Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

MEMO

Daripada : Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar


_________________________________________________________________________________

Kepada : Semua Pelajar Politeknik Merlimau

Salinan Kepada : Pengarah, Timbalan-Timbalan Pengarah, Ketua-Ketua Jabatan, Ketua Warden


Ketua Unit Keselamatan, Unit Pengurusan Kamsis, Fail HEP

Tarikh : 30 Ogos 2021 No. Fail : PMM. .JHEPP-600.2/1 JLD 2.( )

SURAT SOKONGAN PELEPASAN PERJALANAN RENTAS DAERAH/NEGERI BAGI URUSAN


MENGAMBIL BARANGAN KEPERLUAN DAN MENGOSONGKAN BILIK DI KAMSIS / RUMAH SEWA
SETELAH TAMAT SEMESTER PENGAJIAN SESI DISEMBER 2020

Bagi persediaan kemasukan pelajar baharu sesi 1/2021, Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) dengan ini
mengeluarkan Surat Sokongan Pelepasan Perjalanan Rentas Daerah/Negeri Bagi Urusan
Mengambil Barangan Keperluan dan Mengosongkan Bilik Di Kamsis / Rumah Sewa Setelah Tamat
Semester Pengajian Sesi Disember 2020. Surat sokongan ini boleh dimuat turun menerusi
http://www.jheppmm.com/ezymohon/.

2. Pergerakan pelajar adalah tertakluk kepada kelulusan pihak berkuasa. Bagi memastikan SOP
dan tujuan keselamatan, pelajar hendaklah mencetak surat sokongan dan memohon kelulusan pihak
berkuasa di Balai Polis berhampiran bagi tujuan pemeriksaan Penguatkuasa PKP.

3. Para pelajar yang tinggal di Kamsis, anda dikehendaki mengambil barangan keperluan dan
mengosongkan bilik sebagimana Tatacara Pergerakan Pengambilan Barangan Peribadi bagi
Pelajar Kamsis Sesi Disember 2020 (Rujuk Lampiran 1). Urusan pengambilan barangan peribadi bagi
semua pelajar kamsis Sesi Disember 2020 yang terlibat hanya boleh dilaksanakan pada ketetapan seperti
berikut:
Tarikh : 01 September 2021 sehingga 15 September 2021
(Hari Bekerja sahaja)
Hari : Isnin sehingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang
4. Sebarang pertanyaan berhubung perkara ini boleh menghubungi Penyelia Kamsis masing-masing
atau Pejabat Hal Ehwal Pelajar, 011-56944427.

5. Kerjasama para pelajar amatlah kami hargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

”MELAKAKU MAJU JAYA, RAKYAT BAHAGIA, MENGGAMIT DUNIA”


”WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”
“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(Ts. ZAN AIZUWAN BIN ZAINAL ABIDIN)


Ketua Jabatan
Jabatan Hal Ehwal Pelajar
Politeknik Merlimau
LAMPIRAN 1

TATACARA PERGERAKAN PENGAMBILAN BARANGAN PERIBADI BAGI PELAJAR KAMSIS


SESI DISEMBER 2020.

1. Urusan pengambilan barangan peribadi bagi semua pelajar kamsis Sesi Disember 2020 yang
terlibat hanya boleh dilaksanakan pada ketetapan seperti berikut :

Tarikh : 01 September 2021 sehingga 15 September 2021


(Hari Bekerja sahaja)
Hari : Isnin sehingga Jumaat
Masa : 8.00 pagi sehingga 4.30 petang

2. Urusan pengambilan barangan peribadi dan pergerakan keluar ini akan dilaksanakan secara
Pandu Lalu melalui kenderaan masing-masing sahaja.

3. Ibu bapa atau waris tidak dibenarkan sama sekali keluar daripada kenderaan sepanjang berada
di kawasan PMM.

4. Pelajar boleh mengambil kunci di kaunter Pejabat Pengurusan Kamsis dan WAJIB untuk
membuat pemulangan setelah selesai urusan pengambilan barangan peribadi masing-masing.

5. Pelajar hendaklah memastikan bahawa bilik ditinggalkan dalam keadaan kemas dan bersih.

6. Semua barangan peribadi hendaklah dibawa bersama dan tidak boleh ditinggalkan di dalam bilik.
Pihak PMM tidak boleh dipertanggungjawabkan ke atas apa-apa kehilangan yang berlaku.

7. Hanya pelajar sahaja dibenarkan untuk membawa turun dan memasukkan barangan peribadi ke
dalam kenderaan masing-masing yang diletakkan di Drop Point yang telah ditetapkan sebelum
pergerakan keluar.

7.1 Drop Point 1 (Laluan Masuk ke Pejabat Pentadbiran Kamsis) bagi Pelajar Wanita.
7.2 Drop Point 2 (Laluan Masuk ke Blok V5 dan V6) bagi Pelajar Lelaki.

8. Hanya Satu (1) kenderaan dan Dua (2) orang waris sahaja yang dibenarkan untuk mengiringi
pelajar di dalam kenderaan semasa hari pendaftaran. (Warga emas dan kanak-kanak di bawah
umur 12 tahun juga tidak benarkan).

9. Pelajar hendaklah mematuhi tarikh dan masa yang telah ditetapkan bagi pengambilan barangan
peribadi ini agar melicinkan proses yang telah dirancang.

10. Pelajar juga diingatkan agar tidak berada di dalam kawasan PMM untuk satu tempoh masa yang
lama dan dikehendaki untuk terus bergerak keluar sejurus selesai urusan pengambilan barangan
peribadi.

Politeknik Merlimau,
Unit Pengurusan Kamsis
KB 1031, Pejabat Pos Merlimau,
77300 Merlimau, Melaka.

You might also like