Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

SESI LIBAT URUS BERSAMA-SAMA PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH BERKAITAN

CADANGAN UNTUK MELIHAT TAHAP PENGUASAAN MURID SEKOLAH RENDAH DAN


MENENGAH DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2021

PENGERUSI : YBRS. DR. HAJAH RAHIMAH BINTI ADAM


Timbalan Pengarah
Sektor Pengurusan Pembelajaran
Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

Tarikh : 05 November 2021 (Jumaat)


Masa : 11.00 Pagi
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD

1. Apa itu Pentaksiran Setara Standard?


Pentaksiran Setara Standard adalah pentaksiran sumatif dalam Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) yang
dilaksanakan menggunakan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU) yang setara standardnya.

2. Apakah tujuan Pentaksiran Setara Standard dilaksanakan?


• Untuk melihat tahap penguasaan murid Tahun 1 hingga Tingkatan 4 dalam semua mata pelajaran setelah
melalui proses pengajaran dan pembelajaran di rumah serta persekolahan secara penggiliran pada tahun
2021.
• Hal ini adalah untuk pihak sekolah merancang catch-up plan yang sesuai untuk murid apabila mereka
kembali ke sekolah pada Januari 2022 sebelum melanjutkan pembelajaran ke peringkat yang seterusnya.

3. Siapakah yang mengurus pentaksiran setara standard?


Pihak sekolah.

4. Bagaimanakah instrumen pentaksiran setara standard ini disediakan?


Pihak sekolah/PPD/JPN menyediakan instrumen (kertas soalan) berdasarkan JSU dan item (soalan) yang
disediakan oleh JPN/PPD.
PENTAKSIRAN SETARA STANDARD

5. Apakah kaedah yang boleh digunakan untuk melaksanakan pentaksiran setara standard?
Mengikut kesesuaian sekolah dengan memastikan kesahan dan kebolehpercayaan pentaksiran.

6. Bagaimanakah pentaksiran setara standard dilaksanakan bagi murid Tahap 1?


Semasa Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) mengikut mata pelajaran.

7. Bilakah tarikh pelaksanaan pentaksiran setara standard?


Mengikut kesesuaian masa pihak sekolah mulai 21 November sehingga 3 Disember 2021.

8. Siapakah yang memeriksa instrumen pentaksiran setara standard ini?


Guru mata pelajaran.

9. Bagaimanakah kaedah perekodan dan pelaporan pentaksiran setara standard dilaksanakan?


Akan dimaklumkan.
TERIMA KASIH

You might also like