Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN RAJA MUDA MUSA,

33007 KUALA KANGSAR, PERAK


Tel: 05-77733112 Faks: 05-7733111 E-mail: AEB4072@1bestarinet.yes.my

____________________________________________________________________________________________________

MINIT MESYUARAT PANITIA KESUSASTERAAN MELAYU KOMUNIKATIF TINGKATAN


ENAM
BIL. 3/2021

Tarikh : 30 Jun 2021


Masa : 9:00 pagi – 11:30 pagi
Tempat : Kediaman masing-masing ( Google Meet )
Pengerusi : Encik Mohd Shahir bin Mohd Najib (Ketua Panitia Kesusasteraan Melayu Komunikatif
Tingkatan Enam)

Agenda :

1.0 Ucapan Pengerusi


2.0 Pembentangan dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3.0 Perkara Berbangkit
4.0 Analisis Keputusan STPM Semester 1 2021
5.0 Perbincangan Analisis SWOT Pasca STPM Semester 1
6.0 Strategi Mencapai Sasaran / Pelan intervensi
7.0 Penutup

Kehadiran :

1. Encik Mohd Shahir bin Mohd Najib (Ketua Panitia KMK)


2. Puan Suriani binti Mohd Noor

1.0 Ucapan Pengerusi

1.1 Pengerusi mengalu-alukan kehadiran guru pengajian perniagaan ke mesyuarat panitia kali ke-3
bagi tahun 2021

2.0 Pembentangan Dan Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu

2.1 Cadangan : Puan Suriani binti Mohd Noor


2.2 Sokongan : Encik Mohd Shahir bin Mohd Najib

Makluman: semua guru KMK


3.0 Perkara Berbangkit

3.1 Tiada

4.0 Analisis Keputusan STPM Semester 1 2021

4.1 Keputusan Semester 1 2021 adalah seperti berikut :


Pencapai A A- B+ B B- C+ C LP C- D+ D LSB F
an
Bilangan 5 1 3 5 3 2 4 23 4 1 3 8 1

Peratus 15.63 3.13 9.38 15.63 9.38 6.25 12.50 35.14 12.50 3.13 9.38 21.62 3.13

Tindakan dan makluman: semua guru


KMK
5.0 Perbincangan Analisis SWOT Pasca STPM Semester 1 2021

5.1 Perbincangan secara terperinci tentang analisis SWOT bagi mata pelajaran KMK berdasarkan
keputusan STPM Semester 1 Tahun 2021 telah dilaksanakan bagi mengenal pasti permasalahan
dan membantu untuk membuat perancangan seterusnya.
5.2 Dari segi kekuatan, subjek Kesusasteraan Melayu Komunikatif mempunyai guru yang mahir dan
berpengalaman dalam konten pembelajaran.
5.3 Dari segi kelemahan, Kekangan pandemik covid 19 menyebabkan pelajar tidak dapat membentuk
satu sistem yang sesuai bagi mengulangkaji pembelajaran.
5.4 Dari segi peluang, PIBG membantu membiayai program-program peningkatan akademik.
5.5 Dari segi ancaman yang dikenalpasti ialah Motivasi pelajar tidak konsisten kesan daripada
komunikasi dua hala guru dan pelajar tidak dapat dilakukan sepertimana di sekolah.

Tindakan dan makluman: semua guru Pengajian Perniagaan

6.0 Strategi Mencapai Sasaran / Pelan Intervensi

6.1 Memulihkan motivasi pelajar untuk memperbaiki prestasi dalam peperiksaan STPM Semester 2.
6.2 Menyediakan modul Latihan yang meliputi setiap topik secara menyeluruh dan dapat membantu
menyelesaikan masalah mengikut tahap pencapaian pelajar tertentu.
6.3 Menggunakan bahan-bahan perkongsian sedia ada dalam kumpulan Guru Kesusasteraan Melayu
Komunikatif Satu Malaysia.
6.4 Mengoptimumkan kemudahan teknologi untuk guru berkongsi bahan dan mewujudkan interaksi
yang kerap antara guru dan pelajar.
6.5 Mengadakan Kerjasama dengan guru-guru Pengajian Perniagaan dari daerah lain dalam
penyediaan program teknik menjawab STPM.

Tindakan dan makluman: semua guru Pengajian Perniagaan

7.0 Penutup

7.1 Ketua Panitia berharap guru dapat memberi kerjasama baik dalam meningkatkan prestasi subjek
Kesusasteraan Melayu Komunikatif.

7.2 Mesyuarat diakhiri dengan ucapan terima kasih

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 11.30 pagi

Disediakan oleh,

…………………………………………..
(EN. MOHD SHAHIR BIN MOHD NAJIB)
Setiausaha,
Panitia Pengajian Perniagaan
Pusat Tingkatan Enam, SMKRMM

Disahkan oleh,

…………………………………
(EN. MHD TARMIZI BIN MUSA)
Penolong Kanan Tingkatan Enam,
Pusat Tingkatan Enam, SMKRMM

You might also like