Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

PENGENALAN ARAHAN TERBEZA/ KURIKULUM TERBEZA

Pada era pembelajaran abad ke-21 (PAK21), pembelajaran terbeza merupakan salah
satu kaedah yang berkesan untuk pengajaran kepelbagaian pelajar. Menurut Khairul
Yusri (2007) perbezaan individu adalah ketidaksamaan individu daripada norma
kumpulannya sama ada dari segi sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkah laku,
sosial,atau bakat atau aspek-aspek lain yang terdapat dalam seseorang individu dalam
sesuatu kumpulan. Pelbagai kaedah, teknik, pendekatan dan strategi yang boleh
digunakan untuk membantu pelajar meningkatkan kemahiran dalam sesuatu subjek.
Berdasarkan pengetahuan ini, arahan terbeza digunakan dalam Pengajaran dan
Pembelajaran (PdP) supaya pelajar mempunyai pilihan untuk mendapatkan maklumat
sesuai dengan individu dan pelajar yang pelbagai di bilik darjah. Model pembelajaran
berbeza memerlukan guru bersikap fleksibel dalam pendekatan mereka mengajar dan
menyesuaikan kurikulum serta penyampaian maklumat kepada pelajar daripada
mengaharapkan pelajar menyesuaikan untuk kurikulum. Perkara ini adalah unutk
mengelakkan pelajar daripada tercicir jika guru sentiasa mengambil berat tentang
perbezaan dalam kalangan muridnya.

KAJIN LITERITURE

Kajian tempatan tentang pendekatan pengajaran berbeza adalah masih baru di


negara kita berbanding dengan negara luar yang dilaksankan sekian lama. Kajian
Mazura dan Wak Chu Wok (2018) mengenai pengetahuan dan penerimaan pengajaran
berbeza dalam kalangan siswa pendidik mendapati 80% responden kajian tidak
mengetahui mengenai pedagogi berbeza manakala lebih 80% responden berminat
untuk mendalami pengajaran berbeza. Perkara ini menunjukkan masih ramai guru yang
tidak terdedah dengan maklumat pengajaran berbeza namun rata-rata guru berminat
untuk mengetahuinya. Zamri (2014) menyatakan dalam kajiannya bahawa kejayaan
dan kecemerlangan sesuatu mata pelajaran mustahil direalisasikan sekiranya guru
masih mengunakan kaedah tradisional. Perkara ini berlaku kerana guru tidak
didedahkan secara optimum tentang amalan pengajaran berbeza. Mazura dan Wak
Chu Wok (2018) yang menyatakan cabaran uatam guru dalam penerapan amalan
pengajaran berbeza ialah keperluan latihan dan kursus mengenai pengajaran berbeza.

You might also like