Documents - Tips Kertas Projek Pertanian SG Bakap2017

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

KEBUN PPKI

DISEDIAKAN OLEH :

SARGHUNA RAO A/L SIMADEREY

1
Projek Pertanian Penanaman Sayur-Sayuran
Program Pendidikan Khas Integrasi SK SG Bakap 2017

           1. PENDAHULUAN

Kertas Cadangan Projek Pertanian Penanaman Sayur-Sayuran Program


Pendidikan Khas Integrasi SK SG Bakap 2017.

2. MATLAMAT
A
Memberikan pendedahan dan kemahiran kepada pelajar tentang penanaman
sayur-sayuran secara kecil-kecilan.

3. OBJEKTIF

i. Memberikan latihan pertanian jangka panjang agar pelajar boleh


mengusahakan pertanian penanaman sayur-sayuran sebagai mata
pencarian mereka kelak.

ii. Memberi peluang kepada pelajar untuk merasai pengalaman bertani


secara moden.

iii. Memberi pendedahan dan kemahiran tentang asas usahawan


pertanian

iv. Membekalkan produk jualan untuk Program Keusahawanan PPKI SK


Sg Bakap.

v. Menambahkan lagi dana tabung PPKI SK Sg Bakap dengan penjualan


hasil dari pertanian ini.

vi. Menyokong keperluan kurikulum Kemahiran Hidup Perkebunan dan


Matapelajaran Sains dan Alam Sekitar dalam Model Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Pendidikan Khas.

2
4. LATAR BELAKANG

Kajian yang dijalankan oleh Heward (2000) mendapati bahawa 50% - 70%
OKU tidak mempunyai pekerjaan dan menerima pendapatan yang minima.
Matlamat utama program pendidikan khas untuk golongan istimewa bertujuan
mengajar kemahiran yang membolehkan pelajar bersedia sebelum tamat alam
persekolahan kepada kehidupan dalam komuniti. Kejayaan dalam hidup banyak
dipengaruhi oleh kualiti pendidikan dan latihan yang diterima. (Groupil, Tasse,
Garcimdore, 2002).
Di Malaysia pendidikan untuk OKU mempunyai kaitan dengan konsep
masyarakat penyayang yang bertujuan memberi peluang kepada mereka
integrasi dengan ahli masyarakat lain membina sikap positif terhadap warga
OKU serta memastikan mereka menerima peluang pekerjaan dan jaminan hidup
berkualiti. Kajian Norasmah dan Safani (2004) menguatkan kenyataan apabila
terdapat kajian yang mereka lakukan menunjukkan bahawa tidak terdapat
perbezaan ciri-ciri keusahawanan antara pelajar bermasalah penglihatan dengan
pelajar normal. Ini menunjukkan keusahawanan orang kurang upaya adalah
sama atau hampir sama dengan golongan normal. (Norasmah & Safani,
2004).bahawa orang kurang upaya juga mempunyai ciri-ciri keusahawanan.
Menyedari kepada keperluan sebenar golongan murid-murid khas ini, PPKI SK
Sg Bakap telah mengambil langkah memperkenalkan Projek Mini Penanaman
Sayuran mulai tahun 2016.

5. KUMPULAN SASARAN 
         
Murid-murid pendidikan khas SK Sg Bakap iaitu murid tahun 4 dan 5, yang
mengambil aliran Kemahiran Hidup (Perkebunan).  Mereka akan keluar bertani
mengikut jadual yang telah ditetapkan.

3
6. TEMPAT

Tempat yang dipilih adalah kawasan pertanian yang sedia ada bersebelahan
kelas Pendidikan Khas. Tempat yang dipilih ini sesuai kerana mempunyai tanah
yang rata dan berdekatan dengan kelas.

7. PENUTUP

Projek penanaman tanaman sayur-sayuran ini mampu untuk memberikan


impak yang cukup besar di dalam memperkatakan mengenai hala tuju program
pendidikan khas itu sendiri.
Melalui koleksi pengalaman tenaga pengajar di PPKI SK Sungai Bakap projek ini
diharapkan akan dapat membantu pelajar selepas tamat menempuh alam
persekolahan kelak serta dapat memberikan satu definisi yang jelas bukan
sahaja kepada para pelajar dan ibu bapa yang terlibat tetapi kapada masyarakat
juga secara keseluruhannya. Sokongan daripada pelbagai pihak amat
diharapkan di dalam memastikan usaha ini mencapai kejayaan. Terima kasih.

Disediakan oleh,                                                     Disemak oleh,

……………………………… ………………………………
(SARGHUNA RAO SIMADEREY) (PN ROSZIYANA IBRAHIM)
Setiausaha Projek Penolong Kanan PPKI

Disahkan oleh,

………………………………………

4
Guru Besar
SK Sungai Bakap

You might also like