Pembumian

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 7

SOALAN & JAWAPAN PEMBUMIAN

PEMBUMIAN

1)Terangkan maksud pembumian-;

1. Pembumian ialah suatu sistem sambungan yang dibuat diantara logam dalam pemasangan
pendawaian elektrik dengan jisim am bumi.
2. Ianya bagi mengadakan laluan mudah dengan galangan atau rintangan yang rendah ke
bumi supaya sistem perlindungan beroperasi dengan berkesan,bagi menjamin keselamtan
manusia atau pengguna dari bahaya renjatan elektrik apabila terjadi arus bocor ke
bumi(earth leakage).

2)Apakah tujuan sistem pepasangan elektrik dibumikan?

1. Mengalirkan arus bocor kebumi dengan seberapa banyak dan cepat supaya alat
perlindungan, geganti atau peranti perlindungan dapat berfungsi dengan berkesan bagi
mengelakkan berlakunya kejutan elektrik
2. Mendapatkan voltan rujukan kosong untuk star point alatubah dan janakuasa supaya
talian neutral dapat digunakan dan voltan bekalan stabil serta mengelakkan voltan
terapong
3. Mendapatkan voltan samaupaya (equipotential voltage) supaya tidak berlaku step voltage
bahan pengalir yang terdedah (exposed conductive parts)
4. Mengadakan laluan nyahcas(discharge)
5. Keperluan undang-undang dan peraturan

3) Apakah kebaikan sistem pemasangan disambung kebumi ?

a. Keseluruhan sistem adalah terikat dengan daya jisim umum bumi

b. semua logam yang telah dimasukkan satu laluan yang disediakan bagi arus bocor ke bumi dan
memutus litar .

http://abmutara.wordpress.com Page 1
4) Apakah kekurangan sistem pemasangan disambung ke bumi ?

a. kos perbelanjaan untuk menyediakan satu sistem pembumian yang lengkap adalah mahal .

b. bagi sistem TT dimana punca bumi tidak disediakan oleh pihak pembekal , sekiranya salah
satu pengalir bumi putus atau tercabut sambungannya maka tidak ada lagi laluan arus bocor ke
jisim bumi .

5)Berikan jenis-jenis sistem pembumian :

a. Sistem TT

b. sistem TN-C

c. Sistem TN-S

d. Sistem TN-C-S

e. Sistem IT

6) Berikan maksud pembentukan huruf pertama dalam sistem pembumian ?

T-Menunjukkan satu atau lebih punca bekalan dibumikan , ini disusun oleh pihak berkuasa
bekalan.

I- Menunjukkan tiada punca bekalan dibumikan.

7) Berikan maksud pembentukan huruf kedua dalam sistem pembumian ?

T- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke jisim bumi.

N- menunjukkan semua pengalir logam yang terdedah disambung terus ke pengalir bumi iaitu
punca bekala pengguna.

8) Berikan maksud pembentukan huruf ketiga dan keempat dalam sistem pembumian ?

C-Menunjukkan pengalir neautral dan bumi dicantum dalam satu pengalir.

S-Menunjukkan pengasingan pengalir neautral dan bumi .

http://abmutara.wordpress.com Page 2
9)Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TT yang dibekalkan oleh pihak pembekal ?

4 Pengalir

10) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-C yang dibekalkan oleh pihak pembekal?

4 pengalir

11) Berapakah jumlah pengalir dalam sistem TN-S yang dibekalkan oleh pihak pembekal?

5 pengalir

12) Dimana biasanya pengalir pelindung disambungkan ?

-bahagian logam yang terdedah

-terminal utama bumi

-elektrod bumi

-punca bumi bekalan

13) Berikan maksud arus bocor ke bumi ?

Arus yang mengalir ke bumi atau ke bahagian-bahagian pengalir yang boleh mengalirkan arus
bocor dalam litar .

14) Adakah flexible conduit boleh digunakan sebagai pengalir pelindung ?

Tidak boleh kerana pengalir pelindung tambahan diperlukan .

http://abmutara.wordpress.com Page 3
15) Berikan jenis-jenis bahagian logam yang tidak boleh digunakan sebagai satu-satunya
cara membumi ?

Paip air awam

Paip gas

16) Berikan jenis-jenis pengalir pelindung ?

a. kabel bertebat pvc 1 teras BS 6004 warna hijau atau kuning

b. kabel bertebat pvc/pvc dengan pengalir pelindung bersepadu BS6004

c. plat kuprum ( copper strip)

d. konduit logam

e. ducting logam

f. MICC cable sheath

g. Lead covered cable sheath

h. swa cable armourings

17)Berikan istilah-istilah pembumian:

-pengalir pelindung(ECC-earth contuinity conductor/CPC-circuit protective conductor)

-pengalir bumi(EC-earth conductor)

-terminal bumi utama

-elektrod bumi

-pengalir ikatan sama upaya

http://abmutara.wordpress.com Page 4
18)Terangkan cara-cara mengelakkan kebocoran ke bumi:

-bertebat sepenuhnya

-bertebat 2 lapis

-mengasingkan logam agar tidak bersentuh dengan bahagian alat yang membawa arus

19)Apakah perkara-perkara yang perlu dibumikan?

-semua struktur logam dalam sistem pendawaian yang bukan membawa arus.seperti pelapik
logam,konduit,salur,sesalur dan lain-lain.

-semua struktur logam yang terdedah bagi semua radas termasuk yang bukan berkaitan dengan
elektrik,seperti paip air,rangka rumah dan lain-lain.

20)Berikan pengecualian perkara-perkara yang dibumikan:

1. I. -satu klip logam apabila memasang kabel


2. II. -penutup logam lampu
3. III. -rantai logam untuk gantungan lampu atau peralatan
4. IV. -peralatan lampu antik yang diperbuat daripada logam
5. V. -logam kecil,seperti skru dan plat nama

21)Berikan maksud pengalir pelindungan:

-suatu pengalir yang menghubungkan semua bahagian pengalir(logam)dalam pemasangan ke


terminal utama pembumian.

22)Apakah perkara-perkara yang menyebabkan rintangan pengalir pelindungan menjadi


tinggi?

1. I. -punca ”earth lug”berkarat


2. II. -sambungan pengalir pelindung longgar
3. III. -lapisan cat pada alat-alat elektrik
4. IV. -sambungan pengalir pelindung pada palam dan soket keluaran longgar
5. V. -sambungan diantara konduit dan konduit aksesori atau kotak terminal
longgar.

http://abmutara.wordpress.com Page 5
23)Apakah yang dimaksudkan dengan pengalir bumi(earth conductor)?

1. I. -pengalir bumi ialah pengalir akhir diantara punca bumi pengguna dan
elektrod bumi
2. II. -pengalir bumi mestilah dipastikan selalu tidak putus atau terkeluar
sambungannya.
3. III. -pengalir aluminium atau aluminium pelapik kuprum(copper clad
aluminium) tidak boleh di gunukan sebagai pengalir bumi.
4. IV. -punca sambungan pengalir bumi ke elektrod bumi ke elektrod bumi
mestilah di letakkan dengan tanda amaran yang jelas dan tetap supaya tidak di putuskan
atau di keluarkan sambungannya.

24)Apakah gelung kerosakkan ke bumi?

-galangan gelung kerosakkan ke bumi yang bermula pada fasa ke bumi

25)Terangkan maksud elektrod bumi:

-elektrod bumi ialah batang(rod),earth plates atau strip(jalur)yang di tanam ke dalam bumi untuk
yang memberi sambungan yang berkesan ke jisim bumi.

26)Berikan jenis-jenis elektrod bumi yang biasa di gunakan bagi tujuan peraturan:

1. I. -paip galvani
2. II. -batang(rod)bumi
3. III. -pelit besi tuangan
4. IV. -jalur kuprum(copper strip)
5. V. -struktur keluli bangunan
6. VI. -pelapik plumbum dan bahan logam menutup kabel
7. VII. -lain-lain kerja logam bawah tanah yang sesuai.

http://abmutara.wordpress.com Page 6
27)Terangkan cara-cara mengurangkan rintangan elektrod bumi:

1. I. -tanam pada tenpat yang lembap


2. II. -tabur serbuk besi,arang batu atau larutan sulfat di sekeliling elektrod
3. III. -tanam elektrod secara selari
4. IV. -tambah dan dalam elektrod

28)Apakan bahan yang di gunakan dalam binaan rod elektrod?

-solid copper atau copper-clad carbon steel

29)Berikan ciri-ciri binaan rod elektrod:

1. I. -bahagian kedua hujung rod mempunyai bebenang(thread)dan boleh di


sambung dengan rod yang lain dengan menggunakan coupler
2. II. -steel driving cap melindungi bebenang daripada rosak ketika proses
mengetuk untuk tujuan menanam rod
3. III. -earthing conductor clamp bagi meyambungkan earth tape atau earth
conductor

30)Apakah alat yang di gunakan untuk menguji rintangan elektrod bumi

-jangka penguji bumi(earth tester)

http://abmutara.wordpress.com Page 7

You might also like