Esei Bab4

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

1.

(a)
Masyarakat tempatan menetang penyerahan tersebut kerana dipaksa menerima
penjajahan British secara mutlak. Selain itu, keturunan James Brooke telah
menyerahkan Sarawak kepada Kerajaan British di London sebagai tanah jajahan
mahkota. Di samping itu, mereka menentang kerana bercanggah dengan
Perlembagaan 1941. Keputusan ini dibuat oleh Vyner Brooke tanpa berbincang
dengan orang tempatan dan ketua mereka. Akhir sekali, situasi ini berlaku adalah
kerana Vyner Brooke menerima sokongan anggota bukan bumiputera dan pengawai-
pengawai British.

1. (b)
Antara tindakan yang telah diambil oleh penduduk tempatan terhadap
penyerahan Sarawak kepada British ialah Johari Anang dan Sharkaiwi Osman
menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan dari seluruh Sarawak.
Seterusnya, penduduk tempatan mengadakan demonstrasi pada 1 Julai kerana
menentang penyerahan Sarawak kepada British. Di samping itu, PKMS mendesak
British berundur dari Sarawak.
British bertindak mengeluarkan Pekeliling No.9/1946 (Circular No.9) pada
bulan Disember 1946 yang melarang pengawai awam menyertai gerakan
antipenyerahan. Pada 2 April 1947, seramai 409 kakitangan kerajaan meletak jawatan
termasuklah guru serta petugas di Pos dan Telegraf, Jabatan Marin, Kastam,
Perubatan dan Kesihatan, Percetakan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya,
Bomba dam Perbendaraharaan.
Selain itu, utusan Sarawak digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan
tentangan mereka terhadap penyerahan Sarawak. Pengarang juga meggunakan
kritikan yang tajam terhadap rancagan penyerahan Sarawak.
Akhir sekali, golongan wanita yang menentang hebat penyerahan Sarawak
ialah Cikgu Lily Eberrvein (PKMS), Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah
dan Cikgu Ajibah Abol.

1.(c)
Pada pendapat saya, kita boleh mengelakkan penglibatan kuasa luar di negara
kita dengan mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara atau negara
serantau supaya meningkatkan penguasaan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan
dan tidak memberikan sebarang peluang kepada pihak luar untuk terlibat dalam
pentadbiran negara kita. Selain itu, kita boleh melahirkan masyarakat yang bersatu
padu dan memperkemaskan sistem pertahanan negara. Kita juga tidak boleh
membenarkan kemasukan orang luar atau pengintip. Akhir sekali, penguatkuasaan
undang-undang negara dan menganggotai pertubuhan atau persatuan antarabangsa
boleh mengelakkan penglibatan kuasa luar di negara kita.

2. (a)
British mencadangkan penubuhan gagasan Malayan Union kerana tujuannya
adalah melicinkan sistem pentadbiran dan meningkatkan pelaburan ekonomi. Selain
itu, tujuan gagasan Malayan Union adalah mengukuhkan pertahanan dan
mengekalkan orang asing sebagai sumber tenaga kerja untuk meningkatakan ekonomi.

3. (b)
Antara ciri Perlembagaan Malayan Union ialah kesatuan. Hal ini dikatakan
demikian kerana Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak
Bersekutu dan Negeri-negeri Selat disatukan menjadi satu unit pentadbiran kecuali
Singapura disatukan menjadi satu unit pentadbiran. Sememangnya tidak dapat
dinafikan bahawa raja-raja Melayu merupakan antara cirinya kerana Sulatan menjadi
Ahli Majlis Raja-raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat
Melayu. Di samping itu, antara cirinya termasuklah ketua pentadbir. Fenomena ini
terjadi berikutan Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh
Raja England. Akhir sekali, pembentukan Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan
Malayan Union di bawah kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.

2. (c)
Penjelasan saya ialah semangat kekitaan dan bersifat kreatif dan kritis.
Seterusnya, kesanggupan mempertahankan kedaulatan negara boleh mengeratkan
perpaduan yang erat dalam kalangan masyarakat. Di samping itu, penjelasan saya
adalah berani mempertahankan hak dan tegas dalam perjuangan. Taat kepada arahan
pemimpin juga merupakan salah satu penjelasan saya. Akhir sekali, penjelasan saya
adalah mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi.

3. (a)
Antara faktor penyerahan Sabah kepada British adalah memebuhi kepentingan
British. Hal ini dikatakan demikian kerana pemberian kemerdekaan kepada Sri Lanka,
India dan Burma. Sabah berpotensi menggantikan tanah jajahan tersebut kerana
berupaya untuk membekalkan sumber bahan mentah dan kawasan pasaran bagi
barangan British.
Selain itu, antara faktornya adalah meneruskan dasar British dalam hubungan
luar kerana semasa pemerintahan SBUB, Sabah menjadi negeri naugan British.
British menguasai perhubungan luar negeri dan pertahanan Sabah. Keadaan ini
mendorong SBUB membuat keputusan untuk menyerahkan Sabah kepada British
pada 1946.
Akhir sekali, masalah kewangan SBUB merupakan antara faktornya.
Fenomena ini terjadi berikutan sebelum meninggalkan Sabah, Tentera Jepun telah
memusnahkan Jesselton, Kudat dan Sandakan. Kerosakan ini memerlukan kos yang
besar dan tidak mampu ditanggung oleh SBUB bagi membangunkan Sabah. SBUB
bersetuju menyerahkan Sabah kepada kerajaan British kerana kekurangan dana.

4. (b)
Rakyat Sabah tidak menentang apabila Sabah menjadi tanah jajahan mahkota
kerana dasar British yang menindas kegiatan berpersatuan. Hal ini dikatakan
demikian kerana penduduk Sabah teridiri daripada pelbagai kumpulan etnik yang
berbeza dari aspek bahasa,budaya, sistem kepercayaan, pertempatan dan kegiatan
ekonomi. Keadaan ini menyukarkan pemimpin Sabah untuk menghimpunkan
kesemua etnik dalam satu pertubuhan. Contohnya, pelbagau persatuan muncul seperti
BARIP, PASPAS, Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah. Seterusnya, British
melumpuhkan gerakan nasionalisme secara halus menawarkan jawatan kenaikan
pangkat kepada ahli persatuan dan mimindahkan jawatan kenaikan pangkat kepda ahli
persatuan. Kesannya kegiatan berpersatuan akhirnya menjadi lemah kerana masalah
kewangan dan Kekurangan pemimpin.
Di samping itu, antara sebabnya ialah rakyat tidak memahami tujuan
penyerahan dan menghadkan peluang rakyat dalam pentadbiran. Secara logiknya,
penduduk Sabah tiada pengalaman dalam birokrasi Moden. Kepentingan Sosio-
ekonomi penduduk tempatan oleh itu enggan.
Akhir sekali, rakyat menyertau penentangan merupakan salah satu sebabnya
kerana penyerahan Sabah dapt memberi peluang kepada penduduk untuk melibatkan
diri dalam pentadbiran dengan memajukan bidang perniagaan, meluaskan jaringan
perdagangan dan membangunkan negeri Sabah selepas perang.

4. (c)
Hujah saya ialah rancangan besar British di Tanah Melayu, Singapura dan
Wilayah Utara Borneo kerana British telah menjadikan Sarawak dan Sabah sebagau
tanah jajahan. British dapat menguasai kekayaan ekonomi Sarawak dan menjaga
kepentingan pelaburan British.
Di sampimg itu, memebuhi kepentingan British merupakan salah satu hujah
saya. Hal ini dikatakan demikian kerana Perdana Menteri Britain, Clement Attlee
ketika itu sedang menyelesaikan soal pemberian kemerdekaan kepada Sri Lanka,
India dan Burma. Sabah merupakan sebuah negeri yang berpotensi menggantikan
jajahan tersebut kerana berupaya untuk membekalkan sumber bahan mentah dan
kawasan pasaran bagi barangan British.

You might also like