Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

KEMPEN HINDARI

PENGGUNAAN PLASTIK
SEKALI GUNA
Sempena Sambutan Hari Alam Sekitar Negara 2019
KEMPEN HINDARI PENGGUNAAN PLASTIK
SEKALI GUNA

 Kempen Hindari Penggunaan Plastik Sekali Guna


ini merupakan salah satu usaha yang dijalankan
oleh kerajaan selaras dengan Malaysia’s Roadmap
Towards Zero Single-Use Plastics, 2018 – 2030.

 Ia adalah satu kempen yang akan diperkenalkan di


semua organisasi kerajaan sama ada di peringkat
persekutuan, mahu pun di peringkat negeri
termasuklah syarikat berkaitan kerajaan.

 Tujuan kempen ini adalah untuk menggalakkan


kakitangan kerajaan mengurangkan penggunaan
plastik sekali guna melalui beberapa kaedah
seperti menggantikan penggunaan beg plastik
dengan beg yang boleh digunakan berulang kali
seperti woven bag, membawa botol air sendiri,
menghidangkan air dalam jag dan gelas, membawa
bekas sendiri untuk membeli makanan dan
sebagainya.

 Selain organisasi kerajaan, kementerian juga


berharap agar kempen ini dapat diperluaskan
kepada organisasi swasta, terutamanya di sektor
perkhidmatan seperti sektor pembekalan makanan
dan minuman (food and beverages) dan
perhotelan.

Jabatan Alam Sekitar


Panduan menghindari penggunaan plastik sekali
guna

Kita boleh menghindari hindari plastik sekali guna ini


melalui pelbagai cara.

Semasa penganjuran aktiviti seperti mesyuarat, majlis


rasmi dan majlis keramaian, langkah seperti berikut
boleh diamalkan:

 menggantikan botol minuman plastik dengan botol


kaca atau menyediakan jag air;
 menggantikan pembalut plastik (plastic wrap)
piring/ pinggan/ mangkuk dengan penutup
makanan yang boleh diguna semula;
 tidak menyediakan pinggan/ piring/ mangkuk/
cawan/ kutleri bersifat sekali guna serta
mengelakkan penggunaan straw plastik; dan
 menyediakan water dispenser untuk kemudahan
isian semula.

Jabatan Alam Sekitar


Selain itu, semasa membeli makanan dan minuman di
kafeteria, kita juga digalakkan untuk:

 membawa bekas makanan, sudu, garpu dan


penyedut minuman yang boleh diguna semula
untuk kegunaan peribadi; dan
 menggunakan beg woven atau beg khas yang boleh
diguna semula

Pemain industri F&B dan pelancongan seperti


operator hotel dan premis penginapan boleh
menyokong kempen ini dengan:

 mengelakkan pembungkusan yang berlebihan pada


makanan dan minuman;
 menggantikan botol minuman plastik kepada botol
minuman kaca;
 menghidangkan air kepada tetamu dengan
menggunakan jag dan gelas yang boleh diguna
semula; dan
 mengamalkan no straw by default iaitu hanya
memberikan berdasarkan permintaan atau
keperluan ataupun memberikan straw yang lebih
mesra alam

Jabatan Alam Sekitar


Organisasi-organisasi seperti pejabat dan sekolah
boleh mempromosi dan membudayakan amalan
menghindari plastik sekali guna melalui pendekatan
berikut:

 menyediakan kemudahan water dispenser untuk


kemudahan isian;
 bekerjasama dengan pengusaha kantin/kafe di
organisasi untuk menggantikan plastik sekali guna
semula dengan bekas makanan / bekas minuman
yang boleh digunakan berulang kali;
 menguar-uarkan amalan terbaik yang dilaksanakan
di dalam semua platform komunikasi terutamanya
media sosial bagi menjayakan lagi kempen ini;
 menyediakan bahan promosi berbentuk infografik,
video dan lain-lain pendekatan yang dapat
membantu pelaksanaan kempen ini; dan
 memberikan penghargaan kepada organisasi dan
warga kerja yang komited dalam mengurangkan
penggunaan plastik sekali guna.

Jabatan Alam Sekitar

You might also like