Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

Bahagian A [20 markah]

Jawab semua soalan dalam bahagian ini.

1. ‘Kehendak manusia yang tidak terhad berbanding dengan sumber ekonomi yang terhad’
menyebabkan
A wujud kos lepas dalam pengeluaran
B manusia bebas membuat pilihan barang
C pengeluar boleh menaikkan harga barang
D sumber ekonomi digunakan secara minimum

2 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kemungkinan pengeluaran (MG) bagi sebuah
negara.

Barang modal
M

0 G Barang pengguna

Pernyataan yang manakah adalah benar sekiranya semakin banyak barang pengguna
dihasilkan?

A Pengurangan pengeluaran yang sama bagi barang modal


B Pengurangan pengeluaran yang semakin besar bagi barang modal
C Pertambahan pengeluaran yang semakin kecil bagi barang modal
D Pertambahan pengeluaran yang semakin besar bagi barang modal

3 Antara yang berikut, yang manakah benar tentang sistem ekonomi pasaran bebas?

A Daya usaha individu tinggi


B Agihan pendapatan lebih setara
C Kerajaan menyediakan barang ekonomi
D keputusan ekonomi dibuat oleh kerajaan dan swasta
4 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) terhadap ayam di pasaran.

Harga
Ayam (RM) D1 D0

P1

D1 D0

0 Q1 Q0 Kuantiti Ayam (kg)

Keluk permintaan beralih dari D1D1 ke D0D0 kerana

A harga ikan mahal


B harga ayam turun
C harga daging lembu turun
D pengaruh musim tengkujuh

5 Apabila berlakunya kenaikan penawaran lebih besar daripada kejatuhan permintaan pada
masa yang sama maka

A Harga dan kuantiti keseimbangan turun


B Harga dan kuantiti keseimbangan naik
C Harga keseimbangan naik dan kuantiti keseimbangan turun
D Harga keseimbangan turun dan kuantiti keseimbangan naik

6 Jadual di bawah menunjukkan kuantiti ditawar bagi suatu barang di pasaran

Harga (RM) Kuantiti diminta (kg)


2.00 80
4.00 100
Fungsi penawaran barang tersebut ialah .

A QS = -60 + 10P
B QS = 60 - 10P
C QS = 60 + 10P
D QS = 80 + 10P
7 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran minyak masak di suatu pasaran.

Harga (RM) Permintaan (juta kg) Penawaran (juta kg)


1.00 120 60
2.00 100 70
3.00 90 80
4.00 60 90
5.00 40 100

Kesan daripada kejayaan kempen bahaya penggunaan minyak masak berlebihan dalam
masakan, permintaan terhadap minyak masak telah menurun sebanyak 30% pada pelbagai
tingkat harga. Harga keseimbangan yang baru ialah

A RM1.00
B RM2.00
C RM3.00
D RM4.00

8 Gambar rajah di bawah menunjukkan fungsi permintaan dan fungsi penawaran

Harga
(RM)
Qs = -5 + 3P

Qd = 20 - 2P

0 b Kuantiti
Lebihan pengguna dan lebihan pengeluar pada tingkat keseimbangan ialah
A RM 25.00 dan RM 8.35
B RM 25.00 dan RM 16.67
C RM 50.00 dan RM 50.00
D RM 50.00 dan RM 66.67
9 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) dan keluk penawaran (SS) bagi
suatu barang.

D
S0
E1
P1
P0 S1
E2
P2
P3

Pemberian subsidi oleh kerajaan menyebabkan lebihan pengeluar


A berkurang menjadi P1P0 E1
B bertambah menjadi P2 P3 E2
C berkurang sebanyak P0P2E2E1
D bertambah sebanyak P2P1E1E2

10 Gambarajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (DD) suatu barang di pasaran. Fungsi
permintaan tersebut ialah Qd = 15 - 3 P, dengan Qd ialah kuantiti permintaan dan P ialah
harga.

Harga(RM) D
D
A

0 6 9 Kuantiti

Apabila berlaku pergerakan dari titik A ke B, nilai keanjalan permintaan harga ialah

A - 0.5
B - 0.66
C -1.5
D -2.0
11 Jadual di bawah menunjukkan harga barang X, kuantiti diminta barang X dan kuantiti
diminta barang Y.

Barang X Barang Y
Kuantiti diminta Kuantiti diminta
Harga (RM)
(unit) (unit)
2 90 80
5 50 60
Hitung keanjalan permintaan silang apabila harga barang X meningkat daripada RM2.00
kepada RM5.00.

A - 0.17
B - 0.30
C - 0.38
D - 0.53

12 Firma akan mengalami tak ekonomi luaran apabila

A pekerja tiada motivasi dan malas


B berlaku kesesakan lalu lintas dan pencemaran
C ahli pengurusan dan pentadbiran yang tidak amanah
D pusat perindustrian dilengkapi dengan kemudahan infrastruktur

13 Yang manakah pernyataan yang benar tentang hubungan antara jumlah keluaran (TP)
dengan keluaran sut (MP)?

A Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar bertambahan.
B Semasa keluaran sut meningkat, jumlah keluaran meningkat dengan kadar berkurangan.
C Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran meningkat dengan kadar bertambahan.
D Semasa keluaran sut menurun, jumlah keluaran menurun dengan kadar berkurangan.

14 Berikut merupakan butiran sebuah firma persaingan sempurna

Kuantiti kesimbangan = 12 unit


Harga keseimbangan = RM 30
Jumlah kos berubah = RM 110
Jumlah kerugian = RM 180

Pada tingkat keseimbangan, berapakah jumlah kos tetap yang dapat ditampung oleh firma
ini?

A RM 180
B RM 250
C RM 290
D RM 430
15 Jadual berikut menunjukkan tingkat output, kos berubah dan kos tetap bagi sebuah firma
pasaran persaingan sempurna.

Output ( unit ) Kos Berubah ( RM ) Kos Tetap ( RM )


10 100 80
20 160 80
30 225 80
40 280 80
50 450 80

Firma akan memberhentikan operasi dalam jangka pendek jika harga adalah lebih rendah
daripada

A RM 7
B RM 7.5
C RM 8
D RM 10

16 Berdasarkan kepada rajah di bawah, keluk MC, AC dan AVC masing-masing adalah
keluk kos sut, keluk kos purata dan keluk kos berubah purata bagi sebuah firma
persaingan sempurna.

Kos (RM)
MC
AC
AVC
53
38 AR=MR
26

Kuantiti (unit)
0 24 35

Hitungkan jumlah kos tetap yang boleh ditampung oleh firma pada tingkat keseimbangan
A RM 126.00
B RM 288.00
C RM 648.00
D RM 912.00
17 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata (AC), kos sut (MC), kos berubah
purata
(AVC), hasil purata (AR), dan hasil sut (MR) sebuah firma pasaran persaingan bermonopoli
dalam jangka pendek.

MC
Harga / Kos (RM)
AC
AVC
40
38

25

18

MR AR
0
20 30 Keluaran (unit)
Pada tingkat keseimbangan, berapakah keluaran dan untung atau rugi firma?

A 20 unit keluaran dan rugi sebanyak RM40


B 30 unit keluaran dan rugi sebanyak RM390
C 30 unit keluaran dan untung sebanyak RM450
D 20 unit keluaran dan untung sebanyak RM400

18 Firma pasaran persaingan sempurna mencapai kecekapan pengeluaran kerana firma itu

A memperoleh untung maksimum


B mengeluarkan output yang paling banyak
C mengeluarkan output pada kos purata minimum
D mengeluarkan output pada tingkat harga paling rendah
19 Jadual di bawah menunjukkan bilangan buruh dan jumlah keluaran fizikal bagi barang Y

Bilangan buruh (unit) Jumlah keluaran fizikal barang X (unit)


0 0
1 10
2 15
3 24
4 28
5 30

Andaikan harga barang X ditetapkan pada harga RM10.00 per unit dan upah buruh ialah
RM40.00 per unit. Bilangan buruh yang memaksimumkan keuntungan ialah
A 2 unit
B 3 unit
C 4 unit
D 5 unit

20 Gambar rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan (D) dan penawaran (S) terhadap
faktor tanah.
Sewa (RM)
S
18

12

5
D
0 22 Kuantiti tanah (unit)

Berapakah sewa ekonomi dan perolehan pindahan?


Sewa ekonomi (RM) Perolehan Pindahan (RM)
A 66.00 77.00
B 77.00 187.00
C 66.00 187.00
D 187.00 77.00
Bahagian B [40 markah]
Jawab empat soalan sahaja.

21 ‘Sesebuah negara tidak mengamalkan sistem ekonomi pasaran sepenuhnya walaupun ahli
ekonomi berpendapat sistem itu adalah yang terbaik.’
Pernyataan tersebut wujud kerana terdapat kelemahan dalam sistem ekonomi pasaran bebas
di samping kebaikannya.
Terangkan tiga kebaikan dan dua kelemahan sistem ekonomi pasaran bebas. [10]

22 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan kesan ke atas harga dan kuantiti
keseimbangan pasaran daging lembu apabila
(a) Penawaran ke atas kulit lembu meningkat [3]
(b) Penawaran ke atas susu lembu meningkat [3]
(c) Citarasa masyarakat terhadap daging ayam meningkat [4]

23 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan permintaan tak anjal? [2]


(b) Terangkan empat faktor yang menyebabkan permintaan sesuatu barang tak anjal. [8]

24 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan ekonomi bidangan? [2]


(b) Dengan menggunakan kagambar rajah, terangkan kesan berikut terhadap keluk kos purata
jangka panjang sebuah firma.

(i) Buruh bertambah mahir menggunakan kelengkapan firma. [4]


(ii) Sewa tanah naik apabila semakin banyak firma didirikan di kawasan perindustrian.
[4]

25 Dengan menggunakan gambar rajah, terangkan keadaan firma pasaran persaingan sempurna
yang mengalami kerugian masih meneruskan pengeluarannya dalam jangka pendek. [10]

26 (a) Apakah yang dimaksudkan dengan kesatuan sekerja? [2]


(b) Huraikan empat faktor yang menentukan kejayaan sesebuah kesatuan sekerja dalam
menuntut kadar upah yang lebih tinggi. [8]
Bahagian C [20 markah]
Jawab dua soalan sahaja.
27 Persamaan permintaan dan penawaran bagi barang A adalah seperti berikut:
Qd = 50 - 1/2 P

Qs = -25 + P
dengan Q = kuantiti (kg) dan P = harga (RM)

(a) Hitung harga dan kuantiti keseimbangan. [2]

(b) Sekiranya kerajaan memberi subsidi sebanyak RM3 seunit kepada


pengeluar, tentukan :
(i) harga dan kuantiti keseimbangan yang baharu. [3]
(ii) keanjalan permintaan harga barang A apabila harga
keseimbangan asal berubah kepada harga keseimbangan baharu. [2]

(c) Jika kerajaan menetapkan harga maksimum RM40.00 ,


(i) hitung kuantiti diminta dan kuantiti ditawar selepas subsidi. [2]
(ii) berdasarkan jawapan (c)(i) ,apakah kesan yang berlaku dalam pasaran
barang A ? [1]

28 Jadual di bawah menunjukkan jumlah kos pengeluaran jangka pendek suatu barang
bagi sebuah firma.

Keluaran Jumlah Kos


(unit) (RM)
0 40
1 54
2 76
3 106
4 144
5 190
6 244

(a) Berapakah kos tetap firma ini ? [1]


(b) Pada setiap tingkat keluaran, hitung :
(i) kos sut [2]
(ii) kos berubah [2]

(c) Jika harga seunit barang B ialah RM30.00, hitung:


(i) tingkat keluaran yang memaksimumkan keuntungan. [2]
(ii) keuntungan atau kerugian yang diperoleh firma. [2]

(d) Berdasarkan jawapan di (c) (ii), apakah yang akan berlaku kepada firma
dalam jangka panjang ? [1]
29 Rajah di bawah menunjukkan keluk kos purata faktor, (ACF), kos sut faktor (MCF),
keluaran hasil purata (ARP) dan keluaran hasil sut (MRP) bagi sebuah firma
persaingan sempurna.

Upah (RM)

39
38

37
35
34

30 ACF=MCF

MRP
ARP

0 10 20 26 30 32 36 Kuantiti
Buruh (unit)

(a) Apakah maksud keluaran hasil purata dan keluaran hasil sut. [2]
(b) Jika firma menggunakan 26 unit buruh , hitung jumlah keuntungan
atau kerugian yang diperoleh. [2]

(c) Jika upah buruh ialah RM 30.00 per unit, hitung :


(i) kuantiti buruh digunakan [2]
(ii) jumlah untung maksimum [2]

(d) Apakah yang akan berlaku jika upah buruh adalah RM 39.00 per unit ? [2]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like