Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 9

KETUA PENGARAH

BIRO PENGADUAN AWAM


PUSAT GOVERNANS, INTEGRITI DAN
ANTI-RASUAH NASIONAL (GIACC)
JABATAN PERDANA MENTERI
ARAS 3, BLOK F10, KOMPLEKS F No. Tel : 03-8091 2001
LEBUH PERDANA TIMUR, PRESINT 1 E-mel : harjeet@pcb.gov.my
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSEKUTUAN
62000 PUTRAJAYA

Ruj. Kami : BPA.600-1/2/3 Jld. 2 ( 3 )


Tarikh : 12 Oktober 2020

Encik Wong Hon Meng


No. 5, PTD 1771
Jalan Punggor Indah 1
Taman Punggor Indah
83100 Rengit
Batu Pahat
Johor

Tuan,

ADUAN TERHADAP MAXIS BERHAD DAN SURUHANJAYA


KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA MALAYSIA (SKMM)

Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara tersebut di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa Biro Pengaduan Awam (BPA) telah


menerima sejumlah 60 aduan daripada tuan semenjak bulan Julai 2019
berhubung:

(a) ketidakpuasan hati terhadap perkhidmatan syarikat


telekomunikasi Maxis Berhad; dan
(b) kegagalan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM) untuk mengambil tindakan ke atas Maxis
Berhad.

1
3. Isu utama yang dibangkitkan oleh tuan adalah mengenai liputan
rangkaian selular yang tidak memuaskan serta isu berkaitan bil dan
rebat bulanan yang tidak diberikan kepada tuan oleh Maxis Berhad.
Secara khususnya, isu yang dibangkitkan oleh tuan ialah:

(a) liputan rangkaian selular 4G Maxis tidak memuaskan di kediaman


tuan yang beralamat nombor 5, PTD 1771, Jalan Punggor Indah
1, Taman Punggor Indah, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor;

(b) tuntutan pengecualian bayaran (full refund) untuk bil bulanan bagi
tempoh 3 bulan kerana liputan rangkaian selular 4G yang tidak
memuaskan (berdasarkan aduan yang dikemukakan oleh tuan
kepada SKMM dan Maxis Berhad: Mei hingga Julai 2019);

(c) tuntutan pengecualian bayaran caj bulanan sim pendua


(multisim) memandangkan perkhidmatan Maxis tidak memenuhi
kriteria 4G;

(d) pemulangan bayaran pendahuluan (upfront payment) berjumlah


RM834 yang telah dibayar oleh tuan kepada Maxis Berhad
sewaktu mendaftar pakej bulanan RM158; dan

(e) permohonan kepada pihak Maxis supaya membuka sekatan


talian 012-299 8893.

2
4. Bagi setiap 60 aduan ini, BPA telah mengemukakan aduan terbabit
untuk tindakan susulan SKMM memandangkan perkhidmatan syarikat
telekomunikasi dikawal selia oleh SKMM. BPA juga telah menerima maklum
balas daripada SKMM bagi setiap aduan tersebut yang seterusnya telah
dikemukakan kepada tuan.

5. Memandangkan tuan masih tidak berpuas hati dengan tindakan dan


maklum balas SKMM serta Maxis Berhad, BPA telah mengadakan sesi
libat urus dengan kedua-dua pihak tersebut pada 17 Julai 2020 dan 8
September 2020.

6. Sewaktu sesi libat urus pada 17 Julai 2020, BPA telah mencadangkan
supaya SKMM dan Maxis Berhad mengadakan ujian liputan di rumah tuan
yang beralamat nombor 5, PTD 1771, Jalan Punggor Indah 1, Taman
Punggor Indah, 83100 Rengit, Batu Pahat, Johor. Ujian ini telahpun
dilakukan pada 5 Ogos 2020.

7. Hasil laporan ujian liputan ini telah dibentangkan oleh SKMM dan
Maxis Berhad kepada BPA pada 8 September 2020 seperti berikut:

(a) liputan selular Celcom adalah sederhana manakala


liputan selular Maxis adalah lemah; dan

(b) pengujian capaian Youtube yang dijalankan mendapati


saluran Youtube boleh dilayari dengan baik menerusi
telefon pintar.

3
8. Memandangkan liputan selular 4G yang lemah di kawasan
perumahan tuan, maka alat pemancar komunikasi di menara sedia ada
perlu dinaik taraf. Dalam hal ini, pihak SKMM telahpun memasukkan
inisiatif menaik taraf Site Time 3 (Parit Mengkudu) dalam Pelan Jalinan
Digital Negara (JENDELA) bagi tahun 2021.

9. Seterusnya sesi libat urus BPA dengan SKMM dan Maxis Berhad
pada 8 September 2020 telah memperhalusi isu bil serta rebat bulanan
yang tidak diberikan kepada tuan oleh Maxis Berhad. Berikut adalah
rumusan ke atas isu terbabit:

(a) tuntutan pengecualian bayaran (full refund) untuk bil


bulanan bagi tempoh 3 bulan kerana liputan rangkaian
selular 4G yang tidak memuaskan (berdasarkan aduan
yang dikemukakan oleh tuan kepada SKMM dan Maxis
Berhad: Mei hingga Julai 2019)

Pengecualian bayaran bulanan yang dituntut oleh tuan


kerana liputan rangkaian selular 4G yang tidak
memuaskan di kediaman tuan telah diberikan oleh Maxis
Berhad dalam penyata bagi bulan Oktober, November
dan Disember 2019. Pengecualian ini adalah atas
pendekatan goodwill pihak Maxis yang mana tuan
dikecualikan daripada membayar bil bulanan RM158 bagi
ketiga-tiga bulan tersebut.

Pengecualian bayaran bulanan ini tidak dapat diberikan


lebih awal iaitu untuk penyata bagi bulan Mei hingga Julai

4
2019 kerana setakat 24 Julai 2019, talian tuan telah disekat
sebanyak 6 kali akibat kelewatan membayar bil bulanan.

Catatan: Memandangkan tuan masih tidak menjelaskan bil


tertunggak, Maxis Berhad telah menyekat talian tuan pada
5 Disember 2019 dan seterusnya menamatkan
perkhidmatan talian pada 23 Disember 2019;

(b) tuntutan pengecualian bayaran caj bulanan sim


pendua (multisim) memandangkan perkhidmatan
Maxis tidak memenuhi kriteria 4G

Tuan tidak pernah melanggan perkhidmatan multisim


dengan pihak Maxis Berhad. Justeru, isu ini tidak
sepatutnya menjadi pertikaian.

(c) pemulangan bayaran pendahuluan (upfront payment)


berjumlah RM834 yang telah dibayar oleh tuan kepada
Maxis Berhad sewaktu mendaftar pakej bulanan
RM158

Berdasarkan pakej yang tuan langgani, RM834 yang tuan


bayar sebagai bayaran pendahuluan akan diberikan rebat
oleh Maxis Berhad kepada tuan sebanyak RM69.50 setiap
bulan dalam bil bulanan selama 12 bulan (RM69.50 x 12
bulan = RM834).

5
Dalam hal ini, RM69.50 (rebat 1 bulan) telah diberikan
dalam bil bertarikh 24 Mac 2019 manakala RM208.50 pula
telah diberikan dalam bil bertarikh 24 Julai 2019 (rebat 3
bulan: RM69.50 x 3 bulan = RM208.50).

Setakat 30 Ogos 2019, tunggakan bil tuan adalah


berjumlah RM533.35. Memandangkan tuan gagal
membuat bayaran bil bulanan seperti yang dijadualkan,
maka baki rebat ini untuk 8 bulan (RM69.50 x 8 kali rebat
= RM556) telah digunakan oleh Maxis Berhad untuk
melunaskan (off set) tunggakan RM533.35. Baki RM22.65
pula digunakan untuk tujuan pengaktifan semula talian
tuan pada bulan September 2019.

(d) permohonan kepada pihak Maxis supaya membuka


sekatan talian 012-299 8893

Maxis Berhad telah menamatkan perkhidmatan talian tuan


pada 23 Disember 2019. Oleh yang demikian, nombor 012-
299 8893 telah dibuka untuk pembelian kepada pengguna
lain. Semakan BPA pada 12 Oktober 2020 (jam 3.39
petang) mendapati nombor tersebut masih belum
didaftarkan. Sehubungan itu, tuan disarankan untuk
melanggan nombor ini dengan segera sebelum diambil
oleh pelanggan lain.

6
10. Berdasarkan huraian di perenggan 9, BPA berpendapat pihak
SKMM dan Maxis Berhad telah mengambil tindakan sewajarnya untuk
menangani isu bil dan rebat bulanan. Sehubungan itu, semua isu bil
dan rebat bulanan tidak seharusnya dibangkitkan semula oleh pihak
tuan pada masa hadapan.

11. Sebagai kesimpulan, isu liputan selular 4G yang lemah di kawasan


perumahan tuan akan ditangani oleh SKMM menerusi inisiatif menaik taraf
alat pemancar komunikasi di menara Site Time 3 (Parit Mengkudu) di bawah
Pelan Jalinan Digital Negara (JENDELA) bagi tahun 2021. Isu bil dan rebat
bulanan pula telah dijelaskan dengan terperinci dan diambil tindakan oleh
Maxis Berhad dan SKMM.

Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

( DATUK HARJEET SINGH )


Ketua Pengarah
Biro Pengaduan Awam
Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional
Jabatan Perdana Menteri
Tel : 03-8091 2001
E-mel : harjeet@pcb.gov.my

7
Salinan Kepada:

YBhg. Tan Sri Mohd. Zuki Ali


Ketua Setiausaha Negara
Aras 4, Blok Timur, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

YBhg. Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman


Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam
Jabatan Perkhidmatan Awam
Blok C1, Kompleks C
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62510 Putrajaya

YBhg. Tan Sri Abu Kassim Mohamed


Ketua Pengarah
Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah Nasional (GIACC)
Jabatan Perdana Menteri
Aras 3, Blok Barat, Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

YBhg. Dato’ Suriani Dato’ Ahmad


Ketua Setiausaha
Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM)
Lot 4G9, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62100 Putrajaya

YBhg. Dato’ Mohd Sallehhuddin Hassan


Timbalan Ketua Setiausaha Kanan
Jabatan Perdana Menteri
Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya

8
Dr. Fadhlullah Suhaimi Abdul Malek
Pengerusi
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM)
MCMC Tower 1
Jalan Impact Cyber 6
63000 Cyberjaya
Selangor

Edaran Dalaman:

TKP Aduan

Pengarah Aduan

You might also like