Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

CADANGAN PERMARKAHAN EKONOMI KERTAS 1 (944/1) 2021

BAHAGIAN A

1 A 11 A
2 B 12 B
3 A 13 A
4 A 14 B
5 D 15 A
6 C 16 B
7 B 17 A
8 B 18 C
9 B 19 C
10 C 20 B

BAHAGIAN B

21. Kebaikan Sistem ekonomi pasaran bebas:


(a) Kegitan ekonomi diselaraskan sendiri dengan cekap [1]
Pengeluar dapat menyelesaikan masalah asas ekonomi dan membuat keputusan dengan
cepat melalui mekanisme harga .[1]

(b) Sumber ekonomi digunakan secara optimum [1]


Agihan sumber adalah cekap. Faktor-faktor pengeluaran dapat digunakan dengan cekap
untuk memaksimumkan keuntungan. [1]

(c) Individu mempunyai insentif bekerja yang tinggi [1]


Kebebasan kekayaan dan pemilikan harta persendirian mendorong individu berusaha keras
untuk memaksimumkan pendapatan. [1]

(d) Menggalakkan perkembangan teknologi [1]


Persaingan antara pengeluar meningkatkan teknik pengeluaran dan mutu keluaran dan
reka cipta baharu, kos pengeluaran akan berkurangan, [1]

1
Kelemahan Sistem ekonomi pasaran bebas:
(a) Kegiatan ekonomi tidak stabil [1]
Harga barang cenderung naik turun. Masalah inflasi dan pengangguran berlaku.
Pertumbuhan ekonomi yang berterusan tidak berlaku. [1]

(b) Kegagalan mengeluarkan barang awam [1]


Barang awam tidak dikeluarkan oleh pengeluar kerana tidak menguntungkan. Pengeluar
hanya mengeluarkan barang yang memberi keuntungan. [1]

(c) Agihan pendapatan tidak setara [1]


Jurang agihan pendapatan semakin besar kerana golongan yang kaya menjadi semakin
kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin. [1]

(d) Wujud monopoli dalam pasaran [1]


Kewujudan monopoli dalam pasaran memberi kesan buruk pada pengguna seperti harga
yang tinggi dan kuantiti barang yang sedikit di pasaran. [1]

(e) Wujud kesan luaran (eksternaliti) negatif [1]


Pengeluar mementingkan keuntungan dan mengabaikan tanggungjawab social.
Pencemaran air sungai hasil dari pembuangan sisa-sisa kilang ke dalam sungai dan udara
berlaku. [1]

22. (a) Penawaran ke atas kulit lembu meningkat


Harga
D S0
P0 E0 S1 Rajah [1]
P1 E1
S0
S1 D
0 Q0 Q1 Kuantiti
Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila keluk DD = keluk S0S0 pada harga P0 dan
kuantiti Q0. [1]
Apabila penawaran kulit lembu meningkat, maka penawaran ke atas daging lembu juga akan
meningkat sebab kulit lembu dan daging lembu ialah barang penawaran bersama. [1]
Keluk penawaran beralih ke kanan dari S0S0 ke S1S1. [1]
Keseimbangan baharu tercapai pada titik E apabila keluk DD = keluk S1S1. [1]
Harga jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti bertambah dari Q0 ke Q1.. [1]

{Maksimum 3m}
2
(b) Penawaran ke atas susu lembu meningkat
Harga
S1
D S0
P1 E1
P0 E0
S1
S0 D [Rajah 1m]

0 Q2 Q1 Kuantiti
Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila keluk DD = keluk S0S0 pada harga P0 dan
kuantiti Q0. [1]
Apabila penawaran susu lembu meningkat, maka penawaran ke atas daging lembu akan
berkurang sebab susu lembu dan daging lembu ialah barang penawaran bertanding. [1]
Keluk penawaran beralih ke kiri dari S0S0 ke S1S1. [1]
Keseimbangan baharu tercapai pada titik E apabila keluk DD = keluk S1S1. [1]
Harga naik dari P0 ke P1 dan kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1.. [1] {Maksimum 3m}

(c) Citarasa masyarakat terhadap daging ayam meningkat


Harga

D0 S
D1
P0 E0
P1 E1 D0 Rajah 1m

S D1
0 Q1 Q0 Kuantiti
Keseimbangan asal tercapai pada titik E apabila keluk D0D0 = keluk SS pada harga P0 dan
kuantiti Q0. [1]
Apabila citarasa masyarakat terhadap daging ayam meningkat, maka permintaan terhadap
daging lembu berkurang sebab daging lembu dan daging ayam merupakan barang pengganti.
[1]
Keluk permintaan daging lembu beralih ke kiri dari D0D0 ke D1D1. [1]
Keseimbangan baharu tercapai pada titik E apabila keluk D1D1 = keluk SS. [1]
Harga jatuh dari P0 ke P1 dan kuantiti berkurang dari Q0 ke Q1.. [1] {Maksimum 4m}
3
23 (a) Permintaan tak anjal bermaksud peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada
Peratus perubahan harga. [2]

(b) Faktor-faktor yang menyebabkan permintaan sesuatu barang tak anjal


(i) Kekurangan barang pengganti [1]
Jika sesuatu barang tidak mempunyai banyak pengganti, keanjalan permintaan terhadapnya
tak anjal. [1]
Contohnya garam mempunyai keanjalan permintaan tak anjal sebab kekurangan barang
pengganti.
(ii) Peratusan perbelanjaan yang kecil daripada pendapatan [1]
Semakin kecil bahagian pendapatan yang dibelanja untuk mendapatkan sesuatu barang, maka
keanjalan permintaan terhadapnya adalah tidak anjal. [1]
Contohnya perbelanjaan untuk mendapat sebatang pen ialah RM1.00 merupakan sebahagian
kecil daripada pendapatan berbanding perbelanjaan untuk mendapatkan sebuah kereta yang
berharga RM80,000. Sedikit kenaikan harga, katakana 10%, harga pen hanya RM1.10 sahaja,
tetapi harga kereta telah meningkat kepada RM80,800. Jadi pengguna tetap membeli pen.
(iii) Barang perlu [1]
Jika sesuatu barang itu merupakan barang perlu seperti minyak masak, keanjalan
permintaannya tak anjal. Sedikit kenaikan harga tidak akan mengubah kuantiti yang diminta
dengan banyak. Ini bermakna pengguna tetap membelinya. [1]
(iv) Jangka masa yang pendek [1]
Semakin pendek jangka masa, semakin tak anjal permintaan terhadap suatu barang. Ini kerana
dalam jangka masa yang pendek, pengguna tidak sempat mencari barang pengganti lain jika
barang yang digunakan mengalami kenaikan harga. Maka permintaan terhadap barang
tersebut adalah tidak anjal. [1]
(v) Bilangan kegunaan yang sedikit [1]
Semakin sedikit kegunaan sesuatu barang, maka permintaan terhadapnya adalah tidak anajal.
[1]
Misalnya sedikit kejatuhan harga mesin taip, tidak menambah permintaannya dengan banyak,
berbanding dengan sedikit kejatuhan harga laptop, menyebabkan permintaan terhadapnya
bertambah dengan banyak. Ini kerana kegunaan laptop lebih banyak berbanding dengan mesin
taip.

4
24. (a) Ekonomi bidangan ialah faedah yang dinikmati oleh firma yang menyebabkan kos purata
jangka panjang menurun akibat pengeluaran secara besar-besaran dan perkembangan
industri secara keseluruhan.

(b)
Kos
LAC [Rajah 1m]
a

0 Kuantiti
Peningkatan kemahiran dan kecekapan tenaga buruh menaikkan produktiviti dan firma
menikmati ekonomi bidangan dalaman. [1]
Ekonomi bidangan dalaman ini akan mengurangkan kos purata jangka panjang. [1]
Ekonomi bidangan dalaman ditunjukkan oleh pergerakan ke bawah sepanjang keluk LAC dari
titik a ke titik b sepanjang keluk LAC yang sama. [1]

(b)
Kos LAC2

LAC1

[Rajah 1m]

0 Kuantiti
Perkembangan industri di kawasan perindustrian menyebabkan persaingan antara firma-firma
untuk memperoleh faktor-faktor pengeluaran seperti tanah menyebabkan firma terpaksa
membayar sewa tanah yang lebih tinggi. [1]
Firma mengalami ekonomi bidangan luaran kerana kenaikan kos pengeluaran berpunca
daripada faktor luaran firma. [1]
Tak ekonomi bidangan luaran ditunjukkan oleh peralihan keluk LAC ke atas dari keluk LAC1
ke LAC2. Kos purata meningkat bagi setiap tingkat keluaran. [1]

5
25. Hasil/Kos/Harga MC
AC

[Rajah 2m]
AVC
P1 f
P0 e AR=MR

P2 g

0 Q0 Output
Keseimbangan firma persaingan sempurna dicapai pada titik e apabila MR= MC pada output
0Q0 dan harga 0P0 . [1]
Firma mengalami untung kurang normal atau kerugian sebanyak P0P1fe sebab jumlah hasil
(0P0eQ0) lebih rendah daripada jumlah kos (0P1fQ0). [1]
Namun, firma dapat meneruskan pengeluarannya sebab jumlah hasil melebihi jumlah kos
berubah (0P2gQ0). [1]
Jumlah hasil dapat membiayai kesemua kos berubah sebanyak 0P2gQ [1]
dan sebahagian kos tetap sebanyak P2P0eg. [1]

Jadi, kerugian firma dapat diminimumkan. [1]


Jika firma memberhentikan pengeluarannya, kerugian yang ditanggung lebih tinggi, iaitu
sebanyak jumlah kos tetap (P2P1fg). [1]
Oleh itu, firma akan meneruskan operasi walaupun mengalami kerugian dalam jangka
pendek, iaitu selagi jumlah hasil melebihi kos berubah (atau AR>AVC). [1]

26. (a) Kesatuan sekerja merupakan satu organisasi yang dianggotai oleh para pekerja untuk
6
mewakili mereka dalam perundingan dengan pihak majikan bagi menuntut kenaikan upah
dan kebajikan yang lebih baik untuk ahlinya. [2]

(b) (i) Kedudukan kewangan kesatuan sekerja yang kukuh [1]


Kedudukan kewangan yang kukuh akan membolehkan kesatuan sekerja melakukan
tindakan mogok yang lebih lama kerana mogok pihak kesatuan akan membayar gaji ahli
mereka, [1]
(ii) Bilangan ahli kesatuan yang ramai [1]
Apabila bilangan pekerja yang menganggotai kesatuan sekerja adalah ramai, kesatuan
sekerja mempunyai kuasa tawar-menawar yang kuat untuk menuntut upah yang lebih
tinggi. [1]
Jika mogok diadakan, sebahagian besar pekerja akan terlibat dan akan melumpuhkan
aktiviti pengeluaran firma.
(iii) Keadaan guna tenaga dalam ekonomi [1]
Kesatuan sekerja akan berjaya menuntut. kenaikan gaji jika berlaku guna tenaga penuh
(pengangguran rendah) kerana jika mogok dilancarkan, majikan sukar mencari pekerja
cil dalam kos [1]
(iv) Bahagian upah dalam jumlah kos pengeluaran [1]
Jika upah adalah sebahagian kecil dalam kos pengeluaran. Kesatuan akan berjaya dalam
tuntutan kenaikan upah kerana tidak membebankan kos pengeluaran firma. [1]
(v) Prestasi firma yang baik [1]
Jika firma mempunyai jumlah keuntungan yang tinggi, firma akan lebih berupaya untuk
membayar upah yang lebih tinggi kepada pekerja. [1]
(vi) Keanjalan permintaan barang [1]
Jika keanjalan permintaan barang yang dihasilkan bersifat tak anjal, kesatuan sekerja
akan berjaya menuntut upah yang lebih tinggi kerana beban kenaikan kos tersebut dapat
dialihkan kepada pengguna tanpa merugikan firma. [1]
(vii) Perbezaan upah antara firma [1]
Jika terdapat buruh yang menerima upah yang lebih rendah berbanding buruh lain
dalam bidang pekerjaan yang sama di firma lain, kesatuan sekerja akan lebih berjaya
dalam tuntutan kenaikan upah. [1]

BAHAGIAN C
7
27. (a) Qd=Qs
50 – 1/2 P = -25 + P

50 + 25 = P + 1/2 P

75 = 11/2 P

75 = 3/2 P

75(2) = 3P
RM 50 = P [1]

Qs = -25 + (50)
= 25 kg [1]

(b) (i) Selepas subsidi RM3, fungsi penawaran baharu :


Qs1 = - 25 + 1(P +3)
Qs1 = - 22 + P [1]
Keseimbangan baharu :
50- 1/2 P = - 22 + P

50 +22 = P + 1/2 P = -22 + P

72 = 1 1/2 P

72 = 3/2 P

72(2) = 3P
RM 48 = P [1]

Qs1 = -22 + (48)


= 26 kg [1]

(b) (ii) Ed barang A : Po = 50 , Qo = 25


P1 = 48 , Q1 = 26
Ed = 26-25 x 50
25 48-50 [1]

= -1 [1]

(c) (i) Bila P= RM40 :


Qd = 50- 1/2 P

= 50 – 1/2 (40)

= 30 kg [1]
Qs1 = - 22 + P
= -22 + 40
8
= 18 kg [1]

(c)(ii) Wujud lebihan permintaan sebanyak (30-18) = 12 kg [1]

28. (a) TFC = RM40 iaitu jumlah kos pada keluaran sifar. [1]

(b) (i) (ii)


Keluaran (unit) TC MC TVC
(RM) (RM) (RM)
0 40 - 0
1 54 14 14
2 76 22 36
3 106 30 66
4 144 38 104
5 190 46 150
6 244 54 204

[2] [2]
(c)
Keluaran (unit) TR MR MC
(RM) (RM) (RM)
0 0 - -
1 30 30 14
2 60 30 22
3 90 30 30
4 120 30 38
5 150 30 46
6 180 30 54

(i) MR=MC = RM30 [1]


pada output 3 unit [1]

(ii) Keuntungan = TR - TC
= 90 - 106 [1]
= - RM 16 [1]
Firma mengalami kerugian sebanyak RM16.00

(d) Dalam jangka panjang, firma mengalami untung normal kerana firma berada dalam pasaran
persaingan sempurna . [1]

29. (a) Keluaran hasil purata( ARP) merujuk kepada nilai keluaran yang dihasilkan oleh setiap

9
unit faktor pengeluaran. [1]

Keluaran hasil sut (MRP) merujuk kepada tambahan jumlah hasil keluaran akibat
tambahan penggunaan seunit faktor pengeluaran [1]

(b) Pada 26 unit buruh , MRP=MCF=Upah = RM34


Jumlah keuntungan = TR-TC
= (ARP - ACF) x kuantiti buruh [1]
= (37-34) x 26
= RM 78.00 [1]

(c) (i) 30 unit buruh digunakan [1]


sebab MRP=MCF = Upah = RM 30 [1]

(ii) Jumlah untung = (ARP- ACF) x kuantiti buruh


= (35-30) x 30 [1]
= RM 150.00 [1]

(d) Tiada buruh akan digunakan /kuantiti buruh diminta adalah sifar [1]
kerana firma mengalami kerugian apabila ARP kurang daripada harga factor
(ARP<ACF) [1]

10

You might also like