Syarie Prosecutor of Selangor V Mohd Asri Bin Zainul Abidin at Abdul Talib

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 12

06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.

fm Page 124 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

124 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul A


Abidin @ Abdul Talib

SYARIAH HIGH COURT (SHAH ALAM) — CRIMINAL CASE NO 10400–


103–0009 OF 2009
MOHAMMAD ADIB HUSAIN ShHCJ B
28 APRIL 2010

Islamic Law — Shariah Court — Transfer of case — Application refused — Application


for revision — Application to set aside decision by trial judge — Jurisdiction — Whether
within jurisdiction of the Shariah High Court — Administration of the Religion of Islam
(Selangor) Enactment 2003 s 66 C

Islamic Law — Shariah criminal procedure — Transfer of case — From Shariah


Subordinate Court to Shariah High Court — Application by chief syarie prosecutor —
Application refused — Application for revision — Whether transfer would result in injustice
to respondent — Whether transfer would affect criminal jurisdiction of Shariah High Court
— Whether trial judge erred in refusing application — Syariah Criminal Procedure D
(Selangor) Enactment 2003 ss 7 & 101 — Administration of the Religion of Islam
(Selangor) Enactment 2003 s 61

The respondent was charged in the Shariah Subordinate Court, Gombak


Timur, Selangor for an offence under s 119(1) of the Administration of the
Religion of Islam (Selangor) Enactment 2003. The applicant’s application E
to have the case transferred to the Shariah High Court was dismissed by the
trial judge as the reason for the transfer namely, that the applicant was a
former mufti, was considered unjustifiable and merely an individual
interest. Hence this review application to set aside the order by the Shariah
Subordinate Court judge on the ground, inter alia, that the trial judge had
erred in the interpretation of s 101 of the Syariah Criminal Procedure F
(Selangor) Enactment 2003. Meanwhile, the respondent applied to strike
out this application on the ground that the decision of the trial judge was
correct and in line with Islamic law. The main issue was whether, in an
application by the chief syarie prosecutor to transfer a case, valid reasons
must be established or it was mandatory for the Shariah Subordinate Court G
judge to transfer the said case to the Shariah High Court. Further, whether
it would be unjust to the respondent if the transfer of case was granted. The
respondent contended that if the case was transferred to the Shariah High
Court, he would only have one right to appeal namely, to the Shariah
Appeal Court. Further, the respondent also raised the criminal jurisdiction
of the Selangor Shariah High Court to hear the charge framed against him H
by referring to s 7 of the Syariah Criminal Procedure (Selangor) Enactment
2003.

Held, allowing the application:


(1) Section 101 of the Syariah Criminal Procedure (Selangor) Enactment I
2003 provides two situations in which a case may be transferred from
the Shariah Subordinate Court to the Shariah High Court. The first
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 125 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 125

A clause confers power on the Shariah Subordinate Court judge to


transfer the case to the Shariah High Court if in his opinion or for any
other reason the case ought to be transferred. While the second clause
is a provision that confers power on the chief syarie prosecutor to
apply for a transfer of the case from the Shariah Subordinate Court to
the Shariah High Court, whether before or during the trial of the case
B in the Shariah Subordinate Court. In this application the second
provision is relevant since the said application was made by the chief
syarie prosecutor (see paras 11 & 16).
(2) The said provision is clear that where an application is made by the
chief syarie prosecutor, whether before or during trial, the judge shall
C stay the proceedings and transfer the case to the Shariah High Court.
The word ‘shall’ connotes that it is mandatory and this does not
require any reason for the application to transfer the case by the chief
syarie prosecutor. The trial judge must stay the proceedings and
transfer the case. It is only when the Shariah Subordinate Court judge
decides to transfer the case that reasons must be given (see para 17).
D (3) When a case is tried in the Shariah Subordinate Court, the parties
would have two tiers of appeal. This is unlike in a trial before the
Shariah High Court where there would be only one appeal. This court
is of the opinion that where the case is tried in the Shariah High Court
no injustice would result to the respondent. Any decision, sentence or
E order by the court will be based on facts and circumstances of the case.
In conducting a trial, the court will never decide a case or pass
sentence based on the will of the prosecution or others. The trial judge
will act not only based on the existing laws and etiquette as contained
in the practice direction but more importantly, the reminders and
commands of the creator, Allah SWT, through verses in the Quran,
F and the traditions of the Prophet SAW (sunnah) which requires the
upholding of justice in one’s dealings (see paras 21–22).
(4) Based on s 61 of the Administration of the Religion of Islam
(Selangor) Enactment 2003, the Shariah High Court judge has the
territorial jurisdiction over the State of Selangor, may try and sentence
G a Muslim for an offence committed under the Syariah Criminal
Enactment (Selangor) 1995 or any other existing written law. It is
clear that the Shariah High Court of Selangor has the jurisdiction to
try the offence for which the respondent was being charged (see
paras 24–25).

H [Bahasa Malaysia summary


Responden di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan di
bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Pertuduhan terhadap responden telah dibuat di Mahkamah Rendah
Syariah, Gombak Timur, Selangor. Permohonan pemohon untuk
I memindahkan kes ini dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah
Tinggi Syariah telah ditolak oleh hakim bicara kerana alasan yang
dikemukakan oleh pemohon disebabkan responden merupakan bekas mufti
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 126 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

126 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

dalam permohonan adalah tidak munasabah dan bersifat kepentingan A


individu. Berikutan daripada penghakiman tersebut, permohonan semakan
ini dibuat bagi membatalkan perintah hakim Mahkamah Rendah Syariah
Gombak Timur dengan alasan, antara lain, bahawa hakim Mahkamah
Rendah Syariah telah terkhilaf dalam menafsirkan peruntukan s 101
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003. Responden
sebaliknya memohon mahkamah menolak permohonan ini dengan B
menegaskan bahawa keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah yang
menolak permohonan tersebut adalah betul dan bertepatan dengan hukum
Syarak dan undang-undang. Persoalan utama dalam semakan ini ialah sama
ada permohonan pemindahan kes atas permohonan ketua pendakwa syarie
memerlukan alasan yang munasabah ataupun hakim Mahkamah Rendah
C
Syariah secara mandatori hendaklah memindahkan kes tersebut ke
Mahkamah Tinggi Syariah. Persoalan seterusnya adalah, sama ada dengan
pemindahan kes tersebut dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah
Tinggi Syariah akan mendedahkan satu ketidakadilan kepada responden.
Responden menyatakan apabila kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Syariah, dia akan ada satu tingkat hak untuk membuat rayuan sahaja iaitu D
membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja. Responden juga
membangkitkan bidang kuasa jenayah hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Selangor untuk mendengar pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas
responden dengan merujuk s 7 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Selangor) 2003.
E

Diputuskan, membenarkan permohonan:


(1) Seksyen 101 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003
menggariskan dua keadaan sesuatu kes boleh dipindahkan dari
Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah. Klausa F
pertama memperuntukkan kuasa hakim Mahkamah Rendah Syariah
dan atas kehendak beliau untuk memindahkan kes kendalian beliau ke
Mahkamah Tinggi Syariah jika pada pendapat beliau atas apa-apa
sebab kes tersebut perlu dipindahkan. Klausa kedua pula merupakan
suatu peruntukan yang jelas memberikan kuasa kepada ketua
pendakwa syarie untuk memohon pemindahan sesuatu kes di G
Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah sama ada
sebelum atau semasa sesuatu perbicaraan sedang berjalan di
Mahkamah Rendah Syariah. Dalam permohonan ini, keadaan kedua
adalah berkaitan kerana permohonan dibuat oleh ketua pendakwa
syarie (lihat perenggan 11 & 16).
H
(2) Dalam peruntukan jelas menyatakan jika permohonan dibuat oleh
ketua pendakwa syarie, sebelum atau semasa perbicaraan, maka
hakim hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes
ke Mahkamah Tinggi Syariah. Perkataan ‘hendaklah’ perlu ditafsir
dengan makna mandatori dan tidak memerlukan apa-apa alasan bagi
permohonan pemindahan kes yang dibuat oleh ketua pendakwa I
syarie. Iaitu hakim hendaklah menggantung dan memindahkan kes.
Apa-apa sebab untuk memindahkan kes adalah diperlukan bagi
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 127 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 127

A pindahan dalam keadaan pertama iaitu atas kehendak hakim


Mahkamah Rendah Syariah (lihat perenggan 17).
(3) Diakui bahawa apabila kes ini didengar di Mahkamah Rendah
Syariah, pihak-pihak mempunyai dua peringkat rayuan. Dan apabila
kes di bicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah pihak-pihak hanya
B terdapat satu peringkat rayuan sahaja. Mahkamah berpendapat, jika
kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, tidak bermakna akan
berlaku ketidakadilan terhadap responden. Setiap keputusan,
hukuman atau apa-apa perintah mahkamah, adalah berdasarkan
kepada fakta dan keadaan kes tersebut. Mahkamah tidak akan sekali-
kali mengikut rentak pihak pendakwaan atau pihak-pihak lain dalam
C membicarakan kes juga dalam menjatuhkan hukuman. Hakim syarie
bukan sahaja bertindak berdasarkan peruntukan undang-undang dan
juga etika yang terdapat dalam arahan amalan, tetapi yang lebih utama
mereka diperingatkan dengan arahan dan perintah Allah melalui
firmanNya dan sunnah RasulNya yang menghendaki untuk mereka
sentiasa berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab (lihat
D perenggan 21–22).
(4) Berdasarkan peruntukan s 61 Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Selangor) 2003, yang menyatakan hakim Mahkamah Tinggi Syariah
mempunyai bidang kuasa di seluruh negeri Selangor dan
membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh orang Islam
E dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor)
1995 atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang
sedang berkuat kuasa, jelas bahawa hakim Mahkamah Tinggi Syariah
Selangor berbidang kuasa untuk mendengar pertuduhan yang
dipertuduhkan ke atas responden (lihat perenggan 24–25).]

F Notes
For cases on Islamic Law generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2009
Reissue) paras 490–742.
For cases on Shariah Court generally, see 8 Mallal’s Digest (4th Ed, 2009
Reissue) paras 687–700.
G
Cases referred to
Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri v Raja Petra bin Raja Kamarudin [2009] 4
MLJ 484, FC (folld)
Mohd Daud bin Nasir lwn Azura binti Abu Bakar (2007) JH XXIII(I) 35, CA
H (refd)
PP v Mohamad bin Wahab [2001] 5 MLJ 65, HC (refd)
PP v Yap Min Woie [1996] 1 MLJ 169, FC (folld)

Legislation referred to
I Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 ss 61, 66, 78, 119(1)
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 ss 7, 101, 230(2)
Kanun Prosedur Jenayah ss 418A, 418B, 177
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 128 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

128 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

Abdul Shukor Abd Hamid (Chief Syarie Prosecutor, Selangor Religious A


Department) for the prosecution.
Kamar Ainiah Kamaruzaman (Jamal Mohd Lokman with her) (Kamar
Ainiah, Raziff & Zashidi) for the respondent.

Mohammad Adib Husain HMTSy: B


[1] Responden di dalam kes ini telah dipertuduhkan dengan pertuduhan
di bawah s 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
Pertuduhan terhadap responden telah dibuat di Mahkamah Rendah
Syariah, Gombak Timur, Selangor. Pertuduhan seperti berikut:
Bahawa kamu pada 1 November 2009 jam antara 8.10 malam sehingga 9.45 C
malam, di dalam sebuah rumah premis kediaman beralamat di No. 2, Lorong 2C,
Taman Sri Ukay, Ampang dalam Daerah Gombak dalam Negeri Selangor
didapati telah mengajar perkara yang berkaitan Agama Islam tanpa tauliah yang
diberikan oleh Majlis Agama Islam Selangor. Maka dengan itu kamu telah
melakukan kesalahan di bawah sek. 119(1) Enakmen Pentadbiran Agama Islam
(Negeri Selangor) 2003 dan jika sabit kesalahan boleh dihukum dengan denda D
tidak melebihi RM3000.00 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi dua
tahun atau kedua-duanya mengikut seksyen dan enakmen yang sama.
[2] Pada 12 November 2009 pihak pemohon telah memasukkan satu
permohonan untuk memindahkan kes dari Mahkamah Rendah Syariah,
Gombak Timur ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor.
Sebutan pertama kes ini pada 18 November 2009 di hadapan hakim E
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur. Pemohon telah
mengemukakan permohonan tersebut tetapi telah dibantah oleh peguam
pihak responden. Pada tarikh yang sama hakim bicara telah mengarahkan
pihak pemohon dan responden untuk berhujah mengenai permohonan
pemohon tersebut, sama ada wajar kes ini dipindahkan ke Mahkamah F
Tinggi Syariah, Shah Alam, Selangor ataupun tidak. Di akhir sebutan
tersebut hakim bicara telah menolak permohonan pemohon untuk
memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah, Shah Alam.
[3] Berikutan daripada penghakiman tersebut, pada 1 Disember 2009
pemohon telah memasukkan permohonan semakan terhadap perintah
hakim bicara itu di Mahkamah Tinggi Syariah, Selangor di Shah Alam. G
Permohonan semakan ini dibuat bagi membatalkan perintah hakim
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur yang menolak permohonan
pemohon untuk memindahkan kes Jenayah Bil 10007–137–0108 Tahun
2009 untuk didengar dan dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah dengan
alasan seperti berikut: H
(a) Tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf dalam
menafsirkan peruntukan s 101 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah
(Selangor) 2003 dengan menolak permohonan pemindahan kes.
(b) Tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf dalam
menolak permohonan tersebut atas sebab pendakwa syarie gagal I
mengemukakan alasan munasabah sedangkan penafsiran sebenar
peruntukan s 101 Enakmen tersebut telah diabaikan.
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 129 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 129

A (c) Tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf dalam


menggambarkan permohonan yang dibuat oleh ketua pendakwa syarie
adalah seolah-olah merupakan tindakan menghina hakim bicara
sedangkan undang-undang jelas telah memperuntukkan s 101
Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang
membolehkan sesuatu permohonan pemindahan kes dibuat.
B
(d) Tuan hakim Mahkamah Rendah Syariah telah terkhilaf dalam
menimbulkan soal konsisten di pihak pendakwaan.
[4] Responden dalam jawapannya memohon mahkamah menolak
permohonan pemohon dengan menegaskan bahawa keputusan hakim
C Mahkamah Rendah Syariah yang menolak permohonan pemohon tersebut
adalah betul dan bertepatan dengan hukum Syarak dan undang-undang.

BIDANG KUASA MAHKAMAH TINGGI SYARIAH DALAM


SEMAKAN
D [5] Responden dalam hujahnya mempersoalkan proses permohonan
semakan ini. Apa yang dipohon oleh pemohon adalah untuk membatalkan
keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah. Pada pendapat responden
sepatutnya pemohon menggunakan proses rayuan bagi tujuan tersebut
dengan merujuk kuasa semakan hakim Mahkamah Tinggi Syariah dalam
s 66 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003.
E
Bidang kuasa pengawasan dan penyemakan Mahkamah Tinggi Syariah
66(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa
pengawasan dan penyemakan ke atas semua Mahkamah Rendah Syariah
dan boleh, jika tampak perlu oleh Mahkamah Tinggi Syariah itu demi
kepentingan keadilan, sama ada atas kehendaknya sendiri atau atas
F kehendak mana-mana pihak atau orang yang berkepentingan, pada mana-
mana peringkat dalam apa-apa perkara atau prosiding, sama ada mal atau
jenayah, dalam mana-mana Mahkamah Rendah Syariah, memanggil dan
memeriksa mana-mana rekod tentang perkara atau prosiding itu dan boleh
memberikan apa-apa arahan yang dikehendaki demi keadilan.
[6] Responden menghujahkan bahawa dalam s 66 menjelaskan semakan
G adalah berkaitan apa-apa perkara atau prosiding. Di dalam permohonan
pemohon adalah untuk membatalkan keputusan hakim bukan berkaitan
dengan prosiding. Justeru itu prosedur yang patut digunakan adalah dengan
membuat rayuan. Responden merujuk kes Mohd Daud bin Nasir lwn Azura
binti Abu Bakar (2007) JH XXIII(I) 35. Dalam penghakimannya Sheikh
H Ghazali Hj Abdul Rahman menyatakan:
Peruntukan s 66 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 jelas
memperuntukkan bahawa bidang kuasa menyemak (revisionary) Mahkamah
Tinggi Syariah Selangor lebih memberi fokus kepada kes-kes yang sedang
dibicara sahaja dan bukannya bagi kes-kes yang telah diputuskan.

I Beliau menjelaskan lagi tentang maksud prosiding:


Jadi, perkataan prosiding tersebut yang terdapat pada s 66 adalah boleh diertikan
sebagai perjalanan kes, perbicaraan tindakan atau peringkat bicara dan bukannya
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 130 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

130 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

tamat bicara. Ini bermakna apabila keputusan/perintah telah dikeluarkan, kes A


tersebut telah pun tamat di peringkat tersebut dan ianya tidak lagi dinamakan
prosiding. Istilah prosiding adalah dirujuk kepada kes yang sedang berjalan atau
diperingkat pendengaran/bicara. Jadi, perkataan prosiding sebagaimana disebut
di dalam s 66 tersebut adalah merujuk kepada perjalanan/peringkat kes sama ada
mal atau jenayah yang sedang dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah.
[7] Di dalam kes yang dirujuk ini, isu semakan adalah berkaitan dengan B
keputusan hakim terhadap kes-kes utama tuntutan pihak-pihak. Iaitu
berkaitan dengan perintah persetujuan mengenai tuntutan harta
sepencarian, hadhanah, nafkah anak dan lain-lain perkara yang berbangkit.
Ini membawa maksud kes telah diputuskan walaupun dengan penghakiman
persetujuan. Berbeza dengan yang di hadapan saya ini. Dalam kes ini pihak C
responden telah dituduh atas kesalahan di bawah s 119(1) Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003. Kes ini belum lagi dibicarakan
dan belum lagi diputuskan.
[8] Yang menjadi isu dalam semakan ini ialah tentang prosiding kes atau
perjalanan kes, sama ada kes hendak didengar di Mahkamah Rendah D
Syariah atau di Mahkamah Tinggi Syariah. Bukannya mengenai keputusan
akhir kes tersebut sama ada responden disabitkan dengan kesalahan
tersebut atau tidak. Kes tersebut juga belum tamat bicara. Dengan itu saya
berpendapat Mahkamah Tinggi Syariah ini berbidang kuasa untuk
membuat semakan atas permohonan pemohon dan membuat apa-apa
arahan yang berkaitan dengan permohonan berdasarkan s 66 Enakmen E
Pentadbiran.

SEKSYEN 101 ENAKMEN TATACARA JENAYAH SELANGOR


2003
[9] Persoalan utama dalam semakan ini ialah sama ada permohonan F
pemindahan kes yang dipohon oleh pemohon berdasarkan s 101 Enakmen
Tatacara Jenayah (Selangor) 2003 atas permohonan ketua pendakwa syarie
memerlukan alasan yang munasabah ataupun hakim Mahkamah Rendah
Syariah secara mandatori hendaklah memindahkan kes tersebut ke
Mahkamah Tinggi Syariah. Seksyen 101 memperuntukkan:
G
Pemindahan kes
101 Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim Mahkamah
Rendah Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu
bahawa kerana apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat
Hakim itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, atau jika sebelum
H
atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua Pendakwa Syarie,
maka Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu
ke Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah merekodkan perintah itu pada
rekod prosiding itu.
[10] Hakim bicara dalam keputusannya menyatakan pemindahan kes
hanya dibenarkan oleh mahkamah jika ketua pendakwa syarie I
mengemukakan alasan yang benar-benar munasabah dengan sebab-sebab
tertentu (apa-apa sebab). Hakim bicara menjelaskan antara alasan yang
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 131 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 131

A munasabah ialah alasan yang boleh mendatangkan kemaslahatan dan


mengelak daripada mendatangkan mafsadah dan kemudharatan. Selain itu
alasan munasabah juga hendaklah dilihat dengan melibatkan kepentingan
awam bukannya individu. Hakim bicara berpendapat alasan yang dikemukan
oleh pemohon disebabkan responden bekas seorang mufti dalam
permohonan adalah tidak munasabah dan bersifat kepentingan individu.
B
[11] Bagi tujuan semakan ini pemohon menghujahkan dalam peruntukan
tersebut mempunyai dua klausa yang membezakan suatu tindakan
pemindahan kes atas kehendak tuan hakim mahkamah rendah dan atas
permohonan ketua pendakwa syarie. Klausa pertama memperuntukkan
kuasa hakim Mahkamah Rendah Syariah dan atas kehendak beliau untuk
C memindahkan kes kendalian beliau ke Mahkamah Tinggi Syariah jika pada
pendapat beliau atas apa-apa sebab kes tersebut perlu dipindahkan. Klausa
kedua pula merupakan suatu peruntukan yang jelas memberikan kuasa
kepada ketua pendakwa syarie untuk memohon pemindahan sesuatu kes di
Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah sama ada
sebelum atau semasa sesuatu perbicaraan sedang berjalan di Mahkamah
D Rendah Syariah.
[12] Kedua-dua klausa tersebut mempunyai kesan dan perbezaan ciri
peruntukan masing-masing. Klausa kedua s 101 Enakmen Tatacara
Jenayah (Selangor) 2003 menyatakan:
E … atau jika sebelum atau semasa perbicaraan itu permohonan dibuat oleh Ketua
Pendakwa Syarie, maka Hakim itu hendaklah menggantung prosiding itu dan
memindahkan kes itu ke Mahkamah Tinggi Syariah dan hendaklah merekodkan
perintah itu pada rekod prosiding itu.
[13] Pemohon menghujahkan perkataan ‘Hakim itu hendaklah’ ditafsirkan
sebagai mandatori di mana hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
F menggantungkan kes itu dan memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi
Syariah. Pemohon merujuk kepada kes Public Prosecutor v Yap Min Woie
[1996] 1 MLJ 169 di mahkamah sivil berkaitan dengan pentafsiran
perkataan hendaklah. Hakim dalam kes ini menyatakan perkataan hendaklah
bermakna mandatori.
G [14] Pemohon juga dalam hujahnya merujuk kepada kes Menteri Hal
Ehwal Dalam Negeri v Raja Petra bin Raja Kamarudin [2009] 4 MLJ 484 di
mahkamah sivil berkaitan dengan isu perpindahan kes. Ini kerana
peruntukan yang sama wujud di dalam s 177 Kanun Prosedur Jenayah
(sivil) berkaitan dengan pemindahan yang dibuat oleh pendakwa raya.
Dalam penghakimannya, hakim menyatakan:
H
[8] Walaupun peruntukan tidak menggariskan keadaan/prasyarat yang
membolehkan pihak pendakwa memohon sesuatu kes itu dipindahkan ke higher
court tetapi struktur ayatnya jelas bahawa bilamana permintaan dibuat oleh
pendakwa raya, maka majistret itu hendaklah memberhentikan perbicaraan itu
dan menukarkan kes itu ke mahkamah yang lebih tinggi.
I [10] Oleh itu dalam permohonan ini saya memutuskan pemindahan kes dari
mahkamah majistret ke mahkamah sesyen adalah sah dan teratur serta tidak
bertentangan dengan mana-mana peruntukan undang-undang.
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 132 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

132 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

[15] Responden dalam hujah balasnya mengatakan ketua pendakwa A


syarie boleh memohon sebelum atau semasa perbicaraan, tetapi yang
membenar atau menolak adalah di bawah kuasa kehakiman yang terletak
pada hakim Mahkamah Rendah Syariah. Dengan itu terserah kepada hakim
untuk membenarkan permohonan atau sebaliknya.
[16] Mahkamah merujuk kepada s 101 Enakmen Tatacara Jenayah B
Syariah (Selangor) 2003 menggariskan dua keadaan sesuatu kes boleh
dipindahkan dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi
Syariah. Dalam permohonan ini, keadaan kedua adalah berkaitan kerana
permohonan dibuat oleh ketua pendakwa syarie. Saya setuju dengan
hujahan yang dikemukakan oleh pemohon dan juga autoriti-autoriti
sokongannya. C

[17] Dalam peruntukan jelas menyatakan jika permohonan dibuat oleh


ketua pendakwa syarie, sebelum atau semasa perbicaraan, maka hakim itu
hendaklah menggantung prosiding itu dan memindahkan kes itu ke
Mahkamah Tinggi Syariah. Saya berpendapat perkataan hendaklah perlu
ditafsir dengan makna mandatori dan tidak memerlukan apa-apa alasan D
bagi permohonan pemindahan kes yang dibuat oleh ketua pendakwa syarie.
Iaitu hakim hendaklah menggantung dan memindahkan kes. Saya
berpendapat perlunya apa-apa sebab untuk memindahkan kes adalah
diperlukan apabila pindahan dalam keadaan pertama iaitu atas kehendak
hakim Mahkamah Rendah Syariah. E
Dalam mana-mana perbicaraan di hadapan seorang Hakim Mahkamah Rendah
Syariah yang dalamnya ternyata pada mana-mana peringkat prosiding itu bahawa
kerana apa-apa sebab maka kes itu ialah suatu kes yang, pada pendapat Hakim
itu, patut dibicarakan oleh Mahkamah Tinggi Syariah.

[18] Saya berpendapat peruntukan tersebut tidak mengikat dan F


membataskan kuasa kehakiman hakim Mahkamah Syariah. Kerana
tindakan hakim atau budi bicara adalah berdasarkan undang-undang yang
digunapakai dalam sistem perundangan semasa dan jika tidak wujud
peruntukan maka hendaklah memakai hukum Syarak. Ini sebagaimana
s 230(2) Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 yang
memperuntukkan: G

(2) Jika terdapat lakuna atau jika apa-apa perkara tidak diperuntukkan
dengan nyata oleh Enakmen ini, Mahkamah hendaklah memakai Hukum
Syarak.

[19] Dalam permohonan pihak pemohon jelas wujud peruntukan H


undang-undang berkaitan permohonan. Peruntukan tersebut jelas dengan
membawa maksud bilamana permohonan pemindahan kes dibuat oleh
ketua pendakwa syarie, hakim Mahkamah Rendah Syariah hendaklah
memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi Syariah. Saya merujuk kepada kes
Public Prosecutor v Mohamad bin Wahab [2001] 5 MLJ 65, hakim Augustine
Paul dalam penghakimannya menyatakan peruntukan s 177 tersebut I
merupakan peruntukan perundangan yang harus ditafsirkan sebagai
undang-undang khas.
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 133 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 133

A Thus s 177 of the Criminal Procedure Code which requires a magistrate to


transfer a case to a higher court if the application is made by the public
prosecutor must be construed as such special legislation.
[20] Hujahan lain responden berkaitan ss 418A dan 418B Kanun
Prosedur Jenayah tidak terpakai dalam keadaan kes ini, tidak perlu bagi saya
B untuk mengulasnya kerana peruntukan tersebut tidak ada dalam Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003 dan permohonan pihak
pemohon ketika membuat permohonan pemindahan kes di Mahkamah
Rendah Syariah tidak merujuk peruntukan lain selain s 101 Enakmen
Tatacara Jenayah Syariah (Selangor) 2003.
[21] Persoalan seterusnya adalah, adakah dengan pemindahan kes
C
tersebut dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi Syariah
telah mendedahkan satu ketidakadilan kepada responden. Responden
menyatakan apabila kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, beliau
akan ada satu tingkat hak untuk membuat rayuan sahaja iaitu membuat
rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah sahaja. Diakui bahawa apabila kes ini
D didengar di Mahkamah Rendah Syariah, pihak-pihak mempunyai dua
peringkat rayuan. Dan apabila kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi
Syariah pihak-pihak hanya terdapat satu peringkat rayuan sahaja. Saya
berpendapat, jika kes dibicarakan di Mahkamah Tinggi Syariah, tidak
bermakna akan berlaku ketidakadilan terhadap responden. Setiap
keputusan, hukuman atau apa-apa perintah mahkamah, adalah
E berdasarkan kepada fakta dan keadaan kes tersebut. Mahkamah tidak akan
sekali-kali mengikut rentak pihak pendakwaan atau pihak-pihak lain dalam
membicarakan kes juga dalam menjatuhkan hukuman.
[22] Hakim syarie bukan sahaja bertindak berdasarkan peruntukan
undang-undang dan juga etika yang terdapat dalam arahan amalan, tetapi
F yang lebih utama mereka diperingatkan dengan arahan dan perintah Allah
melalui firmanNya dan sunnah RasulNya yang menghendaki untuk mereka
sentiasa berlaku adil dalam melaksanakan tanggungjawab.
[23] Responden dalam hujahnya membangkitkan bidang kuasa jenayah
hakim dengan merujuk s 7 Enakmen Tatacara Jenayah Syariah (Selangor)
G 2003 yang memperuntukkan:
7 Tertakluk kepada Enakmen ini, tiap-tiap Hakim hendaklah mengambil
perhatian dan mempunyai kuasa untuk —
(a) mendengar, membicarakan, memutuskan dan membereskan
pendakwaan bagi kesalahan yang dilakukan keseluruhannya atau
sebahagiannya di dalam bidang kuasa tempatan Hakim itu dan yang
H boleh diambil perhatian oleh Hakim itu;
[24] Dalam perkara ini mahkamah merujuk kepada s 61 Enakmen
Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang menyatakan:
61(1) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah mempunyai bidang kuasa di seluruh
I Negeri Selangor dan hendaklah diketuai oleh seorang Hakim Mahkamah
Tinggi Syariah.

06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 134 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

134 Shariah Law Reports [2010] 3 ShLR

(3) Mahkamah Tinggi Syariah hendaklah — A


(a) dalam bidang kuasa jenayahnya, membicarakan apa-apa kesalahan
yang dilakukan oleh seseorang orang Islam dan boleh dihukum di
bawah Enakmen Jenayah Syariah (Selangor) 1995 [En No 9/1995]
atau di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain yang sedang
berkuat kuasa yang menetapkan kesalahan-kesalahan terhadap rukun-
rukun agama Islam, dan boleh mengenakan apa-apa hukuman yang B
diperuntukkan bagi kesalahan itu;

[25] Berdasarkan peruntukan tersebut yang menyatakan hakim


Mahkamah Tinggi Syariah mempunyai bidang kuasa di seluruh negeri
Selangor dan membicarakan apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh
seseorang orang Islam dan boleh dihukum di bawah Enakmen Jenayah C
Syariah (Selangor) 1995 (En No 9/1995) atau di bawah mana-mana
undang-undang bertulis lain yang sedang berkuat kuasa, jelas bahawa
hakim Mahkamah Tinggi Syariah Selangor berbidang kuasa untuk
mendengar pertuduhan yang dipertuduhkan ke atas responden.

[26] Merujuk kepada alasan pemohon dalam permohonannya di D


Mahkamah Rendah Syariah yang menyatakan kes akan melibatkan
pemakaian undang-undang dan prosedur yang memerlukan kepada
pandangan dan tafsiran Yang Arif hakim yang lebih berpengalaman. Alasan
ini digambarkan sebagai penghinaan kepada hakim bicara. Saya
berpendapat gambaran ini tidak betul. Hakim syarie dan ketua pendakwa E
syarie, kedua-duanya dilantik oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan dan
bertindak atas bidang kuasa yang telah ditentukan. Ketua pendakwa syarie
membuat permohonan berdasarkan peruntukan undang-undang yang
membenarkan permohonan dibuat.

[27] Kenyataan tersebut dapat disokong dengan permohonan bantahan F


awal oleh responden ketika sebutan kes semakan ini di Mahkamah Tinggi
Syariah yang mempertikaikan bidang kuasa Mahkamah Syariah dalam
membicarakan kes yang dipertuduhkan terhadap responden. Persoalan
dalam bantahan tersebut sewajarnya didengar dan diputuskan oleh hakim
Mahkamah Tinggi Syariah.
G
[28] Seterusnya isu kewujudan kuasa luar, tekanan luar ataupun tangan-
tangan ghaib dalam proses pendakwaan terhadap responden yang
responden timbulkan, bolehlah dibuktikan semasa perbicaraan nanti.
Mahkamah percaya tindakan pendakwaan yang dijalankan oleh ketua
pendakwa syarie adalah atas kuasa yang ada pada ketua pendakwa syarie
dan berpandukan hasil siasatan yang beliau terima. Juga berdasarkan kuasa H
ketua pendakwa syarie yang diberikan oleh undang-undang dalam s 78
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Selangor) 2003 yang
memperuntukkan:
(2) Ketua Pendakwa Syarie hendaklah mempunyai kuasa yang boleh dijalankan
menurut budi bicaranya bagi memulakan, menjalankan atau I
memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan di hadapan
mana-mana Mahkamah Syariah.
06 ShlR 2010_Iss 3 Case1.fm Page 135 Tuesday, September 7, 2010 5:17 PM

Syarie Prosecutor of Selangor v Mohd Asri bin Zainul


[2010] 3 ShLR Abidin @ Abdul Talib (Mohammad Adib Husain ShHCJ) 135

A KEPUTUSAN
[29] Setelah meneliti permohonan yang difailkan oleh pemohon dan
menimbangkan penghujahan kedua-dua pihak, saya berpuashati bahawa
permohonan pemohon berasas dan saya memutuskan permohonan
pindahan kes dari Mahkamah Rendah Syariah ke Mahkamah Tinggi
B Syariah yang dipohon oleh ketua pendakwa syarie dibenarkan.
[30] Dengan itu keputusan hakim Mahkamah Rendah Syariah Gombak
Timur pada 18 November 2009 dibatalkan.
Application allowed.

C Reported by Ashgar Ali Ali Mohamed

You might also like