Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

ULASAN ARTIKEL KEDUA (KUANTITATIF)

TAJUK:
Minat Murid Terhadap Gaya,Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Guru dalam
Pendidikan Sejarah
Muhammad Zulfiqar Bin Mat Lui, Anuar Ahmad
Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Pengenalan
Artikel ini adalah berkenaan tahap minat murid dalam gaya pengajaran dan juga
kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidikan sejarah. Menurut penyelidik
gaya dan kedah pengajaran dan pembelajaran mempengaruhi minat murid belajar sejarah di
dalam bilik darjah.Penyelidik berpendapat bahawa guru perlu menggunakan pendekatan yang
kreatif untuk meningkatkan tahap pencapaian dan juga pemupukan sifat minat dalam diri
pelajar.Pengajaran guru yang masih berkonsep tradisional mesti diubahsuai mengikut
keadaan masa dan keperluan pelajar. Ini kerana pengajaran dan pembelajaran sebenarnya
merupakan suatu proses interaksi dengan guru dan murid serta interaksi ini akan berkesan
jika pelajar terlibat penuh dalam aktiviti pembelajaran dan menunjukkan minat terhadap gaya
serta kaedah pengajararan yang dibawa oleh guru.
Isu Kajian
Menurut Maarof et al (2020) amalan penghafalan fakta merupakan aspek yang sering
dikaitkan dalam mata pelajaran sejarah. Penghafalan fakta memerlukan ketekunan yang
tinggi dalam kalangan pelajar. Jika proses pengajaran dan pembelajaran berpusatkan guru
dan pergantungan buku teks ia akan mewujudkan rasa bosan dalam kalangan pelajar.Jika
pelajar sudah mula rasa bosan mereka tidak akan menumpukan perhatian dan tidak
memahami cara pembelajaran yang betul,gaya penulisan dan kaedah menjawab soalan
sejarah dengan betul.Abdullah (2016) menyatakan baahwa guru yang kurang kompeten
dalam penyampaian pengajaran dan pembelajaran mewujudkan masalah pembelajaran
sejarah dalam kalangan pelajar.Maka guru perlu memainkan peranan yang penting untuk
mewujudkan ketekunan dan sikap minat dalam mempelajari sejarah.Memandangkan peranan
guru dari segi gaya dan kaedah pengajaran amat penting untuk mengelakkan pelajar berasa
bosan dan kurang minat belajar sejarah maka satu kajian berkait isu ini diperlukan. Justeru itu
penyelidik Muhammad Zulfiqar dan Anuar Ahmad telah menjalankan kajian untuk melihat
minat murid terhadap gaya,kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam pendidiakan
sejarah.

1
Pembolehubah bersandar dan tidak bersandar
Dalam kajian ini terdapat tiga pembolehubah tidak bersandar iaitu kaedah pengajaran dan
pembelajaran,gaya pengajaran dan pembelajaran serta jantina.Pembolehubah bersandar pula
ialah minat murid terhadap gaya ,kaedah pengajaran dan pembelajaran guru dalam
pendidikan sejarah.
Pembolehubah tidak bersandar Pembolehubah bersandar
Gaya pengajaran dan pembelajaran
Kaedah pengajaran dan pembelajaran Minat Murid
Jantina

Objektif Kajian
Dalam kajian ini penyelidik menyenaraikan tiga objektif seperti berikut:
i. Mengenal pasti kaedah pengajaran dan pembelajaran yang digunakan oleh guru
sejarah berdasarkan persepsi murid
ii. Mengenal pasti gaya pengajaran dan pembeajaran yang digunakan oleh guru
sejarah berdasarkan persepsi murid
iii. Mengenal pasti perbezaan signifikan terhadap gaya pengajaran guru dalam
pendidikan sejarah yang diminati murid berdasarkan jantina
Populasi dan Sampel kajian
Populasi kajian adalah sebanyak 130 orang pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 6 dari lima
buah sekolah yang terletak di daerah Kuantan. Jumlah responden yang dipilih melibatkan 5
buah sekolah menengah daripada 46 buah sekolah menengah yang ada di Kuantan.
Sampel kajian terdiri dari 100 orang pelajar yang dipilih menggunakan kaedah persampelan
secara rawak berkadaran. Penyelidik menentukans saiz sampel berdasarkan Jadual Krejcie &
Morgan (1970)
Dapatan Kajian
Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah penggunaan buku teks mempunyai
frekuensi dan peratusan yang teritnggi manakala penggunaan bahan bantu mengajar seperti
animasi,animasi bercetak ,drama dan filem mendapat frekuensi dan peratusan yang terendah.
Manakala gaya pengajaran guru yang memberi latihan yang sesuai dengan tahap dan
kemahiran telah menarik minat murid.Menurut penyelidik ini terdapat perbezaan yang
signifikan dalam gaya pengajaran dan pembelajaran guru yang diminati murid berdasarkan
jantina.Secara keseluruhan dapatan kajian menunjukkan bahawa kaedah pengajaran

2
berteraskan penggunaan buku teks masih diamalkan sebagai pendekatan utama oleh
guru.Namun demikian terdapat juga guru mengamalkan penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi sebagai bahan bantu mengajar bersama buku teks.Dari segi aspek gaya
pengajaran dan pembelajaran murid berminat terhadap guru yang menyediakan soalan yang
sesuai dengan tahap dan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran sejarah.
Kesimpulan
Berdasarkan kajian diatas guru yang mengajar sejarah perlu memahami bahawa
pelajar abad 21 ingin belajar sejarah di bawah persekitaran yang kreatif dan bukan lagi
pengajaran dan pembelajaran berteraskan kaedah tradisional chalk and talk. Menurut Lezah
(2018) guru perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh menjadi
pemangkin kepada kewujudan sikap positif dan minat pelajar dalam sejarah.Justeru itu gaya
dan kaedah pengajaran dan pembelajaran merupakan kriteria utama yang perlu diberi
perhatian oleh setiap guru yang mengajar sejarah di negara kita.

You might also like