Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

16 Berdasarkan maklumat dalam jadual di bawah, berikan ulasan anda tentang nilai

eksport Malaysia mengikut Negara ASEAN dan barangan pada tahun 2010.

Malaysia : Nilai eksport Mengikut Negara ASEAN dan Barangan Terpilih pada tahun 2010

Negara Nilai eksport (RM’000) Jumlah


ASEAN Sayur-sayuran Buah-buahan (RM’000)
Singapura 380 506.1 227 092.3 607 598.4
Indonesia 58 982.1 36 994.0 95 976.1
Thailand 28 264.3 48 668.8 76 9331.1
Vietnam 10 932 .0 2676.3 13 608.3
Brunei 5811.6 19 514.6 13 608.3
Darussalam
Filipina 1114.7 1794.5 2909.2
Kemboja 1694.4 1664.8 3359.2
Myanmar 158.1 150.4 308.5
Jumlah 487 463.3 338 555.7 826 019.0

(Disesuaikan daripada PerangkaanAgromakanan 2011,


Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia, 2011)

Berdasarkan PerangkaanAgromakanan 2011,Kementerian Pertanian dan Industri


Asas Tani Malaysia, 2011,jadual menunjukkan nilai eksport mengikut negara ASEAN
dan barangan terpilih pada tahun 2020.

Jumlah nilai eksport Malaysia mengikut negara ASEAN pada tahun 2010
negara paling banyak mengimport adalah negara Singapura manakala negara
paling sedikit mengimport adalah negara Myanmar. Jumlah nilai eksport
paling banyak mengimport adalah negara Singapura berjumlah RM607,598.4
ribu daripada jumlah keseluruhan RM826,019.0 ribu bersamaan 73.56%
manakala jumlah nilai eksport paling sedikit adalah Myanmar sebanyak
RM308.5 ribu daripada jumlah keseluruhan RM 826,019.0 ribu bersamaan
0.04%. Negara Singapura adalah pengimport tradisional dan rakan
perdagangan jarak dekat, ini dapat menjimatkan kos pengangkutan. Barang
basah tidak boleh disimpan lama menyebabkan sukar dieksport ke Asia Barat
dan Eropah. Negara Myanmar merupakan negara pertanian tanah yang subur
dan tenaga buruh yang mencukupi menyebabkan sayur-sayuran dan buah-
buahan banyak dihasilkan.

Jumlah nilai eksport Malaysia mengikut barangan terpilih pada tahun


2010 secara keseluruhan jumlah nilai eksport sayur-sayuran lebih banyak
berbanding jumlah nilai eksport buah-buahan. Jumlah nilai eksport sayur-
sayuran sebanyak RM 487463.3 berbanding eksport buah-buahan sebanyak
RM 338 555.7. Sayur-sayuran merupakan sumber vitamin dan mineral dan
makanan yang baik untuk kesihatan dan tubuh badan.
Jumlah nilai eksport sayur-sayuran pada tahun 2010 paling banyak ke
negara Singapura manakala paling sedikit ke nagara Myanmar. Nilai eksport
ke negara Singapura sebanyak RM 380 506.1 ribu iaitu 78.06% daripada
jumlah keseluruhan RM 487,463 ribu manakala eksport ke negara Myanmar
sebanyak RM 158.1 ribu iaitu 0.03% daripada jumlah keseluruhan
RM487,463.3 ribu. Penduduk negara Singapura peka terhadap penjagaan
kesihatan, manakala penduduk negara Myanmar banyak mengeluarkan sayur-
sayurannya sendiri.

Pada tahun 2010 ,nilai eksport sayuran-sayuran lebih banyak daripada nilai
eksport buah-buahan dicatatkan oleh negara Vietnam. Eksport sayur-sayuran ke
negara Vietnam sebanyak RM 10932.0 ribu berbanding eksport buah-buahan
sebanyak RM 2676.3 ribu. Lokasi negara Vietnam berdekatan dengan laut
menyumbang kepada populariti ikan dan makanan laut yang hebat. Penduduk negara
Vietnam lebih suka makanan yang betul dan seimbang dan mereka suka tradisi
masakan dan produk semula jadi.

Kesimpulannya, nilai eksport yang memihak kepada Malaysia dapat membantu


perkembangan ekonomi negara. Pengeksportan yang tinggi mampu menjamin
keseimbangan dagangan yang kekal positif sekali gus membantu pembangunan
negara.

You might also like