Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 10

KERTAS KERJA

PEMBINAAN
PONDOK BAS
DISEDIAKAN OLEH :
MOHD JANOVYAN BIN MOHAMAD TOWY

SEKOLAH KEBANGSAAN KALUMPANG


RINGKASAN
PROJEK
PONDOK BAS,
SEKOLAH KEBANGSAAN KALUMPANG,
SEMPORNA, SABAH.

JABATAN PENDIDIKAN NEGERI SABAH


SABAH EDUCATION DEPARTMENT
Sekolah Kebangsaan Kalumpang,
Peti Surat 469,
91308 Semporna,
SABAH,
MALAYSIA.

XBA3332
1.0 Latar Belakang Projek
Menyedari hakikat dan tanggungjawab bagi meningkatkan kawalan keselamatan, pengurusan
sekolah mengambil inisiatif mengemukakan kertas cadangan pembinaan pondok bas ini
sebagai usaha memperkasakan aktiviti Jawatankuasa 3K (Keselamatan, Kesihatan dan
Kebersihan) agar impak besarnya nanti memberi makna kepada segenap lapisan komuniti
SEKOLAH KEBANGSAAN KALUMPANG.
Bagaimanapun sesuai dengan usia pembinaan sekolah sejak 1990, sangat
menyedihkan SK KALUMPANG memiliki pondok bas yang sangat usang dan mengalami
kerosakan. Keadaan ini adakalanya menjejaskan keselamatan, terutamanya pergerakan murid
semasa menunggu bas atau ibu bapa.
Oleh yang demikian, pihak pengurusan sekolah mencadangkan agar sebuah Pondok
Bas dibina bagi memenuhi aspirasi pembangunan kemudahan fizikal di peringkat sekolah, fasiliti
komuniti bestari yang boleh digunakan bersama, dan sebagai pemangkin kemajuan sosio-
budaya negara bertaraf dunia. Pondok Bas itu juga akan menjadi tempat / ruang menunggu bagi
ibu / bapa / murid.
Kita optimis dengan kemudahan pondok bas yang akan dibina kelak, memberi gambaran
yang baik terhadap kemudahan di sekolah-sekolah kerajaan.

2.0 Profil Sekolah


Nama : SK KALUMPANG
Alamat : Peti Surat 469, 91308 Semporna, Sabah.
Kod : XBA3332
Kategori : SKM(B)
Lokasi : Pedalaman
Kawasan DUN : Senallang
Kawasan Parlimen : Semporna
No. Telefon : Tiada
No. Fax : Tiada
Bilangan Kakitangan : 30 orang

Bilang Murid : 140 orang


3.0 Objektif Projek
Alasan untuk pembinaan pondok bas ini ialah institusi sekolah harus bertindak balas
terhadap keadaan dan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat. Sebagai sebuah
organisasi dalam komuniti, SK KALUMPANG perlu berkembang, matang dan menyesuaikan
keadaannya pada perubahan dalaman dan juga luaran. Seterusnya, pembinaan pondok bas
ini perlu dilakukan kerana:
3.1 Meningkatkan keyakinan keselamatan di sekolah.
3.2 Membina persekitaran sekolah selamat.
3.3 Memudahkan kawalan pergerakan keluar masuk pelawat / kenderaan.
3.4 Ruang / tempat menunggu.

4.0 Komponen Projek


Komponen pondok bas terbuka yang dicadangkan terdiri daripada:

4.1 Ruang menunggu

5.0 Anggaran Kos Projek


RM 2,000.00 (Ringgit Malaysia; Dua ribu sahaja)

6.0 Output Dan Faedah Yang Dijangka Daripada Projek


6.1 Memudahkan kawalan pergerakan keluar masuk pelawat / kenderaan.
6.2 Ruang / tempat menunggu untuk murid / ibu / bapa / penjaga.
6.3 Menambah kemudahan pendidikan

7.0 Justifikasi Projek


7.1 Pondok bas sedia ada dalam keadaan usang dan mengalami kerosakan.

8.0 Kesimpulan
Dengan terlaksananya pembangunan ini, diharap dapat mengekalkan pandangan baik
masyarakat luar terhadap status SK KALUMPANG; di samping memberi kemudahan baru
kepada seluruh warga sekolah. Kertas cadangan ini diharap akan mendapat perhatian dan
pertimbangan sewajarnya daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia dan pihak
Ladang Pinang.

Disediakan oleh

( MOHD JANOVYAN BIN MOHAMAD TOWY )


PELAN PEMBINAAN PONDOK BAS SK KALUMPANG, SEMPORNA

You might also like