Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 9

Jata Negara Malaysia: Maksud Lambang &

Simbol Logo

Artikel ini akan membincangkan berkaitan jata negara Malaysia yang meliputi beberapa
perkara asas seperti maksud jata negara, sejarah jata negara, maksud lambang serta
simbol pada jata negara dan sebagainya. 

Jata negara adalah simbol kemegahan negara kita. Ia merupakan simbol rasmi bagi
Malaysia serta sering dipamerkan pada bangunan rasmi dan pejabat kerajaan. Selain
itu ia juga turut digunakan dalam urusan rasmi dan dokumen penting negara. 

Sebagai contoh, penggunaan jata negara dapat dilihat pada kulit muka hadapan
passport Malaysia. Ia juga dapat dilihat pada kad pengenalan, lesen memandu dan
surat beranak sebagai simbol kewarganegaraan Malaysia.  Bahkan, Jata negara turut
digunakan dalam kepala surat bagi dokumen rasmi kerajaan. Jata negara juga boleh
dilihat pada monumen-monumen penting seperti Tugu Negara dan Istana Negara. 

Walaupun ramai dalam kalangan kita yang selalu melihat lambang dan logo jata negara
ini, namun adakah kita tahu maksud di setiap simbol yang terdapat padanya. 
Apa itu Jata Negara?
Jata negara merupakan simbol dan identiti bagi kedaulatan sesebuah negara. 

Jata Negara Malaysia merupakan lambang rasmi bagi kerajaan persekutuan Malaysia. 

Jata ini juga digunakan dalam dokumen rasmi Kerajaan Persekutuan dan pada Panji-
panji di Raja. 

*trivia: tahukah anda bahawa setiap negara mempunyai jata negaranya yang
tersendiri?

Sejarah Jata Negara

Jata negara merupakan salah satu daripada identiti negara Malaysia selain daripada
Bendera Jalur Gemilang dan Lagu Kebangsaan

Simbol ini telah diwartakan oleh majlis Raja-Raja Melayu pada 30 Mei 1952. Reka
bentuk ini diusahakan oleh Jabatan Ukur dengan gabungan enam warna. 

Jata negara telah mengalami beberapa siri perubahan pada lambang dan logonya. 

Perubahan terakhir berlaku pada tahun 1965. Selepas itu, tiada lagi perubahan
sehingga ke hari ini. 

Kronologi Rekabentuk Jata Negara Malaysia


Tahukah anda bahawa jata negara telah mengalami beberapa perubahan pada reka
bentuknya? 
Perubahan yang berlaku pada reka bentuk jata negara  adalah disebabkan oleh sejarah
dan identiti negara Malaysia. 

Tahun 1895

Versi pertama Jata Negara mula diperkenalkan  pada  tahun 1895 dengan moto yang
ditulis dalam bahasa jawi pada awan-awan di bawah jata negara yang berbunyi
“Dipelihara Allah”. 

Pada ketika itu, Jata Negara ini hanya digunakan ketika era negeri-negeri Melayu
Bersekutu sahaja yang melibatkan 4 buah negeri iaitu Pahang, Perak, Selangor and
Negeri Sembilan. 

Tahun 1948

Apabila kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dibentuk pada 31 Januari 1948, jata
negara telah diubah rekabentunya. Ini disebabkan pertambahan beberapa negeri di
Tanah  Melayu dalam Kerajaan Persekutuan. Jika diperhatikan, simbol pada bulan dan
bintang pada bahagian atas jata negara telah menggantikan simbol mahkota yang
digunakan sebelum ini. Bintang yang digunakan pula mempunyai 11 bucu yang
mewakili 11 negeri pada ketika itu.
Selain itu, beberapa perubahan ketara yang lain adalah dengan penambahan 5 keris
yang mewakili negeri-negeri Melayu tidak bersekutu iaitu Perlis, Kedah, Kelantan,
Terengganu dan Johor.

Pada ketika ini, lambang untuk negeri Pulau Pinang adalah berbentuk Princess of Wales
feathers, manakala untuk negeri melaka ia berbentuk Kota A Famosa.

Sementara itu, moto sebelum ini “Dipelihara Allah” turut diubah kepada “Bersekutu
Bertambah Mutu” yang ditulis dalam dua tulisan iaitu tulisan rumi di sebelah kiri dan
tulisan jawi di sebelah kanan bahagian bawah jata negara. 

Tahun 1963

Jata negara mengalami perubahan sekali lagi pada tahun 1963 apabila Kerajaan
Persekutuan Malaysia dibentuk melalui gabungan negeri SIngapura, Sabah dan
Sarawak

Oleh itu, lambang bagi tiga negeri gabungan tersebut telah ditambah pada bahagian
bawah bucu jata yang mewakili negeri masing-masing. Pada ketika ini juga lambang
bagi negeri Pulau Pinang diubah kepada pokok pinang, manakala, lambang bagi negeri
Melaka pula digantikan dengan pokok Melaka.

Tahun 1965
Pun begitu, jata negara yang sebelum ini digunakan pada tahun 1963 hanya dapat
bertahan selama dua tahun sahaja setelah Singapura mengambil keputusan
meninggalkan Malaysia pada tahun 1965.

Lambang Singapura pada bahagian bawah jata negara telah digantikan kepada
lambang bunga raya sebagai simbol bunga kebangsaan negara.

Jata Negara Yang digunakan Pada Masa Kini

Jata negara yang dapat kita lihat sekarang pada penggunaan rasmi negara merupakan
rekabentuk terkini setelah mengalami beberapa kronologi perubahan sebelum ini.

Pada perubahan dalam rekabentuk terakhir, beberapa lambang dan simbol telah
dikemaskini seperti pada dua ekor harimau yang terletak di sebelah kanan dan kiri jata.
Selain daripada itu, terdapat juga kemaskini pada lambang negeri Pulau Pinang yang
ditambah gambar jambatan Pulau Pinang, lambang pokok melaka yang dikemaskini
pada warnanya, serta lambang bagi negeri Sabah, Sarawak dan juga sedikit perubahan
pada gambar bunga raya.
Ia adalah perubahan terakhir pada simbol dan lambang Jata Negara Malaysia yang
digunakan sehingga sekarang.

Maksud Simbol dan Lambang Pada Jata Negara


Malaysia 

Untuk pengetahuan anda, setiap logo dan lambang-lambang yang ada pada jata negara
mempunyai maksudnya yang tersendiri sebagaimana berikut:

Bintang pecah 14 – Mewakili 13 buah negeri dan wilayah persekutuan dalam


Malaysia. 

Bintang bersama anak bulan (bulan sabit) – Melambangkan agama Islam sebagai
agama persekutuan. 

Lima bilah keris – Mewakili negeri Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Ia
juga dikenali sebagai negeri-negeri Melayu yang tidak bersekutu. 

Dua harimau di kiri dan kanan – Ia merupakan simbol keberanian yang perlu dimiliki
oleh semua rakyat Malaysia. Nama harimau ini adalah Harimau Malaya.
Imej pokok pinang dan Jambatan Pulau Pinang – Simbol pokok pinang dan
jambatan Pulau Pinang yang terletak di sebelah kiri jata negara ini mewakili negeri
Pulau Pinang.

Empat jalur berwarna merah, hitam, putih dan kuning – Empat warna yang
berada di tengah jata negara adalah mewakili warna bendera empat buah negeri
Melayu bersekutu. Warna hitam, putih dan kuning mewakili negeri Perak. Merah dan
kuning mewakili negeri Selangor, hitam dan putih mewakili negeri Pahang. Manakala
warna merah, hitam dan kuning mewakili negeri sembilan. 

Imej pokok Melaka – Simbol pokok Melaka yang terdapat pada sebelah kanan jata
negara mewakili Negeri Melaka.

Tiga logo di sebelah bawah –  Logo di sebelah bawah kiri mewakili  negeri Sabah,
Logo di sebelah bawah kanan mewakili  negeri Sarawak. Manakala bunga raya yang
terletak di tengah bucu perisai mewakili bunga Kebangsaan. 

Warna kuning pada awan-awan – Melambangkan sistem beraja dan merupakan


warna di Raja bagi Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja. 

Slogan “Bersekutu Bertambah Mutu” – Cogan kata ini mewakili intipati bagi negara
Malaysia. 

Kepentingan Menghormati Jata Negara 


Jata negara merupakan tanda kedaulatan bagi negara Malaysia. Oleh itu, setiap lapisan
masyarakat perlu menghormati jata negara sebagai lambang rasmi negara Malaysia.

Ia juga samalah seperti kita menghormati bendera Jalur Gemilang dan lagu Negaraku
sebagai satu semangat patriot rakyat dan simbol maruah bagi negara kita. 

Dalam pada itu juga, sebagai seorang individu mahupun masyarakat, menghormati jata
negara merupakan salah satu daripada tanda kesetiaan kita kepada negara
sebagaimana yang termaktub dalam rukun negara Malaysia. 

Jata negara juga merupakan lambang rasmi bagi kerajaan Malaysia yang digunakan
dalam negara ataupun peringkat antarabangsa. 
Selain itu , Jata negara pentingnya kita menghormati jata negara kerana ia memupuk
semangat perpaduan di kalangan kaum yang pelbagai di negara ini. 

Sebagai rakyat Malaysia, adalah penting bagi kita menghormati Jata Negara ini dan
tidak menghina atau menyalahgunakan samaada untuk kepentingan peribadi ataupun
kepentingan golongan tertentu. 

Oleh itu, amatlah penting kita menghormati jata negara sebagai simbol kemegahan
bagi rakyat Malaysia.

Kepentingan Menghayati dan Mengamalkan Cogan


kata Jata Negara
Cogan kata “Bersekutu Bertambah Mutu” merupakan Cogan kata rasmi bagi jata
negara. 

Ia ditulis dengan tulisan rumi di sebelah kiri dan tulisan jawi di sebelah kanan bahagian
bawah jata negara. 

Cogan kata ini membawa maksud gabungan yang akan mengeratkan perpaduan kaum
bagi setiap negeri di seluruh Malaysia. 

Walaupun setiap negeri mempunyai raja dan corak pemerintahan yang tersendiri,
namun kesemua negeri di Malaysia mampu bersatu dibawah satu payung persekutuan. 

Pemuafakatan ini penting untuk membentuk sebuah negara yang bersatu padu. 

Selain itu, ia turut mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan rakyat yang
berbilang kaum dan agama di Malaysia. 

Ini sekaligus dapat membentuk semangat kesetiaan dan keharmonian dalam kalangan
rakyat Malaysia. 

Di sebalik segala perbezaan yang kita miliki, kita masih dapat bersatu sebagai satu
bangsa dan satu negara. 

Inilah satu keunikan yang dimiliki oleh negara kita yang tiada pada negara-negara lain
di dunia. 
Sebagai warganegara yang bertanggungjawab dan cintakan negara, amatlah penting
kita menghayati maksud cogan kata yang terdapat pada jata negara bagi memupuk
semangat perpaduan sesama kita. 

Sebagai kesimpulannya, Jata negara perlulah dikagumi dan dihormati oleh setiap
warganegara Malaysia. Ia merupakan lambang perpaduan bagi rakyat yang terdiri
daripada berbilang agama, bangsa dan kaum di negara ini.

You might also like