Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Huraikan tentang personaliti dan watak beliau yang dikenali ramai.

Personaliti dan watak beliau yang menyebabkan beliau dikehendaki ramai ialah kerana sifat
semangat yang sentiasa membara dan positif dan sikap tidak mudah putus asanya.Sebagai
contoh ,Dato Wira Lee Chong Wei terpaksa berehat daripada beberapa kejohanan besar
kerana kecederaan yang serius namun beliau tidak pernah berputus asa dan sambung
latihannya setelah sembuh.Selain itu, beliau juga pernah diuji dengan kegagalan ujian
dadah jenis Dexamethasome tetapi semangatnya tidak mudah dipatahkan lalu setelah
dibuktikan tidak bersalah ,beliau bangkit membuktikan bahawa diri beliau adalah ikon
sebenar sukan yang mampu memberci contoh dan inspirasi kepada rakyat Malaysia.

Apakah kepakaran yang dimiliki oleh beliau?

Kepakaran beliau sehingga dikenali ramai ialah dalam sukan badminton. Beliau adalah
jaguh badminton negara yang telah mengharumkan nama negara sehingga nama beliau
sahaja dapat menggeruni pihak lawannya kerana kepintarannya dalam mencorak langkah
dan mematikan serangan lawan.Beliau juga pernah menyandang pemain nombor satu
dalam ranking dunia.

Huraikan pencapaian utama beliau.Apakah yang dilakukan oleh beliau


sehingga dikenali oleh orang ramai.

Pencapaian utama beliau adalah sangat menakjubkan iaitu berjaya mengekalkan sandaran
pemain badminton nombor satu perseorangan lelaki dunia selama 199 minggu berturut turut
iaitu dari 21 Ogos 2008 sehingga 14 Jun 2012.Selain itu beliau juga telah memegang
ranking nombor satu dunia selama 9 tahun walaupun tidak berterusan seperti dari tahun
2008 sehingga 2012.Ini bukan hanya dikenali oleh orang Malaysia tetapi seluruh dunia
kerana kehebatannya yang tidak terduga yang sentiasa konsisten memenangi gelaran juara
dalam perlawanan perlawanan besar antarabangsa seluruh dunia.

Apakah kegagalan atau halangan yang pernah dihadapi oleh beliau ?

Kegagalan dan halangan terbesar Dato Wira Lee Chong Wei ialah beliau gagal untuk
menghadiahkan pingat emas yang berharga dalam temasya olimpik untuk negara selepas
tiga kali kecundang di pentas final bermula pada edisi 2008 di Beijing,2012 di London dan di
Rio pada tahun 2016.Walaupun hasrat beliau untuk memenangi emas berharga untuk
negara sangatlah kuat,beliau tidak pernah putus asa untuk berlatih bersungguh
sungguh,namun peluang tidak berpihak kepada beliau sehingga terpaksa berehat kerana
kecederaan namun beliau tetap kuatkan semangat untuk berlatih untuk fokus pada
kejohanan lain dan akhirnya Dato Wira Lee Chong Wei umumkan persaraannya pada Julai
2019 yang membuatkan ramai penyokongnya sedih kerana tidak dapat lihat lagi ikon sukan
teragung Malaysia tidak dapat menunjukkan taringnya lagi di kejohanan besar akan datang.
Bagaimanakah beliau menjadi inspirasi kepada anda?
Faktor beliau menjadi inspirasi kepada kami ialah kesungguhan beliau dan semangatnya
dalam menceburi bidang badminton dari muda lagi iaitu sejak umurnya 11 tahun.Beliau juga
bertekad untuk berusaha bersungguh sungguh untuk menolong keluarga beliau dalam segi
kewangan dengan fokus dalam bidang sukan badminton walaupun ramai ibu bapa sekarang
tidak memberi sokongan dalam bidang sukan ini kerana ianya tidak menjamin masa hadapan
namun ianya bercanggah dengan pemikiran orang tua beliau.Beliau sedar beliau bukannya
dilahirkan dalam keluarga yang senang dengan itu beliau berlatih bersungguh sungguh
sehingga berjaya dipilih untuk mewakili negara dalam sukan badminton pada umur 17 tahun
dan menjadi anak buah kepada Jurulatih Misbun Sidek iaitu lagenda badminton negara
terdahulu. Beliau berjaya menjadi perhatian ramai sebagai muka baru dalam sukan badminton
apabila berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir kejohanan terbuka Malaysia pada tahun
2003 iaitu kejohanan besar pertamanya walaupun tewas kepada Cheng Hong dari China.
Namun pada tahun berikutnya beliau berjaya bangkit dan memenangi dua gelaran juara pada
tahun yang sama di kejohanan besar terbuka Malaysia dan terbuka China Taipei.Sejak itu
nama beliau disebut sebut sehingga menjadi pemain perseorangan badminton ranking no 1
dunia dan berjaya mengaut pendapatan mencecah 1.85 Juta USD dengan hasil memenangi
kejohanan kejohanan besar.Ini menginspirasikan kami dengn semangat beliau untuk
membangunkan lagi jati diri anak muda untuk menceburi bidang sukan kerana sukan juga
boleh menjamin masa depan bukan dengan apa yang orang lain katakan sukan tidak boleh
bawa kita senang di masa hadapan.

Adakah beliau telah melakukan sesuatu yang anda ingin lakukan pada masa
hadapan

Datuk Wira Lee Chong Wei telah melakukan sesuatu yang ingin kami lakukan pada
masa depan iaitu dengan mengharumkan nama negara ke seluruh dunia.Kami ingin
dikenali oleh orang ramai dengan kehebatan kami untuk membuatkan orang luar
menginspirasikan kami kerana kami ingin membalas budi ibu bapa kami dengan
kejayaan yang menakjubkan untuk membuatkan mereka bangga.Sebagai
contoh,Dato Wira Lee Chong Wei telah dinobatkan sebagai pemain nombor satu
dunia dan dikenali seluruh dunia dengan kejayaannya yang sangat
menakjubkan.Beliau mampu mengubah hidup keluarga beliau dari keluarga yang
susah sehingga menjadi keluarga yang berada dengan hasil kerja kerasnya dengan
memenangi kejohanan kejohanan besar.Kami berharap dapat lakukan seperti apa
yang dilakukan oleh beliau walaupun bukan dalam bidang sukan tapi kami tetap
akan usaha di bidang lain demi masa depan kami.Jika anda boleh bertemu
dengan beliau pada hari ini,apakah soalan penting yang anda akan tanyakan
kepada beliau? Berikan sebab kepada jawapan anda.

Jika kami dapat bertemu beliau pada hari ini kami akan menanyakan soalan yang mungkin
akan berguna untuk kami dan orang orang lain iaitu bagaimana beliau menjaga
keseimbangan badan dari segi pemakanan dan kesihatan dalam menjalani kehidupan
dalam bidang sukan ini kerana ramai anak muda sekarang berminat dalam bidang sukan
namun banyak yang tidak berjaya untuk sentiasa konsisten dalam menjaga keseimbangan
badan ini dan ini juga berlaku pada saya. Saya amat aktif dalam aktiviti sukan apabila
zaman sekolah menengah dan sentiasa memenangi pingat namun apabila tiada aktiviti
badan saya telah naik,bukan sahaja itu apabila saya berniat untuk melakukan senaman
saya lebih cepat penat dan terus putus asa lalu berhenti dan tidur.Oleh itu,saya ingin
menanyakan soalan ini demi menjaga kesihatan saya dan dimotivasikan untuk sentiasa
melakukan senaman atau bersukan walaupun bukan untuk memenangi pertandingan tapi
untuk konsisten menjaga kesihatan diri seperti aksi Dato Wira Lee Chong Wei dalam
pertandingan sentiasa konsisten dan bertenaga walaupun umur telah meningkat tua.
Apakah pengajaran hidup berdasarkan personaliti/ pencapaian yang anda
pelajari daripada beliau?

Pengajaran hidup yang dapat kami perolehi daripada personaliti beliau adalah tetaplah
berusaha walaupun berkali kali jatuh,gagal dan walaupun banyak halangan yang telah
beliau hadapi tetapi beliau tidak pernah putus asa.Oleh itu, kita haruslah bersemangat dan
percaya akan kerja keras kita kerana jika kita sentiasa berusaha pasti akan memberikan
hasil sebagaimana apa yang ditunjukkan dengan kehidupan ikon badminton negara
kita,Dato Wira Lee Chong Wei.Selain itu, beliau juga menyedarkan kami bukan kemenangan
pingat yang lebih penting tetapi semangat juang yang ditunjukkan dalam setiap
kejohanannya yang berjaya menyatukan hati rakyat walaupun berbilang kaum dan juga
melahirkan perasaan bangga kita sebagai rakyat Malaysia .

You might also like