Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

‫بسم هللا الرمحن الرحيم‬

‫ نور اإلميان‬: ‫احلديث‬

Ya Allah, kurniakanlah kami kefahaman ilmu dan berkatilah daripadanya apa telah kami
perolehi. Tetapkanlah hati-hati kami untuk istiqomah di jalan mencintai kekasih-Mu,
RASULULLAH SAW.

3 Julai 2021 | Kelas Pertama ; Al-Fadhilah Ustazah Fatimah Habsyi.

1) Terjemahan Hadis Pertama; Tama’ninah dan khuysu’ di dalam solat.


Diriwayatkan daripada Anas ra., daripada Nabi Muhammad SAW, bersabda: “ Sempurnakanlah rukuk
dan sujud kalian masing-masing – sesungguhnya aku melihat kalian di belakangku ketika kalian rukuk
dan ketika sujud”
(Imam Bukhari & Muslim)
▪ Hadis ini mengajarkan kita tentang pentingnya mendirikan solat dalam keadaan tama’ninah dan
khusyu’, bahkan tama’ninah juga merupakan salah satu daripada rukun solat yang
menyebabkan solat tidak sah apabila mendirikan solat tanpa tidak tama’ninah.
▪ Kadarnya tama’ninah ialah dengan SubhanaAllah.
▪ Dikisahkan ada seorang lelaki yang sedang solat sambil tanggannya bermain janggut. Kemudian
Rasulullah SAW berkata; “ Jika lelaki itu khusyu’ dia tidak akan bermain dengan janggutnya
ketika solat sama ada secara sengaja atau tidak”

2) Terjemahan Hadis Kedua; Keistimewaan ahli Yaman


Diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra. Berkata, Rasulullah SAW bersabda; “ Telah datang kepada kalian
ahli Yaman, mereka mempunyai jiwa yang mudah tersentuh dan hati yang sangat lembut. Iman itu dari
Yaman, hikmah itu dari Yaman. “
(Imam Bukhari & Muslim)
▪ Dikisahkan pada pemerintahan khalifah Saidina Abu Bakar As-Siddiq ra., ramai orang Islam
yang murtad dan enggan membayar zakat kecuali orang-orang Yaman yang memberikan taat
setia mereka kepada S. Abu Bakar ra.
▪ Rentetan itu, S.Abu Bakar ra. mendoakan khas bagi orang Yaman, di mana salah satu doa beliau
ialah; tidak akan berhenti pertumbuhan ulama’ dan ilmu di Yaman.
▪ Berkat doa S.Abu Bakar ra., sehingga kini Yaman telah banyak memberi sumbangan melahirkan
generasi ulama yang bukan sahaj mempunyai ilmu yang tinggi bahkan juga dihiasi dengan
akhlak terpuji.
▪ Berkatnya juga dakwah para ulama dari Yaman telah menyebarkan keberkahannya kepada
negara-negara lain. Cth; kesan dakwah Wali Songo yang datang dari ahli Yaman telah
memberikan kesan yang baik dan pertumbuhan ulama’ di Indonesia.
3) Terjemahan Hadis Ketiga; Adil dalam kalangan Anak-anak.
Diriwayatkan daripada Nu’man bin Bashir ra. berkata, Rasulullah SAW bersabda; “ Bertakwalah kamu
kepada Allah dan berlaku adil lah terhadap anak-anakmu “
(Imam Bukhari & Muslim)
▪ Mengelakkan rasa dengki antara anak-anak disebabkan layanan yang diberikan tidak adil
mengikut apa yang diperlukan oleh setiap anak-anak.
▪ Jika seseorang bertaqwa, maka dia akan kekal berlaku adil kepada anak-anak.
▪ Adil ini dengan makna; memberi berdasarkan keperluan.
▪ Dikisahkan daripada hadis ini, bahawa Sayyidina Nu’man bin Bashir menyatakan kepada
Rasulullah SAW, beliau menghadiahkan seorang hamba kepada salah seorang anaknya.
▪ Lalu Rasulullah SAW bertanya; “Adakah kamu menghadiahkan juga hamba kepada anak-anak
yang lain ?” Kemudian S.Nu’man menjawab; “ Tidak”.
▪ Maka Rasulullah SAW membacakan hadis ini dan menasihatkan S.Nu’man untuk berlaku adil
kepada setiap anaknya.
▪ Lalu S.Nu’man segera mengambil semula hamba yang telah dihadiahkan kepada seorang
anaknya setelah mendengar jawapan daripada Rasulullah SAW.
▪ Dari kisah Nabi Yaakub dan Nabi Yusuf juga memberikan hikmah pengajaran kepada orang tua
untuk berlaku adil terhadap setiap anak-anak meskipun salah seorang daripada anak
mempunyai kelebihan yang istimewa berbanding anak-anak yang lain demi mengelakkan rasa
cemburu dan dengki dengan layanan yang diberikan oleh orang tua secara tidak adil.

4 Julai 2021 | Kelas Kedua


4) Terjemahan Hadis Keempat; Solat yang tidak disukai kaum munafik.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra., daripada Nabi Muhammad SAW, bersabda; “ Solat yang paling
berat bagi orang munafik ialah; solat fardhu isya’ dan solat fardhu subuh. Andai sahaja mereka
mengetahui apa yang ada di dalam kedua-dua solat tersebut, mereka akan dating kepadanya walau
dalam keadaan merangkak. Kemudian aku (Rasulullah SAW) segera bergegas untuk mendirikan solat.
Kemudian aku meminta lelaki yang lain untuk mengimami solat berjemaah tersebut. Kemudian, aku
berjalan dengan lelaki-lelaki yang lain untuk mencari obor untuk menuju kepada mereka; yang tidak
mendirikan solat, kemudian aku bakar rumah-rumah mereka dengan api”.
(Imam Bukhari & Muslim)
▪ Hampir sahaja Rasulullah SAW membakar rumah mereka; menunjukkan sifat ketegasan
Rasulullah SAW dan betapa kasih sayangnya Baginda kepada kita untuk menegaskan betapa
pentingnya kedua-dua solat tersebut (lebih lagi dalam keadaan berjemaah).
▪ Fadhilat daripada hadis ini;
1. Rasulullah SAW menganjurkan solat isya’ dan solat subuh kerana terdapat pada
keduanya keistimewaan yang berbeza. Namun, hendaklah diberi perhatian juga dalam
mendirikan solat fardhu yang lain. Lebih digalakkan jika mendirikan solat secara
berjemaah. Sepertimana yang disebutkan oleh Rasulullah SAW; “Barangsiapa yang
solat subuh dan isya’ secara berjemaah, Allah akan menjaga dia sepanjang satu hari”
2. Diperbolehkan bagi imam untuk pergi (keluar dari saf solat berjemaah) setelah
diperkumandangkan iqamat.
3. Hadis keutamaan untuk mendirikan solat fardhu, serta meraikan sunnah Rasullah SAW
untuk mendirikan solat secara berjemaah.

5 Julai 2021 | Kelas Ketiga


5) Terjemahan Hadis Kelima : Tujuh perkara yang mendatangkan dosa besar.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra., Nabi Muhammad SAW bersabda; “ Jauhilah tujuh perkara
mendatangkan kecelakaan / dosa besar : Syirik kepada Allah swt, sihir, membunuh jiwa manusia yang
diharamkan kecuali yang telah ditetapkan di dalam syariat, memakan riba’, memakan harta anak yatim,
berpaling tadah (lari dari medan perang) dan menuduh wanita solehah melakukan zina”
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Tujuh hal yang mendatangkan dosa besar kepada pelakunya;
1) Syirik
• menyembah selain dari Allah swt. (menyekutukan/ menduakan)
2) Sihir
• Memesongkan penglihatan manusia – menyebabkan mereka yang terkena sihir
akan melihat hal yang lain. (Cth; kisah yang berlaku semasa zaman Firaun yang
dimana para ahli sihir menukarkan tali mereka kepada ular menggunakan sihir.
Namun, sebenarnya tali itu masih tetap pada bentuknya dalam penglihatan Nabi
Musa as, melainkan mata-mata orang yang hadir untuk menyaksikan
perlawanan yang diadakan oleh Firaun. Sedangkan apabila Nabi Musa as
mencampakkan tongkatnya, dengan izin Allah tongkat tersebut benar-benar
bertukar menjadi ular yang besar dan disaksikan oleh para ahli sihir Firaun.
• Sihir adalah penipuan dari syaitan; dikhuatiri boleh jatuh kafir.
• Mukjizat : Sesuatu yang haq – seperti tongkat Nabi Musa as yang bertukar
menjadi ular yang besar.
• Karomah : diberikan untuk hamba Allah yang teguh imannya.

3) Bunuh diri
• Sama ada diri sendiri / orang lain.
• Hanya boleh membunuh atau dibunuh kerana jika telah menepati apa yang
ditetapkan oleh syara’.
• Jika tidak sengaja membunuh; tak perlu dibunuh tetapi perlu kepada
hukuman yang lain.
• Adapun jika sengaja membunuh; masih boleh untuk bertaubat dan boleh
dipertimbangkan hukuman ke atasnya.
• Jika membunuh kerana kebenaran atau keadlian, maka dibolehkan.
4) Makan riba’
• Satu akad jual beli yang khusus yang tidak diketahui berapa timbangannya
dalam sesuatu akad.
• Melambatkan/ menangguhkan dua pertukaran.
• Dalam isu duit kutu ;
I. Bila sampai giliran mendapat jumlah wang yang telah disepakati,
hendaklah berniat “Saya berhutang dahulu dengan rakan-rakan yang
lain, dan akan membayarnya kemudian”
II. Cara lain; Kumpul semua jumlah wang sehingga pada akhir tempoh
yang disepakati, kemudian membahagikan wang yang dikumpul
tersebut kepada setiap ahli yang terlibat secara sama rata.
5) Makan harta anak yatim
• Tidak semestinya duit atau makanan, bahkan setiap hal yang merupakan
kepunyaan hak kepada anak yatim tersebut.
• Memakan harta anak yatim juga sama keadaan dengan orang
yang merosakkan harta masjid.
• Rasulullah SAW mengatakan bahawa kedudukan bagi orang yang menjaga
kebajikan dan menguruskan harta anak yatim dengan Amanah, maka
kedudukan bersama Rasulullah SAW di akhirat kelak seperti rapatnya jari
telunjuk dan jari tengah.
6) Berpaling tadah
• lari dari medan peperangan.
• Dibolehkan sekiranya dalam keadaan tentera Islam berseorangan dan perlu
melawan tentera Musyrikin melebih dua orang, maka dibolehkan
tentera Islam tersebut pergi ke tempat yang lain dalam Kawasan
medan peperangan.
• Peperangan yang dimaksudkan ialah; antara tentera Islam dengan tentera
musyrikin sahaja. Adapun peperangan antara kaum Muslimin
adalah dilarang.
7) Menuduh seorang perempuan beriman dan solehah melakukan zina.
• Perempuan yang dimaksudkan; solehah, banyak beribadah, maruah yang
terpelihara dan dituduh melakukan zina.

❖ Fadhilat hadis kelima:


1. Jangan mendekati sedikit pun tujuh golongan yang telah disebutkan di dalam hadis
kerana akan mendatang dosa besar serta kecelakaan bagi manusia.
2. Pendapat ulama mengatakan bahkan terdapat lebih 70, 700 keadaan lain yang
membawa kepada dosa besar, namun 7 golongan ini adalah yang paling utama untuk
dimaklumi.
6) Terjemahan Hadis Keenam; Amalan yang paling disukai Allah Taala.
Diriwayatkan daripada Ibnu Mas’ud ra., Rasulullah SAW bersabda; “Amalan yang paling disukai di sisi
Allah swt ialah solat pada waktunya, kemudian berbuat baik kepada kedua ibu bapa, kemudian berjidah
di jalan Allah swt.
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Abdullah Mas’ud yang diberi gelaran; Abu Abd Rahman iaitu ayah kepada Abd Rahman
(anaknya).
❖ Beliau telah mengikuti dua hijrah; hijrah ke Habsyah dan Madinah.
❖ Beliau antara sahabat yang paling disayangi Rasulullah SAW.
❖ Seorang alim dan faqih serta menghafal Al-Quran
❖ Wafatnya pada tahun 30 Hijrah, ketika berumur 60 tahun.
▪ Di dalam hadis ini menyebutkan 3 amalan yang paling disukai oleh Allah swt;
1. Solat pada waktunya; pada awal waktu – segera bersiap untuk menunaikan solat.
2. Mentaati ibu bapa selagi tidak menyalahi syara’
➢ Walau hanya satu titis susu ibu pun, kita tidak akan mampu untuk membalas
jasa ibu, inikan pula penat Lelah dan pengorbanan yang telah dilakukan demi
memberikan yang terbaik untuk anaknya.
➢ Meskipun ibu ayah masih kafir, wajib bagi kita menghormati dan mentaati
mereka selagi mana tidak bertentangan dengan syara’.
➢ Bukanlah anak yang soleh jika tidak mendoakan ibu bapanya lebih dari 5 kali
sehari.
➢ Baca doa untuk ibu bapa selepas azan, usaha yang paling rendah untuk
memastikan kita sentiasa mendoakan ibu ayah.
3. Berjihad di jalan Allah swt; bagi menegakkan syiar Allah swt.
➢ 3 kaedah peperangan di dalam Islam;
i. Menggunakan pedang
ii. Infaq.
iii. Lidah; memberikan hujah dengan berhikmah dan tidak memaksa.
❖ Fadhilat hadis keenam:
1. Rasulullah SAW menggalakan umatnya mendirikan solat diawal waktu.
2. Hendaklah seorang anak mentaati ibu bapanya walau apa acara sekali pun selagi mana
tidak menyalahi syara’
3. Kedudukan berbuat baik kepada ibu bapa mendahului keperluan berjihad. Sepertimana
ada disebutkan tentang kisah seorang sahabat yang dinasihatkan oleh Rasullah SAW
untuk kekal di rumah menjaga orang tuanya dan tidak perlu untuk ikut sama berperang
dengan tentera Islam yang lain.
6 Julai 2021 | Kelas Keempat
7) Terjemahan Hadis Ketujuh: Orang yang paling Rasulullah saw sayang
Diriwayatkan daripada Amru bin ‘As ra., berkata; Rasulullah SAW bersabda; “ Orang yang paling aku
cintai ialah Aisyah dan orang yang paling cintai daripada kalangan lelaki ialah ayahnya (Saidina Abu
Bakar ra.) “
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Amru bin As - Nama sebenarnya; Abu Abdillah Amru bin Asi Wail bin Qarsyi As- Syahmi
❖ Masuk Islam tahun ke- 7. Ada juga ulama yang berpendapat pada tahun Ke- 8 iaitu sebelum
pembukaan kota mekah.
❖ Pernah dilantik sebagai ketua perang thalatin (Nabi tak hadir, amru ganti sebagai ketua)
❖ Dilantik sebagai khalifah di Oman sehingga Rasulullah SAW wafat.
❖ Diutuskan di negara berbeza sebagai khalifah; dilantik semasa zaman pemerintahan khalifah S.
Abu Bakar ra. dan S.Umar ra.
❖ Sehingga S. Umar ra. wafat, ditambah lagi 4 tahun menjadi khalifah semasa pemerintahan
Saidina Uthman ra.
❖ Wafatnya pada malam raya, ketika berumur 70 tahun

▪ Di dalam hadis ini Rasulullah memberitahu siapakan manusia yang paling Baginda sayangi: iaitu
S. Aisyah Humaira’ dan S. Abu Bakar ra.
▪ Sekali imbas tentang S.Aisyah Humaira’
1. Gelaran yang diberi kepada S. Aisyah; Siddiqah
2. Penghafal hadis yang paling banyak,
3. Hukum-hukum yang diambil dari sisi ilmu Syariat; diambil satu per empat hadis adalah
daripada s. Aisyah Humaira’
4. Ketimewaan; Jibril pernah mengirim salam kepada S. Aisyah Humaira’ (Malaikat Jibril
datang dalam bentuk Dalyah Kalbi (sahabat Nabi yang paling cantik rupanya) berjumpa
dengan Rasulullah SAW, dan mengirimkan salamnya kepada S. Aisyah Humaira’
5. Disukai oleh Rasulullah SAW kerana; akhlak yang baik, rupa paras yang cantik.
6. S. Aisyah Humaira’ merupakan satu-satunya isteri Rasulullah SAW yang masih dara
ketika berkahwin dengan Rasulullah SAW selain dari isteri yang lain.

▪ Sahabat relah bersepakat; sahabat yang terbaik di sisi Rasulullah SAW mengikut peringkat ialah
S.Abu bakar ra, S.Umar ra, S.Uthman dan S. Ali.
▪ Ayahnya S.Aisyah Humaira’ (S. Abu Bakar ra) menjadi sahabat yang paling baik dengan
Rasuullah saw) berbanding para sahabat yang lain.

❖ Fadhilat hadis ketujuh:


1. Harus menyebut nama lelaki atau perempuan yang kita paling suka jika; tidak
mendatangkan keaiban dan mestilah orang yang paling disukai mempunyai sifat mulia
pada dirinya
8) Terjemahan Hadis Kelapan : Keadaan menghadiri solat berjemaah.
Diriwayatkan daripada Abi Qatadah ra., Rasulullah SAW bersabda; “Sekiranya kamu hendak datang
untuk solat berjemaah, maka datanglah kepadan dengan tenang. Dan janganlah kamu datang dalam
keadaan tergesa-gesa. Jika kamu dapat menunnaikannya setiap tertib dalam solat bersama imam, maka
tunaikanlah. Namun, jika kamu tertinggal atau tidak sempat maka sempurnakanlah.
(Imam Bukhari & Muslim)

❖ Nama sebenarnya ialah; Qatadah bin Nu’man bin Zaid bin Amir bin Sawad bin Kaab (Dhafr) bin
Al Khazraj bin Amr bin Malik bin Aus bin Ad Dhafiri Al Anshari.
❖ Beliau diberi gelaran Abu amr , Abu Umar atau Abu Abdillah ‘Aqbi dan bersaudara seibu dengan
Abu Said al-Khudri.
❖ Hadir ke perjanjian Baitul Aqabah
❖ Peperangan Badr ialah peperangan pertama yang disertai dan menyertai peperangan yang
selepasnya.
❖ Dikisahkan semasa dalam peperangan Uhud; matanya Abi Qatadah terkeluar dan kemudian
belliau membawa matanya yang terkeluar itu kepada Rasulullah saw. Kemudiannya Rasulullah
SAW memasukkan semula mata tersebut ke tempat asalnya dan berdoa agar diberi
kesembuhan ke atas mata Abi Qatadah. Dengan izin Allah dan berkat doa Rasulullah SAW,
matanya yang terkeluar tadi dapat melihat semula bahkan penglihatannya bertambah lebih baik
dari sebelumnya.
❖ Semasa Yaumul Fatah Mekah (Hari Pembukaan Kota Mekah; beliau merupakan sahabat Nabi
yang memegang bendera; mewakili Bani Zofar.
❖ Wafatnya di Madinah pada tahun 23 H, ketika berumur 65 tahun, ketika pemerintahan S. Umar
ra. dan disembahyangkan oleh S.Umar ra.

▪ Disebutkan bahawa asbab adanya hadis ini kerana dikisahkan;


1. Suatu hari, sahbat bercerit, ketika kami sedang solat berjemaah bersama Rasulullah
SAW, tiba-tiba kami terdengar bunyi bising daripada belakang. (kedengarannya seperti
orang sedang berlari, dalam keadaan nafas semput kerana jalan dalam keadaan
tergesa-gesa)
2. Selepas habis mendirikan solat, Rasulullah SAW kemudiannya berpaling ke belakang
dan bertanya kepada mereka (orang yang datang dalam keadaan tergesa-gesa): “ Apa
sebenarnya yang berlaku tadi ?” Mereka menjawab; “kami datang dengan tergesa-gesa
untuk pastika kami sempat solat berjemaah dengan engkau Rasulullah.
3. Maka, dari peristiwa ini Rasullulah SAW mereka seperti mana yang disebutkan di dalam
hadis ini.

❖ Fadhilat hadis kelapan;


1. Rasulullah SAW menunjukkan bagaiman Islam mengajar adab-adab untuk dalam solat
berjemaah.
2. Hendaklah seharusnya kita hadir solat berjemaah dalam keadaan tenang, tidak berbuat
bising yang akan mengganggu kekhusyukan Jemaah yang lain.
3. Dari hadis ini juga mengajar; apa yang perlu dilakukan jika tertinggal tertib rukun dari
imam ketika solat berjemaah.
4. Hadis ini juga memberitahu kita bahawa meskipun kita tidak dapat mendirikan tertib
rukun solat yang sempurna bersama imam dari awal; tetap sahaja mendapat ganjaran
pahala berjemaah yang sama seperti orang yang dapat mengikuti imam dengan
sempurna.

9) Terjemahan Hadis Kesembilan : Adab dan amalan sebelum tidur


Diriwayatkan daripada Barra’ bin ‘Azib ra., Rasulullah SAW bersabda; “ Sekiranya kamu ingin datang
tempat tidurmu, maka berwuduklah seperti wuduknya hendak mendirikan solat. Kemudian, berbaringlah
di atas bahu sebelah kanan dan kemudian berdoalah (artinya): “Ya Allah ya Tuhanku, aku berserah diri
kepada-Mu, aku serahkan urusanku kepada-Mu dengan berharap-harap cemas (benar-benar berharap),
kerana tidak ada tempat berlindung dan tempat yang aman dari azab-Mu kecuali dengan berlindung
kepada-Mu. Aku beriman kepada kitab-Mu yang telah Engkau turunkan dan aku beriman kepada Rasul-
Mu yang telah Engkau utus” (doa) sehingga akhirnya. Dan sekiranya kamu mati daripada malamu, maka
kamu mati dalam keadaan beriman. Dan jadikanlah (doa dan adab-adab sebelum tidur) sebagai perkara
terkahir yang kamu ucapkan, sebagai ucapan terkahir dalam hidup kita”.
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Nama sebenarnya ialah: Al-Barâ` bin ‘Âzib bin al-Harits bin ‘Adi bin Majda’ah bin Hâritsah bin al-
Hârits bin al-Khazraj bin ‘Amr bin Mâlik bin Aus al-Madani al-Hâritsi al-Ausi.
❖ Diberi gelaran Abu Umarah/ Abu ‘Amr
❖ Referensi: https://almanhaj.or.id/8473-albar-bin-zib-alanshri-radhiyallahu-anhu.html
❖ Gelarannya: Abu Umarah
❖ Sahabat kepada anak sahabat; ayahnya Azib al-ansari
❖ Mengenali Nabi Muhammad SAW sewaktu masih kecil.
❖ Semasa usianya masih belum baligh beliau meminta izin Rasulullah SAW untuk turut menyertai
Perang Badr; tidak diizinkan kerana belum baligh. (S.Barra ra. dan anak s.Umar ra.)
❖ Setelah baligh beliau menyertai Perang Khandaq (peperangan pertama yang disertai) dan
peperangan yang seterusnya sehingga peperangan yang akhir beliau hadir.
❖ Hadir ke pembukaan mekah.
❖ Wafatnya beliau ada pendapat mengatakan 71/72 H dalam keadaan matanya buta.

▪ Maka di dalam hadis ini disebutkan sebahagian dari doa dan adab-adab sebelum tidur:
Terdapat 10 doa dan amalan yang disenaraikan oleh Al-Fadhilah Ustazah:
1. Berwuduk sebelum tidur.
✓ Selain menjaga kesucian, berwuduk juga memberikan kesegaran pada badan
sebelum tidur.
✓ “Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah
berwuduk terlebih dahulu sebagaimana wudukmu untuk melakukan solat”
(Imam Bukhari & Muslim)
✓ Tambahan; Pendapat hubabah, perempuan yang sedang dalam haid tudak
digalakkan baginya untuk berwuduk. Kerana tujuan wuduk adalah bagi
mengangkat hadas kecil sedangkan haid itu adalah dalam kategori hadas
besar. Maka boleh jatuh kepada dos ajika dia dalam keadaan haid tetapi masih
mengangkat wuduk.

2. Tidur mengiring ke kanan.


✓ Kajian juga mengatakan tidur seperti yang disarankan oleh Rasulullah SAW
ialah sebagai posisi tidur yang sihat; membantu proses pernafasan yang lancar.
✓ “Berbaringlah di atas rusuk sebelah kananmu” (Imam Bukhari & Muslim)

3. Meletakkan tangan kanan di pipi kanan


✓ Dikatakan juga apabila pipi bersentuhan dengan telapak tangan dapat
mengeluarkan aura negatif daripada badan.
✓ “Rasulullah SAW apabila tidur meletakkan tangan kanannya di bawah pipi
kanannya” (HR. Abu Dawud, At- Tirmizi, Ibnu Majah dan Ibnu Hibban)

4. Jangan tidur dalam keadaan meniarap


✓ Rasulullah SAW menegah tidur dalam keadaan meniarap. Perkara ini juga
berkait dengan masalah kesihatan badan jika dilihat dari aspek biologi dan
kesihatan badan kerana ia mengganggu jantung dan saluran pernafasan seperti
yang dinyatakan di dalam hadis di atas.
✓ “Sesungguhnya (posisi tidur meniarap) itu adalah posisi tidur yang dimurkai
Allah Azza Wa Jalla” (HR Abu Dawud)

5. Jaga kebersihan tempat tidur.


✓ Membersihkan tempat tidur juga adalah sunnah Nabi yang wajib kita jadikannya
sebagai amalan; menjaga kebersihan dan membantu pernafasan kita yang
tidak diganggu oleh bakteria atau debu yang ada di tempat tidur. Bahkan kita
juga akan lebih selesa jika suasana bersih dari segala kekotoran.
✓ “Apabila seorang dari kamu akan tidur pada tempat tidurnya, maka hendaklah
mengibaskan kainnya pada tempat tidur itu terlebih dahulu, kerana ia tidak tahu
apa yang ada di atasnya” (HR. Bukhari & Muslim)

6. Tidur selepas waktu isya’


✓ Digalakkan tidur selepas isya’ walau waktu Isya agak Panjang.
✓ Jika kita lalai, pasti akan meninggalkan solat fardhu isya’ ini.
✓ Tidur selepas mendirikan solat Isya’ – seperti mana sunnah Nabi yang wajib
diamalkan.
✓ “Rasulullah SAW membenci tidur malam sebelum (solat Isya’) dan berbincang-
bincang (yang tidak bermanfaat) steelahnya”
(HR Bukhari & Muslim)

7. Menunaikan Solat Witir


✓ Jika dilaksanakan mendapat pahala serta mampu menenangkan diri kita serta
membolehkan kita berdoa sebelum tidur.
✓ Dipanggil juga sebagai solat malam; ahsan jika diteruskan dengan solat tahajud
selepas bangun dari tidur.
✓ “Kekasihku iaitu Rasulullah SAW mewasiatkan kepadaku tigas wasiat; 1)
Berpuasa tiga hari setiap bulannya, 2) mengerjakan dua rakaat solat Dhuha, 3)
mengerjakan witir sebelum tidur” (HR. Bukhari)

8. Membaca doa sebelum tidur


✓ Mmberi ketenangan; tidur menjadi sebagai satu ibadah.
✓ Dari Hudzaifah berkata; “Apabila Nabi SAW hendak tidur, beliau mengucapkan:
“Bismika Allahumma Amuutu Wa Ahya (Dengan nama-Mu, Ya Allah aku mati
dan aku hidup)”
✓ Dan apabila bangun tidur, beliau mengucapkan: “Alhamdulillahillazi Ahayan
Ba’da Ma Amaatan Wa Ilahi Nusyur (Segala puji bagi Allah yang telah
menghidupkan kami setelah mematikan kami, dan kepada-Nya lah tempat kami
kembali” (HR. Bukhari)

9. Meniup tapak tangan


✓ Rasulullah SAW ketika berada di tempat tidurnya pada setiap malam dengan
mengangkat kedua-dua tapak tangannya yang ditiup dan membaca; (Surah al-
Ikhlas, Surah AL-Falaq, Surah An-Nas)
✓ Kemudian mengusap dengan kedua-dua tapak tangan kepada seluruh anggota
tubuh yang dapat dicapai bermula dari kepala, muka dan bahagian depan
tubuh. Baginda melakukannya sebanyak tiga kali. (HR. Bukhari)
✓ Hadis tersebut bermaksud; bukan sekadar meniup tetapi ia mempunyai doa dan
zikir yang ditujukan kepada Allah swt.

10. Membaca Ayat Kursi


✓ Antara sunnah Rasulullah SAW sebelum tidur sepertimana disampaikan oleh
Baginda melalui Riwayat hadis berikut; “Jika kamu hendak berbaring di atas
tempat tidurmu, bacalah Ayat Kursi keran dengannya kamu selalu dijaga oleh
Allah Taala dan syaitan tidak akan dapat mendekatimu sampai pagi”
✓ Maka Nabi SAW bersabda,: :Benar apa yang dikatakannya padahal di aitu
pendusta. Do aitu syaita” (HR. Bukhari)
✓ Selain membaca Ayat Kursi, kita boleh membaca apa saja dari Ayat Al-Quran
mengikut kesesuaian serta keperluan diri.
7 Julai 2021 | Kelas Kelima

10) Terjemahan Hadis Kesepuluh: Ketika Allah mencintai hamba-Nya.


Diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra., daripada Rasulullah SAW bersabda; “Sekiranya Allah menyukai
seseorang hamb-Nya, maka Allah akan memanggil Jibril dan berkata; “Sesungguhnya Allah menyukai
fulan, maka cintailah dia. Maka Jibril akan menyayangi orang tersebut. Maka, Jibril akan memanggil
semua makhluk Allah yang ada di langit dan berkata; “Sesungguhnya Allah menyayangi fulan, maka
kalian cintailah dia. Maka seluruh ahli langit menyayanginya. Dan sekiranya Allah telah memberitahu
malaikat Jibril tentang siapa yang Allah suka, maka Allah akan letak penerimaan kepada (kebaikan dan
kemuliaan) kepada hamba-Nya yang disukai-Nya itu di bumi”.
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Jibril; Ketua sekalian malaikat ; tugasnya menurunkan wahyu. Namun, tugas Jibril tamat setelah
kewafatan Rasulullah SAW.
❖ Maksud daripada ayat hadis ) ‫ ;( يوضع له القبول يف األرض‬kebaikan dan kemuliaan yang diterima
di bumi dengan makna; orang akan suka dan terima dia dengan baik. Bagaimana nak
mengetahui orang itu disayangi Allah dan manusia ? ; Lihat cara penerimaan orang kepada dia,
kerana (kebaikan dan akhlaknya)

❖ Fadhilat hadis ke-10:


1. Kasih sayang dan kecintaan Allah kepada yang Allah suka; maka Allah beri kelebihan
dan nikmat kepada orang yang disukai-Nya.
2. Tandanya disayangi Allah; org tersebut yang berakhlak baik dan disenaangi semua
orang.
3. Allah swt menyeru (menzahirkan kemuliaan seseorang hamba di sisi Allah) malaikat
Jibril kerana taat kepada Allah swt.
4. Perkara yang paling besar (salah satu nikmat) dalam kehidupan ialah diterima oleh
masyarakat kerana akhlak yang baik.

❖ Bagaiman cara untuk dicintai oleh Allah swt ?


1. Mengikuti sunnah Rasulullah saw dengan istiqamah (melazimi sesuatu amalan).
2. Berkasih sayang dalam kelompok masyarakat
3. Dalil: " ‫ْمتَطَ ِه ِري َن‬ ُّ ‫ني َو حُِي‬
‫ب ال ح‬ َ ِ‫َّواب‬ ُّ ‫اَّللَ حُِي‬
َّ ‫ب الت‬ َّ ‫( " إ َّن‬Surah Al-Baqarah: 222)
11) Terjemahan Hadis Kesebelas: Keadaan akhir zaman; kebenaran mimpi orang soleh.
Diriwayatkan daripada Abi Hurairah ra., daripada Nabi Muhammad SAW bersabda; “Sekiranya telah
hampir waktu (hari kiamat atau dengan dengan ajal seseorang atau perubahan masa yang berlaku
dengan cepat sehingga tidak boleh dibezakan di antara siang dan malam) dan hampir tidak ada mimpi
seorang lelaki (termasuk juga perempuan) muslim itu dusta. Dan orang yang paling benar mimpinya ialah
orang yang paling jujur bicaranya”.
(Imam Bukhari & Muslim)
❖ Apabila telah sampai 3 waktu tersebut, hampir semua mimpi (boleh dijadikan petunjuk) lelaki
muslim adalah benar. Dan mimpi orang yg paling benar ialah lelaki yang paling benar) kebenaran
mimpi yang hanya berlaku pada masa akhir zaman.
❖ Maksud sebenar daripada hadis;
1. Berlaku apabila terputusnya keadaan/suasana menuntut ilmu; sampai satu zaman
terputusnya sumber ilmu. (tiada lagi ulama, tiada lagi orang yang menyampaikan ilmu)
2. Hadis ini disesuaikan dengan; Tiada lagi majlis ilmu dan ulama; yang tinggal hanya
wanita dan lelaki biasa. Justeru, jika ingin merujuk sesuatu perkara, maka rujuklah
kepada (lelaki dan wanita muslim yang jujur)

❖ Perbezaan makna tafsiran di dalam hadis di antara perkataan " ‫" رؤاي " & "حديثا‬

1. ‫ ;حديثا‬percakapan yang benar akan memberikan mimpi yang benar (mimpi yang benar
ialah khabar gembira buat seseorang dan sebaliknya).
2. ‫ ; رؤيا‬Mimpi mainan syaitan sama ada mimpinya baik atau buruk (hilm).

❖ 3 Jenis mimpi;
1. Mimpi baik; khabar baik dari Allah.
2. Mimpi sedih; mainan syaitan
3. Mimpi yang akan berlaku pada seseorang (petanda awal); sama ada baik ataupun tidak
baik. (cth: mimpi dia akan kahwin)

❖ Tindakan jika mimpi yang menepati sunnah dan syariat :


1. Beramal dengan apa yang disampaikan di dalam mimpi tersebut; jika menepati sunnah
dan syariat Islam. (cth: Rasulullah SAW datang ke dalam mimpi dan ijazahkan satu ayat
selawat, maka beramal lah dengan mimpi tersebut); kerana selawat tidak menyalahi
syara’.
❖ Mimpi orang yang bercakap jujur ; 1⁄4 daripada bahagian kenabian.
❖ Siapa yang bermimpi berjumpa dengan Rasulullah SAW, maka mimpi itu adalah benar; kerana
syaitan tidak boleh menyerupai Rasulullah saw di dalam mimpi.

❖ Adab jika mendapat mimpi yang baik :


1. Bersyukur (ucap Alhamdulillah)
2. Rasa gembira (sama ada mimpi itu khabar dari Allah atau perkara yang akan berlaku)
3. Khabarkan mimpi itu kepada oran yang dipercayai dan suka kepada kita (Cth; Nabi
Yusuf as. menceritakan kisah mimpinya kepada Nabi Yaakub as.)
❖ Adab apabila mendapat mimpi yang buruk :
1. Mengucapkan isti’azah
2. Meniup tiga kali (keluarkan sedikit air liur) ke sebelah kiri
3. Jangan beritahu kepada sesiapa pun tentang mimpi itu (risau menjadi kenyataan ketika
kita bercerita tentangnya, kerana kita tidak mengetahui bila waktunya Allah
memakbulkan doa) kecuali ianya terlalu meresahkan maka bertanya kepada ahlinya
(orang yang dipercayai/orang soleh).
4. Mendirikan solat sunat taubat.
5. Berpindah ke tempat tidur yang lain.
6. Membaca Ayat Kursi atau apa-apa ayat (Al-Quran atau doa) yang boleh menenangkan
diri.

You might also like