Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Vida Beauty

2 Vida Beauty telah ditubuhkan pada 01hb Disember 2006 secara kecil-kecilan dan telah bermula
mengembangkan sayap niaganya secara meluas pada 01hb Mei 2008 melalui geran sebanyak RM1 juta
daripada kerajaan sebagai modal untuk memulakan perniagaan kosmetiknya. Vida Beauty merupakan
sebuah syarikat pengeluar produk-produk kesihatan dan kecantikan. Produk-produk yang dikeluarkan oleh
Vida Beauty seperti minuman kesihatan di bawah jenama Pamoga telah melonjak tinggi. Vida Beauty
telah memulakan sesuatu yang menjadikan syarikatnya mempunyai imej dan pakaian seragam pekerja
yang melambangkan syarikatnya. Tema warna juga telah memainkan peranan penting dalam usaha
memperkenalkan atau memasarkan produk kepada pengguna. Melalui pendekatan ini, hasil yang
memberangsangkan daripada galakan dan sokongan padu semua, terutamanya organisasi syarikat Vida
Beauty sendiri.
Dengan adanya perancangan yang teratur dan berkesan, Vida Beauty telah berjaya mempunyai 38
cawangan di beberapa negeri iaitu Perak, Kelantan, Penang, Terengganu, Kedah dan Kuala Lumpur serta
mempunyai lebih 400 stokis di negara-negara termasuk Singapura dan Brunei. Setakat ini, Vida Beauty
telah mempunyai seramai 120 orang tenaga pekerja yang berkelulusan dan berdaya kental dalam
membantu meningkatkan sasaran yang di aturkan oleh pihak pengurusan syarikat.
Pekerja Syarikat Vida Beauty amat memberikan komitmen yang amat jitu dalam mencapai matlamat
yang telah di maklumkan oleh pihak pengurusan Vida dari masa ke semasa demi menaikkan nama Vida
Beauty dan seterusnya mengembangkan lagi sayap niaga Kosmetik dan Kesihatan Vida Beauty ke taraf
yang Global dan International tak kira dari segi pengiklanan, pemasaran, perniagaan Alam Maya mahupun
jualan secara promosi melalui persembahan program mengikut perubahan yang positif.
Dato 'Vida juga menggunakan slogan "Qu Puteh, Qu Puteh, Barulah Puteh" untuk membuat
masyarakat mengingati produknya. Ini menjadikan Dato 'Vida sentiasa berpegang kepada visi iaitu untuk
menghasilkan dan menyebarkan produk kecantikan dan kesihatan di Malaysia yang pertama dijamin halal
dan berkesan. Untuk mencapai visinya, pelbagai halangan telah menimpa beliau apabila dikatakan jumlah
penajaan yang terlalu tinggi, penggunaan slogan dan pengiklanan di AJL dianggap berlebihan, tetapi
usahawan ini sentiasa menghadapi halangan ini dengan tenang untuk mempromosikan produknya. Malah
dua produk kosmetik jenama Qu Puteh di pasaran ditarik balik selepas Kementerian Kesihatan Malaysia
dan Brunei mendapati ia mengandungi merkuri.
Tanpa kekuatan yang jitu, segala yang dirancang dan diusahakan tidak berhasil dengan jayanya
seperti mana kekuatan organisasi, di samping mengeluarkan produk yang berkualiti dan berkhasiat yang
amat baik untuk semua pengguna. Bagi Vida Beauty, tiada apa yang mustahil untuk dilaksanakan selain
daripada menjanjikan yang terbaik bagi setiap penghasilan produk yang telah di lahir serta dizahirkan.
[Diolah : http://entrepreneurship151c.blogspot.my/2015_11_01_archive.html]

Berdasarkan kes di atas,

(a) Jelaskan visi, misi, dan objektif [VMO] bagi Vida Beauty. [6]
(b) Jelaskan analisis persekitaran (SWOT) yang boleh dijalankan oleh Vida Beauty bagi
mengembangkan lagi perniagaannya. [12]
(c) Kejayaan Dato’ Sri Vida melalui perniagaan Vida Beauty Sdn. Bhd bergantung perancangan
dalam pengurusan operasi. Terangkan perancangan yang dilaksanakan dalam pengurusan operasi Vida
Beauty Sdn. Bhd. [12]

You might also like