Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj. Kami : JPNS.SPM.PBM.

900-9/2 ( )
Tarikh : September 2021

Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Kuala Pilah


Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
72000 Kuala Pilah
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tuan,

MEMOHON MENGGUNAKAN DEWAN SEMINAR PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH


KUALA PILAH UNTUK BENGKEL VERIFIKASI DATA INSTRUMEN BANCIAN
KEMUDAHAN PRASARANA DAN PROGRAM SUKAN SEKOLAH (i-KePS) TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan dengan


kerjasama Unit Pembangunan Bakat Murid (Sukan) akan mengadakan bengkel verifikasi
data berkenaan seperti ketetapan berikut :-

Tarikh : 27 dan 28 Oktober 2021


Masa : 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat : Dewan Seminar Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah
Keperluan : P.A. System, LCD, Layar Putih & Wayar Penyambung

3. Sehubungan itu, pihak Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan ingin memohon jasa
baik tuan untuk menggunakan dewan seminar pejabat tuan bagi tujuan di atas.

4. Sebarang pertanyaan pihak tuan boleh berhubung dengan En. Mohamad Shahir bin
Ismail, Penolong Pengarah Unit Pembanggunan Bakat Murid di talian 06-7653693 /
013-9690326 untuk maklumat lanjut. Kerjasama tuan amatlah dihargai serta disanjung tinggi
dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Sekian.

“WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030”

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

(ABD RAZAK BIN HAJI IDRIS)


Ketua Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid
b.p. Pengarah Pendidikan
Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan

You might also like