Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SEKOLAH JENIS KEBANGSAAN (TAMIL) SEAPORT,

JLN PJS 6/4, KAMPUNG LINDUNGAN,


47301 PETALING JAYA, SELANGOR

MINIT MESYUARAT UNIT DISIPLIN & PENGAWAS


BILANGAN 3 / 2021

Tarikh : 6 Oktober 2021


Masa : 2.00 petang
Tempat : Kediaman Masing-masing ( Google Meet )

1. PERUTUSAN PENGERUSI – PN.M.LAVANYA ( PK HEM )

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran serta merakamkan ribuan terima kasih kepada
semua guru. Beliau melafazkan kesyukuran kerana dapat menangani pelbagai
masalah yang timbul dalam kalangan murid-murid dengan sebaiknya sepanjang
tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ).
1.2 Beliau berharap agar semua guru memberi kerjasama yang padu dalam menjayakan
program-program yang dirancang oleh Unit Disiplin & Pengawas sepanjang tahun
2021.

2. PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

Dicadang: Pn.K.Uma Devi

Disokong: Pn.Puvanaambiga

3. PERKARA-PERKARA BERBANGIT

3.1 Takwim Unit Disiplin & Pengawas Tahun 2021

3.1.1 Takwim Unit Disiplin & Pengawas telah dipaparkan dalam bentuk slaid power point.
Sebanyak 3 aktiviti telah dirancang sepanjang tahun 2021. Hanya 2 aktiviti sahaja
berjaya dijalankan sepenuhnya kerana Perintah Kawalan Pergerakan ( PKP ) telah
diamalkan oleh kerajaan dari bulan Mei.

3.1.2 Keceriaan sudut Disiplin & Kelab Pencegah Jenayah, Penggunaan SSDM, dan Jom
ke Sekolah merupakan antara aktiviti yang dirancang dan berjaya dilaksanakan
sepanjang tahun 2021.

3.1.3 Walaubagaimanapun, ada satu aktiviti / program tambahan dirancang dan akan
dijalankan oleh unit ini bersama Unit Kaunseling & APDM untuk semua murid
sekolah. Antara program tambahan yang dirancang adalah Motivasi murid cicir pada
13/10/2021.

3.2 Keceriaan sudut Disiplin & Pengawas


3.2.1 Aktiviti ini dijalankan dua kali dalam setahun. Unit Disiplin perlu menyediakan satu
ruangan untuk sudut Disiplin dan dihiasi dengan bahan-bahan berkaitan Disiplin
seperti salah laku murid di sekolah, poster dan bunting. Aktiviti ini merupakan
sebahagian daripada program Disiplin Sekolah.

3.3 Pengemaskinian SSDM


3.3.1 Masih kedapatan perkara yang perlu dibuat penambahbaikan dan pemantauan.
3.3.2 SSDM perlu dikemaskini oleh semua guru setiap minggu.

Tindakan : Semua Guru

4. PEMBENTANGAN KERTAS KERJA / ISU / LAPORAN

4.1 Kursus Kepimpinan


4.1.1 Kursus Kepimpinan ini akan diadakan secara Online (Google Meet). Dalam program
ini Pegawai polis akan dijemput untuk memberi ceramah tentang kepimpinan. Selain
itu, akan adakan beberapa tunjuk ajar oleh guru sekolah kita tentang cara
mengendalikan perhimpuan, cara mengikat tali leher dengan betul serta menaikkan
bendera.
4.1.2 Program ini bertujuan untuk memastikan murid-murid terlibat mempunyai
pengetahuan dan kemahiran mengenai kepimpinan dan pengurusan sesebuah
organisasi dan mempraktikkannya .

4.1.4 AJK Pelaksana :-


Pengerusi : Puan P.Jayanthi ( Guru Besar )
Naib Pengerusi: Puan M.Lavanya ( GPK HEM )
Penyelaras : Puan S.Vinothini ( Unit Disiplin )
Setiausaha : En.Nageshwar Sri ( S/U Disiplin)
Bendahari : Puan Sarojani ( Unit Kaunseling )
AJK : Semua Guru

5. HAL-HAL LAIN

5.1 Tiada.
Tindakan: Guru Disiplin

6. PENUTUP

6.1 Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.00 petang.

Urus setia

Unit Disiplin
SJK T SEAPORT

Tarikh : 07 Oktober 2021

You might also like