Lumba Haram

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 8

Lumba haram

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Lumba haram adalah satu bentuk perlumbaan bermotor yang diadakan di atas jalan
raya awam tanpa kebenaran daripada pihak berkuasa. Lumba haram sering diadakan
di kawasan bandar, luar bandar ataupun di kawasan perindustrian tanpa mengira
keadaan trafik, tetapi biasanya diadakan pada waktu tengah malam. Kegiatan lumba
haram adalah salah di sisi undang-undang jalan raya kerana membahayakan nyawa
pengguna jalan raya yang lain serta nyawa pelumba haram itu sendiri. Di Malaysia,
menonton perlumbaan haram juga merupakan satu kesalahan kerana akan
menggalakkan pelumba haram untuk terus berlumba tanpa menghiraukan keselamatan
pengguna jalan raya yang lain.

Kebanyakan daripada perlumbaan haram yang diadakan di Malaysia adalah


melibatkan motosikal dan kereta, namun ada juga kenderaan berat seperti lori dan bas
ekspres yang turut mengadakan perlumbaan haram. Kenderaan yang terlibat dalam
perlumbaan haram diubahsuai sehingga mencapai kelajuan melebihi 160 km/j dan
akibat daripada tiadanya etika pemanduan yang diamalkan, kemalangan jalan raya
amat mudah berlaku, selalunya melibatkan kematian.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Jenis perlumbaan haram
 2 Ubahsuai kenderaan yang dilarang
 3 Punca lumba haram
 4 Akibat lumba haram
 5 Usaha mencegah lumba haram

 6 Lihat juga

[sunting] Jenis perlumbaan haram


 Perlumbaan drag - Di dalam perlumbaan drag yang sah, pelumba akan
berlumba pecut di kawasan lurusan di litar lumba, tetapi dalam lumba haram
drag pula pelumba haram akan memilih satu kawasan jalan raya yang lurus
dan kurang kenderaan dan seterusnya berlumba pecut di situ.
 Perlumbaan litar/sprint - Pelumba haram akan menentukan laluan
perlumbaan sebelum perlumbaan bermula dan seterusnya berlumba di laluan
tersebut.
 Perlumbaan lebuhraya - Pelumba haram memilih kawasan lebuhraya untuk
berlumba. Kawasan lebuhraya sering menjadi litar lumba haram kerana
sesebuah lebuhraya direka untuk kelajuan yang tinggi, oleh itu pelumba haram
dengan mudah akan memecut sehingga jauh melebihi had laju lebuhraya itu
sendiri. Perlumbaan lebuhraya amat popular di Jepun pada satu masa dahulu
tetapi kini semakin berkurangan berikutan peningkatan pemantauan serta
penguatkuasaan undang-undang jalan raya yang lebih ketat.
 Perlumbaan drift - Perlumbaan drift amat popular di Jepun sebagaimana
yang digambarkan di dalam siri manga/anime Initial D serta filem The Fast
and the Furious: Tokyo Drift. Melalui teknik drift, pemandu seakan-akan
terbabas seketika sebelum memperoleh kawalan semula. Teknik drift amat
sukar untuk dikuasai, tetapi pelumba drift profesional mampu memendekkan
masa perjalanan menuruni bukit melalui teknik tersebut.

[sunting] Ubahsuai kenderaan yang dilarang


Kenderaan yang terlibat dalam lumba haram sering melakukan pengubahsuaian
terhadap kenderaan mereka, di mana kebanyakannya adalah tidak dibenarkan di sisi
undang-undang jalan raya.

Antara ubahsuai kenderaan yang dilarang termasuklah:-

 menukar enjin tanpa kebenaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), misalnya


memasang enjin 4G63 dari kereta Mitsubishi Lancer Evolution pada kereta
Proton Iswara.
 memasang pengecas turbo tanpa kebenaran JPJ.
 memasang sistem ekzos yang bising dan melebihi paras bunyi yang
dibenarkan oleh JPJ serta mempunyai paras asap yang melebihi paras yang
dibenarkan oleh Jabatan Alam Sekitar.
 memasang cermin gelap melebihi paras dibenarkan.
 menggelapkan lampu-lampu kenderaan.
 memasang sistem nitrus oksida.

[sunting] Punca lumba haram


Meningkatnya gejala lumba haram adalah berpunca daripada faktor-faktor berikut:-

 Pengaruh rakan sebaya.


 Filem atau drama lumba haram seperti KL Menjerit, Initial D dan siri filem
The Fast and the Furious. Walaupun penerbit filem-filem tersebut telah
meletakkan amaran agar tidak meniru aksi-aksi lumba haram di dalam filem
mereka, namun ramai pelumba haram yang tidak mengendahkan amaran
tersebut.
 Novel, cerpen atau komik seperti siri manga Initial D.
 Majalah kenderaan ubahsuai.
 Permainan video seperti Need for Speed: Underground dan Need for Speed:
Most Wanted.
 Kos untuk mengadakan perlumbaan sah di litar lumba seperti Litar Sepang
adalah mahal berbanding lumba haram yang hanya memerlukan wang
pertaruhan, duit minyak dan bayaran tol lebuhraya (jika ada).
 Penganjur yang menyediakan hadiah-hadiah, yang terdiri daripada kalangan
bookie yang membuat keuntungan dari pertaruhan lumba haram tersebut.

[sunting] Akibat lumba haram


 Lumba haram sering menyebabkan kemalangan maut terutamanya di kalangan
pelumba haram motosikal. Terdapat juga kes langgar lari yang berpunca
daripada lumba haram. Oleh itu, tidak hairanlah jika aktiviti lumba haram
menjadi salah satu punca utama peningkatan kadar kemalangan jalan raya.
 Lumba haram turut menyumbang kepada gejala keruntuhan moral dan maksiat
di kalangan remaja yang semakin serius kerana selain menyediakan hadiah
wang yang sememangnya mempunyai kaitan dengan perjudian, penganjur
perlumbaan haram juga turut menyediakan hadiah bohsia untuk ditiduri.
 Tidak dinafikan, perlumbaan haram turut berperanan dalam memajukan
industri automotif berikutan penambahan jualan kereta dan motosikal serta
pengubahsuaian kenderaan. Sungguhpun demikian, persaingan di kalangan
pelumba haram mengakibatkan pelumba haram membazirkan banyak wang
dengan sia-sia untuk mengubahsuai kenderaan mereka supaya lebih berkuasa
dan tabiat sebegini sudah tentu merugikan diri mereka sendiri.
 Lumba haram juga adalah salah satu penyumbang utama kepada peningkatan
kes kecurian kenderaan terutamanya motosikal dan kereta. Segelintir pelumba
haram sanggup mencuri kenderaan kerana ingin dijadikan kenderaan
perlumbaan serta kerana mahu mendapat kenderaan baru setelah kalah kerana
dalam sesetengah kes, pelumba haram yang kalah terpaksa menyerahkan
kenderaan mereka kepada pemenang.

[sunting] Usaha mencegah lumba haram


Banyak pihak yang mengambil inisiatif bagi mengurangkan gejala lumba haram
terutamanya di kalangan remaja seperti berikut:-

 Memperbanyakkan aktiviti perlumbaan bermotor yang sah seperti Malaysian


Cub Prix dan Pesta Pasti Honda. Di dalam kedua-dua perlumbaan tersebut
penganjur perlumbaan mengenakan bayaran penyertaan yang rendah serta
subsidi bagi peserta baru untuk menggalakkan remaja menyertainya.
 Memperbanyakkan rondaan serta pemantauan oleh pihak polis. Untuk
membolehkan pihak polis membanteras gejala lumba haram dengan lebih
berkesan, pihak polis perlu disediakan kereta atau motosikal yang lebih laju
dan lebih berkuasa kerana selama ini pihak polis hanya dibekalkan dengan
kereta dan motosikal talaan kilang yang kurang berkuasa serta tidak cukup laju
untuk mengejar pelumba haram.
 Mengadakan kempen pemanduan berhemah di sekolah dan kawasan tumpuan
awam.
 Menguatkuasakan undang-undang yang lebih ketat serta hukuman yang lebih
berat terhadap pesalah lumba haram.

[sunting] Lihat juga


 Perlumbaan bermotor
 Mat Rempit
Mat Rempit
Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.

Lompat ke: pandu arah, gelintar

Salah satu gaya kegemaran Mat Rempit, Gaya Aerodinamik ataupun Superman yang
dapat dilihat di jalan di Malaysia.

Mat Rempit merupakan istilah kepada penunggang motosikal yang terlibat dalam
perlumbaan haram, biasanya dengan menggunakan moto kapcai atau skuter. Ia
merupakan satu gejala sosial remaja di Malaysia sekarang. Minah Rempit pula boleh
jadi merupakan seorang pelumba perempuan, atau teman wanita Mat Rempit.
Walaupun kebanyakan Mat Rempit sering berlumba, ada juga yang cuma
menunggang secara berbahaya di jalan raya. Mat Rempit biasanya berkumpulan dan
akan berlumba di tengah-tengah kota pada malam hujung minggu. Mat Rempit juga
telah dikaitkan dengan kegiatan gengster, rompak berkumpulan [1][2], pergaduhan, laku
musnah, kecurian dan buli. Kebanyakan motosikal yang digunakan Mat Rempit tidak
memenuhi piawai, ataupun telah diubah suai dengan banyak. Malah ada juga Mat
Rempit yang tidak mempunyai lesen sah, tidak membayar cukai jalan dan menaiki
motosikal curi [3] [4]. Kini, taman perumahan turut telah ditukar menjadi litar lumba
oleh Mat Rempit [5]. Dianggarkan di Malaysia sahaja terdapat kira-kira 200,000 Mat
Rempit [6]. Istilah Mat Rempit ini turut digunakan di Singapura dan Indonesia untuk
tujuan yang sama.

Mereka beraksi pada waktu senja , malam atau selepas ibu bapa pulang daripada
bekerja. Remaja ini mencuri kunci motosikal atau memberi alasan membeli barang di
kedai berdekatan atau pergi ke pasar malam. Ibu bapa tidak sedar anaknya boleh pergi
jauh sehingga ke Kuala Lumpur.

Mereka beraksi di celah-celah kereta yang penuh sesak di Kuala Lumpur untuk
mendapat perhatian orang ramai. Di Kuala Lumpur jalan yang popular ialah Jalan
Raja Laut, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Bukit Bintang. Lebuh raya Lekas
di Semenyih yang belum siap sepenuhnya telah mengorbankan beberapa remaja
belasan tahun.

Isi kandungan
[sorok]
 1 Sekatan jalan raya
 2 Ganjaran
 3 Sanggup mati katak
 4 Cabaran
 5 Teknik menunggang
 6 Langkah penyelesaian
 7 Rujukan

 8 Pautan luar

[sunting] Sekatan jalan raya


Sekatan jalan raya oleh polis trafik adalah satu cabaran yang menyeronokkan .Mereka
akan berpatah balik melawan arus jika ada sekatan polis. Ada juga yang merempuh
sekatan jalan raya. Polis trafik yang bersenjata api dan kayu cota tidak dipedulikan.
Ibu bapa dan masyarakat akan menyalahkan polis jika bertindak kasar seperti
menendang motosikal yang bergerak laju. Ada juga kes polis yang membaling kayu
pada rim tayar yang bergerak laju untuk mengelakkan mereka melarikan diri.
Keadaan ini memburukkan lagi keadaan kerana mangsa akan jatuh dengan parah
kerana motorsikal akan terhenti dengan mengejut. Akhirnya pihak penguasa serik
memberi kerjasama untuk membendung gejala sosial ini. Sekali lagi ibu bapa
menyalahkan polis apabila pejam mata sahaja.

[sunting] Ganjaran
Kebanyakan Mat Rempit masih lagi bersekolah dan tidak memiliki lesen memandu.
Terdapat juga yang telah bekerja samaada di sektor awam dan swasta. Mereka
bersaing sesama sendiri dan ada kalanya mendapat 'hadiah' berbentuk wang dan gadis
bohsia sebagai taruhan. Bagi menambah kelajuan motosikal, karburetor, piston, brek ,
handle, tayar dan lain-lain diubahsuai. Dianggarkan 70% alat ganti tersebut didapati
dari hasil motor curi kerana harganya jauh lebih murah berbanding pasaran.

[sunting] Sanggup mati katak


Mereka sanggup cedera parah malah berani mati katak ketika berlumba. Ketika
berlumba, mereka akan pejam mata, lampu motosikal ditutup dan menunggang
motosikal melawan arus jalan raya. Pastinya mereka di bawah pengaruh dadah
sintatik seperti syabu dan ice. Ketika berlumba mereka terbayang 'ular' atau musuh
'alien' yang perlu ditentang habis-habisan. Mereka ditugaskan untuk menjadi hero
membunuh musuh. Mereka tidak ada perlindungan diri seperti kasut, seluar tebal ,
lapik lutut, topi keledar mahupun insuran nyawa. Ibu bapa yang mengharapkan da
nmenyayangi mereka dilupakan begitu sahaja. Di Malaysia, mat rempit ini terdiri
daripada remaja Melayu.

[sunting] Cabaran
Jalan yang mencabar ialah di selekoh berbahaya , jalan berlubang , berair , berlumba
melawan arus, tanpa lampu depan dan menerima cabaran rakan-rakan , musuh dan
orang ramai.

[sunting] Teknik menunggang


Teknik menunggang juga diperhatikan dan berubah dari semasa ke semasa. Semakin
bahaya, semakin mendapat tepukan penonton dan mereka berasa bangga menjadi
juara. Teknik itu seperti willi, baring, berdiri dan sebagainya.

[sunting] Langkah penyelesaian


Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam
Thye mencadangkan Akta Pengangkutan Jalan dipinda bagi membendung gelaja "mat
rempit" dan perlumbaan motosikal haram. Pelajar berumr 15 hingga 19 tahun
merupakan pelajar yang kandas dalam pelajaran atau telah berhenti sekolah, perlu
ditahan di sekolah juvana, Sekolah Henry Gurney jika didapati bersalah untuk suatu
tempoh ditetapkan. Mereka hendaklah dihukum membuat kerja-kerja amal sehingga
100 jam dan motosikal dirampas. .[7]

[sunting] Rujukan
1. ↑ Motorcycle gang robs vendor of RM70
2. ↑ Mat Rempit gang menace Rep: Three robberies brought to my attention
3. ↑ Mat Rempit The Star Online Motoring Blog
4. ↑ Membendung lumba haram Harian Metro
5. ↑ Residents fed up with Mat Rempit ruckus go after them
6. ↑ Rempit - Budaya Menunjuk-nunjuk - Kosmo! (4 January 2007)
7. ↑ Pinda Akta Pengangkutan Jalan Bendung Gelaja Mat Rempit - MCPF

[sunting] Pautan luar


 (Melayu) Gambar mat rempit yang kemalangan (18SG - 18 tahun keatas
sahaja.)

Diambil daripada "http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit"


Kategori: Gejala sosial | Juvana | Budaya Malaysia

http://ms.wikipedia.org/wiki/Mat_Rempit
http://ms.wikipedia.org/wiki/Lumba_haram

http://www.scribd.com/doc/4179521/LUMBA-HARAM-Punca-dan-Cara-Mengatasi

Istilah Mat Rempit telah dipopularkan oleh media. Perkataan ‘Rem’ adalah perlakuan
memulas pedal tangan pada motosikal bagi memerah minyak sebagai aksi memecut.
Semakin kuat pulasan, semakin lajulah motosikal berkenaan. Si Rempit akan bersorak
jika dapat memecut dan memintas rakan-rakan yang lain. Manakala ‘Pit’ adalah dari
perkataan ‘pit stop’ yang ada di litar lumba. Gabungan perkataan ini membentuk
‘Rempit’ yang menggambarkan pelumba motosikal melakukan pelbagai aksi kreatif,
menarik dan membahayakan. Antara aksi-aksi tersebut ialah ‘wheelie’ (menunggang
laju sambil mengangkat tayar hadapan), ‘wikang’ (menunggang sambil mengangkat
tayar belakang), ‘scorpion’ (menunggang motosikal sambil kaki menghala di
bahagian atas), ‘superman’ (menunggang laju sambil berbaring mendepakan tangan),
‘pereng/corner’ (bahagian meletak kaki bergesel di atas jalan raya semasa membelok
di selekoh). Mat merujuk kepada pelaku atau penunggang motosikal ini. Perkataan
baru yang boleh dipopularkan ialah ‘merempit’ yang bermaksud melakukan aksi
lumba motosikal dan boleh mendatangkan mudarat kepada penunggang dan pengguna
jalan raya yang lain.

Kajian oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama


Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia mendedahkan 87 peratus Mat
Rempit adalah golongan yang berusia 14 hingga 25 tahun. Bosan adalah faktor utama
mereka merempit (48.1 peratus) diikuti mengisi masa lapang (38 peratus) dan
pengaruh kawan (27.8 peratus).

Jumlah tangkapan pelumba haram yang dilaporkan semakin bertambah setiap tahun.
Dari tahun 2001 hingga 2004, jumlah tangkapan yang dilakukan oleh PDRM adalah
sebanyak 5,332 kes di seluruh Malaysia. Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi
iaitu sebanyak 1,041 kes (Jadual 5). Dari tahun 2006 hingga Mac 2009, pihak polis
telah melakukan 7,989 operasi sekatan jalan raya ke atas Mat Rempit dan menahan
2,609 penunggang motosikal dan 2,431 telah didakwa. Dalam satu operasi
pencegahan yang dijalankan didapati kebanyakan yang ditahan dalam lingkungan
umur 16 hingga 28 tahun.

Mat Rempit menjadi beban sosial kepada masyarakat dan negara. Beban kepada diri
mereka sendiri adalah perilaku jenayah apabila dikaitkan dengan kematian dan
mendatangkan kecederaan. Sehingga kini beberapa kes kematian melibatkan pelumba
haram motosikal termasuk kes bergaduh dan berakhir dengan kematian Mat Rempit
Kampung Pandan, Kuala Lumpur. Di Pulau Pinang pula, sekumpulan Mat Rempit
membaling batu ke arah Balai Polis Kubang Semang kerana tidak puas hati dengan
tindakan polis menahan dua orang rakan mereka yang sedang merempit.

Jadual 5: Statistik pelumba haram yang ditangkap, 2001-2004

Mat Rempit diberikan imej negatif kerana tindakan mereka dan kegiatan jenayah yang
lain seperti ragut, minum arak, berzina, tingkah laku ganas dan menghisap dadah.
Awal-awal lagi kriteria Mat Rempit adalah gambaran yang negatif dan buruk. Ini
memberi mesej bahawa Mat Rempit memberi dan membawa masalah. Rata-rata
mereka yang merempit berumur 16 hingga 25 tahun kerana peringkat umur ini
kebanyakannya masih bujang. Majoriti adalah lelaki dan pelbagai latar belakang
keluarga. Kegiatan merempit akan berkurangan setelah mereka yang terlibat
berkahwin dan beranak-pinak.

Kajian yang dilakukan oleh Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia


(IPPBM) ke atas aktiviti lumba haram dalam kalangan 173 orang belia yang terlibat
mendapati 53.7 peratus daripada mereka tinggal bersama ibu bapa sendiri, 28 peratus
pula tinggal bersama rakan atau saudara mara dan 10.4 peratus tinggal bersama salah
seorang ibu atau bapa mereka. Selain itu, sebanyak 6.9 peratus tinggal bersama
keluarga sendiri (yang telah berkahwin) dan selebihnya 0.6 peratus tinggal bersama
ibu atau bapa tiri (Jadual 6). Dapatan ini bertepatan dengan hasil penyelidikan yang
dijalankan oleh Kajian Penduduk dan Keluarga Malaysia iaitu ‘Family
Transformations in the Context of Changing Trends in Women’s Work and Lifestyle
in Malaysia’ yang mendapati isu dan masalah dalam rumah tangga lebih kerap
berlaku terhadap pasangan atau keluarga yang tinggal di kawasan bandar berbanding
luar bandar. Antara masalah utama yang dikenal pasti ialah suami tidak memberi
keperluan ekonomi, keganasan rumah tangga dan anak-anak terlibat dengan kegiatan
yang tidak diingini.

Jadual 6: Tempat tinggal pelumba haram


Kehadiran Mat Rempit adalah simptom kecil daripada penyakit utama yang lebih
besar. Keadaan jiwa mereka yang sentiasa bergelora dan ingin memenuhi pelbagai
impian. Banyak perkara yang mahu dicapai dan dimiliki. Ketika peringkat inilah,
mereka terdedah kepada bermacam-macam tarikan seperti hiburan dan fesyen serta
sukan yang ada baik dan buruknya. Pendedahan dan tarikan yang kuat serta
berterusan mempengaruhi hati, pemikiran dan sikap remaja terhadap hidup. Aspirasi
terhadap hidup juga rendah umpamanya tidak ada perancangan masa depan, berserah
kepada nasib dan kurang berusaha untuk membaiki diri.

http://zahirzainudin.blogspot.com/2009/05/senario-gejala-sosial-di-malaysia-4.html

You might also like