan bakat dan
kecerdasan mereka dalam proses pembelajaran. Justeru, satu pendekatan yang memberi
keutamaan kepada peranan pelajar dalam melaksanakan sesi pengajaran pembelajaran telah
dicadangkan. Strategi ini ialah pembelajaran berpusatkan pelajar. Dalam strategi ini,
pelajar diberi peluang melibatkan diri secara aktif dalam setiap sesi pembelajaran dibantu
oleh pengajar yang berperanan sebagai fasilitator (Shahabuddin Hashim et al, 2003).
Corak komunikasi yang digunakan adalah bercirikan interaksi pelbagai arah iaitu antara
pengajar dengan pelajar, dan pelajar dengan pelajar. Dalam pengajaran dan pembelajaran
berpusatkan pelajar, pensyarah yang berperanan sebagai fasilitator harus dapat
menggunakan kedua-dua corak komunikasi ini sebagai asas dalam merancang aktiviti
pengajaran pembelajaran.
3
Pembelajaran berpusatkan pelajar merupakan suatu istilah yang luas digunakan pada masa
kini bagi menghuraikan dan memahami proses pengajaran dan pembelajaran yang berlaku
di dalam dan di luar kelas. Pendekatan pembelajaran ini menekankan penglibatan aktif
pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran (Shuell, 1986). Menurut Meyers dan
Jones (1993), pembelajaran berpusatkan pelajar yang dapat dijalankan dengan baik akan
memberikan kesan terhadap peningkatan dalam motivasi untuk belajar, penguasaan isi
pelajaran yang lebih mendalam dan bermakna, serta sikap yang lebih positif terhadap mata
pelajaran atau kursus yang diikuti.
Sumber: Diubah suai dari Huba dan Freed (2000, hlm. 5) dan Cannon dan Newble
(2000, hlm. 17)
5
Terdapat pelbagai kaedah pengajaran yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk
menyampaikan ilmu dalam bilik kuliah. Lazimnya seseorang pensyarah tidak
menggunakan satu kaedah atau teknik pengajaran sahaja, tetapi menggabungkan dua atau
tiga jenis kaedah atau teknik pengajaran secara serentak bagi menyesuaikan pengajarannya
dengan kesediaan dan keperluan pelajar yang pelbagai dalam bilik kuliah. Kaedah
pengajaran yang lazimnya digunakan oleh pensyarah di institusi pengajian tinggi seperti
kolej dan universiti adalah terdiri daripada kaedah kuliah atau syarahan, kaedah
perbincangan, kaedah tunjuk cara, kaedah seminar, kaedah tutorial, kaedah projek, kaedah
lawatan, kaedah pembezaan pembelajaran, dan kaedah penyelesaian masalah atau lebih
dikenali sebagai Pembelajaran Berasaskan Masalah atau Problem-Based Learning (PBL).
Perbincangan dalam bahagian yang seterusnya adalah tertumpu kepada beberapa kaedah
pengajaran yang mengandungi elemen pembelajaran berpusatkan pelajar yang sesuai
diamalkan di kolej atau universiti. Selain itu, perbincangan juga memberi tumpuan yang
khusus terhadap kaedah pembezaan pembelajaran sebagai satu kaedah pengajaran yang
komtemporari yang masih baru dalam bidang pedagogi.
Tumpuan yang diberikan kepada kepelbagaian pelajar mutakhir ini merupakan antara
faktor yang menjustifikasikan keperluan kepada pendekatan yang boleh meraikan pelbagai
perbezaan ciri pelajar. Sehubungan itu, muncul pendekatan pembezaan pembelajaran yang
dipercayai boleh disesuaikan dengan keperlbagaian pelajar daripada segi minat, gaya
pembelajaran, kebolehan serta kecenderungan. Pembezaan pembelajaran dikenali juga
dengan pembezaan pengajaran (differentiated instruction) atau pengajaran pelbagai tingkat
(multi-level instruction).
belakang pelajar seperti perbezaan daripada segi pengetahuan sedia ada, minat serta
kecenderungan mereka. Ini bukan sahaja bertujuan meraikan keperluan yang berbeza bagi
setiap pelajar, tetapi juga bermatlamatkan ke arah memperkembangkan setiap potensi
pelajar ke tahap yang paling maksimum. Pengajar juga perlu merancang aktiviti P&P yang
boleh merangsang pelajar untuk bangkit dan mengenal pasti keunikan masing-masing serta
menggunakan kelebihan tersebut untuk menerima dan memproses maklumat serta idea.
Pelajar juga harus digalakkan untuk memupuk dan melatih kelebihan yang ada pada diri
masing-masing dan kemudian menggunakannya untuk menghasilkan sesuatu yang menjadi
bukti kepada pensyarah bahawa pembelajaran telah berlaku dengan jayanya. Justeru,
pensyarah perlu merancang dan menyediakan pelbagai bahan bantu mengajar yang menjadi
pemangkin dan sumber rujukan kepada pelajar dalam melaksanakan tugasan yang dipilih
oleh mereka. Pembezaan pembelajaran boleh dilakukan dalam tiga bentuk, iaitu
pembezaan isi kandungan pelajaran, pembezaan proses pembelajaran dan pembezaan
kaedah penilaian.
dalam proses pembelajaran juga boleh bermaksud pelajar diberikan tugasan bertingkat
(tiered assignment) sebagai aktiviti P&P, di mana mereka boleh memilih tahap untuk
mempelajari sesuatu subjek tersebut. Sebagai contoh, mengikut taksonomi Bloom, mereka
boleh belajar pada tahap pengetahuan dan kefahaman, atau pergi lebih jauh sehingga tahap
sintesis dan penilaian. Pelajar juga boleh memilih untuk belajar secara bersendirian atau
berkumpulan, secara kolaboratif atau mencari sendiri maklumat dengan menggunakan
pelbagai cara seperti membuat kajian kepustakaan seperti merujuk kepada buku dan
literatur, internet, pangkalan data, pakar, atau mengumpul data secara deskriptif.
“organik” kerana matlamatnya ialah memupuk potensi yang sedia ada dalam setiap pelajar
ke tahap yang paling optimum dan bukannya menetapkan satu tahap piawai untuk semua
pelajar. Justeru, fokusnya adalah lebih kepada proses perkembangan, bimbingan
(scaffolding) dan penerimaan diri setiap individu dengan selayaknya. Ini boleh membantu
mengurangkan risiko keciciran yang amat tinggi bagi kelompok pelajar yang “berbeza”
daripada yang lain, termasuk pelajar pintar cerdas, pelajar berbakat, dan pelajar kreatif.
Oleh yang demikian, di peringkat awal dan di setiap peringkat pembelajaran seterusnya,
adalah amat penting bagi pensyarah mengenali dan memahami setiap pelajar. Terdapat
pelbagai kaedah yang boleh digunakan oleh pensyarah untuk mengenal pasti profil, minat
dan gaya pembelajaran pelajar serta memantau perkembangannya. Antara aktiviti yang
biasa dicadangkan adalah seperti “Learner Profile Card”, “Graph Me”, “Brown Bag It”,
“What I Love To Do” dan “Multiple Intelligence Profile Indicator”.
PBL merupakan satu pendekatan pengajaran yang berpusatkan pelajar. Juteru, PBL
memerlukan pelajar melakukan aktiviti pembelajaran sama ada secara individu atau secara
berkumpulan berdasarkan masalah yang dibina oleh pengajar berasaskan kandungan atau
sukatan pelajaran dalam kursus atau mata pelajaran yang diajar. Masalah yang
dikemukakan hendaklah bersifat authentik, iaitu masalah yang sebenar yang wujud dalam
situasi profesion atau kehidupan sebenar. Berikut merupakan ciri PBL menurut Savoie dan
Hughes (1998):
9
Canon dan Newble (2000) telah menjalankan PBL pada sekumpulan pelajar tahun pertama
dari jurusan perubatan, dan strategi PBL yang telah dijalankan merangkumi elemen
berikut:
1. Penerangan tentang masalah klinikal (contoh: sakit di bahagian dada yang dialami
oleh seorang pemain skuasy) diberi kepada keseluruhan kelas yang terdiri daripada
130-140 orang pelajar.
2. Pelajar diminta menganalisis masalah tersebut dalam kumpulan 4 hinga 5 orang.
3. Wakil setiap kumpulan menyampaian idea hasil daripada latihan yang analitis.
4. Pelajar meneruskan usaha mencari penyelesaian kepada masalah.
5. Pelajar boleh menyelesaian masalah dalam satu sesi pengajaran (dibantu oleh
seorang pakar) atau beberapa sesi pengajaran (proses PBL yang sepenuhnya).
Kaedah Perbincangan
Kaedah perbincangan merupakan satu kaedah pengajaran alternatif yang amat digemari
oleh para pengajar tidak kira sama ada di sekolah mahupun di kolej dan universiti. Kaedah
ini merupakan pendekatan pengajaran yang mengandungi banyak elemen pembelajaran
berpusatkan pelajar. Penggunaan kaedah ini dapat menggalakkan interaksi pelbagai hala
dalam bilik kuliah iaitu interaksi di antara pelajar dengan pensyarah, dan di antara pelajar
dengan pelajar. Justeru, kaedah perbincangan merupakan kaedah yang paling sesuai untuk
melaksanakan pengajaran secara berpusatkan pelajar. Umumnya, terdapat dua bentuk
aktiviti perbincangan yang boleh dilaksanakan, iaitu perbincangan secara kelas, iaitu antara
pensyarah dengan pelajar, dan perbincangan di antara pelajar dengan pelajar dalam
kumpulan kecil. Bagi aktiviti perbincangan yang pertama, pensyarah mengemukakan
soalan yang memberi fokus terhadap isi kuliah, manakala pelajar memberi respons
terhadap soalan pensyarah sama ada dalam bentuk jawapan ataupun pendapat. Proses ini
10
berterusan sehingga tamat kuliah. Perbincangan antara pelajar dengan pelajar pula
dilaksanakan secara berkumpulan. Untuk tujuan itu, pensyarah akan membahagikan kelas
kepada beberapa kumpulan, dan setiap kumpulan dikehendaki berbincang tentang sesuatu
isu yang dikemukakan oleh pensyarah. Lazimnya, sesi perbincangan akan berakhir dengan
aktiviti pembentangan oleh wakil kumpulan diikuti oleh maklum balas oleh pensyarah dan
pelajar yang lain. Untuk menjamin kejayaan aktiviti perbincangan ini, pensyarah harus
memastikan pelajar mempunyai pengetahuan sedia ada berkaitan dengan isi kuliah atau isu
yang akan dibincangkan. Pensyarah juga boleh membantu dengan menyediakan bahan
perbincangan sebagai bahan rangsangan untuk diberi kepada pelajar ketika sesi
perbincangan berlangsung. Untuk memperjelaskan lagi pelaksanaan kaedah perbincangan
dalam bilik kuliah, perbincangan yang seterusnya bertumpu pada beberapa teknik
perbincangan yang telah disarankan oleh Cannon dan Newble (2000) yang antaranya,
perbincangan secara berpasangan atau one-to-one discussion, teknik sumbangsaran
(brainstorming), dan sesi plenari. Sedikit penyesuaian turut dilakukan pada teknik
perbincangan yang disarankan oleh Cannon dan Newble (2000).
Langkah
1. Pelajar A diminta berbincang dengan pelajar B yang duduk bersebelahan
dengannya tentang satu topik atau isu yang diberi oleh pensyarah.
2. Pelajar A bercakap dan pelajar B mendengar (masa: 3-5 minit). Pelajar B tidak
dibenarkan menganggu percakapan pelajar A
3. Pelajar B pula diberi giliran untuk bercakap dengan pelajar A.
4. Setelah masa tamat, semua ahli kumpulan berkumpul semula.
5. Setiap pelajar dikehendaki memperkenalkan diri dan rakannya kepada kelas, dan
menyatakan semula apa yang diperkatakan oleh rakannya.
6. Ahli kumpulan lain diminta memberi respons dan mengemukakan soalan kepada
pelajar yang menyampaikan pendapat rakannya tadi.
7. Aktiviti ini diteruskan dengan pasangan lain hingga semua pelajar telah mengambil
bahagian atau melaporkan hasil perbincangan.
Sungguhpun perbincangan secara berpasangan bukan satu teknik pengajaran yang baru,
teknik tersebut mungkin tidak dilaksanakan secara sistematik sebelum ini. Justeru, langkah
pengajaran yang disarankan di atas boleh dijadikan panduan untuk pelaksanaan teknik
perbincangan secara berpasangan yang lebih teratur dan sistematik.
11
Tenik Sumbangsaran
Teknik ini dapat menggalakkan pemikiran yang luas, kritis dan kreatif. Kunci kejayaan
tenik sumbangsaran terletak pada peraturan yang ditetapkan yang dapat memisahkan proses
penjanaan idea atau kemungkinan penyelesaian masalah daripada proses penilaian terhadap
idea dan penyelesaian yang dikemukakan oleh setiap ahli. Langkah melaksanakan sesi
sumbangansaran yang dicadangkan oleh Cannon dan Newble (2000) adalah seperti berikut:
Langkah
1. Jelaskan peraturan sumbangsaran kepada ahli kumpulan, iaitu:
- Tidak boleh mengkritik idea yang diberi oleh ahli kumpulan.
- Semua pelajar hendaklah menyumbangkan idea.
- Fokus utama aktiviti ialah terhadap kuantiti idea (untuk meningkatkan peluang
mendapatkan idea yang baik dan bernas).
- Kombinasi dan penambahbaikan idea dilakukan setelah semua idea baru telah
dikemukakan.
2. Berikan masalah kepada semua ahli kumpulan.
3. Pelajar dibenarkan berfikir sejenak ketika mereka mencatatkan masalah.
4. Idea dikumpul mengikut arah pusingan jam (adalah disarankan supaya pelajar
duduk dalam satu bulatan) dan direkodkan di papan tulis atau di transparensi supaya
dapat dilihat oleh semua pelajar.
5. Setelah semua idea dikumpulan, kombinasi dan penambahbaikan idea dilakukan.
6. Perbincang dan penilaian dalam bentuk komen dilaksanakan pada akhir sesi
sumbangasan.
Kelebihan teknik sumbangsaran berbanding dengan teknik perbincangan yang lain ialah
teknik sumbangsaran amat sesuai untuk melatih kemahiran komunikasi dalam kalangan
pelajar. Selain belajar cara mengemukakan pandangan secara berhemah, pelajar juga
belajar menerima pandangan orang lain yang mungkin tidak selaras dengan pandangannya.
Secara tidak langsung, cara ini dapat memperluaskan lagi perspektif pelajar terhadap
banyak perkara khususnya terhadap ilmu dan kehidupan pelajar.
Sesi Plenari
Perbincangan dalam kumpulan kecil lazimnya berakhir dengan sesi pembentangan hasil
perbincangan yang dilakukan oleh wakil kumpulan. Laporan hasil perbincangan ini
kekadang membosankan dan apa yang dibentangkan pula mungkin menyimpang daripada
hasil perbincangan yang telah dijalankan. Masalah ini dapat diatasi melalui sesi plenari
yang mempunyai format yang amat berbeza dengan aktiviti pembentangan yang biasa
dilakukan. Prosedur sesi plenari yang disarankan oleh Cannon dan Newble (2000) adalah
seperti berikut:
Langkah
1. Ahli kumpulan kecil duduk bersama-sama dan mengadap kumpulan kecil yang lain.
2. Ketua kumpulan A menjemput ketua kumpulan B untuk memberi laporan ringkas
tentang hasil perbincangan kumpulan B.
3. Ketua kumpulan A mempelawa ahli kumpulan A, C, dan D untuk menyoal mana-
mana ahli kumpulan B.
12
Sesi plenari mempunyai sedikit kelainan jika dibandingakan dengan aktiviti pembentangan
yang sering digunakan dalam kaedah perbincangan secara berkumpulan. Berbeza dengan
aktiviti pembentangan yang sering tertumpu pada laporan hasil perbincangan oleh ketua
atau wakil kumpulan, dalam sesi plenari seperti yang disarankan di atas, setiap ketua
kumpulan juga berperanan sebagai pengerusi atau moderator selain sebagai pembentang
bagi aktiviti pembentangan yang dijalankan. Selain itu, semua ahli kumpulan dalam sesi
plenari turut dilibatkan untuk menjawab soalan yang dikemukakan oleh audien. Dengan
itu, semua ahli kumpulan perlu melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti perbincangan
yang dijalankan dan ini akan memantapkan lagi elemen pembelajaran berpusatkan pelajar
yang dilaksanakan.
Kaedah Tutorial
Kaedah tutorial merupakan satu lagi pendekatan pengajaran yang menggunakan strategi
pembelajaran berpusatkan pelajar. Dalam sesi tutorial pelajar akan mendapat perhatian dan
bimbingan yang intensif dari pensyarah. Menurut Lowman (1984), sesi tutorial baik secara
individu mahupun dalam kumpulan kecil merupakan tulang belakang kepada pendidikan
tinggi. Pensyarah di kolej dan universiti sering menggunakan kaedah ini untuk
membimbing projek penyelidikan, bengkel penulisan, atau pengajaran individu. Tutorial
boleh menghasilkan pembelajaran yang berkesan apabila pensyarah memberi perhatian dan
bantuan secara personal kepada seorang pelajar atau beberapa orang pelajar melalui
perjumpaan yang tetap (Penner, 1984, hlm. 95). Biasanya aktiviti yang dijalankan dalam
sesi tutorial adalah seperti perbincangan lanjutan tentang sesuatu topik kuliah, input
tambahan daripada pensyarah, pembentangan hasil tugasan, dan penilaian terhadap aktiviti
pembentangan dan penglibatan pelajar. Untuk tujuan itu, pelajar digalakkan berfikir,
membina, dan menyampaikan idea mereka secara bebas sewaktu berbincang. Mereka juga
perlu bersedia untuk menerima dan menghargai kritikan yang negatif sebagai panduan
kepada usaha membaiki kelemahan pada masa akan datang dan membentuk sikap
pembelajaran yang matang (Lowman, 1984).
Dalam pelaksanaan kaedah tutorial yang berkesan, pensyarah harus merancang jadual
tutorial serta pastikan semua pelajar hadir walaupun tiada perkara yang baru untuk
dibentangkan. Pertimbangan yang paling penting semasa merancang tutorial ialah objektif
pembelajaran yang ingin dicapai, dan pensyarah harus memastikan diri mereka dan pelajar
jelas dan bersetuju tentang tujuan tutorial yang diadakan (Lowman, 1984). Menurut
Lowman (1984) lagi, sebelum tutorial dijalankan, pelajar harus diberitahu tentang
perbezaan antara kuliah biasa dengan tutorial, dan mereka harus bekerja secara bebas serta
menggunakan khidmat pensyarah sebagai perunding dan bukan sebagai penyelia. Selain
itu, pensyarah juga disarankan supaya menghadkan kebebasan dan tanggungjawab pelajar
terhadap aktiviti yang dijalankan tanpa mengenakan kawalan yang keterlaluan ke atas
mereka. Untuk menggalakkan pelajar belajar secara bebas, Lowman menegaskan bahawa
13
pensyarah harus memberi banyak peluang kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah
mereka selain bersifat peka terhadap proses interaksi antara diri mereka dengan pelajar,
serta sentiasa memantau aktiviti pelajar semasa sesi tutorial berlangsung. Dalam hal ini,
perhatian yang harus diberi terhadap tingkah laku pelajar merangkumi cara pelajar belajar,
kekerapan mereka meminta bantuan daripada pensyarah, serta cara mereka menerima
kritikan daripada pensyarah dan rakan-rakan yang lain.
Kaedah tutorial merupakan satu kaedah yang amat berkesan untuk melatih kemahiran
berfikir secara kritis serta teknik mengemukakan kritik yang konstruktif dalam kalangan
pelajar. Pelajar juga dapat menggunakan sesi tutorial untuk meneroka serta mendalami
ilmu yang dipelajari dalam bilik kuliah melalui interaksi yang dinamik antara mereka
dengan pensyarah dan rakan kuliah. Berbanding dengan kaedah pengajaran lain, kaedah
tutorial dapat mewujudkan peluang bagi pelajar untuk membina hubungan sosial dengan
pensyarah dalam suasana yang lebih bersantai dan tenang.
KESIMPULAN
RUJUKAN
Cannon, R. & Newble, D. (2000). A Handbook for Teachers in Universities and Colleges:
A Guide to Improving Teaching Methods (Edisi ke-4). London: Kogan Page
Limited.
Meyers, C. dan T.B. Jones (1993). Promoting active learning: Strategies for the college
classroom. San Francisco : Jossey Bass.
Penner. J. G. (1984). Why many college teachers cannot lecture: how to avoid
communication breakdown in the classroom. Springfield: Charles C Thomas
Publisher.
Santrock, J. (2008). Educational psychology (3rd ed.). New York: Mc-Graw Hill.
Shahabuddin Hashim, Rohizani Yaakub, & Mohd. Zohir Ahmad (2003). Pedagogi 1:
strategi dan teknik mengajar dengan berkesan. Bentong, Pahang: PTS Publications
& Distributors Sdn. Bhd.
Treffinger, D., Nassab, C.A. & Selby, E.C. (2009). Programming for Talent Development:
Expanding Horizons for Gifted Education. In Balchin, T., Hymer, B., & Matthews,
D.J., Gifted Education, London: Routledge.