Sejarah Tingkatan 3 Bab 7

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

LAPORAN KAJIAN KES TINGKATAN 3

Tema : Kedatangan Kuasa Asing

TAJUK 7 : Campur Tangan dan Penjajahan Kuasa Barat

Standard Kandungan : 7.6 Pentadbiran barat terhadap ekonomi dan sosial

Standard Pembelajaran : 7.6.3 Mewajarkan kesan ekonomi akibat pentadbiran Barat di negara
kita

Pernyataan Masalah : Penggunaan teknologi moden merupakan antara ciri-ciri ekonomi moden
yang telah diperkenalkan oleh kuasa barat di negara kita,

Objektif Kajian:

1. Murid dapat mengetahui ciri-ciri ekonomi moden yang diperkenalkan oleh kuasa barat di
negara kita.

2. Murid dapat menganalisis perkembangan penanaman getah di Tanah Melayu sebelum dan
selepas merdeka.

3. Murid dapat menyatakan ikhtibar yang diperolehi daripada kesan kemajuan ekonomi yang
diperkenalkan Barat di negara kita.

Kaedah Kajian:

1. Kaedah penyelidikan perpustakaan

Saya telah membuat penyelidikan perpustakaan,iaitu mencari maklumat daripada buku


ilmiah,akhbar dan majalah serta lainnya.Melalui kaedah ini,banyak maklumat telah saya perolehi
untuk membuat kajian kes ini.

2. Kaedah melayari internet

Saya telah melayari beberapa laman web untuk mencari maklumat berkaitan tajuk tugasan kajian
kes. Salah satu laman web tersebut ialah http://www.bharian.com.my/rencana/muka
10/2017/11/348063/teknologi-moden-pikat generasi-muda-bertani.

3. Kaedah pemerhatian

Saya telah membuat pemerhatian tentang kesan ekonomi yang berlaku di persekitaran saya
seperti penggunaan teknologi moden dalam pertanian yang membawa keuntungan kepada petani.
Hasil dapatan :

Persoalan 1 : Apakah tujuan teknologi moden digunakan dalam bidang-bidang industri di negara kita?

Tujuan teknologi moden digunakan dalam bidang-bidang industeri di negara kita ialah dapat
mempercepatkan proses pengeluaran sesuatu barangan atau hasil pertanian.Hal ini demikian kerana,
dapat membantu organisasi perniagaan menyesuaikan diri dengan perubahan yang berlaku serta
meingkatkan komunikasi dalam organisasi.Contohnya penggunaan robotic dalam pembuatan kereta
atau mesin menyemai benih padi.

Selain itu, tujuan teknologi moden yang lainnya ialah dapat memperoleh maklumat dengan
mudah dan cepat.Hal ini kerana,dapat mempercepatkan proses penjanaan idea dalam sesuatu
perbincangan.Contohnya,penggunaan media sosial seperti blog,instagram dan facebook dapat
memabantu menghasilkan visualisasi yang menarik.

Seterusnya tujuan teknologi yang lain ialah dapat memperluaskan skop perniagaan ke tahap
global.Hal ini demikian kerana,jumlah pelanggan yang ramai meliputi jaringan seluruh dunia telah
membawa kepada keuntungan yang lumayan.Contohnya ,pembuatan sarung tangan getah dan kereta
berautonomi telah mendapat permintaan yang tinggi di pasaran.

Akhirnya sekali, tujuan lainnya ialah dapat mengurangkan tenaga buruh. Hal ini demikian
kerana,banyak kerja pembuatan telah diambil alih oleh mesin yang telah dicipta manusia untuk
menghasilkan produk bersekala besar. Contohnya,mesin torehan automatik telah memudahkan kerja
manusia dalam sektor pertanian.

Oleh itu, terdapat pelbagai tujuan teknologi moden digunakan dalam bidang-bidang industrri di
negara kita seperti dapat mempercepatkan proses pengeluaran,memperoleh maklumat dengan
tepat,memperluaskan skop perniagaan dan dapat mengurangkan tenaga buruh.

2. Jelaskan perkembangan penanaman getah sebelum dan selepas merdeka yang menunjukkan
berlakunya penggunaan teknologi.

Perkembangan penanaman getah menjadi pesat pada pertengahan tahun 1890-an. Sumbangan
H.N.Ridley telah memperkenalkan cara torehan terbaik iaitu torehan tulang hering atau ibedem untuk
meningkatkan kekerapan torehan dan menambah pengeluaran susu getah.Teknik ini mampu
menghasilkan getah yang banyak tanpa merosakkan tanaman. Beliau juga telah memperkenalkan teknik
membungkus anak-anak pokok getah dalam arang yang lembab. Teknik ini membolehkan anak-anak
pokok getah diangkut ke tempat jauh bagi membolehkan pembukaan ladang.
Tahun 1926, Institut Penyelidikan Getah telah ditubuhkan untuk membaiki mutu pengeluaran
getah. Getah dieksport ke Sri Langka,Kuala Kangsar dan Taman Botani Singapura. Institut ini membuat
penyelidikan untuk menaikkan mutu dan pengeluaran getah.Buktiya pada tahun 1988,pengeluaran
getah tertinggi telah dicatat sejumlah 1.66 juta tan.

Manakala,perkembangan penanaman getah selepas merdeka juga telah berlaku. Telah wujud
perkembangan teknologi mesin menyemai benih getah dan mesin untuk memproses getah.Sistem
torehan getah secara automatik diperkenalkan untuk mengurangkan kebergantungan buruh,khasnya
pengambilan buruh asing. Penggunaan teknologi ini dapat meningkatkan produktiviti pekebun kecil
serta tahap pengoperasian kerja di ladang.

Selain itu,pada tahun 2021 produk getah Malaysia mencipta sejarah baharu apabila nilai
eksportnya mencecah RM40.96 bilion tahun lalu,paras tertinggi baharu hasil manfaat yang dicetuskan
oleh penularan COVID-19.Jumlah keseluruhan eksport ke Amerika Syarikat,pasaran terbesar produk
getah Malaysia melonjak hampir 79 peratus kepada RM11.8 billion tahun lalu daripada RM7.25 bilion.

3. Berikan pengajaran yang boleh diperoleh daripada usaha kuasa barat untuk memajukan ekonomi di
negara kita.

Pengajaran yang boleh diperolehi daripada usaha kuasa barat untuk memajukan ekonomi di
negara kita ialah,kita perlu berusaha gigih dalam me;laksanaka suatu pekerjaan agar kita peroleh
pulangan yang lumayan.Contoh,British berusaha memperkenalkan kaedah penanaman getah yang
baharu di Tanah Melayu.

Selain itu, pengajaran lainnya ialah kita perlulah memanfaatkan kekayaan negara melalui
permuafakatan semua pihak agar pembangunan negara terus berkembang maju dan tidak dikuasai oleh
pihak luar. Contohnya British telah memanfaatkan pelbagai hasil bahan mentah negara kita untuk
keuntungan mereka.

Seterusnya,kita perlulah bersatu padu agar keharmonian negara dapat dipupuk serta
meningkatkan pemikiran kritis semua pihak demi memajukan negara. Kita tidak mahu peristiwa
kemasukan buruh asing yang dibawa oleh pihak British dahulu berlaku lagi pada masa ini,sehingga
menjejaskan peluang pekerjaan penduduk negara kita.

Justeru,pengajaran lainnya ialah kita hendaklah mengelakkan terpedaya dengan kuasa luar
kerana tidak semua negara luar datang ke tanah air kita hanya untuk memajukan negara
kita.Contohnya,British datang ke Tanah Melayu adalah untuk memonopoli hasil bijih timah di negara
kita dan meluaskan jajahan.

Di samping itu, pengajaran lainnya ialah kita mestilah mencontohi pembaharuan yang dilakukan
oleh kuasa barat di negara kita. Hal ini demikian kerana, kita dapat melahirkan tenaga pekerja yang
berkemahiran tinggi dalam sektor-sektor penting di negara kita. Contohnya, kita perlu mencontohi pihak
British dalam membawa masuk teknologi moden iaitu kapal korek dalam kegiatan perlombongan.
Oleh itu,terdapat banyak pengajaran yang boleh kita contohi dan terapkan dalam kehidupan kita
agar kegiatan ekonomi yang dijalankan di negara kita terus berkembang maju.

4. Kesimpulan yang cadangan

Pengetahuan yang telah saya peroleh daripada kajian kes ialah tentang ciri-ciri ekonomi moden
yang diperkenalkan oleh kuasa barat di negara kita.Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah nilai
bertanggungjawab.Contohnya,rakyat bertanggungjawab untuk negara samaada dari sudut ekonomi
mahupun sosial agar negara terus membangun dengan megah. Justeru,unsur patriotisme yang telah
saya perolehi ialah saya berbangga kerana dapat hidup sebagai rakyat Malaysia kerana Malaysia
mempunyai pelbagai kekayaan hasil bumi seperti emas,timah dan sebagainya yang boleh menarik
pelabur asing untuk menanam modal di negara kita.

Saya bercadang supaya pihak kerajaan menghasilkan bijih benih tanaman yang boleh
memberikan hasil dalam jangka masa yang singkat.Sebagai contoh,sebelum ini tanaman durian
memerlukan jangka masa 10 tahun untuk berbuah tetapi kini tanaman durian hanya memerlukan masa
3 tahun untuk membuahkan hasil.Selain itu,saya bercadang supaya pihak kerajaan menghasilkan alat
untuk mengukur limitasi dalam proses melombong bijih timah agar dapat mengurangkan kos
penyelanggaran untuk menubah kawasan tersebut menjadi tanaman rekreasi. Contohnya,kawasan yang
dilombong perlu mempunyai had untuk melombong agar keindahan alam terus dikekalkan.
Seterusnya,sayu bercadang supaya pihak kerajaan menghasilkan teknologi baharu dalam proses
mengutip hasil getah.Contohnya,penghasilan robot untuk mengutip getah di setiap pokok getah,agar
kita dapat mengurangkan tenaga buruh serta mempercepatkan penghantaran getah untuk dieksport ke
negara luar.Saya berharap agar pembangunan ekonomi di negara kita dapat meningkatkan mutu hidup
rakyat serta pencapaian matlamat sosial yang lain.
RUJUKAN

Internet

https://app.pandai.org/note/read/kssm-sj-09-06/KSSM-F3-SJ-06-01

http://anyflip.com/dtqva/pjwa/basic

https://www.hmetro.com.my/xpresi/2020/01/532211/teknologi-pertanian-tepat

https://ms.wikipedia.org/wiki/Pokok_getah

https://www.risda.gov.my/my/sumber/teknologi

Buku

Dr Azharudin bin Mohamed Ali, et. l.,2018.Sejarah Tingkatan 3.Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Nur Ain, et. Al.,2020. Great Mindset Sejarah Tingkatan 3.Selangor: Alaf Sanjung Sdn. Bhd.

T. Zakaria,et.al.,2019. Super Skills Ulang Kaji PT3 Sejarah.Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd.

Akhbar

Kosmo,13 April 2016, halaman 34

You might also like